Nuff²

Tweet

Wednesday, December 12, 2012

Shooting for Astro Tutor TV Chapter 2

Ok, kali ni kisah journey aku dan crew ke arah utara...nampak gaya cuaca pon menarik sepanjang perjalanan...aku berharap dapat jugak lah sampai ke tempat yang sepatutnya kami tuju...selepas berhenti seketika di sebalik lebuh raya PLUS untuk shoot sikit video tentang topik Hasil Bumi untuk Astro Tutor TV subjek Geografi, kitorang menuju terus ke arah utara semenanjung...iaitu Taiping! ^^
Kenapa kitorang pilih lokasi Taiping? Kerana lokasi itu adalah lokasi taburan hujan yang paling banyak dalam subjek kita...aku sendiri pon tak amik paper Geog SPM al-maklumlah, aku sekolah Teknik...elektif subjek yang wajib kitorang amik untuk course kitorang...^^'
After jelajah Ipoh, kitorang amik masa selama 1 jam je nak jejak tanah Taiping ni...very the old school la town kat sini...aku pon pernah jejak sekali sekitar tahun 1991 dengan family aku...time tu pon kitorang dari perjalanan arah utara...tapi dah lama sangat la beb...aku pon start la bukak lensa kamera aku dan snap setiap detik² perjalanan aku kat sana...^^
Taiping tak de la besar mana pon...cuma yang paling besar kat situ aku boleh nampak dari jauh ialah Bukit Larut...aku juga pernah sampai ke atas puncak Bukit Larut sekitar tahun 1997...masa tu pon ada school camping kan...aku ni kira minat mendaki gunung time zaman sekolah je la...time sekarang tak dapat la...perot pon dah macam pouch bag! woha! ahahhaha..^^'
Tup² sampai kat town, agak ujan gerimis lah...sesuai ngan subjek kitorang ni...shoot jugak la walau hujan...tapi sampai je kat Taiping lake garden, ujan pon dah berhenti...lagi mudah nak amik video dan jugak gambar kesan hujan dan juga kabus² dari puncak Bukit Larut! ^^

Taiping town....time ni hujan gerimis..^^

Mungkin clock tower ni antara menara jam yang tertua kat pekan ni kot..^^'

Sampai sudah kami di sini..

Focus on tasik yang masih belum di cemari..

Ada jugak kelibat menatang ni kat sini

Teringat aku kat Taman Tasik Titiwangsa sekitar tahun 90-an ade la gak mende alah ni

Kabus dari puncak Bukit Larut

Playground pon ada kat sini...sesuai untuk kanak² seisi keluarga


Ada gak mak bapak yang kaki mancing kat sini

Port pokok besar² di jadikan pilihan untuk shooting

Shooting sepanjang jalan~


Alhamdulillah, selepas selesai semua tu...kitorang di bawa ke satu tempat baekkk punye...kalau korang dapat agak la, aku belanja korang cendol satu mangkOk...hahahaha...^^
So, stay tune for next chapter of travel and journey for Astro Tutor TV..^^




Wednesday, November 28, 2012

Pertandingan mewarna Eori

Musim cuti sekolah bermula lagi! Bagi yang setiap kali musim cuti sekolah mesti Eori akan muncul untuk memeriahkan lagi event² di setiap kedai buku MPH & Popular sekitar lembah klang! ^^
 Bagi yang ingin mengikuti pertandingan mewarna, boleh la datang ke semua tempat yang tertera seperti dalam poster di bawah ini!


Banyak hadiah menarik menanti adik²..Ayuh datang lah beramai² ke pertandingan mewarna Eori! ^^

Monday, November 26, 2012

Shooting for Astro Tutor TV Chapter 1

Well...bile aku tengokkan balik banyak plak sawang dalam blog aku yang berkubur lama sampaikan last entry pon aku tengok sekitar raya aji...Nak update memang ada byk cerita yang aku boleh kongsikan...cuma timing tak kena...kerana aku gagal manage masa aku dengan blog aku..huhuhuh...=(
Bercakap tentang entry kali ni, aku di beri peluang untuk meng-update entry terkini tentang perjalanan aku selama sehari dari kL ke utara semenanjung...kali ni aku ke Taiping, Ipoh, Cameron Highland dan Lojing di Gua Musang untuk pengambaran Tutor TV Astro...Aku pon tak pernah tengok tutor tV...tapi di sebabkan ini satu tugasan yang perlu aku pikul, jadi aku pon di beri peluang untuk mengikuti pengembaraan ini...^^
Seawal jam 6.30pagi aku dah kene turun ke studio kat Taman Supreme, Cheras ni untuk berkumpul...tak ramai mana pon...kami 4 orang je..nek satu kete..cut cost lah katakan..Tapi di sebabkan kesesakan lalu lintas yang terlampau, aku jejak sana dalam 7pagi...nasib baik boss aku kensel cakap terus jumpa kat opis aku di Jalan Peel ni...so senang sikit aku parking kete kat tempat yang ada petak parking..tak de la terkejar² ngan DBKL kan...(walaupun pejabat DBKL area sini) ^^'
Kami bertolak sekitar 7 lebih keluar ke tol duta...punya la azab nak sampai tol sana...kesesakan melampau melanda sekitar jalan Loke Yew ke Hang Tuah...walaupun di pasang tidal flow..nampak gaya makin sesak lagi aku rasa...alhamdulillah, at least kitorang sempat breakfast dekat R&R Rawang sekitar jam 8 pagi...:)
Lauk pauk kat R&R ni aku berani jamin lah semuanya di panas kan lauk semalam..aku hanya makan nasik goreng sotong kunyit dan sambal serta nescafe o' ais...sotong je dah rasa macam getah sekerap dan bau pon dah busuk macam dah basi...semua tu costing RM12...Rabak poket aku pagi tu..tapi tak pe...claim je kat boss nanti..hehehehe..^_^
Kami teruskan perjalanan kami menuju ke iPoh...cadangnye nak pergi kilang memproses Marble...tapi bukan melawat dalam kilang..cuma shoot dari luar aje...asalkan info yang di beri tu betul untuk program Astro Tutor TV ni...^^

 
On the way selepas sarapan di R&R Rawang

Cuaca mendung di sekitar Tapah..Cameron Highland masih berkabus~

Tuan Director dengan crew²nya...^^


Bukit Marble dari Ipoh (Bukan Mak Marble yer)

Kilang Marble dari seberang hi-way

 Menuju ke Utara

Cameraman shoot dari dalam kete sepanjang perjalanan

Dari sudut tepi Hiway PLUS Utara-Selatan

Selepas shoot di sekitar tepi highway, kami semua meneruskan perjalanan ke Taiping untuk satu tempat cendul yang sedap untuk di jamah...stay tune for the next chapter! ^^

Tuesday, October 23, 2012

TERKINI : 2 peragut di sembelih


Salam semua
2 Peragut Mati Disembelih Oleh Penduduk Kampung Yang Diarahkan Oleh Ketua Kampung Yang Berang - 
Pontian : begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu…tapi sempat dihalang oleh jirannya…
namun ketika peragut itu ditangkap,pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu,Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat
…dengar takbir yang bergema…dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan…darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban…
jangan marah yerr...hanyer nak melawak² di kala raya Qurban ni...^^
~~SALAM AIDIL ADHA~~

Sunday, October 21, 2012

Pantai Bagan Lalang

Wow! Hampir 3 minggu aku tak hapdet pasal cite² best dalam blog ni al-maklum lah...keje mencemburui aku...lagi pon, UPSR dah abis..PMR pon dah abis kan...^^'
Musim² cuti macam ni la aku terpikir nak santai²...tapi ini pon aku pikir unexpected journey aje..sebab cadangnya nak pergi kenduri bersunat adik member aku...tapi terlajak ke tepian pantai la plak...^^'
Kitorang dapat jemputan kenduri kat area Banting...aku pon tak pernah la pergi Banting..ni kira 1st time la...sambil² tu aku bawak gak tuan director aku dari Korea tu iaitu mr.Yu...dia pon lagi aaa seronok nak jejalan ni...orang luar kalau di ajak berlajan, cepat² bungkus kain baju packing siap² nak ikut sertai sama...aku tarak hal je..janji cukupkan kuata dalam kete aku, aku jalankan aje...hehehehe...^^
Sesampai di Banting, kami sesat...kami datang dengan 2 buah kete...carik punya carik..pekan Banting bukan la besar sangat nak di bandingkan dengan Pekan Teluk Intan...itu pada pandangan aku la..sebab aku pon fail jejalan nak ke arah selatan Selangor ni...tambahan pula tak de sesapa pon offer GPS untuk kegunaan di saat kecemasan...bile pikirkan balik, aku tak perlukan semua tu sebab aku hanya berlandaskan papan signboard yang sentiasa terpacak kat laluan² situ...^^
Alhamdulillah, akhirnya kami 2 buah kereta sampai walaupun di situ cuaca amat panas...matahari terpacak terik sampai boleh membakar kulit...tak sangka plak sok-sek-sok-sek ngan member aku dia cakap rumah dia dekat dengan pantai Morib...^^
Punya la terkinja² kitaorang nak berendam dalam air masin..Mr.Yu pon apa lagi...dia cakap dia tak kisah janji sampai kat sana je...lepas je kitorang bedal nasik kenduri, kitorang pon bergegas ke arah pantai Morib yang rasanya kurang beberapa kilometer dari rumah member aku ni.^^
Dalam jam 4 petang macam tu, kami pon sampai di pantai Morib...punya la ramai umat dok tengah mandi walaupun jam menunjukkan pukul 4 petang! Punya la nak berendam kan...aku pon carik la parking, tengok² macam tak de je petak paking yang kosong...jadi kitorang pon keluar la dari kawasan pantai Morib tu dan menuju ke pantai seterusnya iaitu pantai Bagan Lalang!^^
Aku pernah dengar, ada ikan bakar sedap dekat Bagan Lalang tu...betoi ka? Nak tak nak kita redah je la tengok keadaan kat sana berbanding pantai Morib yang aku tengok sesak gile dengan manusia²...^^

Kat kenduri kitorang bedal semua lauk sampai kenyang

Ni lauk yang aku rembat sampai 2 pinggan!^^

Sesampai di pantai Bagan lalang, cuaca agak terik petang tu

Ada jugak kelibat² dugong berpeleseran...hehehehe..

Bile dah petang sikit, makin membiak² manusia kat pantai

Dah penat mandi...hahahahaha~

Antara shot yang sempat di amik

Berjalan mencari satu spot untuk tengon sunset

Mr.Yu dan Khairul

Ini shot yang dapat aku amik...tapi gelap sikit la..:(

Mr.Yu memang suke nak amit shot² sunset ni

Tudia...tetibe datang plak mini scrambler masuk persisiran pantai...aku ingat ATV tadi

Antara shot² yang boleh di jadikan kenangan


Ikan bakar Bagan Lalang? Memang malam tu kitorang pekena Ketam sambal dengan pari bakar...perghhh..nikmat rasanya...makan punya pasal sampai gambar makanan yang kitorang makan pon tak di snap...heheheh..next time aku wat entri makan² Ikan bakar lagi...wokeh! ^^

Monday, October 1, 2012

Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan 2012

Aku dapat info dari bebudak FB yang masih ada lagi agenda tentang sparring event kat Stadium Badminton Cheras...tempat ala² legend gitu..^^
Well, as u know...aku dulu pun pernah terjebak dengan Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan pada tahun 90-an...masa tu pon aku baru sekolah menengah...nak tak nak, aku paksakan diri dengan rela hati pergi melihatnya sendiri...^^
Once bila dah sampai kat Stadium tu, aku punya memori teringat² zaman² aku training dan kicking kat area corridor dalam stadium tu...kat situ jugak aku tengok ada pelbagai jenis orang dari orang muda hinggalah ke orang tua..macam² ragam aku tengok...teringat balik time² aku kecik² ngan bebudak team..haa..macam ni lah...sepakat bersatu padu untuk mencapai kejayaan...zaman tu memang teamwork...kalau boleh nak naikkan nama Master kami!^^
Tapi semua tu hanyalah tinggal kenangan...yang nyatanya aku ke sini untuk melihat sendiri perkembangan team aku yang dah lama aku tinggalkan...apa lagi kalau bukan dari team Koryo Taekwondo...banyak jugak manfaat join martial art ni...ada kala boleh membentuk disiplin diri terhadap masyarakat tak kira la bangsa apa pun..dari sini macam² boleh nampak orang semua pakat bersatu padu hanya kerana untuk team mereka sendiri...^^
Dari situ aku sendiri belajar erti kesungguhan dalam satu kumpulan...dari seorang penyokong hinggalah seorang fighter...dari kalah, akhirnya menang...aku sendiri terkejut bila aku menggondol pingat emas untuk acara sparing event katogeri Fly weight (Masa tu kurus macam lidi lagi)^^'
Apapun, tournament kali ni dapat jugak berjumpa dengan bekas jurulatih aku semasa kecil dulu iaitu Sir KM Rajendran..sekarang dah naik pangkat Master aku rasa...dia sendiri yang hidupkan KORYO dari dulu sampai la sekarang...kira memang tradisi yang sama..setiap kali kalau ada tournamen mesti Koryo team bergelar juara..^^
At least dapat jugak aku berjumpa dengannya secara live setelah hampir 20 tahun aku tak berjumpa dengannya...well, ada sedikit cebisan gambar buat tatapan korang sepanjang aku berada di temasya kejohanan tu...seronok tengok gelagat ibu bapa dan jurulatih yang tak jemu menjerit² tanda memberi sokongan..(teringat parents aku jugak)^^


   Banner kali ni sponser dari TM dan Milo..
Antara sparring event yang sempat di 'tembak' dari jauh

 Dah lama tak bagi swing kick...^^

 Kalau berpelukan macam ni sure kene hentam ngan refree..seingat aku la dulu..^^
 Antara kategori perempuan sekolah rendah

 Haa...baru nampak team Koryo!
Koryo tengah lawan untuk kategori lelaki sekolah menengah kot..^^

 I like this!

Dari pasukan Koryo..tengok betapa hebatnye pasukan Koryo! jauh ketnggalan di minit² pertama!

Aku suka tengok budak Nadia ni tengah Final...memang dia layak untuk Emas!^^
Suatu ketika dahulu...Sir/Master KM Rajendran pernah melatih aku sampai ke tahap cemerlang

Yeah...ni antara medal yang aku pernah dapat untuk Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan suatu ketika dahulu...boleh tengok tahun bile tu! 1996...Gold and Silver rule!^^

For me...as long as minat dalam martial art, Insyaallah...Sir KM Rajendran suruh aku further more untuk amik kursus kejurulatihan dan juga refree...tapi apa pun aku kene streching dulu dan amik semula gradding untuk 2nd Dan..^^

Monday, September 24, 2012

Annur & Meow dalam KOSMO

Wahhh!!
Pejam-celik, pejam celik Annur dan Meow dah mendapat sambutan hangat di pesada seni tanah air! Tak sangka dari satu kisah gadis bersama kucingnya yang comel tu menjadi perhatian dan telah pun mempunyai ramai peminat terutama di kalangan muda-mudi di Facebook...^^
Sapa sangka rezeki 'Emit' or Ahmad Nazri Mahmood mencurah² ketika mengkaryakan komik jawi yang tengah femes sekarang ni?^^'
Well, as u know...memang aku salute gile dengan hasil kejenya yang simple dan banyak memberi impak yang agak baik berbanding komik² yang lain...^^
Ini ada satu keratan dari KOSMO pada hari ini...kira femes sudah member aku sorang ni...apa pun tahniah mid!^^

Lebih 4,500 ikuti kisah Annur dan Meow


PROSES lakaran komik Annur dan Meow dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.
BERPENGALAMAN luas sebagai animator termasuk terlibat di dalam pembikinan siri animasi popular seperti Usop Sontorian, Yokies, Alif dan Fruities, Ahmad Nazri Mahmood berusaha keras merealisasikan impiannya itu. Menggunakan media baharu seperti Facebook untuk mengetengahkan karyanya itu, pada peringkat awal Ahmad Nazri mengakui menghadapi masalah untuk mencari watak dan jalan cerita yang sesuai dengan komiknya itu. “Saya mencipta lebih 10 watak komik sebelum ini sebelum ia dimuat naik di dalam akaun Facebook milik saya. Ada kisah wanita muslimah, ada kisah pekerja di pejabat, pelajar universiti dan sebagainya. “Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan tidak banyak komen diterima,” katanya. Biarpun begitu, dia tidak mengalah. Akhirnya, selepas beberapa kali mencuba dia tampil dengan komik Annur dan Meow yang disiarkan sejak Jun lalu.



PENGALAMAN luas dalam bidang animasi mendorong Ahmad Nazri membuka produksi animasi sendiri di Subang Jaya.

Komen positif
Kekuatan komik itu, katanya terletak kepada tiga teraju utamanya iaitu Annur, Meow dan Afi.
“Konsep komik yang santai dan menekankan elemen Islamik, kekeluargaan dan humor itu juga menyebabkan ia pantas menarik perhatian bukan sahaja si kecil malah peminat-peminat kucing di negara ini.
“Apa yang membanggakan saya, komik ini juga turut dijadikan bahan dalam kalangan guru-guru agama yang mengajar subjek Jawi di sekolah.
“Saya turut difahamkan, ia bukan sekadar diminati kaum Melayu sahaja, tetapi juga kaum-kaum lain seperti Cina dan India,” jelasnya yang memberitahu
Senarai peminat komik itu di akaun Facebook miliknya kini mencecah lebih 4,500 orang.
AHMAD Nazri mahu menggunakan bakatnya untuk memartabatkan tulisan jawi di negara ini.


Katanya, berikutan sambutan yang memberangsangkan itu, dia bercadang untuk menerbitkan komik Annur dan Meow pada masa hadapan.
“Setakat ini, sebanyak 70 muka surat komik telah dimuat naik di laman itu sementara sebanyak 50 muka surat lagi telah pun siap untuk dimuatkan di dalam komik itu nanti.
“Kini saya sedang giat menghasilkan siri kedua komik tersebut, di mana ia masih mengekalkan watak dan jalan cerita yang sama seperti sebelum ini,” katanya yang turut mencipta Fan Page Annur dan Meow di Facebook, khusus untuk peminat-peminat komik itu.
Katanya, dia berharap lebih ramai pelukis dan animator lain yang bakal mengikut jejak langkahnya bagi memastikan tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman.
“Sebelum ini pun saya jarang menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan harian. Melalui komik ini, secara tidak langsung ia berjaya mengasah semula kemahiran saya selepas sekian lama meninggalkannya sejak zaman sekolah lagi,” jelasnya. Kepada mereka yang ingin mengikuti kisah Annur dan Meow boleh melayari annurmeow.blogspot.com atau www.facebook.com/AnNurMeow.