Nuff²

Tweet

Monday, April 2, 2012

Kempen Kitar Semula

Korang selalu terpikir balik tak untuk recycle back some of the stuff yang boleh di recycle balik? Contoh macam botol kaca, plastik, surat khabar lama, besi buruk serta tin alumminium? Haa..bukan nak cakap aku ni kaki kutip tin..tapi kadang² pon terpikir gak dari aku minum buang dalam longkang atau tong sampah, lebih baik aku simpan atau kumpul banyak² untuk di kitar semula..^^
Merapu? Ape yang merapu nya??O.o
Kadang² kita tak terpikir, dunia dah semakin uzur..apa sebab la dorang suruh kita kurangkan penggunaan plastik beg di hari Sabtu..sebab nak disiplinkan kita untuk tidak menggunakan bahan plastik lagi..sebagai langkah permulaan, minda kita kena la set..jangan la beranggapan negatif..that's why la ramai orang² kat luar sana pantang kutip itu dan ini untuk dijual..sambil² tu boleh jugak selamatkan alam sekitar..^^
Tak percaya??O.o
Kalau ikutkan, orang² pakat ramai nak berebut recycle back those things untuk pendapatan harian dorang...kadang² keje dorang lebih mulia dari peragut atau perompak di luar sana..aku pun tak galakkan korang mengutip di tepian jalan..cuma, minda kita ni perlu di set kan..lepas minum air dalam tin..elok lah simpan atau kumpul sehingga berkilo²..lalu korang jual..mana la tahu..harga² jualan aluminium, plastik, surat khabar lama, besi buruk dan botol kaca ni lain tau..kemungkinan besar ada pasang ada surut..^^
Style aku plak, selalu dok minum coffee dalam tin kan..kadang² berlambak sangat la tin atas meja opis aku tu..nak tak nak aku kumpulkan setempat untuk mengelakkan benda jadik sampah..Aku ni bukan nye Full timer terpikir nak kutip segala mak nenek yang boleh di jual...ada² masa gak la...takkan la setiap hari aku nak minum 10 tin air karbonat kan..dah tentu sekarang kaki aku dah kene potong sebab kencing manis..hehehhe..^^'
Bile dah simpan tin² kosong ni..mana la ada masa aku  nak jual kan...nak hantar recycle pon celah mana laa..masa tu tetap tak mengizinkan..bila ada free time baru la aku ada masa nak agih²kan tin² kosong ni dari bulat jadik la kemek..sebab kalau tak kemekkan tin, nanti timbang tak de la berat..jadi agak murah la dia bayar kat kita nanti...^^
Bile comfirm nak ketuk tin, aku rasa kene la asingkan tempat bukak tin tu..yang kenit tu la..orang cakap kalau asingkan, lagi mahal dia amik..tapi aku tak pernah la jual..sebab aku rasa macam ringan gile je lau nak timbang pon..ada setengah orang jual benda tu untuk buat kerusi roda untuk orang² OKU..O.o
Kalau nak ikutkan, leh je aku kumpulkan sampai bertimbun² dalam rumah..tapi aku rasa ini bukan satu pendapatan tetap untuk aku..jadik aku anggap ianya satu hobby serta ianya satu tanggungjawab aku untuk mengurangkan persampahan di tempat pembuangan sampah!^^
Bila dah abis ketuk, kumpulah satu tempat dan bawalah ke tempat kitar semula...dari situ lah kita boleh nampak banyaknya bahan pengumpulan kitar semula yang dorang ada...dari TV buruk hingga la ke enjin buruk..bukan apa, ianya dapat di kitar semula..tak rugi kan?^^'
Sampai bila kita nak biarkan dunia kita terdedah dengan kesan rumah hijau?

Tepuk kepala, tanyalah minda..^^
   
  Amboii...Marble awal² dah bantu aku bawakkan tin² aluminium di bawak ke depan..^^

Antara Tin² aluminium yang bakal di kemekkan..^^

Banyak tak terkira...aku rasa aku start kumpul ni since 2008 kot..O.o

Haa..penutup ni perlu di asingkan terlebih dahulu sebelum proses mengetuk tin

Memula sarung la kasut....slipar pon boleh (kalau tapak kaki dah kematu 10 inci)^^'

Kene pandai amik position untuk pijak tin..kalau tak, boleh terpelanting tau...^^

Yeahh!!Pijak kuat² lagi!!^^

Akhirnya...RIP tin aluminium

Haa..aku rasa ni tin nescafe version lama..rasanya design tahun 2008 kot...hehehehe..^^

Ni pon sama..still ada lagi ke Dutch Lady dalam tin ni..kira lama gak la aku simpan tin² neh..^^

Okay!Dah siap untuk di bawa ke pusat kitar semula..^^

Berbaloikah keje² pengumpulan barangan kitar semula ni?
and again...Tepuk kepala, tanyalah minda..^^

Sunday, April 1, 2012

Malaysian Domestic Pets & Feline Fun Show

Tak penah² aku nak gi tengok cat show..maklumlah, busy je memanjang..sib bek la semalam aku tak di suruh untuk bekerja di waktu cuti..haa..dapat la aku membuang masa aku dekat South City Plaza, Seri Kembangan..sebab kat sana aku dengar ada cat show!^^'
Seawal 9 pagi aku dah bangun, memang excited sangat nak pegi sebab dengar ada banyak acara dan banyak peserta yang bakal masuk dalam cat show tu. Mungkin dapat jugak aku cuci mata untuk tengok ramai gelagat kucing serta cuci mata tengok kucing yang aku jarang jumpa..^^
Makan breakfast terus bergegas ke sana..dah lama plak aku tak jejalan kat sana..maklumlah, dulu aku duduk Seri Kembangan, South City Plaza bukan macam dulu lagi...dah makin maju..kawasan kat sana pon cepat je membangun..^^
Sesampai je kat sana aku dah terbeliak mata tengok banyak kucing² comel yang bakal beraksi di ring² kat situ..ada yang dari baka domestic short hair hinggalah ke baka persian..majority aku tengok banyak kucing² pesian yang bertanding..Tak kurang juga kucing² kampung biasa..mereka juga mencuba nasib untuk bertanding pada hari tu..^^
Bila di ikutkan, program ni start dalam jam 9 pagi sehinggalah jam 6 petang..nak tak nak aku duduk kat mall tu sehingga jam 4 petang je..sebab ada urusan lain yang perlu aku selesaikan memandangkan ada banyak lagi peluang aku untuk menguruskan pelbagai hal sewaktu aku dapat cuti ni..^^'
Antara permakahan yang di beri ialah dari segi kebersihan kucing, kelembutan bulu kucing, pemotongan kuku, kebersihan telinga dan keaktifan kucing² tersebut..dari situ judges akan menilai untuk pemberian markah tertinggi..antara yang paling aku suka tengok is time final female kitten laa..tengok macam banyak saingan dari segi aktif dorang tu..^^
Tapi bila sampai masa jam 3-4 petang, kucing² mengalami stress dan agak letih akibat terlalu lama dengan aktiviti tersebut..maka ada jugak la yang bercakaran serta menjadi garang...pengadil menganggap disqualified dengan serta merta sebab kucing² kat situ menjadi garang..O.o
Apa pun, ada kucing² lain yang still aktif dan ceria sehinggalah aku melangkah keluar dari South City Plaza...Ni antara candid² yang sempat aku capture sepanjang aktiviti cat show tersebut..^^

Antara port peserta dan kucing² mereka..^^

Menuggu masa untuk bertanding

Yang ni buat aku teringatkan si Kitty/Sappy..jenis Tabby tak berapa banyak plak kali ni

Yang ni rasanya adik beradik la kot..duduk satu cage saling manja²

"Apa?! Number aku dah kene panggil?!Kene pegi ni.." Bersemangat betoi..hehehehe..

Antara permakahan yang perlu di beri dari segi keaktifan bermain

Seronok judges melayan semua anak² bulus kat sini

Si comel gorgeous ni apa kurangnya..sangat aktif!^^

Amboih...sempat main cak² tu..^^

Pemeriksaan dari segi pemotongan kuku

Pemeriksaan dari segi kebersihan telinga

Kemahiran bermain atau menangkap sesuatu objek bergerak

Ada jugak production TV yang datang untuk rakaman pertandingan ini

Antara pemenang yang bergambar dengan judges

Pemenang yang baru dapat medal...hehehehe

Baka Maine coon pon terselit kat pertandingan ini

Tak kurang juga dengan baka² pelik seperti Sphinx

Ada yang dah penat bertanding dan berehat sebentar

Yang sempat tido pon ada gak....ZzzzZzzzzZZzz