Nuff²

Tweet

Monday, February 27, 2012

BE from Nuffnang..Thanks!^^

Phew...
Akhirnye dapat gak BE dari encik Nuff (Walaupon celah gigi je)^^'
Ingatkan dah tak sayang lagi dah blog ni..kononnye aku nak merajuk laa...hahahaha..^^'
Bukan ape, semenjak projek Eori ni dah kuar ke stesen TV KBS2 ni, agak buzy production kat sini...jadik, berita yang nak aku citer sekarang ni ialah, tak lama lagi Eori bakal kuar di saluran Astro Ceria!^^'
Thank to mr.Nuff..sebab aku ni jarang plak nak update blog kan..dengan layout yang ntah ape² aarrr..aku rasa better aku nak tuko la balik..tunggu ada masa..actually, ade je banyak bahan nak di post kan dalam entry ni..tapi tak pe la..bagi sedikit ruang dan masa untuk aku menulis kembali..^^'
Sorry yer pada follower² yang ada ni..memang tak sempat nak blog walking..Insyaallah, ada masa aku akan singgah ke blog korang yer..^^'
Pada yang silent reader tu..many² thanks yer kerana memberi support dalam blog ni..tak lupa juga pada geng² SCL yang selalu dok jenguk dan layan aku dalam page SCL...hehehe..^^'

Psssttt...cenderahati dari Eori untuk kawan² dah siap..Cute kan?^^'

Wednesday, February 15, 2012

Audition for Voice Over talent

Letih tak habis² dengan segala jenis kerja aku buat untuk bulan ni..Peluang tak sia² kalau aku lepas kan macam tu je..jadi, ada pepatah melayu cakap..nak seribu daya,tak nak seribu dalih..jadi macam aku cakap la..rezeki tu ada di mana²..nak ngan tak nak usaha aje kan...^^'
So kali ni aku baru dapat invitation untuk audition VO kat studio member aku ni..peluang macam ni bukan senang² nak dapat..tambah² kalau kita ada link dari orang dalam..sebelum ni jugak, aku pernah buat untuk VO animasi untuk RTM kan..haa..nak di jadikan cite, aku cuba la nak try audition untuk member aku nyer product ni...bile tengok², ramai plak orang yang datang untuk mencuba nasib kat sini..paling ramai ialah kanak² laa..sebab watak² dalam animasi ni ada watak kanak²..lebih kurang cam upin ipin la..^^'
Dah la aku kene turn yang pertama..mana tak cuak kan..sib bek la sebelum ni pernah buat kan..aku pon main redah je laa..aku dah cuba yang terbaek kali ni..harap² ada la peluang la kan..Bile dah dapat result esok, dia akan call aku untuk datang buat VO seterusnya..^^
Boleh di katakan tak ramai yang tahu tentang audition VO ni..makin ramai makin pening lah kepala tuan director nak pilih kan..bagi aku la,kalau dah ade peluang tu, kita try je laa..tak rugi apa pun..seronok pon seronok gak..amik pengalaman lebey..tak gitu?^^'

Awal² lagi bebudak ni dah duduk dengan sopan santun, sebab sikh jaga tengah ushar dorang..^^'
Misi memilih skrip untuk di berikan kepada orang ramai

Mic di ekjas mengikut kesesuaian kita

Antara yang mencuba nasib..

Punya la kosentrate mereka² ini

Tekun mengedit audio

Munggu masa untuk mencuba nasib..

Antara yang hadir..^^
Aku?Lepas abis sepam dua rokok-minum air then blah laa..hahahaha..^^

Friday, February 10, 2012

Program rawatan kucing secara percuma

Pada pecinta haiwan or sesiapa sahaja yang membela kucing boleh la datang beramai² ke tapak kawasan lapang, jalan Kinrara 5A untuk pelbagai aktiviti menarik seperti rawatan haiwan percuma, Vaksin percuma..pemandulan kucing betina dan jantan ada di beri rate seperti poster di atas..^^
Aktiviti ini bersempena dengan majlis MOA Bersama Rakyat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Paling tidak pon untuk pemandulan kucing boleh di dapati dengan harga yang agak murah berbanding harga² yang kita buat dekat klinik veterinar lain. Oleh itu, aku cadangkan sedara dan sedari sekalian harap dapat la memeriahkan lagi aktiviti bersama haiwan peliharaan ni.
Masih ada lagi yang musykil dengan hukum kembiri kucing/anjing ni. Tapi sebelum ni, aku pernah dah wat entry tentang kembiri si Marble dan Almarhum Sappy. Dalam tu aku ada selitkan sikit tentang hukum hakam kembiri ni...sekali lagi ya aku petik dari sini..Base on Jakim,

Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

Oleh itu, pakat ramai la datang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai tuan empunya haiwan. Maksud aku, ada banyak lagi aktiviti menarik pengunjung..contoh macam ada pertandingan mewarna untuk kanak²..pembuatan pasport kucing...pameran kucing..dan macam² lagi..tarikh start pada 10-12 Febuari ni...^^
Jadi tunggu apa lagi? jOm lah menghadirkan diri ke tapak kawasan lapang jalan Kinrara 5A, Bandar Kinrara, Puchong..antara jadual yang korang perlu tahu ialah :

1. Klinik Veterinar = 9 pagi dah start
2. Pemandulan kucing = 9 pagi - 5 petang
3. Pet Passport = 9 pagi - 8 malam
4. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak = 10 pagi

Bagi yang nak wat pet passport, jangan lupa bawak kucing dan gambar berwarna serta untuk pertandingan mewarna boleh la bawak kaler sendiri yer..^^

Klik gambar untuk jelas lagi..^^

Thursday, February 9, 2012

Menukar Skru Chamber

Phew!
Dah bersawang rasanya blog aku ni setelah last entry yang agak susah aku nak lupakan iaitu berkaitan dengan kematian si comel Sappy ni..Takpe lah..dah ajal dia kan..semoga dia aman di sana...^^
So N3 kali ni plak nak cite sikit pasal alignment tayar kete setelah berjalan jauh, dah tentu² la alignment lari kan...kalau korang tak langgar lubang tu kira tipu sunat la kan..sebab pe, tayar kita ni plak bukan la tahan mana kalu nak di bandingkan dengan tayar² 4WD kan..kita ni cuma pakai kete sedan je..mane la mampu nak jaga bebaik perihal tayar ni..^^'
Bile tuko Sport Rim 17" itu hari, time ni la aku nak test ngan tayar sport rim baru kan..haaa...bile dah tuko semua, dah tentu² la nak wat alignment dan balancing...memang terasa luar biasa gak bile pegang stereng dengan rim besar ni..maklum la..original rim is 15" kan..bile tuko ke 17", terasa macam tinggi sikit..lagipun, aku still pakai spring standard..tengok la, ade rezeki aku nak gak tuko sport spring..kasi tuko semua la!^^'
Bile dia cek aligment aku, ada gak masalah pada skru chamber ni..ape itu skru chamber?
Haa...setahu aku, skru chamber ni ialah skru yang boleh di adjust untuk offset sebijik tayar..skrew chamber ni lain la sikit berbanding skru asal. Skru asal batang dia straight je..memang tak leh nak ekjas.. tapi skru chamber batang dia shape mcm crank dan ada flexible plate bentuk half moon. Yang aku perasan la..skru chamber hanya sebelah atas je tau. manakala skru bawah guna skru asal. bile kita pulas skru chamber, chamber akan kuar masuk . so makanik akan adjust supaya ikut angle chamber yang sesuai...Ini yang dorang explain la..tapi tak pe la, apa pon aku dah siap teliti cara kerja dorang buat...
Kadang² kita perlu amik tahu gak perihal kereta...tambah orang² macam kita ni yang kureng tahu tentang isi dalam kereta..jadi, time ni la nak kene tahu serba-serbi...
Check it out!^^

Bile dah lompong macam ni nampak hOdoh plak..;p

Ini lah rOper skru chamber tu...boleh di adjust²..^^

Sementara menunggu pomen datang..

Haa..nak amik gambo dekat cam ganggu la plak kan..so dari jauh je lah..^^

Ini lah kedudukan skru chamber mengikut gambarajah ini..^^

Kalau korang rasa musykil dengan panduan or info yang aku berikan..korang leh la rujuk pada mekanik² yang familiar dengan tayar dan rim ni..bila korang dah siap tuko sport rim, time tu la korang kene banyak bertanya dengan mekanik² ni..sebab dari situ la kita dapat banyak info dari otai² yang giler rajin godek² bahagian dalaman kete ni...^^

Tuesday, February 7, 2012