Nuff²

Tweet

Wednesday, July 20, 2011

Khasiat Pokok Kucing Galak


Sebenarnye Info kat bawah ni memang berkaitan dengan pokok kucing galak yang aku bawak balik dari umah famili aku...Actually, bukan la susah sangat nak tanam pokok kucing galak seperti korang nak tanam kucing korang...(errkk..ape aku merepek neh??)^^'
Ada sedikit Info tentang khasiat pokok kucing galak yang aku perolehi dari sumber sini..


Nama Tempatan: Kucing galak
Nama Saintifik: Acalypha Indica
Nama Lain: Indian copperleaf,India acalypha
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Keterangan:
Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India.Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 -1 m.Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya.

Kegunaan:
Digunakan dengan meluas dalam perubatan homeopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.


Nak di jadikkan cite, once aku bawak balik tumbuhan ni...maka umah menjadi keadaan huru-hara...akibat daripada faktor fizikal pokok kucing galak ni, abis satu umah bersepah daun dan akar tumbuhan tersebut...paling ketara sonok sangat ialah si Papa Kitty...dia antara yang paling sibuk nak kunyah² pokok dan akar tumbuhan ni...^^'


Ni lah rOper akar pokok kucing galak yang banyak khasiat tu..


Meh semua!Ada party daun² hijau sini!yeehaaa!!


Sirius macam susah aje la dorang ni nak pilih yang segar kan!


Marble, Inky dan Cindy tak lekang dengan Pokok Kucing galak ni...


Eh!Aku nak yang ni laa...ko gi la makan sayur dalam peti ais, Sappy!


Nasib korang laa..yang penting aku tengah 'high' layan pokok ni...


Uiii...Tepi sikit lah Cindy!Ni pokok aku yang punya!


Huhuhuh...baiklah Pak Kitty, kami makan tempat lain la macam ni...


Eleh!Ingat aku takut sangat la ngan Pak Kitty dan Mak Marble tu...Sedap gile layan pokok neh!hehehehe....


Uiiii???Apahal ngan ko ni Sappy?Tak nak jOin ke party kitorang ke??


Sedap sangat ke korang makan pokok tu?Sedap lagi makan rambut tuan aku!

19 comments:

dakota said...

hahahaha ... comeynyer diorang ..
sappy mmg notty btl.

Cik SHiNJU said...

aku x pernah dgr nama pokok tu...
Oit sappy...sedap ke rambut tuan ko tu? ade bau ikan ekh? :P

meowwmania said...

samalah dgn budak2 kat rumah ni kalau dapat pokok galak kucing ni memasing stone aje hehe..

Scarlett O'Hara said...

Nasib baik tak kucing miang! =)

KiD said...

ni pokok untuk kucing.. hehehhe
Selamat Tinggal Streamyx...

Cat-from-Sydney said...

Uncle Kacang,
Nak cikit boleh tak? har har har *evil laughs*

Mario said...

ko sapu2 friskies ek kt rambut ko...ekeke

Prince Lastiq aka PYE said...

salam....bley tau x mane nk dpt? urgent sgt2..kucing kwn sy tgh sakit...perlu sgt2 pokok ni....tlg ye....

grOundnUt said...

@dakota : Sappy masih ragu² tentang ulam-ulaman tu..^^

grOundnUt said...

@Cik SHiNJU : tuan dia pakai shampoo cap ikan laut afrika..^^

grOundnUt said...

@meowwmania : stone lebih sangat kene Hantar rehab ni..^^

grOundnUt said...

@Scarlett O'Hara : ekekekek^^

grOundnUt said...

@KiD : hanya untuk kucing je bro..tertakluk syarat dan terma..^^'

grOundnUt said...

@Cat-from-Sydney : boleh²..tapi dah habis bebudak ni tibaii..^^

grOundnUt said...

@Mario : wat jel rambut tu bro..^^

grOundnUt said...

@Prince Lastiq aka PYE : Ye ke?so macam mana nak hantar yer?Kacang pon dah abis stok ni..=(

Apisometres said...

mmg kucing makan ke ni? xpnh aku beli sayo utk kucing.. biasa tgk diorg ngunyah rumput kat tp parit jek.. huhu

Anonymous said...

kalau nk dapatkannya bole cri aku 0176664482

Nazirul Afiq said...

Assalamualaikum.. nk tnyer, pokok kucing galak masih ada lagi x?