Nuff²

Tweet

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54

Well..pejam celik pejam celik kita dah abis sambut Ramadhan al-Mubarak..tup² sampai plak masa untuk kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-54!Pergghh..rasa macam baru je bersahur pada hari pertama..dah tu plak dalam bulan yang sama kita menyambut Hari Raya Aidilifitri dan Hari Kemerdekaan kita yang ke 54..nak cakap apa pon tak tahu...aku pulang ke kampung halaman seawal yang mungkin..rindu plak nak jenguk orang tua aku yang masih kuat dan sihat..Alhamdulillah, banyak cerita dan kisah² dari Mak tOk aku suatu ketika dahulu sewaktu dia menyambut hari raya dan hari kemerdekaan...^^'
Kadang², citer² dari orang tua kita la yang dapat memberi pengalaman dan pengajaran serta kadang² terpikir balik..best ke hidup sebelum merdeka ni??^^'
Bak kata mak tOk aku la...hidup sebelum merdeka agak sukar serta kurang best bila negara kita di jajah oleh orang luar yang boleh di katakan segala²-nya bukan lah mewah seperti sekarang. Itu maktOk aku cakap la, sebab kalau nak di bandingkan kehidupan zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka, maktOk cakap dia lebih suka hidup pada masa kini..wow!Kira best la dia, sepanjang hidup dia...dia dah menempuh era² tahun 20-an hinggalah ke era millenium..Aku tanye dia sekali, tahun bila dia paling suka?dia cakap dia suka masa umur dia lingkungan 20-30 an..so maknanya, dia di zaman² kemerdekaan la gak kan...sebab masa tu la dia cakap, macam² boleh buat..bebas melakukan aktiviti² yang sihat..macam sebelum merdeka, dia cakap pukul 7-8 malam je, semua orang dah tido..tak de aktiviti pada malam hari...^^
Berbeza plak kita pada zaman sekarang ni...kalau boleh tak payah la tidur satu hari...24 jam mesti ada aktiviti yang perlu kita selesaikan!^^
Oleh itu, bersyukur lah kita dengan negara kita yang aman makmur dan merdeka...Aku cuma terpikir tu je la..macam mana la if aku berada pada zaman maktok sebelum merdeka?sesuaii ke?Korang rasa korang boleh go on ke?O.o
Di kesempatan ini aku nak ngucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yer kengkawan...Ayuh!Merdeka!Merdeka!!Merdeka!!!\^0^/

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidlifitri 2011

Sorry dah lama tak update blog dan tak sempat nak membalas komen² dari kengkawan blogger kat sini...Maklum la..Kacang terlalu sibuk dengan persiapan nak raya tambahan di saat² akhir bershopping untuk raya...^^
Rasa sekejap aje kita dah berada di penghujung Ramadhan di mana selama ni kita tidak lekang dengan ibadah² wajib dengan berpuasa dan semayang terawih...korang macam mana plak?ada tinggal puasa tak tahun ni?^^'
Tipu la kalau Kacang puasa penuh kan...tapi tak ape la...sepanjang bulan ni Kacang nak minta ampun dan maaf kalau Kacang terkasar bahasa pada korang...terlebih atau terkasa lawak² dalam blog ni. Haaa..kekadang kacang mengomen atau buat entry yang menyakiti sesapa tidak kira la yang membaca ni tersinggung, ampun dan maaf Kacang minta sangat² la...kadang² sedar tak sedar kita menyinggung perasaan orang lain..jadi pada bulan yang baik ini elok lah kita saling bermaafan sesama insan..chewaaahh!ayat berterabur gile!ahahaha...^^'
Sebelum Kacang berundur, kacang nak Ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin kepada geng² blogger yang setia mengunjung ke blog kacang...tak kira juga pada Facebookians yang rajin mengunjung blog Kacang ni...yang nak balik kampung tu berhati² di jalan raya ok!

From Kacang dan Kitty sekeluarga~^^

Thursday, August 25, 2011

Party Pot Luck for Berbuka Puasa

Kadang² bukan senang kita nak gathering ngan member or family..once in the life, ada gak la peluang aku meng-joinkan diri berbuka puasa ala² pot luck giteww...^^
Paling elok bila semua kengkawan berkumpul satu tempat...sambil tu bawak plak makanan² yang di masak or di beli...paling elok bawak ialah masakan kita lah kan..tapi, that time..aku plak tak de masa nak main masak² jadi aku beli je la kat bazaar Ramadhan...^^'
Boleh di katakan menu pada hari tu ialah Mihun Tom Yam, some fingger food, kuih muih, buah²-an serta agar² roti yang di buat sendiri oleh budak² ni...^^
Alhamdulillah...masakan budak² bujang ni memang marvelous..Thanks to tuan rumah..Adi, Hashima moh dan Ijal sebab menjemput aku serta si dia datang memeriahkan lagi berbuka puasa...you guys awesome!!^^

Buah Tembikai pon ada...

Puding Roti buatan si Ijal..^^

Sotong dan Udang goreng tepung hasil tangan Hashimah..

Fingger foods!^^

Kuih muih dari M&M's

Agak terlayan sekejap ngan Mihun Tom yam ni

Paling sedap Air Bandung cincau si Adi bancuh...rasa aiskrim soda...lazartt!^^

You guys awesome!!^^v

Sunday, August 21, 2011

Best Of Me

Godek² balik terjumpe la plak lukisan² lama zaman aku bebaru abis sekolah..konon masa tu zaman tengah tak tentu arah tuju...zaman² memberontak..zaman² baru nak naik..nak tunjuk bagus!haaa...paling tidak pon pengaruh kengkawan...^^
Nak cakap aku ni setan, Nauzubillah...tak de la plak timbul tanduk kat kepala ni kan..tapi tu la..waktu remaja, hati kita kering..hati yang luka kalau tak pulih memang biasa la..aku pon pernah ada pada masa tu...Bile kengkawan kene usik..kite pon terasa la bahangnye..umpama cubit betis kiri, betis kanan pon terasa..^^
Tapi itu dulu² nyer cite laa..sampai la satu masa aku meningkat usia untuk berpikir balik, best sangat ke memberontak?Lain plak cara aku meluahkan perasaan ati aku...cara aku plak, hanya menyonteng²...Tak de plak sampai nak protes kat tengah jalan macam sesetengah pihak yang agak tak puas hati je, mesti nak berpiket..^^

Promo Komik 'Hostel Champ'..Kisah zaman aku kat Sekolah Asrama dulu..^^

Contengan Usia remaja..^^

Bukan la cantik mana pon sketching aku..kalau takat suka² boleh laa..aku melukis mengikut mood dan emosi..kadang² happy..kadang² emo..kadang² Blues...bile belek² balik, wow!tak sangka plak aku boleh lukis gambar character dari Aie Blues..^^

My 1999 Artwork

Bersama Abg Aie Blues pada suatu ketika dahulu...(satu opis)


Saturday, August 20, 2011

Sappy di Malam Minggu

Tak salah kalau nak bersosial, tapi ada batasnya...sama macam kita nak makan laa..takkan sampai gelojoh depan makanan kot..ada gak adab² sopan depan meja makan...^^
Hari ni tak de banyak aktiviti luar yang biasa aku kendalikan bersama rakan² ku...sebab aku dengar sekarang malam minggu, kL agak sesak akibat aktiviti membeli belah sempena sambutan Hari Raya...remeh-temeh bila sekali dah kuar, termelekat plak kat traffic jam..dah buang masa kat situ...akibatnya, wasted only..tak de pekdah kalau kuar time² busy camni...seolah² nak bazir masa dan minyak kete je...^^
Bebalik tajuk entry, malam ni aku habiskan sisa² masa aku sebelum aku masuk tidur bersama Sappy...korang still ingat dak Sappy ni tak?haaa..sekarang dia dah nak jadik anak teruna dalam keluarga Kitty kat rumah ni...macam² la permainan yang aku belikan untuk dia bermain..berbeza ngan kakak² dia seperti Cindy dan Inky...dorang ni tetap Cool macam dulu..takpe, next time aku bukak story pasal Cindy dan Inky plak..cuma aku nak share kan sikit video si Sappy ni...


Korang perasan tak suara dia?Badan dah besar macam anak teruna, tapi sound dia..dah macam Aqua~wahahah..^^

Friday, August 19, 2011

Kisah Bulan Puasa

Kalau aku ingatkan balik macam kelakar pon ada dan macam bodo pon ada gak...^^'
Ada one day tu, masa zaman aku tak de kete..tak de moto..jadi zaman tu aku hanya menggunakan pengangkutan awam je la..contoh macam Bas atau LRT..(Zaman tu tak de lagi Monorail)..^^'
Bile diingatkan balik, Mak ngah aku ada le invite aku berbuka puasa kat rumah dia area TTDI kat ngan One Utama tu ler, aku plak nek bus tak tentu hala..dari arah Ampang aku dah amik satu bass nak ke Jalan Silang, sesampai kat area KL, pehtuh kene plak amik bas ke arah Taman Tun kan...
Pada masa tu aku tak de la terpikir nak sampai lewat kan..di sebabkan kesesakan lalu lintas, maka aku pon kelam-kelibut la...dah la tak bawak ape² bekalan untuk berbuka puasa kan...contoh macam air ke..gula² ke..
Nak tak nak azan dah berkumandang kat dalam bas..masa tu, bas Intrakota seingat aku..brader driver tu plak dok sibuk² ushar aku and tanye² samaada berbuka kat mana?kelakar gila la kot...aku jawab je laa..tu la..ingat nak singgah umah makcik kat TTDI, tapi jem la plak..tetibe azan berkumandang, brader tu pon bukak la air coke tin kat genggaman dia sambil dia minum kat dalam bas tu...
Dan aku plak??Apa pon tarakk...nak tak nak tiket bas yang ada kat genggaman aku ni buat pembatal puasa la apabila aku mengunyah tiket bas tu!
Gile horor siut!puas hati drebar bas tu bile tanye aku dah berbuka ke?kalau dah Alhamdulillah...
Hampeh betoi situasi aku time tu..nak tanya, segan la plak..last² batal juga posa aku dengan mengunyah tiket bas...Demm~

The Situation~Sila click untuk jelas lagi...^^

Baja Bokashi

Fuhh...fUhhh...
Bukan menjampi...tapi menahan penat dan lelah di panas hari..maklum lah, bulan ramadhan..ada kala musim panas dan ada kala juga musim hujan...tapi biasanya, dalam pertengahan bulan Ramadhan macam ni lah...ada aje urusan² yang perlu aku selesaikan...tambahan plak cuaca sekitar KL ni agak kurang memuaskan...
Memandangkan hari baik dan bulan baik, aku pon tak banyak ngomel sangat...aku pon teruskan usaha murni aku untuk membeli sikit bekalan Baja untuk tanaman ayah aku....
Nak ikutkan, aku pon tak pernah amik tahu tentang baja Bokashi ni...korang familiar ke dengan baha Bokashi keluaran Japan ni??
Walaupun aku dulu bersekolah di Sekolah Teknik Teluk Intan dalam Jurusan Kejenteraan Ladang, aku pon agak lupa selok-belok baja² ni...tambahan plak baja Bokashi ni adalah sejenis baja organik tulin yang menggunakan mikrob, di amalkan dalam sistem Kansai Natural Farming (KNF) dan mampu plak bersaing ngan sistem pertanian konvensional untuk menghasilkan pulangan yang agak menakjubkan!^^
Kalau nak lebih detail, aku cuma leh cakap la...Bokashi ni terhasil melalui proses pemeraman bahan campuran tinja haiwan (ayam atau kambing), tambah plak sekam padi bakar, dedak dan juga kumpulan mikrob yang berfaedah untuk pertanian dan ia jugak mengandungi unsur lengkap sebagai nutrien yang di perlukan oleh tanaman.
Apekah jenis nutrien yang di pelukan oleh tanaman ialah seperti N,P,K,Mg,Ca,Co,Si,B,Fe,Mo,Zn,Mn,S,C,H,CI dan O...manakala baja kimia cuma ada N,P,K dengan sedikit Mg dan Ca saje...berbeza kan?!^^
Tu pasal la ayah aku beriya² sangat nak suh aku beli..sebab maybe kualiti baja ni agak yang bagus untuk kegunaan tanaman..tapi yang peliknye, kenapa nak kene beli banyak²?hahahaa...
Maybe dia ada plan nak bukak kebun kot?^^'

Berbalik soal rege Baja Bokashi ni, ada 4 jenis baja yang biasa dorang ni jual...di antanya nya ialah

Jenis BOKASHI
Nama Produk : BOKASHI BOA-1 (Baja Organik Bokashi Tinja Ayam -1kg)
Kod Produk : BOA-1
Berat Produk : 1 kg beg
Harga Produk : RM 3.50 per beg (Harga Pengguna)

Nama Produk : BOKASHI BOK-1 (Baja Organik Bokashi Tinja Ayam -1kg)
Kod Produk : BOK-1
Berat Produk : 1 kg beg
Harga Produk : RM 3.50 per beg (Harga Pengguna)

Berbeza plak harga 20Kg...nak di bandingkan 1kg maybe beli lebih lagi ok...jOm kita tengok rege 20kg lak..^^


Nama Produk : BOKASHI BOA20 (Baja Organik Bokashi Tinja Ayam -20kg)
Kod Produk : BOA20
Berat Produk : 20 kg beg
Harga Produk : RM 38 per beg (Harga Pengguna)


Nama Produk : BOKASHI BOK20 (Baja Organik Bokashi Tinja Kambing -20kg)
Kod Produk : BOK20
Berat Produk : 20 kg beg
Harga Produk : RM 38 per beg (Harga Pengguna)



Misi mencari Baja Bokashi


Tadaaaa...walaupun berliku² jalan ku tempuhi dan akhirnyaaa...^^


Tempat pemprosesan Baja Bokashi


Tokey Baja tu dia yang duk ateh moto tu...usahawan muda melayu..^^


Kalau familiar kat sini, leh la datang jenguk² Baja jenis BOA dan BOK..^^


Lambakan Baja yang telah di tempah untuk petani²...


Suasana hijau di sekitar kawasan kilang Baja Bokashi


Ok..Dah beli peh tuh leh la balik...^^

Monday, August 15, 2011

Juadah berbuka

Masuk bulan ni dah 2 minggu lebih kita berpuasa...seronok gak menjalani ibadah puasa dengan rakan² seperti bebudak opis...^^
Tapi, takkan la setiap hari nak berbuka bersama teman² kan..ade satu² masa mesti nak masak kat umah...sebab dah bosan dan penat melayan makanan kat kedai..tambahan plak kalau makanan dan juadah kat bazaar...bagi aku la, tak de terasa lagi nak beli-belah kat bazaar...aku rela beli makanan kat pasar malam.... dah tentu² la peniaga pasar malam betul² komperm peniaga yang dah biasa berniaga...Sebab aku terkena sekali kat bazaar ni, dah serik nak beli lagi...huhuhuhuhu...@_@
Bukan niat nak kondem peniaga bazaar ni...tapi tu laa...kalau dorang ikhlas berniaga, dah tentu² la masakan dan makanan yang dorang jual tu fresh² untuk orang² seperti aku yang berpuasa sepanjang hari...last²..beli lauk basi..=(
Cadangnye nak wat ala² bujang senang jer...memandangkan masa yang dah suntuk, terpaksa la aku wat ala² gapas gitew...ikutkan, aku nak wat simple²...tapi dah rasa macam untuk makan beberapa orang la plak...adess!wat stock sahur pon ok gak kan?^^'
Bagi aku la..puas hati kita masak sendiri kat rumah...(walaupun aku bukan la terrer masak)...jadi lah jugak udang masak merah menyala aku serta sayur campur...Alhamdulillah...berbuka puasa aku dengan lauk-pauk sebegini...memang aku lupa la pada makanan kat kedai/ bazaar ramadhan!^^


Ni la juadah berbuka puasa ....

Udang masak sambal merah

Sayur campur beraneka warna

Di hidang bersama nasik putih panas...ape macam??Terliur tak?^^'

Aku yang bersederhana

Soping raya??
Korang dah start ke beli baju raya?kuih raya?Adakah soklan aku melampaui batas??hanya kerna kita masih berpuasa yang ke-16 pada bulan ni..??tapi, banyak la plak lagu² raya berkumandang di corong² radio...asal bukak stesen radio ni, ade plak terselit lagu raya...tukar stesen radio tu plak, ada plak terselit lagu raya gak...mak aihh...last² aku tuko stesen bas la...baru puas hati!Satu lagu raya pon takdak, hanya dengar munyik enjin bas jerr....ehhehehe...^^
Cakap pasal tiket nak balik raya ada yang dah membeli ke?atau ada yang beraya di tengah kOta ni??bagi aku la...raya ke tak raya ke, balik kampung tu dah jadik lumrah kehidupan anak terhadap ibu bapa..lain juga if korang betul² orang bandar...save duit sikit kan...tak de la pening pale nak ngadap stesen bas on time gara² nak balik kampung Raya nyer pasal....bagi aku yang ada transport memang tak jadik masalah untuk pulang ke kampung halaman...^^
LAst time aku berada di sekitar Mines...agak kureng orang jugak la kat dalam mines, maybe masing² pun sibuk bersoping di luar area mines...contoh macam kat Sogo,TS,Lot 10..etc...
APe yang aku nampak tahun ni raya tak de la meriah sangat berbanding tahun lepas(yeke?)
Atau aku punyer perasaan betukar hambar akibat busy kat opis nye pasal?hmmm...ape pendapat korang eh?padahal ade je lagu² raya yang agak menaikkan mood setiap orang untuk Sambutan Hari Raya tahun ni...
Ke Sebab tak de Bonus??(untuk yang bekerja sektor swasta macam aku!)^^'

Kan sonok jadik ikan...tak yah pening² pasal keje dan hari perayaan...^^


Saturday, August 13, 2011

Bersahur punya cerita

Al-kisah, bile dah penat bekerja since last week...baru aku terperasan bulan puasa adalah bulan yang kita perlu bangun sahur untuk menunaikan ibadah puasa untuk keesokan hari nya...apa yang aku nak cite sekarang ni adalah lebih afdal jika kita bangun sahur walau kita penat macam mana pon..pernah one day, aku terjaga dalam pukul 5.50 pagi...bayangkan lah kelam kelibutnye aku waktu tu...risau sebab memang takkan sempatnye...ape lagi, aku pon tibai la biskut-miskut dan coklat-moklat yang ada kat umah aku bersama dengan air masak/mineral...korang rasa kenyang tak bersahur ala² bujang cam aku ni??@_@

Sib bek la ada Natural Energy Bar ni...tak de la lapar sangat seharian..

Thursday, August 11, 2011

German Deli Imbiss

Pernah tak korang merasa bagai makan² jenis size besau² macam 3-4 kali ganda food serving yang korang makan?^^'
Haaa...Kali ni aku nak cite kasi korang terliur tengok gelagat aku dan bebudak opis aku pekena makanan yang berkali² ganda yang biasa korang makan...(saje nak citer time² tgh bulan posa ni)..korang familiar tak dengar Restoran German Deli kat Ampang?Kalau yang familiar tu kira ok laa..tak de la terkejut sangat kan...tapi bagi orang² luar kawasan Ampang pasti terkejut dengan hidangan Burger dan Sosej yang boleh di katakan 'besar' sampai tak abis makan lah!^^

Tadaaaa...^^

Luar Lokasi...^^

Burger yang boleh di katakan sedap sehingga menjilat jari...^^

The big size of food serving~

Another Sausage from German Deli

BIGGER SIZE

Yummmyyy!!!^^

Sausage yang di penuhi Cheese...

Encik Korea seronok menikmati hidangan sosej besarnya..^^

Time bayarrrrrr...

Burrrppp!!Alhamdulillah...^^'

Tentang rege dia?Harga kat sini tak de la mahal mana sangat...kalau nak di bandingkan makan McD, makan KFC..sini lebih kurang aje..cuma korang tambah beberapa ringgit je untuk set hidangan bersaiz besar...dalam lingkungan RM20 gak la...tapi puas hati beb!Jangan lupe try makan² kat sini, sekali korang makan...mesti nak lagi wehh!^^

Pssstt....kejadian makan² ni berlaku sebelum bulan puasa ye!heheheh...^^

Tuesday, August 9, 2011

Wordless Wednesday #1

Spot the different...^^

Perjalanan Terakhir

Hari ni mood aku tak de la nak tulis panjang²....sebab sebenarnya aku terpaksa melalui perjalanan yang agak panjang sepanjang hari ni...atas sebabnye, Opah yang paling terdekat ngan aku (walau bukan ikatan kekeluargaan) telah kembali ke Rahmatullah awal subuh tadi...Innalillah wa'innalillah hiroji'un...(╥_╥)
Nyata sekali arwah Opah meninggal pada bulan mulia ini...sebak gak la sebab aku pon agak rapat tak rapat gak ngan arwah ni...tapi tu la, walaupun kesihatan dia kurang elok, dia tetap ingatkan nama aku walaupun umur mencecah 90 tahun!
Tapi tu la, Allah lebih sayangkan dia...perjalanan hidup dia berakhir ketika orang lain sibuk bersahur dan sibuk menunaikan solat Subuh....Moga Arwah opah di tempatkan di kalangan orang² beriman...
Al-Fatihah~

Gambar kenangan bersama Arwah Opah

Saturday, August 6, 2011

Suatu Penghijrahan

Salam Ramadhan yang ke 6 haribulan...tak sangka dah 6 hari kita berpuasa ye..tak kira pada orang² uzur dan orang² yang kurang upaya dan tak mampu untuk berpuasa...masing² pun melakukan ibadah puasa dengan penuh kesyukuran...^^
Last week, office aku dah pun berpindah ke bangunan yang baru...memang agak struggle gak lah sebab lagi beberapa hari nak puasa kan. So boss kitorang pon bagi arahan untuk memulakan dengan mengemas semua segala mak nenek folder dan barang² yang agak simple seperti sendiri punye stuff...aku pon ape lagi, packing punye packing barang² yang aku handle untuk team aku macam sesetengah folder dan juge barang² dari Korea seperti folder² yang telah di check oleh model checker yang kitorang gelar 'Chaqanim'..^^'
Kemas punye kemas, tiba la masa nak angkut mengangkut dari meja hingga lah ke partition masing²...aku plak riso takut tak sempat masa je...sib bek la kerahan tenaga dak² ni kuat² berlaka termasuk la gadis² Korea yang agak kuat mengangkat meja dan kerusi serta segala barang² yang agak heavy lah..^^

Apa yang penting?Kerjasama!Meminjam kata² Wonderpets...^^

Operasi telah bermula...

White board di keluarkan...

Ada yang 'mati' sebab teruja dapat pindah opis...^^'

Opis baru tengah pasang lampu...kelam kabut semua...

This is My place..My Dept..^^

Office sementara untuk meletakkan barang...^^