Nuff²

Tweet

Thursday, February 10, 2011

Loyal After Death

Pernah sekali aku dengar citer yang seorang driver teksi bersembang dengan sorang passenger dia tak silap aku dimana pakcik teksi cakap lebih kurang berbunyi begini...
"Kalau anjing kita bagi makan sekali dia akan setia sampai bila²...usahkan kawan kita sendiri...bile senang sikit lupa diri"
So, petikan ayat di atas seolah² manusia tak pernah nak peduli pada sesiapa yang pernah berjasa dan berbuat baik sesama manusia...Itu pasal la dunia pon jadik huru-hara...
Aku ni bukan cakap tentang sesapa..malah aku juga pernah mengalami situasi kawan-makan-kawan serta kawan- lupa -diri...^^'
Abaikan tentang kisah manusia...di sini aku ada sedikit citer tentang Anjing yang setia...
Bayangkanlah...Tuan dia adalah diantara 630 orang yang terkorban akibat banjir lumpur di Brazil...Masa pengkebumian macam biasa laa..dorang ada buat upacara seperti biasa..tapi selang beberapa hari lepas tu...ada plak seekor anjing yang duduk di tepi kubur mangsa iaitu Cristina Maria Cesario....

Dalam hati, "mana la tuan aku ni, siapa la nak bagi aku makan lagi lepas ni..."

Macam citer Hachiko la plak...

Senario sebegini seolah² menunjukkan bertapa setianya seekor anjing terhadap tuannya walaupun ianya sudah tiada di alam maya...aku agak tergamam seketika bile baca artikel tentang beliau dan anjingnya...
Punya la aku gatai jari jemari nak carik info hukum feqah tentang Anjing dan bangsa melayu yang beragama Islam seperti aku ni...Kebanyakkan nyer orang melayu kita ni sangat hina tentang anjing dan aku juga salah satu di antaranya suatu ketika dahulu...
Tapi mungkin ada jawapan dan penyelesaian untuk kita membela anjing without ragu² terhadap makhluk Allah tu...
Ape salahnya korang lapangkan minda dan dengan tenang Ustad Rasul Dahri membaca hadith² yang di riwayatkan suatu tika dahulu....
Moga² berubahlah fikiran kita terhadap makhluk Allah yang bergelar Anjing...Wallahu'alam..




Ini di antara part yang ke-2 dari 7 video Ustad Rasul Dahri yang membuka topic Hukum Anjing Mengikut Syarak...

Ni antara text yang terkandung dalam Video part 2

TIADA KALIMAH NAJISNYA ANJING DALAM HADITH SAHIH Tidak terdapat walaupun sebuah hadith sahih yang menyebut, menerangkan atau menetapkan bahawa anjing itu najis. Sama ada air liurnya, bulunya, sesuatu dari tubuhnya atau keseluruhan tubuh anjing tersebut. Malah anjing telah digunakan oleh beberapa orang sahabat untuk menjaga kambing, ladang, harta benda atau digunakan untuk memburu binatang yang halal dimakan. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah melarang para sahabat yang memelihara atau menggunakan anjing untuk sesuatu tujuan. Keterangan ini dapat difahami melalui hadith-hadith baginda di bawah ini: "Telah berkata Ibnul Mughaffal : Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memerintahkan agar dibunuh anjing-anjing, kemudian beliau bersabda: Apa sebab mereka itu suka kepada anjing! Kemudian Rasulullah membolehkan memelihara anjing untuk memburu dan untuk menjaga kambing". (H/R Muslim, at Turmizi, an Nasai, Ibn Majah dan Ahmad.) Anjing selain digunakan untuk memburu dan menjaga keselamatan harta benda sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith sahih di atas, haiwan ini juga banyak kegunaanya kerana terbukti dapat digunakan untuk menyelamat, mengesan mangsa yang hilang di hutan dan dapat mengesan serta mengenal sesuatu benda dengan kekuatan hiduannya. Agama Islam tidak akan menajiskan sesuatu binatang jika ia tidak pemah dinajiskan oleh Allah dan RasulNya termasuklah anjing yang mana dewasa ini banyak membantu manusia malah di saat-saat tertentu anjing sangat diperlukan oleh manusia. ahli sunnah wal jamaah aswj bermanhaj salaf

14 comments:

Cik SHiNJU said...

Aku suka jek anjing...
Dulu kecik2 jiran sebelah umah ade bela anjing...Bukan takat umah jiran,umah kami pun dia tlg jaga kalau kami xde kat umah tau...

ghost writer said...

aku masa hampir meningkat remaja aku juga punya anjing peliharaan.kecil dan comel..aku bermain dengannya..

tapi sebab mentaliti orang melayu yang tak suka dengan anjing dan kerana kesukaran atau lebih kurang dikatakan malas nak mengurus soal kesucian anjing maka lebih baik tidak dijaga dan disentuh.

Mia Liana said...

suka entri ni.. anjing memang binatang paling setia...

meowwmania said...

sedih pulak baca kisah anjing yg setia tu :(

tp mmg betul anjing adalah haiwan yg sangat setia

anjing juga adalah makhluk ciptaan Allah, mereka tidak hina dan berhak hidup selesa di bumi Allah ini

nice entri :)

Ikah said...

ikah pun suka anjing..cuma takut tengok gigi aje..hehe..bab hadis & video tue really informative. Thanks 4 sharing GN

grOundnUt said...

@Cik SHiNJU : bagus tu..kalau korang beri dia makan sure dia pantau umah korang kan...^^'

grOundnUt said...

@ghost writer : terpulang kepada pengikut² mazhab memasing...di Malaysia kita masih berimam kan Syafie'...oleh itu agak remeh kita sebagai orang melayu untuk bersamak...tapi bagi aku, sabun tanah liat jenama Taharah kan memudahkan lagi...macam orang di timur tengah ramai je yang membela anjing...
Islam itu mudah...jangan kita susahkan sudah...^^'

grOundnUt said...

@Mia Liana : mekasih Mia...memang...anjing memang binatang yang setia...^^'

grOundnUt said...

@meowwmania : Thanks...kacang buat ni pon sekadar renungan..kadang², manusia ni masing² nak tunjuk pandai..benda halal di haramkan..dan benda yang Haram di halalkan...sama² lah kita renung²kan...Donea di peringkat akhir zamannn....

grOundnUt said...

@Ikah : ahaks..yaa..gigi dorang tajam dan lebih besar dari gigi Kucing...asalkan kita beri dia makan pon dah cukup baik...
Lihat kisah pelacur memberi air pada seekor anjing yang haus, ustad cakap di Jamin Syurga.....
amboih, kita ni yang cetek ilmu ni di jamin ape la agaknya kan...?wallahu'alam...^^

sally.. said...

saya pun sbnarnya suka jer dgn anjing..sikap prihatin kita x sepatutnya pada haiwan tertentu ja..mereka juga makhluk Allah d muka bumi ni..kisah d atas mmg sedih la..rasanya suami atau isteri sndiri pun blm tentu setia pd psngannya smpai ke mati..emm

grOundnUt said...

@Sally : betul tu sally..kita manusia sendiri pun belum tentu setia hingga mati...hmm..

kupeh rodriguez said...

pergh...da cam anjing kt jpun dlu 2...tp aku da lupe name die...hehehe
yg aku tau anjing tu kaler putih n siap ade patung memorial lg khas tuk anjing tu...

grOundnUt said...

@kupeh rodriguez : tu anjing jenis AKITA...ape nama dia..si Hachiko kan?uii..tu sangat² la sedih...tunggu sampai dia mati kat stesen ketapi tu...huhuhuh..=(