Wahhh!!
Pejam-celik, pejam celik Annur dan Meow dah mendapat sambutan hangat di pesada seni tanah air! Tak sangka dari satu kisah gadis bersama kucingnya yang comel tu menjadi perhatian dan telah pun mempunyai ramai peminat terutama di kalangan muda-mudi di Facebook...^^
Pejam-celik, pejam celik Annur dan Meow dah mendapat sambutan hangat di pesada seni tanah air! Tak sangka dari satu kisah gadis bersama kucingnya yang comel tu menjadi perhatian dan telah pun mempunyai ramai peminat terutama di kalangan muda-mudi di Facebook...^^
Sapa sangka rezeki 'Emit' or Ahmad Nazri Mahmood mencurah² ketika mengkaryakan komik jawi yang tengah femes sekarang ni?^^'
Well, as u know...memang aku salute gile dengan hasil kejenya yang simple dan banyak memberi impak yang agak baik berbanding komik² yang lain...^^
Ini ada satu keratan dari KOSMO pada hari ini...kira femes sudah member aku sorang ni...apa pun tahniah mid!^^
Lebih 4,500 ikuti kisah Annur dan Meow
PROSES lakaran komik Annur dan Meow dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.
BERPENGALAMAN luas sebagai animator termasuk terlibat di dalam pembikinan siri animasi popular seperti Usop Sontorian, Yokies, Alif dan Fruities, Ahmad Nazri Mahmood berusaha keras merealisasikan impiannya itu.
Menggunakan media baharu seperti Facebook untuk mengetengahkan karyanya itu, pada peringkat awal Ahmad Nazri mengakui menghadapi masalah untuk mencari watak dan jalan cerita yang sesuai dengan komiknya itu.
“Saya mencipta lebih 10 watak komik sebelum ini sebelum ia dimuat naik di dalam akaun Facebook milik saya. Ada kisah wanita muslimah, ada kisah pekerja di pejabat, pelajar universiti dan sebagainya.
“Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan tidak banyak komen diterima,” katanya. Biarpun begitu, dia tidak mengalah. Akhirnya, selepas beberapa kali mencuba dia tampil dengan komik Annur dan Meow yang disiarkan sejak Jun lalu.
PENGALAMAN luas dalam bidang animasi mendorong Ahmad Nazri membuka produksi animasi sendiri di Subang Jaya.
Komen positif
Kekuatan komik itu, katanya terletak kepada tiga teraju utamanya iaitu Annur, Meow dan Afi.
“Konsep komik yang santai dan menekankan elemen Islamik, kekeluargaan dan humor itu juga menyebabkan ia pantas menarik perhatian bukan sahaja si kecil malah peminat-peminat kucing di negara ini.
“Apa yang membanggakan saya, komik ini juga turut dijadikan bahan dalam kalangan guru-guru agama yang mengajar subjek Jawi di sekolah.
“Saya turut difahamkan, ia bukan sekadar diminati kaum Melayu sahaja, tetapi juga kaum-kaum lain seperti Cina dan India,” jelasnya yang memberitahu
Senarai peminat komik itu di akaun Facebook miliknya kini mencecah lebih 4,500 orang.
Katanya, berikutan sambutan yang memberangsangkan itu, dia bercadang untuk menerbitkan komik Annur dan Meow pada masa hadapan.
“Setakat ini, sebanyak 70 muka surat komik telah dimuat naik di laman itu sementara sebanyak 50 muka surat lagi telah pun siap untuk dimuatkan di dalam komik itu nanti.
“Kini saya sedang giat menghasilkan siri kedua komik tersebut, di mana ia masih mengekalkan watak dan jalan cerita yang sama seperti sebelum ini,” katanya yang turut mencipta Fan Page Annur dan Meow di Facebook, khusus untuk peminat-peminat komik itu.
Katanya, dia berharap lebih ramai pelukis dan animator lain yang bakal mengikut jejak langkahnya bagi memastikan tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman.
“Sebelum ini pun saya jarang menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan harian. Melalui komik ini, secara tidak langsung ia berjaya mengasah semula kemahiran saya selepas sekian lama meninggalkannya sejak zaman sekolah lagi,” jelasnya. Kepada mereka yang ingin mengikuti kisah Annur dan Meow boleh melayari annurmeow.blogspot.com atau www.facebook.com/AnNurMeow.
No comments:
Post a Comment