Nuff²

Tweet

Sunday, October 30, 2011

Bazaar Lumut, Perak

Jejalan kali ni, aku nak cite sikit tentang bazaar Lumut kat perak...Korang pernah pegi tak?Last aku pegi pon sekitar awal 2000-an memandangkan kaki aku rasa gatal nak pijak pedal minyak menuju ke arah pekan Lumut yang biasa di kenali sebagai bazaar barangan laut. Yang ada kat sini boleh di katakan banyak pilihan. Seperti kedai² yang menjual sotong kering, udang kering, ikan masin, keropok² udang/ikan/sotong dan bermacam² lagi.^^
Kalau korang nak ke arah Pulau Pangkor, jangan lupa jejak kat Lumut ni sebab tak de la jauh sangat pon dari Jeti nak ke Pulau Pangkor dari Pekan Lumut ni. Barang² kat sini standard price..lagi dia tahu ramai pelancong, makin tinggi la harga makan dan barang² kat sini. Ate kome cakap la bahaso perok...sib bek orang² yang bersama aku adalah di kalangan orang perak. Hehehehe...^^
Bazaar Lumut ni pon makin lama makin naik..aku last datang sini pon sebab nak bercuti ke Pulau Pangkor suatu ketika dahulu. Kira Pekan Lumut ni cepat betul membangun nya. Harga makanan kat sini pon nak cakap mahal tak mahal gak la..bagi aku berbaloi jugak la datang sini dapat pekena makanan² seafood. Tapi aku kat sini pekena nasik kandar aje..maklum laa..masa tak mengizinkan..mane tempat aku rembat aje..hehehehe..^^
Matahari dah makin jatuh, tiba masa aku nak beredar dari Pekan Lumut....nak berjalan jauh lagi la katakan...heheheh..^^

On the way to Lumut

Lepas santai tengok sunset, terus bergegas ke bazzar Lumut

Haaa...dah sampai dah pun Bazaar Lumut

Kedai pilihan kami kat sini..murah² aje..^^

Macam² ada...^^

Pelbagai makanan laut di jual di sini ^^

Harga barang² kat sini sekitar 3 bungkus RM10...Jadi, moh lah jalan² ke Perok!^^v

Saturday, October 29, 2011

Another you (Edisi Seram)

Pergghh...lama gile aku tak update blog..rasa macam dah bersawang sudah..nak wat camne kan..alasan aku asyik busy² aje membuatkan ramai yang muak dengan alasan yang diberi oleh aku ni...@_@'
Sebenarnya banyak je aktiviti² yang telah aku buat sepanjang minggu² yang lepas..cuma aku tak sempat nak update blog memandangkan aku tak de masa terhadap diri aku sendiri...wah laaa...agak susah nak beri jawapan yang tepat..tapi yang jelas sudah, jOb aku nak keudara dalam channel KBS (Korean Broadcast)^^
Berbalik pada tajuk entry, once aku celeb birthday party kat satu daerah area Menara Tinjau, Ampang-Hulu langat...dalam jam 1 pagi macam tu, aku dah rakan² sibuk plak nak 'buat tanda' dan kononnya kami dah sampai situ..so kami pun buat la territory pissing kat tandas awam atas bukit tu...tak de makne la kan aku nak kencing bersepah kann...So, dalam tandas pon sudah cukup bagus..^^'
Time kekecohan berlaku kat dalam tandas tu terngiang² plak suara misteri dari arah pintu tandas yang tertutup rapat...memula aku rasa macam scary gile la gak kan...maklum laa, tempat kat atas tu kaki bukit kot...orang cakap malam² cenggini mane plak datang suara lunak dari arah luar tandas...
Meow²-meow²...berkali² dia mengeow...aku rasa macam tak best je..tapi biasa la..nak tak nak korang nak kene harung gak laluan kuar tandas kan...bila bukak pintu tandas, ade plak si kecil bermata merah tunggu kat luar pintu tandas...@_@'
Ape yang korang agak ye?Errkk...Ianya seekor anak kucing yang mengalami masalah sakit mata yang sirius...pikirkan balik, macam mana la dia boleh terlepas kat sini dengan ada nya 2-3 ekor anjing hitam yang selalu mengusik dia..@_@'
On the spot rakan² ku membawa balik anak kucing malang tu..Risau plak nanti jadi mangsa anjing liar kat atas tu kan...nak tak nak..esok tu, anak kucing tu di bawa ke klinik untuk menerima rawatan dari doktor haiwan...
Kiki nama yang sesuai di berikan oleh kawan aku...alhamdulillah, nasib baik dia di bawak ke klinik sepantas kilat..kalau lambat, doc cakap mata dia berkemungkinan boleh buta akibat taik mata yang banyak berkumpul dekat mata dia...poor little kitty...now you have a new home!^^


Kiki setelah di bawa pulang

Laparnyaa...sian si Kiki....

Ini lah keadaan si Kiki selepas berjumpa dengan doktor veterinar

Doakan yang terbaik untuk si Kiki yer kengkawan...^^

Wednesday, October 19, 2011

Motosikal guna najis manusia


GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah motosikal menggunakan najis manusia di Jepun.

TOKYO – Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.
Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.
Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.
Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.
Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.
Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. – Agensi

Sumber dari Harian Metro


Kesimpulannye, zaman dah semakin maju... semakin canggih lah tekno'loji' kita yer...tak gitu?heheheehe...^^'

Monday, October 17, 2011

Kellies Castle, Perak

Berjalan² di sekitar kota..lama² mata kita jadik kuyu dan otak jadik tepu sebab hari² kita nak mengadap segala jenis manusia tak kira la dari segi bangsa dan perangai setiap manusia di sekitar kita.
Maksud aku paling simple is, dah lali sangat dengan life style kat town...sekali-sekala hirup angin ujung dunia contoh macam balik kampung ke?atau pergi bercuti ke mana² pulau ke?
Bagi aku, sekadar hanya ingin bercerita di mana aku menyinggah di tempat bangunan yang bersejarah dekat sekitar Batu Gajah Perak ape lagi kalau bukan Kellies Castle.
Korang pernah tahu ke tentang sejarah Kellies Castle ni? Haa..kalau aku bukan citer jadi panjang plak entry aku...tapi tak pe la..aku sekadar nak berkongsi gambar yang sempat aku snap sepanjang berada di dalam Istana tersebut.
Secara kesimpulannya, Kellies Castle is one of most tourist place in Perak (tak silap aku la). Ramai sangat pengujung² yang datang mengunjung di Istana takeshi ni..eh saloh, Kellies Castle maksud aku.^^'
Info menarik dari aku korang leh la rujuk pada Wikipedia yer...^^

Yang aku leh bagi tau kat sini ialah Kellies Castle memang awesome!!^^


Perkarangan masuk Kellies Castle

Kaunter tiket seingat aku sekali masuk RM4 kot..lupa dah..^^'

Ramai orang datang terpesona dengan bangunan bersejarah ni
Oh!It's my Mom!Hi MOM!!^^

Ini lah binaan dari geng² Madras
Ini la sungai Kinta yang dorang cakap kan tu

Laluan ke tempat simpanan Arak Kellies Smith

Perghh...memang gelap gelita

Shot from us

Laluan menyorok ke tingkat bawah tanah

Empty Chamber...suke tengok cahaya² yang masuk melalui tingkap

Pintu untuk ke pondok pengawal

Senibina tampak kukuh...ye la, batuan import dari luar kan

Susur menuju ke pondok pengawal

Tempat pondok pengawal dan kuda² mereka

Laluan pintu kecemasan...Pintu yang di perbuat dari Kayu cengal

Aras 2, keadaan yang belum sempurna

Bilik² yang berkonsepkan budaya hindu dan budaya india

Antara bangunan yang tak sempat dorang siapkan

Siling yang di ukir mengikut jenis reka bentuk moghul

Err...yang ni aku nak percaya ke idok?Dongeng rakyat ke??

Laluan Rahsia/kecemasan yang mungkin di gunakan oleh anak² William Kellies Smith ni

Smart plak aku tengok bangunan yang tak siap ni

Jom kita menuju ke puncak bumbung Istana!

Akhirnya Kami sampai gak la...berangin sangat kat atas ni...^^

Sepatutnya dorang nak wat lif...tapi tu la..dapat nama je la..Antara lif pertama di Malaya

Tangga yang kecil muat² untuk keluarga William Kellies Smith

Tangga Kayu cengal

Dari sudut sisi reka bentuk Istana Kellies Smith

Ape yang korang nampak kat batang pokok ni?Musykil kan??^^

Sunday, October 16, 2011

Nikon d90 DSLR for sale

Yo!Yo!Yo!
Member aku nak tolak DSLR kat korang yang berminat nak gune DSLR model Nikon d90...
If korang berminat leh la tengok or ushar² member aku nye barang baeeekkk yang aku pampangkan kat dalam blog aku...Hopefully memuaskan hati semua pihak lah ye..^^

Satu set dengan pelbagai jenis barang²

Nak Nego?Boleh contact brader Amir..Untuk serious Buyer only~



Hi! Selling off my Nikon d90 full set. All items
is in very good condition and rarely used, 90%
like new. Shutter count is less than 5000. All
items is almost 1 year old. Package is as below:

1. Nikon D90 Kit 18-105mm VR Lens.
2. Nikon SB-600 Speed lite.
3. Nikon MB-D80 Battery Grip.
4. 2 x Nikon EN-EL3 E Battery.
5. Speedlight diffuser (Stofen Omni Bounce 600)
6. Samsonite Camera Backpack (SCB-1 300).
7. Joby Gorillapod (SLR Zoom) and Tripod.
8. SD memory card 4GB & 8GB.
9. Toko Lens UV filter 67mm.
10. Matin Camera cleaning kit (new)
11. Nikon hand strap(new).
12. 2 x Nikon Strap.
13. Pouch bag for Speed light and lens.
14. Usb cable, Battery charger & AV cable.
15. Cd installer, manual and boxes.

COD at Putrajaya (Alamanda area).

Price : RM4300.00 Highly nego!!!

Call or SMS : 012-6456210 (Amir)

Thursday, October 13, 2011

Only from Japan

Lapar?
Makanan segera menjadi pilihan??
Adakah berbaloi kalau makanan yang kita nak jamah terlalu simple seperti di bawah ini???

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Pilih

Angkut

Mulai bakar

Tunggu

Tunggu sampai lebam

Tadaaaaaa!

Enak di makan begitu saja!

Cara² pembakaran melalui kaedah ntah ape² ntah~

Enak di makan begitu saje??
Arrghh!!Tidaaakkk!!! Aku mahukan makanan bakar yang asli seperti ini..^^'
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Slurrrpp~Yummy!^^