Nuff²

Tweet

Thursday, November 24, 2011

Tentang Nuffnang Keyword lagi

Aduii...bersawang sudah blog aku setelah hampir 2 minggu aku tak update..aduiyaii..sibuk sesangat dengan Eori project dan masih dalam prosess nak bikin Event dekat Mid Valley iaitu launching comic Eori..itu nanti aku akan updatekan lagi citer tentang event di sana yer..
Ni satu hal nak di jadikkan entry..(macam tak de modal jer-guna Nuff keywords)^^'
Hahaahahah...ni kes pasal keyword la ni..ade la plak satu keyword ni dia taip melekat plak kat blog Kacang Tanah ni kan..tapi rasa nya macam pelik la plak..tips nak menculik isteri orang la plak kan?hahaahaha...
Kalau nak ikutkan ati, memang nak gelak..tapi aku paham..ramai yang search macam² dekat goolge kan..tapi takpe la..aku hargai dengan jayanya...terima kasih sekali lagi pada yang sudi menjengah blog bersawang ni..(sikit lagi aku tuko plak la nama blog)^^'
And tak lupe pada yang sudi komen...ada masa nanti aku akan menjengah balik ke blog korang yer...dan pada blogger²..keep it up guys!(jgn malas update macam aku yer..)^^'

Wednesday, November 23, 2011

J.Co Donuts & Coffee

Haaa...sape yang suke donat kat sini korang leh angkat keyboard...hehehehe..^^'
Entry kali ni nak cite sikit pasal J.Co Donut..korang pernah dengar tentang J.Co donut ni tak?Memula tengok mesti dah agak.."eleh..si Kacang ni mesti cakap pasal Big Apple Donuts kan?" Errrk..Last time aku pernah cite kat korang pasal Big Apple Donut kan?Kali ni aku nak cite pasal J.Co Donuts plak..^^
J.Co Donuts ni agak tekenal di Indonesia sekitar tahun 2005 kerana kelembutan 'doh' donuts ni...Aku pon dah lama tahu tentang J.Co Donuts ni, tapi tu la..tak berkesempatan nak carik di sekitar kL..Padahal, J.Co Donuts ni dah bertapak di Malaysia sekitar 2007.
Kalau sekali pandang, mesti korang cakap J.Co ni tiru Big Apple Donut. Err.. silap besar tu brader!Sebenarnya, J.Co Donut ni la yang pertama kali mencipta pelbagai jenis flavour donuts yang kiut miut macam Big Apple Donuts ni...tapi tu la, mungkin outlet dia tak banyak kat Malaysia kan, so Big Apple Donuts la yang memonopoli perniagaan Donuts² ni...^^'
Yang aku sempat terjah, ialah di sekitar Pavillion Bukit Bintang...maklum laa, tak de la jauh sangat dari area umah aku kan...jadi aku pon menerjah la Pavillion semata² nak merasa J.Co Donuts ni...Hmm..taste not bad actually..Rasanya lebih lembut dari donut² biasa...kalau korang rasa nak layan J.Co Donut, korang leh la pergi setiap outlet yang ada kat Malaysia ni..^^

-Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur
-Sunway Pyramid, Kuala Lumpur
-Damansara, Kuala Lumpur
-Queensbay, Penang
-City Square, Johor Bahru
-Aeon, Melaka
-IOI, Kuala Lumpur
-Aeon Cheras Selatan, Kuala Lumpur

Ada banyak Info tentang J.Co Donuts ni..korang leh masuk link ni..^^

Ini lah kotak J.Co Donut...Aku beli 6 jenis je..sekitar RM13++

Ini lah choice yang aku pilih...Ada perbezaan tak dengan link aku yang ini?^^'

Hallamak..nanti lemau plak donut aku ni...Off line dulu yer!Nom...nom..nom..^^'

Wordless Wednesday #2

^^

Sunday, November 20, 2011

Klinik Kembiri DBKL, Setapak

Hari minggu bukan lah hari yang sepatutnya merehatkan diri dan badan ni..tapi bila cakap tentang hari Sabtu, semua orang sakan keluar shopping-tengok wayang- dating....Tak plak bagi aku yang agak terhad masa nak di bandingkan dengan orang² lain..bagi aku 'masa itu emas'..^^'
Berbalik pada citer yang nak di sampaikan kat sini, dah tiba masa si Sappy dan si Marble untuk di sunatkan dengan kata lain ialah kembiri. Macam biasa, Kitty pon sebelum ni pernah di Kembirikan tetapi bukanlah di Klinik Kembiri DBKL ni...Aku pon tak berkesempatan nak update kisah si Kitty ni kembiri ya..sedangkan dekat setahun lebih gak la..Seingat aku si Kitty Kembiri pada bulan june-august 2010..sekitar 2 bulan tu..^^
Tapi kisah kali ni ialah si Sappy dan Marble memang perlu di kembirikan...sebelum terjadi apa²...even aku tak tahu la if si Cindy or Inky mengandung kan...what ever lah..worst come worst, dan hari ni lah hari penentuan untuk si Sappy dan Marble..^^
Tepat jam 9 pagi, lepas aku breakfast sekitar area umah aku...sampai sudah kami semua di Klinik Kembiri DBKL ni..nak kata susah nak carik tak juga la..cuma kawasan dia agak pedalaman...jalan yang biasa aku lalu tu tak de la merumitkan keadaan memandangkan kesesakan laluan yang kecil nak menuju ke Klinik Kembiri DBKL tu...^^
Bile dah sampai, kami di sambut oleh beberapa staff yang berada di dalam Klinik tersebut. Aku plak lupe sape la name amoi yang entertaine aku hari tu...hehehe..tak pe la..yang penting semuanya selamat...
Tapi untuk makluman kepada semua yang tak tahu samaada Kembiri itu di boleh kan ke? Jawapannya Ya, Jakim juga telah mengeluarkan issue tentang bolehnya kita mengembiri haiwan² seperti Kucing dan Anjing ni..^^

We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

Atau korang refer terus link ini..^^

Ni la pintu masuk Klinik tu ^^
Rate kat sini bagi aku murah la...tu pasal la aku buat 2 ekor sekali jalan..^^'

Antara barangan jualan untuk tujuan kebajikan

Marble Speechless

Sappy yang tak duduk diam

Time's up dude!^^

Ketika seisi suai kenal...^^

Alololo..sian nye dier ni kene tinggal ngan tuan nye..tunggu masa gak tu..^^

Dari luar bangunan

Di sebabkan keadaan tak mengizinkan...aku sempat capture beberapa moment dalam ini building di mana ada suara² yang bingit ke telinga aku..."Hey! tak leh tangkap gambar tau!"
Ok la..what ever la..yang penting aku sempat gak amik..keh3..jangan maraaa tau...peAce..^^v

Thursday, November 17, 2011

Ani Sup Utara

Ada one day teringin sangat nak pekena sup...nak masak malas la plak memandangkan hari Sabtu ialah hari untuk merehatkan tulang empat kerat ni setelah sekian lama menghempas pulas dengan scene² retake ni...>,<"
Keadaan tekak aku yang kurang best akibat cuaca panas...saat yang paling baik ialah pekena sup dekat Restoran Ani Sup Utara...memang kene tepat masanya...aku pon berhijrah di suatu daerah Ampang yang tak jauh dari umah lama parents aku kat Ampang tu...Wah, Ampang dah membangun dan macam² ada..termasuk la Restoran Ani Sup Utara ni...
Selangkah masuk ke kedai ni, aku rasakan macam minum kat kopitiam je..tapi ok la..konsep tak ubah macam satu cafe/kopitiam..at least up to date dan kedainya juga bersih.^^
Layanan memang la ok..nak cakap terbaek tu tak juga..tak semua kedai makan perfect kan..ikut aku nye pendapat la...tak tahu la korang cam ne kan...Ape yang aku oder tengah hari tu is Mihun Sup dan satu set Ayam Penyet...
Ok gak la presentation dia..serving pon ok..dan aku plak jenis tak cerewet..selagi perot aku boleh terima, aku makan kan aje..nama pon dah lapar kan...
Harga kat sini not bad la...sekali sekala bawak turun family pon ok gak kan..yang mana kepingin pekena sup..leh la reramai memeriahkan lagi kedai makan ni..^^'
Haa...korang tengah hari ni plan nak makan apa?Jom kita pekena sup nak?^^'

Mihun Sup citarasa aku

Slurrrpp!!^^

Nasi Ayam Penyet pon ada sini

Memang lazart Nasi Ayam Penyet ni..^^


Eori On KBS2 TV Broadcast!

Hah!Pakat ramai² la menonton Kartun animasi EORI yang pernah aku war² kan dulu di mana EOri ialah seorang budak kecil yang berkawan dengan si Inky yang tingal di dalam sebuah pokok di mana ada banyak buku² cerita!
Kartun berdurasi 10 minit untuk 78 episod yang sesuai di tonton untuk kanak² berusia dari 4 tahun sehingga 6 tahun..(ala..yang dah berumur nak tengok pon bleh jugak)^^'
Hahahaha... yang ada facebook tu jom la support animation Malaysia - Korea ni dengan mengklik link EORI ni...
Korang perasan tak watak² dalam kartun animasi ni di beri nama Eori dan Inky...Sama seperti nama si Almarhum Eori dan juga si Inky yang masih hidup bersama Kitty sekeluarga...Bersempena dengan 1st project yang aku buat since 2010...hehehe...
Insyaallah, Eori bakal keluar dalam edisi bahasa Melayu di saluran ASTRO Ceria pada tahun 2012...jangan lupa support ya!^^v



Monday, November 14, 2011

Thundercats next project?

Dalam kesibukan dekat opis/studio ni...terkantoi plak aku ushar² folder yang ada kat atas meja aku...Biasa la..bila dapat retake, aku pon sibuk gak nak tengok ape benda yang retake nye..dari Key sampaikan ke cell² yang patut aku jengah, tak sangka plak terjumpe satu x-sheet Thundercats dari Japan kot..aku tak sure la tulisan dia tu tulisan cina or jepang..
Masa tue aku terus la berangan² macam mat jenin terpikir bile lah nak merasa dapat buat animasi Thundercats plak...I wonder...^^'
Ceh, cakap pasal Thundercats, aku rasa Eori nyer project pon tak abis lagi...dah kecoh² nak wat animasi kartun Thunercats plak kan...Hey, biasa la tu..kalau dah angan² je, mesti lah nak ada satu matlamat nak capai angan² tu..so ape gunanya berangan...
Bagi aku la..Insyaallah, aku juga perlu perbaikikan animation skill...Insyaallah...boleh mara ke depan lagi..(sambil tengok perut yang makin mara ke depan akibat boroi)^^'

X-Sheet Thundercats

Antara Keajaiban Dunia

Antara 7 Keajaiban dunia yang aku tahu salah satunya ialah Piramid Agung Giza, Taman tergantung babylon, Kuil Artemis di Ephesus, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos di Halicarnassus, Patung Raksasa Rhodes, dan Rumah Api Iskandariah..
Semua sumber yang aku baca pon ada dekat Wikipidea...^^'
Tetapi ada satu kali ni aku terima email dari sorang member aku yang mengatakan ada satu lagi yang mungkin belum di iftiraf sebagai keajaiban dunia...Aku plak bukan nye rajin sangat nak godek² tentang sejarah² yang belum pasti sahih atau tak. Cuma aku dapat share kat sini je lah tentang satu gelombang ombak yang mengeras dekat Antartika...bayangkan lah..bertapa agungnya ciptaan yang Esa..aku terkesima!^^

Salah satu info, gunung² ais di Antartika kadang-kadang memiliki garis, yg dibentuk oleh lapisan salju yg bereaksi terhadap kondisi yg berbeza²..Warna biru pada garis terjadi sebabnye air laut yg masuk ke celah gunung ais tersebut banyak mengandung alga, sehingga garis tersebut berwarna biru...
Itulah angungnya ciptaan Allah SWT..bagi aku la..ia juga salah satu keajaiban dunia..^^

Subhanallah...

Antara yang ada di lautan antartika

Cantik nyaa..

Kalau la dapat buat photoshoot kat sini..pergghh..heaven!^^

Sebahagian ketulan ais

Nice ice wave

Antara yang datang menyaksikan keajaiban ni

Sempat la mat salleh ni candid..^^

Kalau aku jadik dia pon bangga nak snap pic berbelakangkan ice wave ni..^^

Nice to see, Nice to hold..Once broken..consider_________(sila isi tempat kosong)^^'

Sunday, November 13, 2011

Kiki Akhirnya Sembuh

Korang still ingat lagi tak kisah Kiki yang mengalami masalah sakit mata yang sirius? Di sebabkan aku tak berkesempatan nak update entry, jadi masih ada lagi masa untuk aku bertemu/melawat dengan Kiki yang semakin lama semakin pulih di bawah jagaan member aku ni. Alhamdulillah, berkat kesabaran si Kiki ni akhirnya mata dia sihat dan boleh lihat seperti kucing² lain.
Bagi aku la, kalau kau amik kucing secomot mana pun..if korang jaga baekk..vaksin, ubat cacing..memang korang akan dapat hasil yang lebih baik. Umpama korang bela anak/budak kecil. Bila di asuh, di jaga rapi, insyaallah..budak kecil tu tak mungkin comot lagi. Makin kemas dan bersih. Macam tu jugak la dengan kucing yang kita ambil dari mana² tempat tak kira la tempat tu pasar ke, bus stop ke or restoran...korang kesian, korang bawak balik..sakit macam mana pon kucing² jalanan ni,kalau di jaga rapi insyaallah..Allah tu mendengar doa² kita...
Itu lah yang terjadik pada si Kiki...dulu dan sekarang agak berbeza...makin sihat, bersih dan pulih seperti kucing² lain...mekasih pada Achiek kerana sudi menjaga Kiki...^^


Kiki ketika tengah melantak

Kiki sempat pandang lensa Kacang

Tak pernah lekang dengan meow²

Makin gemuk berbanding masa memula amik

Mata sudah makin pulih

Antara straycat lain di bela Achiek

Mummy ialah seekor kucing jalanan juga

Acip pon sama juga..^^

Dua² tengah melantak...sedapnye!!^^'

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 1432H

Wahhh!!Dah lama tak update entry...sikit je ni..nak cepat punya pasal...@_@'
Tahun ni adalah tahun yang kurang best untuk aku menyambut raya qurban, memandangkan aku terlalu sibuk dengan urusan tugasan di studio.
Cadangnya nak balik awal bulan ni...tapi di sebab kan urusan yang belum selesai maka terpaksa la tekak aku bersabar dengan dugaan orang² yang sibuk beraya dengan lemang, rendang daging dan juga macam² hidangan dari air tangan seorang ibu kan....O.o
Demmm!>,<"
Adik beradik aku yang lain semua dapat menikmati Raya Qurban di kampung halaman..rasa rugi la plak..tapi tak ape laa..nak wat camne kan, keje tetap keje..kalau tak wat keje kang kene tendang masuk parit lak kan...^^'
Jadi moral untuk aku hari ni pon lebey kurang sama gak la..BerkOrban demi keje² melambak kat dalam opis...kalau tak siap kang, jenuh plak aku nak menjawab time meeting kan...
Anyway...Selamat Menyambut hari Raya Aidiladha pada kengkawan yang rajin bertandang di bLog kAcAng ni...sorry if tak sempat balas kunjungan, yang penting korang tinggalkan jejak untuk aku menjejak kembali ke tempat korang...^^'

Folder untuk 1 episod memang banyak giler...@_@