Nuff²

Tweet

Sunday, March 13, 2011

Gambar- gambar suasana Tsunami di Japan

Sekilas suasana Jepun Selepas Tsunami...apa yang pernah aku tengok sebelum ni ialah satu bencana dari Filem 2012...tapi ni semua takdir dari Allah S.W.T.
Yang baik di jadikan teladan dan yang buruk di jadikan sempadan..sama² lah kita berdoa untuk negara matahari terbit iaitu negara Jepun suatu negara yang agak maju dari segi pembangunan dan ekonomi...tapi akhirnya musnah akibat Tsunami yang melanda negara Asia itu.
Semua gambar² aku perolehi dari sumber google dan Facebook...God Bless Japan~

Anggota penyelamat mengusung warga emas...tapi aku paling suke moment gambar ni..shot yang baik!

Satelit menunjukkan wave of Tsunami...

Masing² sibuk menyelamatkan harta benda...

Sibuk telefon sanak saudara yang masih selamat

Antara mangsa yang masih selamat dalam runtuhan

Sukar untuk di percayai kerana ini adalah Gempa Bumi yang Ke-5 paling buruk dalam tempoh 100 tahun

Permandangan dari atas apabila susudah Tsunami

Kemusnahan yang agak teruk

Mangsa² yang di bawa ke Hospital

Speechless

Runtuhan tanah yang mengakibatkan kerosakkan teruk pada kereta² yang park kat sini

Impact daripada gegaran 8.9 skala Ritcher

Mangsa² sibuk menyelamatkan harta benda yang sempat di selamatkan

Kebakaran berlaku akibat Tsunami

Shot dari arah atas di mana Tsunami sedang melanda

Bomba sibuk memadamkan api dari atas bangunan akibat gempa bumi di Jepun

Mangsa yang menyelamatkan diri berada di tempat paling selamat selepas melihat Tsunami yang sedang berlaku di depan mata

Permandangan dari atas, bangunan² dan kereta² di bawa arus Tsunami setinggi 10 meter

Pray for Japan

Antara longgokan sampah sarap dan kereta² yang di bawa arus Tsunami

Suasana gegaran sempat di rakam di dalam sebuah bangunan..kelihatan 2 orang berpelukan sesama sendiri kerana ketakutan

Rumah dan Jalan raya rosak teruk akibat gegaran 8.9 Skala Ritcher

Suasana dari atas, kelihatan rumah² dan kayukayan dibawa arus Tsunami

Para pekerja di bangunan pejabat kelihatan panic melihat asap hitam muncul dari arah Timur Jepun

Anggota Tentera Jepun menyelamatkan mangsa Tsunami

Keadaan jalan raya agak rosak teruk akibat Gempa Bumi di Timur Fukushima, Jepun

Kelihatan tulisan S.O.S dari padang sekolah di daerah timur Jepun

Ombak Tsunami melanda Pantai di Timur Jepun

Kelihatan ramai mangsa² Tsunami beratur di padang sekolah untuk mendapatkan bantuan bekalan air bersih dari Kerajaan

Kalau korang tengok balik gambar² di atas seolah² Jepun tengah mengalami kesusahan yang agak teruk akibat Tsunami yang berlaku tempoh hari...Marilah kita sama² berdoa agar bantuan segera di hantar ke Jepun dengan secepat yang boleh.Semua gambar aku rembat dari Google dan sumber dalam Facebook.

16 comments:

! Encik Nakal ! said...

tudiaa~~terok noo~~~moga-moga depa selamat pas ni~~~huhuhu

Cat-in-Sydney said...

Uncle Kacang,
Tak tau lagi apa nasib kucing-kucing di Cat Island. Kabarnya dekat dengan epicentre dan mungkin tenggelam dek tsunami. purrr....meow!

bard bahtiar said...

smoga kita di jauhi dr malapetaka....

ghost writer said...

horrible...

KiD said...

ADOOIIII... kesian depa kan? huhuhu

Rosmawati Yusof said...

Subhanallah.... Kuasa Allah, tiada siapa yg dpt mengatasinya

Minami Wanijima said...

mana ultraman?? hehe.. alaaa.. postpone lagi lagi la manga & anime Naruto & Bleach.. huhu

tenangsudey said...

Lets read Inspiring Tweets about Japanese, Earthquake, Tsunami and Great Nation

grOundnUt said...

@! Encik Nakal !: sian depa no...tak tau la berapa ramai yang terselamat dan terkorban...=(

grOundnUt said...

@Cat-in-Sydney : ya..ada yang berpendapat pulau tu tenggelam dek Tsunami..tapi tak tahu juga kesahihan kisah mereka..harap² kucing² kat sana selamat...@_@'

grOundnUt said...

@bard bahtiar : Insyaallah...moga² di jauhi malapetaka sebegini...@_@'

grOundnUt said...

@ghost writer : =(

grOundnUt said...

@KiD : tak terkata...kalau keluarga kita ada disana macam mana la perasaan kita kann...=(

grOundnUt said...

@Rosmawati Yusof : Allah maha besar...semuanya takdir...=(

grOundnUt said...

@Minami Wanijima : Ultraman pon larik sebab tak dapat nak melawan Kuasa Tuhan yang Esa...@_@;

grOundnUt said...

tenangsudey : thanks for visiting me..^^