Nuff²

Tweet

Sunday, July 24, 2011

Happy 1st Birthday Nisa!

Hmm...sape plak si Nisa ni?
Oh yaa!Aku tak pernah plak citer kan tentang si Nisa ni kat korang...sebab biasa lah, tak banyak sangat Info si kecil ni dari aku..Kalau korang nak tahu, Nisa ni ialah anak buah yang pertama aku...Hasil perkahwinan kakak aku dan abang ipar aku...hehehe...
Kalu nak ikutkan, Nur Khairunnisa di lahirkan pada 21 July 2010 dan pada masa tu jugak, aku tak sempat nak melawat kakak aku yang ketika itu bersalin di Hospital kat kampung...jadi, ada masa² jugak aku dapat bertemu dengan adik beradik aku selain pada Hari Raya..
Masuk bulan ni pon dah genap 1 tahun sudah umur si Nisa yang comel ni...aku ni memang pantang tengok budak comel, tapi tak pandai plak nak main² dengan dia..tapi paling tidak pon, melawat si Nisa pada masa lapang..korang pernah dengar ke aku ada masa kelapangan selama ni?hhheheh..^^'
Kadang², time aku melawat si Nisa...dia pun dah tidur...ye la..masa yang tak sesuai..aku datang pon dalam pukul 9 malam macam tu...si kecil comel ni pun nampak gayanya dah tidur...nak tak nak, memang tak menyempat la nak main² dengan si comel ni...
Nak ikutkan, muke si Nisa ada iras² aku masa kecil...aku tak sure la plak kat mane irasnye, tapi tu la..kalau waktu kecik, memang semua jelas nampak mata ikut siapa, mulut ikut siapa...tapi, bagi aku la..nama pun anak kakak aku, mesti la muke dia iras² ayah dan ibu dia lah kan...^^

Hai!Nama saya Nisa...Umur saya baru 1 tahun...^^

Hai!Nama saya Kacang...gambar ni pon agak old skOoL sikit..sama tak muke Kacang dan muke Nisa?^^

Thursday, July 21, 2011

Cigar from Korea

Dalam beberapa minggu lepas, opis aku agak busy dan masing² pon ketat dengan tugasan harian dorang. Nak di jadikkan cite, ramai yang memilih jalan untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman masing²...Aku ni bukan la kategori "balik kampung punya olang"...tapi kalau ada masa free baru la aku balik kampung atas tujuan visit orang tua di sana.^^'
Tak sangka la plak, aku dapat buah tangan dari orang Korea yang baru pulang dari Korea. Benda yang aku dapat ni memang aku hargai sangat...tambah² rokok dari jenama Korea. Ntah ape bran la rokok ni, tapi nak di jadikkan cite...rokok ni rasa nye tak de la keras macam rokok² kat Malaysia ni...tapi ape kan daya, bak kata famili aku..."Rokok itu Racun Hidup"...
Kan dah kena!
Ngeheheheheheh.....APa pun aku hargai dengan rokok pemberian gadis Korea yang bernama Park Mi Ra...hehehe...mekasih tau!Tak sangka la plak dia beli sekatOn rOkOk brand Bohem CIGAR no.6 ni...aku pon belasah je la..tak lupa gak kepada kengkawan dan adik beradik aku...yang mana merokok tu memang aku dah sedekahkan awal² dah....seronok dorang dapat rokok dari Korea!

Psst...Rokok kalau dalam bahasa Korea is 'Tambei'...^^'


Ni la sekaton rokok yang dia beri...Mekasih banyak yer Mi Ra...^^

Brand dari Korea

Buat stock sampai hujung bulan lah ye...(aku kategori bukan perokok macam naga)^^'

Taste dia ringan dari rokok berjenama di Malaysia

Wednesday, July 20, 2011

Khasiat Pokok Kucing Galak


Sebenarnye Info kat bawah ni memang berkaitan dengan pokok kucing galak yang aku bawak balik dari umah famili aku...Actually, bukan la susah sangat nak tanam pokok kucing galak seperti korang nak tanam kucing korang...(errkk..ape aku merepek neh??)^^'
Ada sedikit Info tentang khasiat pokok kucing galak yang aku perolehi dari sumber sini..


Nama Tempatan: Kucing galak
Nama Saintifik: Acalypha Indica
Nama Lain: Indian copperleaf,India acalypha
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Keterangan:
Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India.Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 -1 m.Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya.

Kegunaan:
Digunakan dengan meluas dalam perubatan homeopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.


Nak di jadikkan cite, once aku bawak balik tumbuhan ni...maka umah menjadi keadaan huru-hara...akibat daripada faktor fizikal pokok kucing galak ni, abis satu umah bersepah daun dan akar tumbuhan tersebut...paling ketara sonok sangat ialah si Papa Kitty...dia antara yang paling sibuk nak kunyah² pokok dan akar tumbuhan ni...^^'


Ni lah rOper akar pokok kucing galak yang banyak khasiat tu..


Meh semua!Ada party daun² hijau sini!yeehaaa!!


Sirius macam susah aje la dorang ni nak pilih yang segar kan!


Marble, Inky dan Cindy tak lekang dengan Pokok Kucing galak ni...


Eh!Aku nak yang ni laa...ko gi la makan sayur dalam peti ais, Sappy!


Nasib korang laa..yang penting aku tengah 'high' layan pokok ni...


Uiii...Tepi sikit lah Cindy!Ni pokok aku yang punya!


Huhuhuh...baiklah Pak Kitty, kami makan tempat lain la macam ni...


Eleh!Ingat aku takut sangat la ngan Pak Kitty dan Mak Marble tu...Sedap gile layan pokok neh!hehehehe....


Uiiii???Apahal ngan ko ni Sappy?Tak nak jOin ke party kitorang ke??


Sedap sangat ke korang makan pokok tu?Sedap lagi makan rambut tuan aku!

Wordless Wednesday #1

Kame....Hame...Haaaaaaa!!!!!

Saturday, July 16, 2011

Wrong words

Bila matahari terpacak atas kepala, memang tekak terasa nak pelahap air sejuk yang agak dapat la menghilangkan dahaga wat seketika. Aku macam ni la, pergi keje-balik keje...makan-mandi-tido...kecuali ada hari² tertentu yang dapat aku bersantai bersama Kitty sekeluarga.
Kalu tentang blog walking, jangan tak buat...kene buat!Orang dah datang santai kat blog kita, apatah lagi yang follow..Insyaallah, aku akan singgah kembali ke laman sesawang korang yer..buat masa ni aku agak kesibukan..maklum lah, sebelum puasa...aku nak settle kan semua keje sebelum melalui nikmat bulan Ramadhan...
Hah!Sedar tak sedar, sekarang dah masuk pertengahan bulan July..pejam celik pejam celik, Ramadhan pon muncul..tu pun kalau umur kita panjang kan...
Duduk di meja kedai mamak buat aku tergelak seketika...panas dan dahaga aku terus lupa bila aku terbaca salah satu menu kat kedai mamak area umah aku...wah la wei...kasi carik itu tukang buat menu yang fasih berbahasa kebangsaan laa..jangan plak main tibai letak itu terasa macam aku bukan di negara aku derr.....hahahahaha...^^'

Sirup or Hirup??^^

Terasa 'mendatar' la plak menu ni...^^

Monday, July 11, 2011

Koleksi duit lama

Orang lain duk sibuk membeli belah...rata² kagum bila dapat membeli gadjet yang canggih lagi modern.Lain plak cara aku, yang suka mengumpul barang² old skOoL atau barang² yang orang cakap "Huk ala dia ni..tak de mende lain ke dia nak kumpul selain DUIT² lama ni?"...hehehehe...
Gelak sekarang tak pe bro, ko tengok pulak zaman akan datang..a.k.a zaman anak² cucu kita esok, at least aku bukan la berharta sangat nak beli tanah, beli rumah...mane la tahu one day nilai matawang lama melonjak naik kan..tu pon satu aset yang perlu aku jaga untuk masa² yang akan datang..^^'
Walaupun tak de la sama nilai ngan harga sejibik kete or sebidang tanah....lebih baik aku 'peram' duit² lama ni...macam orang² barat kata laa.."Lebih baik PEram anggur untuk di jadikkan arak, lebih lama kita peram lagi sedap itu arak"
Tapi korang jgn pikir serong kat aku plak..duit² ni kalau di peram bukanlah dapat di jadikkan seperti arak...maksud aku nilai matawang pada masa akan datang tak mungkin susut...oleh itu, kalau korang yang suke menyimpan duit² lama tu jangan la sesekali menjualnye or menggunakannya pada bende² yang tak berfaedah..seperti membeli gadjet² yang canggih-manggih ni..duniawi jerr...;p

Pst : Teringat plak aku sorang budak warga China berumur 16 (tak silap aku) yang terkial² nak pakai i-Pad sanggup menjual sebelah buah pinggangnyer...adesss...>,<"

Pernah tengok tak duit Daun pisang masa pemerintahan Jepun masa perang dunia Kedua?

Ni duit Malaya 5 cent masa zaman jajahan British

Duit lama dari Indonesia...ada separuh² plak eh?^^'

Ini rOper duit lama sepOsen Indonesia

Ni duit Malaya 10 cent masa zaman jajahan British

Ni pon Duit Singapore lama...tak hengat la tahun bila..

Duit siam...lama punya

Ni aku tak sure duit Siam ni leh pakai lagi ke sekarang?

Duit Indon lama Rp 100..^^'

Duit siam lagi!

Duit arab...aku temui pada Era 90-an

Duit ni aku baru dapat dari Tuan Director aku dari Korea

My collection

Terpikir sejenak, berapa la agaknye nilai matawang lama di masa akan datang...

Jangan korang rompak aku sudah!^^'



Friday, July 8, 2011

Tentang BERSIH 2.0

‎Aku ni bukan la pro kerajaan or propaganda agenda dan apa² segala jenis pro...sebab satu benda terjadi akibatnya susahkan semua orang tapi itu la yang baru terjadik kat negara kita...sebab ketidakpuasan sesetengah pihak, semua orang tanggung azab dan keperitan akibat bla..bla..bla..(malas nak campor)>,<"

Dan apabila kita menyokong beberapa idea kerajaan bukan bererti kita musuh pembangkang..apabila kita menyokong beberapa idea pembangkang bukan bererti kita musuh kerajaan..apabila kita mengkritik kerajaan bukan bererti kita bersetuju dengan pembangkang..demikian, apabila kita mengkritik pembangkang bukan bererti kita bersetuju dengan kerajaan..itu adalah hak rakyat yang merdeka untuk menilai sendiri setiap yang terjadi..kita mempunyai prinsip dan norma yang dipegang..parti politik bukan akidah, ia hanyalah saluran..boleh ditolak dan diterima..prinsip bukan berdasarkan parti, tetapi berdasar keyakinan terhadap asas keadilan dan amanah yang berteraskan wahyu..

credit to DrMAZA.com

Yang aku tahu hari ni aku ada urusan kerja yang perlu aku selesaikan tak kira la perarakan ke..perhimpunan ke..terpaksa jugak la aku redah!Lantak pi la ape nak jadik...keje aku, periuk nasik aku lebih penting dari join groupies ni...>,<"

Ehh??Clear la plak jalan depan KLCC ni?

Perghh...macam rasa aku yang punya jalan??^^

Hah!Dekat Ampang Park da ada kawalan lalu lintas sudahh...

Jalan Jelatek- Keramat pon clear...^^

Hah!Kat sini memang kantOi plak la...rOad bLock bawak jejambat AKLEH -Jalan Ampang

Tu diaaa...Azab jem~

Tentang BERSIH 2.0??Hah!Lebih baik layan lagu TENTANG-TENTANG dari Butterfingers...Layanzz..^^'


Peace yaaw!^^'

Thursday, July 7, 2011

Cool KeywOrds!

Tak terkata bila once dalam blog kita ada plak orang menggooglekan diri dengan meletakkan keyword dengan panjang sekali...nak tak nak, terkeluar la plak link blog kita...maka di tekannya link kita tu membuatkan terpahat la apa yang di googlenya itu dalam Nuffnang kita...
Errkk!Apakah itu tanda² di mana blog aku ini tangkap muat aje?wahahahah...
Anyway, bukan nak bercakap tentang isu² keyword yang merapu..tapi memang dah banyak kali terjadik..mungkin dorang nak google sesuatu sampai dapat and then dorang taip la sebanyak mana yang mampu dorang taip...tak pon Copy paste dari suratkabar je...tak gitu eh?^^'


tak pe laa..asalkan dia dapat masuk dalam bLog kAcAng kann..ekekekekeke....apa cara sekali pun, keyword memang penting untuk menaikkan rating kita...tengok aje la...aku nyer bLog tak la sehebat blOgger² lain...sikit je pon kan...
Apap pun, thanks for u guys for blogging in my page..^^'

Sunday, July 3, 2011

Family disaster

Pada tepat jam 6 ptg, aku menerima MMS dari adik aku yang famili aku terlibat dengan kemalangan jalan raya di mana kereta produa myvi adik aku dirempuh oleh lori dari belakang. Tak dapat bayang kan macam mana keadaan mak aku kat belakang...dia duduk bersama adik bongsu aku yang kat belakang tu..ntah macam mana la...cuaca kat luar hujan...jadi nak cakap adik aku drive laju sangat, tak de la plak kan..sebab bukan kete dia yang hitted kete orang lain...dia sendiri kene hitted ngan sebijik lori kat belakang...akibatnye, semua yang ada dalam kete tu mengalami hentakkan kuat dari belakang....masing² ada lebam sana dan sini...impact kuat sangat sampai cermin mata ayah aku terpelanting ke depan...korang jangan gelak plak weh kalau aku cakap gigi palsu ayah aku pon terpelanting ke depan..punya la kuat impact dia...;(
Tak dapat bayangkan macam mana mak aku dan adik aku yang berada di tempat duduk belakang...macam mana impact lorry tu pada belakang kete adik aku..huii..macam² perasaan aku keluar..menitis air mata beb!terkejut jugak terima berita macam ni...tak sangka, dalam banyak² entry kemalangan dan kecelakaan, terpaksa la jugok aku update entry tentang kemalangan yang menimpa keluarga aku...

Ni la bahagian belakang yang di hentak oleh lori...tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan mak dan adik aku kat bahagian belakang....

Barai jugak la Myvi adik aku ni...claim!claim!^^

Ini la lorry yang melanggar bahagian belakang kete adik aku...@#!!!$$%$%@!!

Syukur alhamdulillah....semuanya selamat...cuma dorang ada mengalami trauma dan sengal² badan..serta lebam..sib baik la nenek aku tak ikut sekali..kalau tak, mesti dia terkejut...trauma seumur hidup...yang penting, semuanya selamat...risau jugak kalau effect dalam badan dorang kan...lagi pun, orang² tua ni takut tulang dorang tak berapa kuat...aizz..thanks for those yang concern dengan kemalangan yang menimpa keluarga aku...

Friday, July 1, 2011

Internet Line Sucks!

Aku bukan tak de masa nak update entry...tapi bila aku start nak upload pic..tetibe dia jadik error page...adesss!Rasa macam nak tapak aje kat muke Monitor ni...paling tidak pon at least aku boleh gak nak letak beberapa citer kat dalam blog ni...oRZ....
Rasa macam tak puas hati aje dengan line Internet kat sini...dah la CPU aku agak kurang menyerlah tahap pencapaiannya..maklum lah, dah uzur...cuma kali ni aku just nak inform di mana aku tak dapat nak blog walking buat masa ni serta tak dapat nak menyerlahkan entry² yang akan datang wat masa ni...nak tak nak, terpaksa la aku auto save ikut schedule lah...senin nanti aku involve balik la dalam dunia berblog ni...sorry pada sesapa yang aku tak sempat nak follow dan terjah balik blog korang...once segala masalah teknikel ni settle, aku akan bisa menuju ke halaman blog korang ok...thanks for visiting me while I'm not around!^^