Nuff²

Tweet

Monday, March 14, 2011

Kemalangan Kereta langgar pokok

Malam minggu antara malam di mana aku plak malas nak keluar...bukan ape...semenjak kejadian Tsunami ni, aku kerap plak suke nak tahu news depan TV...bukan TV aje..CNN dalam tenet pon aku sempat ziarah lagi...bile malam minggu yang agak busy,tetibe lampu dapor aku plak kelip²..macam dah terbakar aje mentol kalimantang ni...tak pe laa..len kali ada masa aku tuko la...(Padahal dah ok lepas tu)@_@'
Tetibe aku terdengar ada bunyik orang jerit² macam ada sesuatu berlaku di luar sana...tambahan plak ada bunyik macam crash kat jalan raya...memang suspen la plak kan..aku ni bukan la nak sibuk pasal orang menjerit ke..tapi macam dah emergency la sangat...dalam pale otak aku terpikir ada orang bunuh diri ke? pecah kepala ke??woaaa...
Then....rupanya ada kemalangan jalan raya berhampiran dengan masjid area umah aku...yang hebatnye, kete kuning (aku rasa nissan or Honda lama) ni melintang ke pokok atas divider...Oh Memang Giler la kan!macam mana dia pandu sampai cuai sangat naik tengah² kaki lima siap berlaga dengan pokok lagi tu!
Haaaa...aku ada terdengar jugak masa dia pandu laju tu, dia sempat mengelak dengan orang berbasikal...lalu dia terbabas ke tengah jalan...sib bek la tak de kemalangan jiwa..cuma kereta yang arah bertentangan tu, penumpang dalam kete tu menjerit kuat² sebab ada bayi dalam kete tu MPV arah bertentangan...hummm...macam aksi drama la plak kan...layannzz je laahh...^^

Keadaan di mana Kereta Kuning terbabas hingga melanggar pokok...

Pokok yang belakang kete MPV tu melambung dari arah bertetangan...sib bek tak kene kete² lain..

Ramai plak kete² menyibuk..akibatnye berlaku la kesesakan lalu lintas dalam tempoh 45 minit

Selang beberapa minit lepas tu...Kereta pak Polis pon datang menyelamatkan keadaan

Kalau nak ikutkan, macam pelik plak kan...adakah punca dari nak mengelak dari basikal yang melintas??speechless...

Lepas satu jam datang plak Tow Truck a.k.a Longkai nak tarik ini kereta

Memang bermasalah sikit la bile nak tunda kete kuning tu...lagipun dia nyer bumper depan dah luruh...tambah plak melintang di kaki lima yang tinggi

Terpaksa la menolak sedikit demi sedikit...memang rosak abis skirting kiri kanan dia..

Tow truck nak amik position untuk menunda kereta kuning itu

Cermin depan abis pecah...akibat hentakan hebat pokok

Orang ramai mengalihkan pokok yang tercabut akibat kereta kuning tu langgar

Kerosakkan enjin mesti ada punye...

Agak remeh jugak keje orang tow truck ni eh?

Akhirnya...nampak jugak keremukan kereta ni akibat kecuaian dan kelalaian pemandu sendiri...jadi behati² di jalan raya ya!

8 comments:

Minami Wanijima said...

depan masjid pandan indah tu ker weh?

Dakota said...

Dasyat betoi ..nasib baik tak ada kemalangan jiwa .. aizzz

ghost writer said...

janji selamat..keta pon takde lar teruk mana..

jangan pemilik tuh merungut dengan kerosakan lak sedang dia tak sedar yang dia dah diberi peluang untuk hidup.

KiD said...

kalau tak dia ngantuk, mesti jalan licin,, kalau tak jugak, mesti dia elak something.. hehehe
Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk

grOundnUt said...

@Minami Wanijima : yess beb...^^

grOundnUt said...

@Dakota : Sib bek laa..maybe mabOk ayam kOt?

grOundnUt said...

@ghost writer : Alhamdulillah..tengok semua pon selamat..tak de kemalangan jiwa...^^'

grOundnUt said...

@KiD : Rasanya dia elak something...macam elak dari basikal rasanya..tu pon aku dengar dari orang² kat situ...@_@'