Jika korang pergi ke Washington D.C dan melawat Smithsonian Museum of Natural History, korang pasti akan melihat sepasang rangka manusia dan anjing yang dipamerkan di dalam sebuah balang kaca. Pameran kaca ini diberi nama Written in Bone dan cerita disebalik rangka manusia dan anjing ini sangat menyentuh perasaan. Jangan terkejut kalau korang nampak rangka yang dipamerkan ialah milik Professor Gordon S Krantz dan anjing beliau Clyde. Sape prof tu eh? Aku sendiri pon tak kenal...tapi takpe..jom aku kenalkan...^_^
Professor Krantz ialah seorang professor osteologi (kajian tulang)yang
terkenal dari Washington State University. Nama beliau menjadi ternama
kerana beliau antara ahli akademik yang percaya akan kewujudan
Sasquatch. Time dia muda dulu, Prof Krantz terkenal dengan cara hidup
beliau yang liar. Beliau mempunyai masalah ketagihan alkohol sehinggalah
pada suatu hari beliau membeli seekor anak anjing dari baka Irish
Wolfhound. Menurut Prof Krantz, Clyde membantu beliau untuk pulih dari
masalah ketagihan alokohol.
Yang ni aku percaya..anjing kan dapat membantu kita mengurangkan stress
dan juga apa jua masalah diri...lepas tu plak, si Clyde ni meninggal
dunia sekitar tahun 1973 dan Prof Krantz menanam anjing kesayangan
beliau di belakang rumah. Selepas beberapa tahun kendian, Prof Krantz
menggali semula rangka Clyde untuk disimpan. Bertuah betoi...sayang
sungguh dia dengan anjing dia kan... ;)
Pada tahun 2002 Prof Krantz didapati mengidap kenser pankreas. Beberapa bulan sebelum meninggal dunia beliau menalefon teman beliau David Hunt yang bekerja di Smithsonian dengan tawaran yang sangat pelik. Prof Krantz berkata beliau mahu menyedekahkan tubuh beliau kepada Smithsonian untuk tujuan sains dengan syarat beliau akan dipamerkan bersama dengan Clyde. Prof Krantz mahu terus mengajar generasi akan datang walaupun selepas beliau meninggal dunia. Tawaran yang sangat pelik beliau ini mengejutkan Hunt dan juga isteri Prof Krantz tetapi mereka berdua bersetuju untuk melunaskan pesanan terakhir Prof Krantz apabila beliau meninggal dunia. Pada tanggal 14 Februari 2002 Prof Krantz akhirnya meninggal dunia pada usia 70 tahun. Tubuh beliau dihantar ke "Body Farm" milik University of Tennessee yang terkenal sebagai tempat lahirnya sains forensik pereputan mayat manusia moden. Selepas setahun dibiarkan mereput di Body Farm untuk tujuan sains, rangka Prof Krantz dihantar ke Smithsonian untuk disimpan. Pada tahun 2009 akhirnya rangka beliau dan Clyde dipamerkan sekali. Sebuah gambar yang diambil semasa mereka masih hidup dijadikan asas penggayaan mereka di dalam balang pameran. Written in Bone kini menjadi antara tarikan di Smithsonian Museum of Natural History. Ianya sebuah monumen persahabatan antara manusia dan anjing kesayangannya. ^_^