Nuff²

Tweet

Wednesday, March 30, 2011

Haramkah Senaman Poco-poco?

Uikk??aku pon sedar tak sedar baru jugak tahu perkara ni walaupun aku tak pernah menari² kat park ala² poco² ni...@_@'
Ada yang cakap tarian poco² ni seperti mengikuti cara orang² agama kristian menari semasa upacara keagamaan?..cuba lihat sahaja bentuk pergerakannya, dah seperti salib...dan dengar juga tarian ini berasal dari Philipina dan bukannya negara Indonesia...mak aii..kompius jugak telinga aku dengar info pelik² ni...@_@'
Tapi pada aku laa....benda macam ni dah banyak berlaku tanpa disedari..ikutkan tarian Yoga juga telah di haram pun kan...so, It's up to you guys...banyak lagi cara² senaman yang best boleh dilakukan selain poco² ni...contoh macam berjogging ke..pergi gym ke..berbasikal ke...senam robik ke..berenang ke...ntah ape aku melalu dah ni...@_@'
Harap korang baca surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak baru² ni yang mengatakan bahawa tarian poco² adalah HARAM.


Well, Sharing is Caring...^^'

Monday, March 28, 2011

Steamboat Johnny Restaurant

Haaa...lama plak aku tak update N3 pasal makan² ni...jangan plak korang kaitkan aku dengan imej diet ok...bukan ape, aku tak berkesempatan nak update pasal makanan ni....nak kata tak pergi makan, hari² memang perut aku terima makanan...^^
Kali ni aku nak citer sikit pasal makan makanan ala² steam boat..tapi bukan buffet lah yer...before this aku pernah buat satu entry pasal makan steamboat kat YUEN RESTAURANT...
Haaa...kali ni bukan dekat yuen lagi,dan bukan ala² buffet...kali ni aku jenguk² plak kat Johnny Restaurant..pernah korang dengar tak tempat ni?Aku rasa sure korang familiar dengan steamboat ala² set ni...biasa outlet Johnny ni terdapat di Time Square, tak silap aku tak semua Jusco AEON pon ada gak...BB plaza...tempat² yang aku first pekena steamboat Johnny ni kat Mines Shopping Mall...tapi macam biasa laa, aku rasa yang kat Mines tu dah lama tutup kot...@_@'
So, berbalik cite pasal makan² steamboat ni, kat Johnny ni tak boleh la nak wat perangai macam kat Yuen..main amik tak tentu hala..sebab kat sini bukan la buffet restaurant..so maknenye, kita kene order lah...sama ada order set or ala-carte...Bagi aku la...aku cadangkan kalau sesapa yang biasa keluar dating berdua²-an tu, sini memang ada pekej steamboat untuk 2 orang...tak de la mahal sangat pon..korang bajet dalam RM29.00++ net..tu untuk 2 orang..untuk 4 orang pun ada...
Kalau nak cari port yang menarik biasanya ialah outlet yang kurang customer..masa ni baru korang rasa privacy..nak sembang bunga² pun mesti tak de hal nye..tapi kalau korang lepak kat outlet yang ramai customer..nak sembang cintan-cintun bunga² pon partner korang tak leh dengar...hahaha...tapi itu lah hakikatnye..kalau restaurant yang sangat busy...^^'
Waktu busy ialah waktu makan malam...jadi korang yang couple² ni rajin² la datang awal sebelum ramai nye orang kat kiri kanan korang...bagi aku la...soal privacy ke, soal ramai customer ke...semua tu tak jadi masalah untuk aku..sebab point aku kat Johnny ni hanyalah menikmati steamboat dan bukan ler nak menyembang² lepak² ngan kengkawan or partner...lebih baik lepak mamak..ekekekke...^^
Agak² berapa bintang la aku boleh bagi untuk Johnny nyer service?aku rasa service yang biasa aku dapat aku boleh bagi 5/5 star!
Dari segi makanan...food serving...hmm...kelazatan nye boleh bagi 4/5 bintang aje lah yer...tapi tu selera aku laa...aku tak tahu plak korang camne kan...^^'
Ape lagi...jOm la ber-steamboat di Johnny Restaurant!! \^0^/

Ini pelengkap set untuk 2 orang..ada cendawan, udang, sotong, ayam,bebola ikan,sayur² dan tofu serta soo hoon dan telur...^^

Panas kan sup dan masukkan segala mak nenek dalam periuk berasap tu..^^

Tengah tunggu sup mendidih...^^

Sos yang di sediakan...

Sayur hijau yang segaarr...demm lazarttt!!=9

Haa...kacau² tengok ada yang dah masak...

Pergggghhh!!!Terbaeekkk dari ladang!

Udang yang merah boleh lah di hidangkan...

Siap!Tofu with sayur²-an serta soohoon..^^

Terkorban juga udang ini akhirnya....siaan dia, di bogelkan oleh aku..tinggal baju dia je la dalam mangkOk tu...eekekeke...^^

Puas hati aku...habis juga segala jenis makanan dalam periuk besar ni untuk 2 orang...slurrpp!!^^



Sunday, March 27, 2011

Chernobyl Nuclear Power Plant

Pernah dengar tentang letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine?sape² yang familiar dengan kes ni??
Kejadian ni berlaku pada tahun 1986...semua facility kat negara tu agak modern juga la..tapi tak secanggih zaman sekarang...Kisah ni agak famous di kalangan negara² soviet..sebabnye pasal kelalaian sistem yang di cipta oleh manusia sendiri...
Nak ikut kan, kejadian ni berlaku masa tengah malam..antara jam 1 pagi waktu di sana..
Pada tarikh 26 April 1986, jam 01:23 reaktor (UTC +3) empat mengalami peningkatan daya bencana, menyebabkan letupan di dalamnya. Benda ni dah tersebar dalam jumlah besar bahan bakar dan bahan inti radioaktif ke atmosfera/ udara serta mencetuskan moderator grafit mudah terbakar. Grafit terbakar moderator meningkatkan pembebasan zarah radioaktif, yang dibawa oleh asap, sebagai reaktor tersebut belum terdapat oleh jenis kapal penahanan penapis. Kemalangan itu terjadi sepanjang percubaan yang dijadualkan untuk menguji teres kecemasan pendinginan ciri-ciri keselamatan yang berpotensi, yang terjadi selama prosedur shutdown secara normal. Tapi entah macam mana la boleh ada kesilapan teknikal menyebabkan salah satu loji nuklear tu meletup.
Yang bestnya, bila dah berlaku letupan...keadaan tak de plak kelam kabut seperti di Japan bebaru ni apabila salah satu loji nuklear di bandar Fukushima meletus...mungkin zaman tu agak kurang pendedahan terhadap radiasi nuklear, so langkah² keselamatan agak kurang la pada zaman tu. So akibatnya, ramai rakyat negara itu mengalami penyakit kanser dan kecacatan fizikal akibat kesan radiasi nuklear yang tersebar meluas negara tu...Tu pasal la kes letupan di loji Nuklear Fukushima di Japan bebaru ni, dorang cepat² bertindak meninggal kan bandar yang sudah tercemar dengan bahan radioaktif...macam² langkah berjaga² dan ada kali dorang kuarantin kan orang² yang dah terkena dengan bahan tercemar ni.
Kalau rasa nak tahu lebih lanjut pasal kejadian ni, leh masuk dalam link ni.
Lagi pun kalau aku terangkan agak banyak dan rasanya berjela² juga la..tak pun tengok dokumentary pasal Chernobyl ni dalam Youtube.

Reaktor nuklear selepas bencana. Reaktor 4 (tengah). Turbin bangunan (kiri bawah). Reaktor 3 (kanan tengah).

Lokasi Loji Kuasa Nuklear di Utara Ukraine

Permandangan dari sudut bangunan yang terbengkalai

Bangunan yang di tinggalkan di Pripyat

Contoh model Loji Nuklear

Akibat bencana di Chernobyl, kerosakan yang luas ke ruangan reaktor utama.

Salah satu video untuk tatapan umum setelah letupan meletus ke ruang udara, akibatnya..Bandar Chernobyl menjadi seperti bandar yang di tinggalkan akibat kesan radiasi nuklear pada tahun 1986.


So, satu dunia pun risau juga if situasi di negara Japan berlaku seperti kejadian di Chernobyl pada tahun 1986 ni...nasib baik la udara² yang tercemar dengan radioaktif tu tidak menuju ke arah negara kita...cuma langkah berjaga² perlu di ambil...aku pun turut simpati dengan kejadian sebegini...harap² tak de la awan or udara yang tercemar tu menuju ke sini kan...kesan dia agak mendalam..sampaikan sekarang bandar Chernobyl masih lagi di bawah kuarantin 'radioaktif'...huhuhuhuh...@_@'

Thursday, March 24, 2011

Notis: Haramkan Pemakaian Tudung???

BERITA GEMPAR,

Baca sampai habis, sedih rasanya. Apa nak jadikkkk dengan Malaysia hari ini


Monday,March 25, 2011 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pem
akaian Tudung

Haramkan tudung?? Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan
universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib
memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan
menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.^^'


>kui kui!! kena kena!!

Ape lagi...jangan la marah aku sebab notis sengal ni!sebab aku dah kena dulu dari korang!wakakakak...

Takkan nak kena sorang² je kot, ape lagi...re post la kat blog korang...keh keh keh!!^^'

Wednesday, March 23, 2011

Pelik tapi Benar

Last time...aku berjalan sakan masuk satu tempat yang boleh di kategori-kan tempat membeli belah la...tapi aku sekadar berjalan hirup air-cond yang lazat tu tambahan aku jalan melalui laluan food court...pepaham je la kan...macam² bau makanan ada...ehehehe..^^'
Entah macam mana la aku boleh tersinggah plak kat kedai yang boleh di kategorikan kedai barang² logam atau lebih di kenali sebagai kedai serbaneka. Macam² ada , termasuklah paip, tombol pintu, kunci, mangga pintu (bukan majalah mangga tau)..then banyak jugak la barang² d.i.y ni...
Nak di jadikan cite, aku terpesona plak dengan satu penyangkut barang jenis gam lekat kat dinding..sebab aku tengok kiut plak gambar beruang ni...korang tahu aje la kan, aku ni bukan sukakan kucing aje..malah segala jenis haiwan termasuklah ular...(tapi aku tak bela laaa...)
Entah bila sekali imbas aku rasa macam tak de apa², tapi di belek² banyak kali..aku rasa dah tak sesuai untuk di beli...korang agak ape la yang pelik kat dalam gambar beruang terkangkang ni?ke otak aku dah masuk air??aiizz..kompius betoi....

Iskk...mushkil plak aku ngan penyangkut barang ni...

Ada banyak plak tu...tak luak sebab tak de sapa nak beli...

OOoOo...Patut la barang dari China, Taiwan dan Jepaanngg ni...aku bukan nak cakap aku ni bagus sangat...tapi macam kelakar la jugak kan...ahh..persetankan lah gambaran dalam pale otak ni...makin kusut plak aku tengok design ni...>,<"

Monday, March 21, 2011

Cats Disaster

Ingat nak cite pasal Tsunami aje..rupenyer, kat umah aku pon dah kene jangkitan 'Tsunami' sebenarnye...tak sangka plak la ada Tsunami melanda umah aku tempoh hari...

Ni pun gara² si Kitty sekeluarga la...aku tak boleh nak salahkan 100% pada mereka..mungkin hari Ahad itu hari, aku tak de kat rumah atas urusan bekerja...jadi mungkin ini balasan pada aku bila kucing² yang di tinggalkan kurang kasih sayang...adesss...betul ke mereka ini kurang kasih sayang lalu memprotes sebegini rupa??

Aduiihh...abis lah biji saga aku!!

Ni mesti keje si Cindy ni...waaaaaaaa...

Tengok gelagat dia...bukan main seronok main sorok²...>,<"

Dah di beri bola yang sebesar itu, biji saga jugak di pilihnya...

Dah start la tu...panggil plak geng² lain...

Time ni dah kene marah....bukan main tak kisah....

Bila dah kene marah....tahu la plak nak sorok bawah lemari kasut...sib bek la Sappy pujuk dia keluar....

Malam tu memang aku pisahkan dorang tidur...si Sappy tidur dalam cage, si Cindy kene tidur kat luar...memang layak menerima hukuman ini...
Marble, Inky dan Kitty plak...dorang memang behave sikit berbanding si Cindy yang agak nakal since dia kecil lagi....

Ni lah perangai Kitty sekeluarga kalau korang nak tahu...

(╥_╥)

Friday, March 18, 2011

Gambar-gambar Haiwan yang terselamat dari Bencana Tsunami

Kali ni aku nak post plak tentang haiwan² yang terselamat akibat bencana gempa bumi dan Tsunami dia Timur Jepun..sebab sebelum ni aku ada post entry tentang orang² yang terselamat akibat bencana buruk itu...Kira Fair and Square kalau aku postkan N3 tentang haiwan² yang terselamat di sana...
Cuma kasihan bila ada segelintir haiwan yang masih terselamat akibat Tsunami, tetibe tak de sapa nak claim dorang as a Pet...contoh macam anjing² dan kucing² terselamat...then tak de sapa yang sudi yang datang pickup mereka sebab mungkin owner dorang dah terkorban akibat bencana tersebut...
Ni ada la sedikit shot² yang di kaut dari laci encik google...aku harap animal rescuer juga wujud di negara kita untuk bencana seperti banjir, tanah runtuh...etc...


2 Ekor anjing yang survive setia menunggu bantuan sampai...

Antara detik² yang tak dapat di lupakan bila kucing nya terselamat dari di bawa arus Tsunami

Burung² yang hanyut sempat di selamatkan oleh pasukan penyelamat haiwan

Burung ini tekena tempias Tsunami

Anjing yang sempat mereka selamatkan ketika detik² cemas

Antara kucing yang terselamat dari timbunan kayu dan batu

The dog and the owner save

Anjing yang terselamat dari timbunan kayu²

Terharu bila anjing ini di jumpai

LOST and FOUND



Aku sertakan sekali video ni...korang tengok je lah yer...^^

Voiceover: After the earthquake, the citizens return to their changed town.

Woman: I had a cat, and when the tsunami came, I looked for it. But I couldn't find it, so I had to escape.

VO: When they go into the house...

Man: So what was this room?

W: This was the dining room.

M: That's a tree from outside?

W: Yeah, that's amazing...

W: Ah! The cat's alive! I can hear it!

M: That's great! It looks like it escaped to the second floor when the tsunami came.


Wednesday, March 16, 2011

Kesan Tsunami terhadap Anjing dan Haiwan lain

Semalam aku masih lagi bercerita tentang kisah kesan Tsunami terhadap haiwan selain manusia...kali ni aku baru je dapat satu video dari link ini menunjukkan kesetiaan seekor anjing terhadap seekor anjing lain yang cedera parah akibat Tsunami tempoh hari...
Bila kita tengok balik entry² sebelum ni, aku pernah ketengahkan kisah anjing² yang setia dalam kehidupan seharian kita...tak kira la yang suka anjing dan yang tidak menyukai anjing...tapi hakikatnya, Anjing ialah seekor binatang yang setia.No wonder lah Arwah tok wan aku pernah membela binatang cerdik dan setia ini untuk jaga tanah kebun nya.
Bukan aku nak bangga sangat tentang Anjing ini..cuma sebelum ini aku pernah postkan entry tentang kesetiaan anjing kepada tuannya yang dah mati, and it's true!^^

Berbalik pada topic kita hari ni ialah tentang 2 ekor anjing yang terselamat dari di bawa arus Tsunami...2 orang wartawan ini sedang berada di kawasan Arahama iaitu kawasan yang terjejas teruk akibat Tsunami.
Tak sangka plak dalam rakaman dorang terdapat seekor anjing yang agak kotor dan mungkin juga di miliki seseorang atas nama pada collar di lehernya itu.Tapi, di sebalik anjing ini, ada pula seekor lagi anjing yang terlentang cedera akibat Tsunami. Punya la ia setia menjaga seekor lagi anjing yang cedera parah itu, nasib baik la ada 2 orang wartawan merakamkan segala²-nya.


Ni ada translation dari bahasa jepun ke bahasa english di antara 2 orang wartawan yang bertugas ke kawasan Arahama.(translation courtesy of Toshiyuki Kitamura):

We are in Arahama area. Looks like there is a dog. There is a dog. He looks tired and dirty. He must have been caught in the tsunami. He looks very dirty.

He has a collar. He must be someone's pet. He has a silver collar. He is shaking. He seems very afraid.

Oh, there is another dog. I wonder if he is dead.

Where?

Right there. There is another dog right next to the one sitting down. He is not moving. I wonder. I wonder if he is alright.

The dog is protecting him.

Yes. He is protecting the dog. That is why he did not want us to approach them. He was trying to keep us at bay.

I can't watch this. This is a very difficult to watch.

Oh. Look. He is moving. He is alive. I am so happy to see that he is alive.

Yes! Yes! He is alive.

He looks to be weakened. We need to them to be rescued soon. We really want them rescued soon.

Oh good. He's getting up.

It is amazing how they survived the tremendous earthquake and tsunami. It's just amazing that they survived through this all.

So, aku harap ada la orang yang sempat datang menyelamatkan 2 ekor anjing yang kesejukan, kelaparan serta ketakutan tu..Insyaallah...dorang pasti selamat..cuma curious entah siapa la tuan punya anjing ni..adakah dia juga terkorban dalam kejadian Tsunami di Jepun?Pikir² kan lah yer....=(

Cat Survives Tsunami On A Wall

Kalau korang tengok tajuk entry ni, mesti korang terpikir sejenak berapa ramaikah mangsa Tsunami yang melanda negara matahari terbit iaitu Japan yang tak sempat mereka menyelamatkan diri akibat Gempa Bumi tempoh hari?
Kalau nak ikutkan, Allah maha mengetahui, bila kita pandang sudut mangsa² Tsunami yang berhempas pulas menyelamatkan diri masing², akhirnya tewas juga dengan kuasa Allah S.W.T..
Kat sini bukan la aku nak citer pasal mangsa Tsunami yang terdiri dari Manusia..Tapi masihkah korang terpikir tentang nyawa² makhluk lain seperi haiwan² ternakan dan haiwan² belaan dorang seperti anjing, kucing, arnab, hamster dan pelbagai...
Jadi, renung²kan lah....tengok bertapa siksanya kucing jalanan ini menempuh arus tsunami lalu berpaut pada rumput-rumput yanag ada di longkang untuk meneruskan kehidupan...
Aku dapat ni pon dari Google...tak tahu la sahih ke idok pic ni..tapi yang nyatanya, aku berdoa semoga kucing yang kesejukan dan kelaparan ni selamat lah yer...

Sian kucing ni kan...sib bek la nyawa dia panjang..sempat dia berpaut kat rumput² tu ketika di bawa arus deras...~_~'

Monday, March 14, 2011

Kemalangan Kereta langgar pokok

Malam minggu antara malam di mana aku plak malas nak keluar...bukan ape...semenjak kejadian Tsunami ni, aku kerap plak suke nak tahu news depan TV...bukan TV aje..CNN dalam tenet pon aku sempat ziarah lagi...bile malam minggu yang agak busy,tetibe lampu dapor aku plak kelip²..macam dah terbakar aje mentol kalimantang ni...tak pe laa..len kali ada masa aku tuko la...(Padahal dah ok lepas tu)@_@'
Tetibe aku terdengar ada bunyik orang jerit² macam ada sesuatu berlaku di luar sana...tambahan plak ada bunyik macam crash kat jalan raya...memang suspen la plak kan..aku ni bukan la nak sibuk pasal orang menjerit ke..tapi macam dah emergency la sangat...dalam pale otak aku terpikir ada orang bunuh diri ke? pecah kepala ke??woaaa...
Then....rupanya ada kemalangan jalan raya berhampiran dengan masjid area umah aku...yang hebatnye, kete kuning (aku rasa nissan or Honda lama) ni melintang ke pokok atas divider...Oh Memang Giler la kan!macam mana dia pandu sampai cuai sangat naik tengah² kaki lima siap berlaga dengan pokok lagi tu!
Haaaa...aku ada terdengar jugak masa dia pandu laju tu, dia sempat mengelak dengan orang berbasikal...lalu dia terbabas ke tengah jalan...sib bek la tak de kemalangan jiwa..cuma kereta yang arah bertentangan tu, penumpang dalam kete tu menjerit kuat² sebab ada bayi dalam kete tu MPV arah bertentangan...hummm...macam aksi drama la plak kan...layannzz je laahh...^^

Keadaan di mana Kereta Kuning terbabas hingga melanggar pokok...

Pokok yang belakang kete MPV tu melambung dari arah bertetangan...sib bek tak kene kete² lain..

Ramai plak kete² menyibuk..akibatnye berlaku la kesesakan lalu lintas dalam tempoh 45 minit

Selang beberapa minit lepas tu...Kereta pak Polis pon datang menyelamatkan keadaan

Kalau nak ikutkan, macam pelik plak kan...adakah punca dari nak mengelak dari basikal yang melintas??speechless...

Lepas satu jam datang plak Tow Truck a.k.a Longkai nak tarik ini kereta

Memang bermasalah sikit la bile nak tunda kete kuning tu...lagipun dia nyer bumper depan dah luruh...tambah plak melintang di kaki lima yang tinggi

Terpaksa la menolak sedikit demi sedikit...memang rosak abis skirting kiri kanan dia..

Tow truck nak amik position untuk menunda kereta kuning itu

Cermin depan abis pecah...akibat hentakan hebat pokok

Orang ramai mengalihkan pokok yang tercabut akibat kereta kuning tu langgar

Kerosakkan enjin mesti ada punye...

Agak remeh jugak keje orang tow truck ni eh?

Akhirnya...nampak jugak keremukan kereta ni akibat kecuaian dan kelalaian pemandu sendiri...jadi behati² di jalan raya ya!