Nuff²

Tweet

Saturday, January 28, 2012

Sappy lost in his battle...RIP Sappy

Seperti yang korang tahu, si Sappy mengidapi penyakit Virus FIP yang tak mungkin dapat menyembuhkannya..Itu lah hakikat yang perlu aku terima...terpaksa la aku create last entry kisah si Sappy dari 1st aku ambil dia hingga lah dia pergi meninggalkan aku dan Kitty sekeluarga..(╥_╥)
Pada satu malam tu, keadaan Sappy bertambah tenat..ada la tetamu yang terakhir yang datang pada petang tu..dia ialah antara orang yang rapat dengan Sappy..dari situ aku dah nampak yang Sappy mungkin ingin berjumpe dengan dia buat kali terakhir kerana ada juga beberapa kenalan rapat yang datang menziarahi Sappy...
Masa semakin suntuk...aku still put him at my place..iaitu di kuarantinkan dalam bilik aku agar tak bercampur dengan anak² bulus yang lain..maklum lah, penyakit ni mudah berjangkit..pada yang imune tak kuat, aku rasa akan cepat dapat la virus ni...nak buat camne kan, kita terima aje lah ketentuan Allah SWT...
Dalam jam 4 pagi seingat aku Sappy ada bergolek² menahan sakit perotnya yang mulai membusung tu, aku bangun dan nampak dia mendongak ke arah katil aku...seolah² nak tengok muke aku lama² supaya dia tak lupa...dan aku cuma bercakap pada nya, semoga dia dapat bertahan sampai pagi esok..sebab aku still nak tengok dia puas² kerana aku tengah mamai masa tu kan..@_@'
Once aku lelap, tersedar balik sebab dia meow² seperti menangis...padahal selama dia sakit ni memang dia jarang berbunyi...seolah² nak bagi tahu dia sakit dan azab sangat nak melawan sakit dia..aku terus bangun dan buka lampu untuk melihat keadaan dia..Ya Allah! keadaan dia agak nazak kerana pernafasan dia tercungap² seolah² dah nak sampai masa nya...tanpa berlengah lagi, aku pun duduk di hadapan cage dia dan usap² buat kali terakhir supaya dia tahu betapa dekatnya hati aku pada dia ketika itu...aku rasa macam sakitnya, azab nya dia ketika tu, hanya Allah yang tahu...(╥_╥)
Suara Azan berkumandang menggemparkan alam sunyi...masa tu la dia meow² dengan halus dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir...Ya Allah! Mengalir air mata aku tengokkan si Sappy ni pergi dalam keadaan yang sebegini rupa..bertapa seksanya si Sappy melawan penyakit ini...tapi itu lah endingnya..yang penuh tragis...(╥_╥)
Aku amik keputusan nak tanam dia di kawasan umah parents angkat dia...sebab aku dah janji, aku nak tanam dia di area situ..paling bagusnya budak Sappy ni, dia pergi tak de nak menyusahkan semua orang...aku rasa memang dia sendiri yang plan nak pergi ketika aku cuti..maklumlah raya cina kan..padahal, esoknya ialah hari Rabu..dah tentu² aku akan pergi ke pejabat dalam keadaan tak tenang..tambahan pula, parents angkat dia ni nak pergi bercuti pada hari yang sama...tapi Sappy pergi 24-1-2012 bersamaan dengan CNY...eh, sama la...Sappy pon datang dalam hidup aku pada CNY tahun 2011, tapi dia pergi pada CNY 2012...Hmm..tarikh dia tak de la jarak jauh sangat ngan tarikh kematian si Eori iaitu Hari Christmas 25-12-2010...Mereka ni pergi di waktu semua orang sibuk menguruskan perayaan...bagus betoi, senang sikit nak ingat peristiwa² si EOri dan si Sappy pergi..^^
Tapi itu lah hakikat, jangan di pertikaikan tentang perasaan pecinta haiwan ni kerana kucing juga ialah makhluk yang bernyawa...ianya satu anugerah Allah untuk kita menjaga dan memberi dia sepenuh kasih sayang...bukan sekadar kucing, malah haiwan² lain sepert anjing, hamster, arnab, ayam, kura² dan segala jenis makhluk yang bernyawa ni...^^'
Selepas matahari terbit, aku pon bersiap sedialah nak bawak jenazah si Sappy ni untuk di kebumikan...Alhamdulillah, cuaca sangat baik dan mudah urusan untuk mengorek lubang kubur...sebab embun pagi tak abis lagi kan, jadi tanah menjadi lembut dan senang nak menggali lubang..bagus betul budak Sappy ni, memang tak menyusahkan kami langsung...:')
Akhirnya, Sappy bersemadi dengan amannya di sini bersama dengan teman² dia yang dia tak pernah kenali iaitu kucing² parents angkatnya yang ada juga di tanam di situ...rasanya situ tempat yang baik untuk di jadikan pet cemetery..Kubur Sappy juga di bawah pohon pokok yang redup..sesuai sangat dengan jiwa dia yang manja dan tenang tu...Apa yang aku dapat belajar hari ni ialah erti kesabaran dan dugaan yang tabah aku terima sepanjang awal tahun ni...Semoga Sappy aman di sana...Rest in Peace my baby boy...:')

Selepas manatahari terbit, SCL bersiap² untuk kebumikan si Sappy

Lubang dah siap di gali...^^

Jenazah si Sappy..masih lembut dan mudah di uruskan

Pelan² aku mengangkatnya ke liang lahad...:'(

Ini lah posisi si Sappy ketika dalam liang lahad...harap² tak menyeksakan lah yer..:')

We love you Sappy...(╥_╥)

Di balut dengan tuala putih/tuala mandiannya sepanjang hayat dia...

Sentuhan terakhir...Good bye Sappy...sob..sob...

Mulai mengambus tanah...

Pelan² menolak tanah supaya dia tak 'sakit'

Berakhir sudah penderitaan si Sappy yang mengidap FIP virus...

Tak sangka dia pergi semuda itu...

Good bye Sappy...You'll always in my heart..RIP my baby boy...(╥_╥)

Mungkin ini lah entry terakhir tentang Sappy..lepas ni mungkin aku tak akan update entry tentang nya lagi...Sappy sempat jumpe dengan semua orang yang sayangkan dia selama ini. Terima kasih lah kepada mereka² yang melawat Sappy walaupun yang duduk jauh, ada yang sudi melawat dia pada lewat malam dan terima kasih kepada Kawan² di page SCL dan Blogger kerana memberi kata² semangat dan mengambil berat tentang Sappy...Memang la sedih, tapi ini lah yang terbaik untuk dia..Ianya sudah ketentuan Allah SWT..

RIP Sappy 5th February 2011 - 24th January 2012

Saturday, January 21, 2012

Sappy's diagnosis virus FIP positive

Kisah Sappy masih belum abis² lagi..tatkala awan yang kelabu membuatkan aku bergegas ke Hospital Veterinar Taman Segar untuk rujukan penyakit yang di hidapi Sappy. Petang tu aku pandu dengan tenang ke sana, Sappy pon tak banyak bunyik sebab maybe dia pon dah tenat serta penat nak menghadapi situasi bersama doctor...aku paham, dia pon stress bila time doc nak cucuk sana dan cucuk sini..jadi aku pon tak nak la menambahkan lagi stress si Sappy ni..@_@'
Sesampai aku kat sana, aku di temani dengan 4-5 ekor anjing yang agak kurang sihat berbanding si Sappy yang dah tenat ni..tak pe la..Sappy nyer pasal, aku tak kisah lah..Yang penting, hari ni jugak aku nak wat ujian FIP ke atas nya. Memandangkan perut dia semakin mengembung semenjak dripkan water kat dalam kulit dia, aku rasa dah perlu sangat² aaa aku wat FIP test ni...+_+
Agak azab juga nak amik darahnya memandangkan 2-3 doctor terpaksa ambil alih untuk kes Sappy ni. Maknanya, Sappy ni dah langsung tak de darah di dalam saluran urat nye. Ini kerana mungkin kekurangan air yang terlampau sangat. Dalam pada masa yang sama, Sappy plak tak makan dan tak minum kan..so darahnya yang kat dalam urat tu agak pekat dan kurang..:'(
Bertapa seksanya si Sappy bila aku mendengar dia menangis kesakitan akibat di cucuk sana sini untuk ambil darah. Sebab urat nya tak timbul²..ada la dalam 15-20 minit hanya untuk mengambil darah..so sad to see him..aku memang tak sanggup, tapi kene la hadapi..tu pon dapat sikit je darahnya..tak pe la..asalkan dapat darah untuk buat FIP test..^^
Lepas tu kene plak aku tunggu 1jam lagi untuk result..sepatutnya aku kene masuk keje...tapi tak pe laa..terpaksa la skip dulu..hal tugasan boleh la aku ngelat sikit..tapi pasal si Sappy ni kene la aku focus betul² sebab ini la pertama kali aku wat FIP test pada Kitty sekeluarga...
Dapat panggilan dari doc, terus aku ke Hospital balik memandangkan hari nak ujan kan..berdebar² gak aku berjalan menuruni bukit ke arah pintu spital kan..last² masuk bilik doc..doc baca kan apa yang patut dia terangkan di mana Sappy ialah pengidap penyakit FIP positive..
Apa itu FIP?Haa..korang kene tahu..penyakit FIP ni salah satu penyakit yang tak mungkin dapat di rawat kerana tiada obat untuk merawat penyakit ni. Macam sindrom HIV pada manusia laa..Puncanya? Doc sendiri cakap, kucing yang di adopt..kita tak dapat tahu tentang perihal latar belakang kehidupan parents² mereka termasuk la Sappy yang aku adopt dia...maklumlah..stray catskan..tapi apa yang doc cuba sampaikan ialah di mana dia maybe di jangkiti FIP ni ketika di dalam kandungan mak dia...kira budak Sappy ni innocent la..kuar² dah ada penyakitkan..tapi mungkin peluang dia untuk hidup adalah tipis..jadi doc suggestkan jalan terakhir ialah PTS beliau..@_@'
Waaaahhh!!Korang sanggup ke??nak PTS si Sappy ni?? Tapi demi kebaikan dia dan juga anak² yang lain di rumah ni...aku terpikir..termenung sejenak apakah hukum nak mematikan kucing ni..tapi untuk tidak memudaratkan lagi atau erti kata lain menyeksakan Sappy ni, lebih baik aku amik keputusan untuk put to sleep...@_@
Keputusan tidak di buat lagi...aku hanya bawak balik dia di rumah dan pantau keadaan dia..aku juga mohon agar korang janganlah berprasangka buruk..aku cuba buat yang terbaik untuk dia dari awal tahun 2011 kemunculan Sappy dalam rumah aku...tapi inilah kesudahannya..FIP yang bakal meragut nyawa si comel ni...sob..sob..(╥_╥)

Seksanya Sappy nak amik darah...maklum lah..dah tak de darah dalam badan dia..

Ini antara keputusan yang benar² mengejutkan aku serta Kitty sekeluarga..

Graf bacaan kandungan darah putih melebihi darah merah

Sappy tenang ketika di sentuh oleh rakan² aku

Cukup manja dan ingin di belai seperti kucing² lain

Masa dah suntuk

"Sappy tak mo pegi..sappy rindu korang semua..mekasih yer sebab sudi jaga Sappy hingga akhir hayat Sappy..Sappy akan merindui korang semua..bye²"

Sappy is on a Drip everyday

Salamm selamat malam...
Kali ni kisah si Sappy masih lagi menjadi tanda tanya..sekali lagi aku berjumpa doc untuk mendripkannya iaitu meletakkan air di dalam tubuh badan dia supaya dia tidak terus rehidrate..Ramai yang memberi cadangan supaya aku memberi jeli gamat or air kelapa..even my mom pon ada suruh buat semua tu...sebab, orang² tua kata rawatan tradisional agak la berkesan berbanding rawatan yang menggunakan chemical ni...biasa la, kita hidup di zaman canggih, for sure kita banyak berhadapan dengan segala jenis ubat²-tan..tapi petua orang² tua ni kadang² boleh di gunapakai..^^'
Apa pun, aku keluar mencari air kelapa untuk si Sappy ni...malang sekali, air kelapa di tepi jalan dah banyak pupus..akibatnye, terpaksa la aku pegi beli kat dalam Tesco..nasib baik la ada air kelapa..nak kata fresh, aku tak sure la kan..tapi tak pe la..aku dah cuba sedaya upaya..^^
Kalau tengok keadaan Sappy ketika di dripkan dekat Hospital Veterinar Taman Segar ni, aku rasa memang agak azab la..time dia nak di cucuk untuk air, dia agak sopan santun..tapi bile time nak amik darah untuk ujian blood test, aku rasa memang azab! Kadang² kesian juga dekat dia sebab nampak keadaan dia seksa sangat...:'(
Lepas settle semua, aku pon bawak balik ke rumah macam biasa la..rutin harian nak kene bagi dia makan ubat..(antibiotik)..yang peliknya, suhu dia ok dan tak demam..mungkin dia masih kuat semangat untuk melawan penyakit dia ni...tapi tak pe la..worst come worst, apa pun kita terpaksa la redha dengan ketentuan-Nya...~_~

1 pint air kene masuk pada nya yang kekeringan~

Si tenang bila berdepan dengan doctor..

Nak cucuk air kat badan dia yang kering tu

Setelah selesai...agak lemah sekali...

Ini la makanan buat dia kuat...tak lupa juga pada air kelapa

Dah abis drip/makan...makan ubat semua dan tidur...sian si sappy..semoga cepat sembuh..amin..@_@

Wednesday, January 18, 2012

Sappy kurang sihat

Baru² ni, Sappy agak kurang sihat untuk dilihat bermain seperti kucing² lain kat umah ni...Aku rasa macam ada something wrong while dia always hide dari kucing² lain kat umah ni...bagi aku la, sometimes kita tak dapat detect Kucing² kita ni...tapi ada masa² tertentu kita dapat lihat keadaannya yang agak lemah dan tak bermaya tu...@_@
Berbalik² pada tajuk entry ni, rasanya kengkawan dari Stray Cats Lover dah tahu kan tentang keadaan kesihatan Sappy sekarang ni. Memang teramat sedihla kengkawan..Bagi blogger² yang baru baca entry ni, Sappy sekarang ni tak sihat serta tak de selera makan..berat badan dia susut, telinga dan gusinya pucat..badan dia nampak kering dan lemah..:'(
Kisah nye macam ni, pada Disember 2011, aku ada bawak si Sappy ke klinik vet di Cheras. Assistan Vet cakap, suhu badan dia ok dak tak de la plak dia cakap demam ke apa...walhal, dah 3 hari si Sappy demam. Dia bagi multivitamin dekat Sappy untuk dia cargas seperti sedia kala...

Sappy ketika di bawak ke Klinik Cheras

Tapi, bila aku bawak balik..keadaannya masih sama..tak sihat dan langsung tak de selera makan...sehinggakan aku terpaksa suapkan dia makan..Kejadian ni berlaku selepas beberapa minggu dia gi klinik peh tuh ada la satu hari tu, aku nak gak jenguk² dia makan ke idok..Masyaallah! Keadaannya nampak makin teruk seperti nazak actually.. Tanpa pikir panjang, malam tu gak aku bawak dia gi Hospital Veterinar Taman Segar yang di suggestkan oleh sahabat terdekat iaitu acik & zie..Lepas abis keje, hari Khamis tu terus aku bawak dia ke spital berkenaan.^^
Sib bek la sempat..dah la jalan jem..terpaksa la aku ikut short cut yang boleh tembus terus kan...Sesampai je aku kat spital tu sib bek la tak de orang ramai...Tapi dalam sedih², ade la plak cerita lawak yang terjadi actually...Tergelak la jugak bila aku teringat..ade plak time nak panggil nama tu, dorang panggil SAPI..aku pon wat bodo je la sebab aku ingat kucing orang lain kan, kebetulan ada gak la 2-3 orang kat situ..(mane la tahu, kot² dorang borak sal SAPI lembu upin-ipin kan)^^'
Rupenyer pronounce dia salah..sepatutnya panggilan Sappy..bukannya 'Sapi'..rasa macam nak Sapu je pala dorang tu ngan penyapu roman..>,<"
Bila masuk bilik tu, doc cakap dia memang demam..suhu dia tinggi..then bile suhu tinggi, doc amik keputusan nak cek darah dia sama..mane la tahu kot² ada jangkitan apa² kan..@_@'
Alhamdulillah, darah Sappy tak de la jangkitan kuman cuma darah putih dia naik ke 53(kata doc laa). Terlebih sikit..tapi doc cakap it's normal..tak de benda serius nak risaukan. Tapi tu la, yang aku pelik sampai sekarang Sappy plak tak mo makan sedangkan doc ada bagi suntikan antibiotik untuk dia...Jadi terpaksa lah aku gune shrink untuk bagi dia makan dan minum. @_@
Bagi aku la...tak perlu la doc atau assistant veterinar ni jaga hati sangat pada owner pets ni..if betul darah kucing kita ada jangkitan, just bagi tahu laa..at least kita tahu apa punca dia tak lalu makan kan...Aku berdoa semoga Sappy cepat sembuh...Amin~
Next checkup maybe akan aku update...^^

Sappy monyok..asyik nak duduk kat slipar je..aduii..@_@

badan dia lemah...tak bermaya...sedih tengok keadaannya

Berat badan susut...turun 0.7kg..

Kena paksa jugak dia makan...sebab nakkan tenaga...

Sappy selepas makan ubat...tidur dalam bathtub dia..

Semoga Sappy cepat sembuh...terima kasih rakan² Stray Cats Lover yang banyak memberi kata² semangat untuk Sappy..^^

Wordless Wednesday#2

^^

Tuesday, January 17, 2012

Sunday, January 15, 2012

Kedai Daiso, Japan

Antara sebab² aku citer pasal Daiso dalam entry kali ni ialah kerana Daiso ialah tempat barang-barangan yang paling murah untuk kita membeli barang² keperluan harian!^^'
Eh..lupe plak nak intro..korang familiar tak kedai² Daiso ni? Haaa..bagi sesapa yang tahu, mesti korang pon pernah beli barangan² kat situ yang berharga RM5!Yaaa...aku bukan nak cakap kat Malaysia ni tak de barangan RM5...contohnya macam kedai RM5..memang ade je kat Jusco, kat tepi² jalan..tapi lain plak barangan Daiso ni...Harga RM5 tapi kualitinya dari Japan...Barangan Japan sape tak nak beli kalau berharga RM5 kan...sedangkan kita ni sibuk je nak pakai barang² dari Japan, mampu tak mampu je la kan...teknologi Japan lebih baik dari Korea serta Taiwan/China...^^'
Jadi kat sini aku tak de la nak kondem product Malaysia, cuma kalau boleh dapat yang terbaik serta murah, ia satu bonus untuk kita kan?^^'
Kalau aku pegi Daiso ni, aku suke sangat tengok barang² yang merupakan perkakas rumah...contoh kalau paling tidak pon IKEA la kan..ade je barang² yang mampu di miliki kalau di IKEA, tapi apa salahnya kita try tengok barangan di Daiso mart ni...ada pelbagai jenis barangan termasuklah pinggan mangkOk, barangan kebun, barangan hiasan rumah, barangan haiwan peliharaan, barangan stationary, barangan makanan di import dari Japan serta pelbagai lagi..(banyak sangat)^^'
Bagi aku la..kalau aku jejak ke sana, mesti aku akan ke tempat yang menjual perkakas atau barangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing..korang bayangkan lah, semua barangan haiwan tersebut berharga RM5! Kalau nak di bandingkan barangan haiwan di pet shop, aku rasa better korang ushar dulu kat Daiso ni...hehehehhe...^^'

Ni antara barangan Daiso yang berharga RM5 kecuali 'CAT it' dan tempat minum kucing yang pakaging gambar anjing tu..yang lain semua RM5!^^

Yang ni barangan yang aku beli kat Daiso...semuanya RM5!^^

Thursday, January 12, 2012

Kebersihan pada anak² bulus

Kucing² a.k.a anak² bulus harus lah di jaga dari segi semua aspek termasuk la kebersihan...bila keadaan sangat kotor, maka anak² bulus sendiri pon senang untuk dapat penyakit. Jadi faktor kebersihan kena la jaga..tak kira la dia kucing ke, anjing ke..sugar glider ke..hamster ke..semua nya kene bersih..lain la kalau nak bela lipas dan tikus, aku rasa sesuai juga korang tak amik berat dari aspek kebersihan..;p
Paling tidak pon, mandikan lah dorang ni dalam 3-4 minggu sekali...kalau nak ikutkan, aku pernah mandikan dorang ni sekali seminggu...tak pasal² kene hentam ngan doc vet..doc vet cakap ingat dia ni manusia ke??adeess..tobat aku tak wat dah..@_@'
Jadi, nak ikut kan..if keadaan mengizinkan, eloklah kita mandikan mereka² ini dengan air yang bersih dalam keadaan suam gitu..tak di galakkan untuk memandikan dengan air paip yang direct dari paip sebab ia akan membuat kucing² kita terkejut sebab suhu air yang sejuk tu ^^'
Bila pakai air sejuk, mula la dapat penyakit seperti selsema, asma dan macam² lagi...ingat, air memang boleh membuatkan bakteria mulai membiak di badan kucing, jadi memang betul la tak semua kucing suka di mandikan...sebab dorang sendiri dah tahu akibatnya..oleh itu, lepas di mandikan haruslah di keringkan dengan cepat sebelum dorang sendiri berasa tak selesa dengan badan dorang yang berlumuran dengan air...Aku syOrkan korang leh la pakai hair dryer..^^
Bila dah abis selesai, boleh la biarkan dorang sendiri menjilat sisa² air mandian tadi...elok lah dorang bersihkan sendiri kan?^^'

Cindy selepas kene mandi

Sappy pon sama...rajin betoi menjilat badan dia

Kitty jangan cakap la..antara yang paling senang untuk di mandikan

Cindy suka main dengan air..^^

Marble pon senang je nak mandikan dia...

"Eh...si Inky mana?dia tak mo mandi ke?" sergah Sappy...^^

Inky jangan cakap la...dia ni memang susah nak di mandikan..tu pasal la dia makin hari makin hitam...^^

Tuesday, January 10, 2012

Wordless Wednesday #1

Kalau pen Wacom rosak, gunakanlah pensel 'For Computer' ni..^^'

Sport Rim"17 for Proton Persona

Termengah² aku mendaki tangga yang sebelum ni parah dengan citer orang jatuh tangga..aisehh...tu kisah kawasan kejiranan aku yang pernah tergOlek-terkangkang jatuh tangga akibat berlari² ketika memanjat tangga...@_@
Tapi bukan itu la topik yang nak di ceritakan...^^'
Berbalik pada tajuk N3, kali ni aku nak bentangkan citer tentang sport rim yang amat di gilakan oleh golongan orang muda..(tak macam aku yang dah tua bangka)..@_@'
Aku dah lama survey tentang sport rim ni...bila belek² dalam forum, ada banyak tips dan info tentang penjagaan tayar dan juga rim. Bile cite pasal spOrt rim, aku memang dah lama berkenan pada rim bersaiz 17 inci bak kata bebudak kete memang 17" sport rim agak sesuai untuk kereta Proton Persona..sebab reka bentuknya juga seperti kereta² sedan yang lain..^^'
Aku ada terpikir gak nak amik Sport Rim 15" plus kalau ada duit lebey sikit aku nak angkat sport spring + sport absober.. baru la nampak lowed sikit kan..lagi satu kalau pakai spring standard memang tak berapa menarik la dari segi performence...better tukar semuanya jadik sporty...that's y, aku ada terpikir benda² tu...^^
Lagi satu, tak di galakkan jugak kalau kita potong spring standard yang sedia ada tu sebab pe, nanti lambat laun tayar kita akan bergesel dengan mudguard bila bilangan penumpang makin bertambah. Sebab asalnya is spring standard, jadi kualiti tak berapa bagus la untuk Sport Rim..kalau Rim biasa tu, wallahualam la boleh tahan sampai bila kan..^^'
Jadi aku pon sepakat la nak ushar sport rim kat satu kedai ni agak ujung dunia la jugak kan...
Belek punya belek..memang banyak gila design² Sport Rim yang menjadi kegilaan orang ramai...semuanya Sport Rim baru..dia tak jual second hand, sebab dia tak berani nak tanggung apa² yang bakal berlaku...^^'
jOm kita santai sekejap kat kedai ni sambil cuci mata ushar pelbagai sport rim..^^

Ni la kedai amOi tu..^^'

Tu diaaa!!Banyak pilihan sport rim kat sini..semuanya segar²..^^

Mungkin black type with blue line menjadi pilihan aku..^^

So long and good bye..^^

Lompong rasanya bila rim lama di cabut...^^

Semua pon bakal di togelkan...Selamat tinggal Rim lama..^^

Upacara memasukkan angin ke dalam tiub tayar..^^

Haa..sebelum nak pasang kene la wat balancing dulu..^^'

Boleh memilih pelbagai jenis nat lock depends on color..^^

Tadaaa!!Nat lock pon dah pasang...aku pilih nat biru sebab line rim aku kaler biru..^^'

Semuanya cantik di pasang rapi ^^

Ni kalau tuko spring kasi lowerd pon ok gak kan...^^'

Dah²..jOm berambus!^^'

Masa untuk cuci kete..^^'