Nuff²

Tweet

Monday, March 26, 2012

Touch & Go for Starbucks Privileges Card

Dulu pernah sekali aku citerkan pasal perihal kad Touch & Go ni dalam entry aku sebelum ni..Nak ikutkan konsep dia sama gak la macam aku cite dalam entry lama tu..Tapi yang peliknya, sekarang aku dengar Starbucks nak wat gaya macam touch & go nyer style tapi ia di kira sebagai debit kad la..^^
Konsep tu sama gak la..tapi ianya boleh di topupkan melalui Touch & Go kad yang kita pakai. Yang penting balance dalam T&G korang tu melebihi dari RM20 ke atas la kan...Aku di perkenalkan satu privillage kad dari Starbuck..hanya tambah nilai dalam kad Starbucks ni kita dapat swipe macam style Touch n Go...nanti nilai dalam akan berkurangan bila kita kerap menggunakan kad starbucks ni...macam topup henpon gak la..kalau dah nak abis kredit dalam phone, korang kene tambah nilai la..O.o
Yang bestnya kad Starbucks ni tak de expired date! So korang leh kerap topup, kerap gune dan kerap simpan...Aku rasa yang terbaiknya, korang try la pergi dekat mana² outlet Starbucks, dan dorang akan terangkan terperinci tentang kegunaan kad Starbucks Privillage card ni...^^
Zaman sekarang ramai sudah nak kurangkan penggunaan cash money sebagai rutin harian untuk membeli belah...even credit card pon dah ramai tak mahu pakai lagi, sebab ujung bulan je bil sampai kat umah, korang terbeliak bijik mata peh tu muntah darah...O_O'
Bagi aku, info yang macam ni patut di kongsi bersama untuk mengalakkan lagi ramai orang mengurangkan keguaan kredit kad dorang dan mulai minat menggunakan debit kad seperti Touch n Go or ATM kad...^^
Kalau ikutkan pengalaman aku bekerja dengan orang Korea, negara dorang sendiri pon dah tak banyak menggunakan cash money dan dorang lebih banyak menggunakan Handphone untuk ke mana² saja...contoh macam nak naik bas atau LRT, kat sana dorang ada sensor untuk orang tap/sentuh dari handphone dorang...Itu lebih bagus sebab serba serbi kita boleh topup dari kegunaan untuk membuat panggilan hinggalah untuk kegunaan sentuh² pada sensor berkenaan...Tapi kalau ilang handphone, paham² je lah...^^'
Konsep sama, tapi ada baik buruknya juga...macam aku cakapkan tadi lah kan...apa yang aku cuba sampaikan ialah lebih baik kita kurangkan kegunaan cash money supaya tak de la masalah wang tercicir/di samun perompak atau sebagainya..@_@

Nak swipe pakai Touch and gO pon leh gak..^^

Aku dah topup RM50 dalam Starbucks card for next time if aku nak minum situ lagi..=9

Haa...dah dapat pon...so dalam ni ada tambah nilai RM50!^^

Kad ni transparent actually...minimum korang kene isi RM20..^^

After dah buat, kene la register butiran korang dekat www.starbucks.com.my untuk protect korang nye balance dalam kad tu..oK!Selamat mencuba~^^

Thursday, March 22, 2012

Eori On Astro Ceria

Salam semua...wahhh..bersawang sudah blog aku yang agak lama jarang di jenguk...tengah under maintainence la katakan..tambahan lagi Kartun Eori terpaksa di tangguhkan akibat kesilapan teknikal dari pihak yang tertentu...aiizzz...O.o'
Oleh itu, di kesempatan ini...aku agak kecewa kerana pihak terbabit terpaksa menangguhkan kartun Eori sehingga musim cuti sekolah dalam bulan May tak silap aku...nak tak nak, penat gak la aku menunggu depan TV. Sib bek la pagi tu boss belanja sarapan di kedai mamak sementara nak tunggu siri Kartun Eori tu muncul. O.o
Hahaha..mungkin betoi jugak, Eori kartuh terpaksa Q'-up dengan kartun² yang tengah femes dalam saluran Astro Ceria...Nak tak nak, aku terpaksa la tunggu sehingga musim cuti sekolah yang akan datang...
Agak² sampai bulan 5 ni tertangguh lagi tak?>,<"

Psstt...agak² Eori dapat menambat hati penggemar Pokemon tak?^^'

Sunday, March 11, 2012

Eori di saluran Astro Ceria

Foohh!Fooh!!Foohh!!!
Bukan menyembur..bukan menghembuss...tapi tu la keletihan yang agak berbaloi..
Berita gembira untuk yang masih tertunggu² kat depan tibi..maklum la..kiter ni tak pakai Astro..kiter tolong pomotkan je la sebab hasil keje kita kan..^^'
Bebalik pada tajuk kat atas, Kartun Eori akan ke udara pada 12 March a.k.a esok lah!O.o
Sebenarnye aku dah lama nak post pasal berita ni..tapi tak berkesempatan la plak kan, maklum laa...aku really² busy..tengok page blog orang lain semuanya ter-update..bile aku tengok blog aku sendiri pon agak bersawang la jugak kan...apa pun, korang jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Kartun Eori episod 1 dalam saluran Astro Ceria pada pukul 9.50 pagi...^^
Ape lagi..esok stand by depan tivi..sebab, esok aku pon nak lepak mamak sebelum masuk opis..hehehhe...tu pon nak menular kejap duduk depan tivi mamak stall..mintak je dia tukokan channel..hehehee...^^

Salah satu opening untuk kartun Eori..^^