Nuff²

Tweet

Friday, April 29, 2011

Siaran Langsung Perkahwinan Di Raja Prince William dan Catherine Middleton

Tuuu dddiiiaa!!A Royal Wedding Prince Charles dan Catherine Middleton bakal ke udara di NTV7 secara Langsung pada hari ini...Aku rasa sekarang pakat ramai dok ngadap depan kaca TV..bagi sesapa yang tak de Astro tu, channel yang korang leh tgk kat NTV7 laa..
Perrghh...terbaek sebab pe, sebab upacara perkahwinan di Raja ni di siarkan selama 5 jam starting at 3pm until 8.30pm..patut la kawan aku pakat ramai cuti sebab nak tengok acara gilang-gemilang ni...hampeh betoi..aku plak yang terkandas kat opis ni..@_@'
Ribuan rakyat berkumpul di Westminster Abbey di London untuk merayakan pernikahan Putera William, kedua di baris ke takhta, dan Catherine Middleton pada hari Ini.
Pegawai² asing telah diterbangkan dari seluruh dunia dan Bandar London telah dibanjiri pelancong² yang telah berkumpul di lokasi untuk menunggu kedatangan pertama dari 1.900 tetamu di Church seawal 8:15pagi. Putera William dan adiknya Putera Harry, 26, yang merupakan manusia yang bertuah, diharapkan tiba di lokasi pada 10:15 pagi.
Tu la aku cakap...tak ke ramai yang tak sabar nak tengok perkahwinan di raja ni...seluruh dunia tertunggu²...itu lah dia...Prince William...anak kepada Prince Charles dan Princess Diana...Nak di jadikan cite, zaman era Prince Charles dan Princess Diana kahwin pon boleh di katakan sangat bersejarah pada suatu ketika dahulu...

Sumber Googles

Sumber Googles

Sumber Googles

Sumber Googles

Yang nak tengok live streaming..boleh masuk LINK ni direct watch

http://royalwedding.yahoo.com/blogs/watch-royal-wedding-live-on-yahoo-5843

Ni ada video sedikit sebanyak persediaan untuk Royal Wedding Prince of Wales...


Semoga perkahwinan beliau kekal abadi Prince William dan Catherine Middleton

Thursday, April 28, 2011

Kisah si 'Penchuri'

Rata² berita kat dalam media tentang si pencuri...tak pencuri, peragut..kalau kisah kambing meragut rumput kat padang ragut tak de sapa nak amik peduli pon...sebab nyatanya si kambing bukan lah si peragut yang suka meragut beg tangan orang...errk...ade ke Kambing meragut beg tangan ni??@_@'
So, berbalik pada topic asal entry ni, 'penchuri' ada di merata² tempat...tak kira la..kat sebelah korang ke, kat belakang umah ke...kat dalam umah ke..kat tempat keje ke..semua tu kene alert dan beware...trust no body while u guys not around...kadang² aku yang tak berupaya ada barang berharga pun, aku stil remind barang² yang tak berharga tu aku tak de la nak letak atas meja while aku ke tandas...(time keje la)...tak pasal ada yang merembat...hhehehe..contoh wallet, cell phone etc..^^'
Ni yang baru berlaku bile once pencuri kabel letrik..terkena padah ngan litar pintas saliran elektrik ke badan si pencuri kabel...haaaa..ni baru betul kene buku dengan ruas!
Kalau la pencuri² tu ada otak, tak de la jadik macam kisah budak curik kabel kene renjatan letrik...kalau mati tak pe lagi...tapi kalau yang umur panjang?tak ke suffer life dorang??Mane plak la nak letak muke yang separuh hangit ni??dah kene renjatan letrik..pehtuh kene masuk jail plak tu atas kesalahan begini...combo set la jawabnye!
Lain plak pencuri yang panjang tangan kat opis...time tu, hukuman dunia, dia terlepas...akhirat esok...sila la tanggung!^^

MARAN: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang sebuah tapak kilang lama, di sini, mengundang padah apabila dia nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Nak tahu lebih² pasal mamat ni..leh la click sini

Tuesday, April 26, 2011

Kitties Break Hour!

Chop!!
Korang ingat korang je ke leh take 5 nak ilek² sambil isap okok kat luar opis ni??heheheh...kucing pon ada gak take 5 nye!^^'
Kalau nak ikutkan, time² dorang nak bodek² kita ni ialah time bila kita nak beri dorang makan la..tak pon terlupa nak bagi makan??OoOoOppps...aku pernah terlajak main² ngan dorang sampai lupa nak beri makan!Aiyyoo...@_@'
Tapi tu kisah lama..Past is LEPAS...tapi tak bermakna aku LEPAS tangan terhadap Kitty sekeluarga ni..^^'
Berbalik pada topic entry ni, memang dasarnya kucing² kita need a break to have their own meal..wahhhh..meal apa ni?McD Happy Meal ke?^^'
Yup...tengok aksi dorang while tengah menikmati makanan Kibbles tu, teringat plak bila masa human semua tengah menikmati hidangan makanan atas meja makan...^^
Yang bezanya cuma, kita makan beradab...tapi ade gak manusia yang makan tak beradap...aku rasa kucing lebih beradab la kot...pandai menikmati Kibbles tanpa besepah² kat atas lantai...tak macam sesetengah manusia tu...makan nasik pon bersepah seluruh meja...aiizz...macam² laa...
Bukan nak kondem manusia..tapi itu lah hakikatnye..aku pon, dulu² ada gak makan bersepah...tak macam dorang² kat bawah ni...^^'
aPe kata kita sergah sikit...heheheh...^^'

AKu candid time dorang tengah makan...time tu dorang tak perasan..

alamak!Kantoi la plak dahh...Cindy ni memang sense dia kuat betoi laa..

Nak tak nak...terpaksa la aku tangkap gambar dorang ni time tengah pulun makan...^^'

Sedapnye si Marble menikmati Kibbles nya...Si Cindy plak, suke sangat tengok lensa kamera aku..

Dah abis makan rupanye si Marble ni..^^'

Saya pon dah abis makan jugak!

Bila dah abis makan, masing² nak jamah air...hmmm..haus la tu si Sappy ni

Cindy pon enak menjamah minuman kegemaran dorang iaitu sirap bandung...erkk!nampak sangat la kelentong!^^'

Sappy setelah kekenyangan

Kalau nak ikutkan, Marble dan Inky memang dorang akan abis makan terlebih awal dari si Cindy dan Sappy. Mungkin Faktor umur kot..ye ke?Abis tu, pesal Kitty syiOk makan berulang² kali??^^'

Hallamakk...Tak Letak watemark plak kat gambo nehh...@_@'

Mungkin sebab dia dah tua la kot...NO kOmen...^^'

Panggilan Hangit


Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon).
Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer!

.........................................................................................................................................................................

Wakakakaka..Pe kes laaa nak layan orang macam tu...SHAKIDDO, pernah tak kene panggilan hangit macam ni??^^'

Monday, April 25, 2011

Laksa Utara memukau rasa!

Bahagianya...kalau dapat makan laksa...
Eh²..??setiap kali entry mesti terselit tentang laksa...ambOih..macam dah mati kutu ke nak wat entry ni ke kAcAng?^^'
Bukan mati kutu...tapi kali ni aku cuma nak citer tentang orang tua aku plak yang masakkan laksa untuk aku tempoh hari...^^'
Balik bercuti mesti la macam² makanan yang aku jamah...paling tidak pon laksa...sluurrpp!!=9 agak mengiurkan juga...faveret aku sejak kecil lagi..hasil dari air tangan mAk tOk aku...haaaa...korang kene ingat...maktOk aku...bukan nyer mak aku...hehehe...^^'
Bukan nak cakap mak aku ni tak reti masak..masakan dia pon boleh tahan sedap beb!Tapi nak di bandingkan ngan orang yang dah berpengalaman, mesti la maktok aku yang menjangkau usia 86 tahun pada tahun ini...Alhamdulillah, dia masih kuat nak buat laksa untuk cucu²nya yang pulang ke kampung halaman...aku antara yang paling eksited 'menjamah' laksa selain kakak aku dan adik² bujang aku yang lain..^^'
Tapi tu la, mak aku cakap resepi wat laksa ni agak mudah dan tak la remeh sampai serabut kepala...aku hanya melihat cara² dorang buat sambil menjadi seorang tester di dapur tu...Maktok bukan suka kalau cucu² dia ganggu dia tengah masak..malah disuruhnya blah dari dapur..sebab senang urusan kerja dia selesai...tu style maktok wat keje kat dapur...tapi kita ni, nama pun orang muda, mesti la sedikit sebanyak nak bantu Maktok yang dah berumur ni...tapi tu lah dia...orang² tua lebih berpengalaman...tu katanya laa...
Jom kita tengok cara mAk tOk wat Laksa Utara ni...jOm kita jengOk...^^

Ikan yang di pakai kali ni ialah ikan Mabong/ikan Pelaling

Mak aku ajar siang pakai gunting lebih mudah dan cepat...^^'

Setelah selesai di rebus, kene la asingkan isi dan tulang² ikan

Tulang nak asingkan sebab senang nak blender Isi ikan yang baru di rebus tadi

Laksa yang siap di rebus...

Laksa tadi tu boleh lah di toskan

Sementara tu, Kuah laksa kene la di tambah dengan garam serta pelbagai rencah untuk sesedap rasa

Ni la kalau air tangan orang tua ni mesti sedap² belaka

Daun ape eh ni?aku men makan jer...asalkan bukan rumput belakang umah...;p

Timun, bawang merah serta limau dan cili mesti tersedia ada

Hmmm....sedap nyer laksa maktOk ni!memang kakak aku plak yang jamah dulu..cis!>,<"

Apa pun, aku boleh di katakan makan bermangkOk² laksa pada hari tu...sampai la aku tapau bawak balik Umah aku...wallaweii...layan sehh!Syok gak kalau dapat makan bersama Kitty sekeluarga...^^

Sunday, April 24, 2011

Tarian Poco-poco tidak Haram?

Sumber dari Cik Googles

Aiiizz...cuti² ahad macam ni la aku sibuk nak keluar sana sini...cadangnye nak pergi kedai haiwan..saje jer jejalan amik angin petang...tak sangka la plak ujan petang tadi..tak pe lah, singgah kejap kedai mamak nak beli air sejuk buat penghilang dahaga..entah cam ne la aku leh terperasan satu akhbar femes tempatan ada menyatakan yang Poco² ni tak haram....@_@'
Aaii??aku pon pelik sebab itu hari baru je dorang berbalah pasal majlis Mufti Perak telah mengatakan yang tarian poco² komperm HARAM.
OK laa..what ever...yang penting, ada sebab² kenapa Mufti Perak telah mengharamkan tarian tersebut. Dan Majlis Fatwa Kebangsaan pon menghormati keputusan Jabatan Majlis Negeri Perak untuk mengharamkan poco² ni.
Teringat balik entry tentang Poco² di Haramkan tempoh hari...semuanya dah terjawab dalam surat khabar Harian Metro hari ini...korang leh la mengamalkan tarian poco² ni asalkan tak terkeluar dari landasan Islam..Itu yang mereka nyatakan dalam Akhbar tu...bagi aku, it's up to you guys...jOm layan apa itu tarian pOcO²?maksud lagu poco² yang tersirat dan tersurat dalam video ni...^^'



Apapun, tanyer pada hati...I'm always on positive thinking!^^'

Friday, April 22, 2011

Empat sekeluarga maut kemalangan

Hmmm...bila baca balik kisah tragedi 4 sekeluarga maut hari ni membuatkan aku terpikir sejenak ape la perasaan pada orang yang masih ada walaupun usianya menjangkau 100 tahun.@_@'
Orang cakap...biar la mati anak, jangan mati adat...tapi bagi aku, anak kalau dah mati...sape la nak sambung adat tu...begitu la nasib yang menimpa keluaga malang ni..apabila 4 sekeluarga maut dalam kemalangan jalan raya akibat berlanggar dengan trailer dari arah bertentangan....
Jadikan lah kisah mereka ini sebagai teladan...

PEKAN: Empat sekeluarga yang sedang dalam perjalanan untuk meraikan hari lahir datuk mereka yang ke-81 berakhir tragedi apabila kesemua mereka maut selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di KM63 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi.

Nak tahu perkara lanjut...meh la selak² harian metro hari ni pasal Empat sekeluarga maut kemalangan...@_@'

Contoh gambar kemalangan ngeri

Thursday, April 21, 2011

Luahan hati si Anje

Selamat hari Jumaat.. Cuaca menarik pagi ni...semua orang gumbira merancang pelbagai agenda untuk weekend.... tapi aku masih sibuk di opis ... ditambah pulak kerja makin bertimbun² di opis..
Entry kali ini sekadar hiburan untuk menceriakan lagi hari Jumaat yang indah ni ... Ada gambar dan sedikit caption. Model di dalam gambar adalah seekor anak dara...Nama dia ANJE...dia ni manja sangat dan sifat dia agak garang... mommy and daddy dia layan dia lebih dari anak mereka sendiri .... almaklumlah anak kandung semua dah besar panjang ehehehehe...^^
Kalau nak ikutkan, Anje ni satu²nya kucing dalam rumah ni..dan dia plak bukan boleh keluar umah macam kucing² lain...maklumlah, awal² lagi aku dah citer dia ni anak dara kan...so, kehidupan dia lantas seperti anak² dara zaman dulu la..hehehehe...
Jom kita tengok gambar² Anje sambil santai minda yer kawan-kawan ...Ape la saje luahan si Anje ni...manusia pon kalau di kurung hari², mesti la tention kan..meh kita tengok aksi si Anje ni...^^'

Aiiizz...cuaca menarik kat luar ni...ape la aktiviti aku petang ni...bosan la plak..

Oitt!!APe yang kau tengok² ni?tak puas hati ker?!

Ahahahaha...akhirnya, dapat jugak aku merasa nikmat makan sayur rumput ni..yummy!

Eh..Eh??ade lagi korang yer...kenapa la sibuk sangat nak tengok aktiviti aku ni??

Lantak korang la, asalkan aku dapat makan rumput² segar kat umah ni...hehehe..

Opocot!!Kantoi sudahh aku kuar umah tanpa kebenaran ni!

aduhaii....kene kurung terus la aku petang² ni...=(

Tu laa..nak di jadikan citer, aku ni kucing yang bertuan...tak di benarkan keluar sesuka hati...hmmm...

Ni korang nyer pasal laa..pesal la update citer aku dalam blog kacang ni...kan dah kAntOi aku kuar tanpa kebenaran...

Tu la sedikit sebanyak kisah si Anje kita untuk pagi jumaat yang indah ni...akhirnya, Anje kantOi sebab keluar tanpa Izin...sib bek la Mommy dan Daddy dia sempat bawak balik dia masuk umah..kalau tak, entah² dah kene lenjan ngan kucing² jantan kat luar tu..hehehehe...^^'
Korang nyer anak dara kat umah tu ada yang pernah kAntOi macam Anje ni tak??^^'














CHOP!!Iklan jap!

Kan best kalau dapat makan lunch ayam bakar macam ni...sluurrpp!(ni bukan luahan hati anje tau)^^'


Wednesday, April 20, 2011

Beware all Bloggers

Kali ni korang mesti lebih berjaga² terutama pompuan laa..yang kaki letak hand bag kat seat passenger tu kalau leh elak² kan lah letak bag kat situ yer...bukan ape, dah banyak kes dah pecah kete time tengah traffic jem...tak kira la apa jenis barang pon...macam laptop ke, barang² berharga ke...semua tu perampok² kat luar sana tu amat minat sekali...aku pon berjaga² juga dengan segala jenis barang² aku kat dalam kete...dalam skuter..semua laa..@_@
Sebab baru² ni kes rompakan dalam kete makin menjadi² dan akhirnya keluar gak kisah perampok yang suka menyamar konon eksiden la..kene hati² aaa...Aku pon baru tak baru gak la dapat berita dalam link ni..
Kalau nak ikutkan, apa aje cara sekali pon dorang mampu untuk mendapatkan apa yang dorang nak...tak kisah la korang kat rOmah ke..kat kedai mamak ke..kat pejabat ke..kat disco ke..semua tu terserah pada yang bernasib baik or nasib malang..
Berani mati jugak si peragut/perompak ni...siang² pon nak pedajal orang..tengah² jalan jem pon sanggup buat keje haram ni...sudah tak sudah, merana la orang yang dalam kereta tu...
Jom kita tengok aksi berani mati si peragut/perompak ala² separa ganaz ni...Sakit ati pon ada gak!



Demmit!>,<"

Perihal Parking

Demmit!
Bukan nak membabi buta memaki sekuriti...tapi ini lah cadangan yang paling terbaek sekali bagi arkitek² yang kononye bertauliah...harapkan pagar, pagar di gantikan ngan batu...ni la orang tak pikir...bila dah jadi baru la nak terasa nyesal tak sudah...
Nasib baik la perkara² macam ni tak berlaku kat aku..malah aku dah pikir awal² tentang cara dorang wat petak parking lagu ni...

Dari sudut ni dah nampak macam kubur...hahaha...^^'

Sangat la tak sesuai

At least, pakai la batu jalan tar....dan bukan batu macam ni..

Bukan aku nak cakap ape laa..tapi kalau ada orang yang masuk paking..tiba² lanyak batu² ni, sure terpercik batu ni kene kat kete orang lain kan?tak kisah la laju mana dia masuk petak parking, tapi kalau sebarang kejadian tak di ingini berlaku macam kat bawah ni?

Gambar oleh Google

Takkan naya cermin tepi kete korang...@_@'
Tu pasal la aku cakap...memang la nampak kemas jer..tapi kan elok kalau buat petak parking pakai batu jalan tar jer...kan ke smooth nak masuk parking. Ni tak, sebab batu² ni la orang semua terhegeh² macam tengah belajar masuk parking kat pusat memandu...sigh~@_@'

Tuesday, April 19, 2011

Kisah Si Sappy

Lama tak update cite pasal Sappy ni...semenjak aku lantik dia sebagai Kucing nombo 5 dalam umah aku ni, aku rasa dia ni memang ada keistimewaannya tersendiri...
Walaupun telinga sebelah dia 'kudung', tapi dia tetap mampu untuk bermain seperti kucing² lain dalam rumah...nampak je perbezaan dia dari 1st time aku amik dia...kalau korang yang terlepas kisah tentang si Sappy ni, boleh la click sini...
Masa tu dia agak kecil..dalam lingkungan beberapa minggu...tapi tu la, tuhan tu maha kaya...sib bek la dia masih hidup dan sihat seperti biasa setelah kehilangan telinga dia..kalau korang telepas link masa telinga dia dah putus, sila click sini lagi...
Untung betul si Sappy ni, makan tidur semua terjamin..tambahan siap ada 4 sekawan yang rajin bermain dengan dia...orang cakap tuah badan la ni...Aku pon tak de la nak citer banyak pasal Sappy pun, tapi semenjak hari yang dia di bawa balik ke rumah, aku rasa makin ceria sejak kematian si Eori tempoh hari..tuhan gantikan plak si Sappy ni dengan si Eori...alahaaii...dah la warna bulu dia nak sama si Eori, tapi maybe baka Eori lebih cantik berbanding si Sappy ni...bukan nak cakap Sappy ni tak comel, masa memula jumpa tu..dia agak comot..berbeza dengan sekarang..setelah aku bersihkan, mandikan dan bagi dia makan sampai sekarang lah Alhamdulillah..sihat² la hendaknye..hehehehe...


Aksi Manje si Sappy ni

Ni gaya dia tidur...agak 'Rare' sekali...

Gaya yang malas campur nak tidur

Gaya macam nak salin lampin plak...hahahaha

Muke dia tu wat aku teringat kat Eori plak

Sappy ni macam iras² Eori sikit kan...aiizz....

Dalam masa yang sama gak, aku ada upload video si Sappy ni...gaya bebas dia ketika kene urut²...cuba korang perhatikan tangan dia...comel kan?^^'