Nuff²

Tweet

Tuesday, September 6, 2011

Akta binatang dipinda untuk hukuman berat (Petknode)

Penganiaya haiwan boleh dikenakan tindakan lebih berat apabila pindaan Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), yang kini di peringkat terakhir perbincangan oleh pihak berkenaan, dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen. Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata di bawah pindaan itu, penganiaya binatang boleh dikenakan penalti sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. NONE"Ada beberapa klausa yang kita kena pinda, jadi kita kena bawa ke Parlimen... kita akan buat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek bangunan ibu pejabat baru Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Jalan Salahuddin di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau diminta mengulas insiden kira-kira 300 ekor kucing yang diselamatkan orang ramai selepas dianiaya pemilik sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai dan Sungai Buloh pada Ahad lepas. Akta Binatang 1953 antara lain bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk haiwan ke Semenanjung Malaysia, penyembelihan haiwan, kekejaman terhadap haiwan, pemuliharaan dan kebajikan haiwan dengan penganiaya haiwan dikenakan hukuman RM200 atau penjara enam bulan jika sabit kesalahan. Namun, banyak permintaan dikemukakan pelbagai pertubuhan dan pencinta haiwan supaya akta itu disemak dan dipinda sejak 2006




Rasanya semua dah tahu kisah PetKnode, neraka kucing ni .. semoga si pesalah yang kejam akan dijatuhi hukuman yang setimpal..Aku tak pernah nak usik sangat bab² sensitiviti sesetengah pihak terhadap kucing² di luar sana...sedangkan aku sendiri pechenta kucing..tapi tu la..bila tengok semua website duk gaduh sibuk tentang Petknode, iaitu salah satu premis pusat Haiwan yang beroperasi di sekitar Damansara yang telah menghancurkan hati semua pechenta kucing serta owner² amat berang dengan tindakan sambil lewa terhadap Petknode yang membuat boarding service di premis tersebut.
Hakikatnye, banyak kucing yang mati akibat kelaparan dan kehausan kerana pihak Petknode tidak memberi penjagaan yang baik terhadap kucing² tu..aku kesian gile bila tengok kebanyakkan kucing² yang di tinggalkan sepanjang 9 hari without kibbles dan air..sedih giler siut!

Antara yang sempat di selamatkan

Salah seekor kucing yang kurus kering akibat kekurangan bekalan makan dan minum

Ibu dan anak kucing yang mati bertentangan...sob..sob..=(

Kitten yang mati akibat kekurangan air

Ni lah si salah sorang Owner Petknode tu

Masih ada sangkar² di kediamannya

Polis menahan untuk amik keterangan

2 orang ni la owner Petknode tu...kita tunggu je la siasatan lanjut dari PDRM...ok~

10 comments:

KiD said...

HMMM.. macam hampeh pun ader. kesian tengok kucing tu.. tuan punya kucing tu mesti ambik tindakan!

Rosmawati Yusof said...

Bencinyer,... tengok muker dia..!!!! ggrrr...

Mario said...

tadi aku baca dorg kena denda je eh...pastu yg dedahkan mende ni kena saman...betul ke?

Juz Call Me Sharz said...

benci kat 2 ekor tuh!!!

kesian kat kucing2 yang tak bersalah tu kan?? =(((

meetpumpkin said...

Semoga diorang dapat hukuman yang setimpal ..

grOundnUt said...

@KiD : sebab dorang berdua tu pikir kucing bukan manusia..tu pasal dorang buat kejam macam tu..>,<"

grOundnUt said...

@Rosmawati Yusof : muke penyangakk~

grOundnUt said...

@Mario : ya..dorang kene denda..pehtuh duk lokap sebab nak beri keterangan je..hampeh betoi..leh plak dorang blah lepas tu..>,<"

grOundnUt said...

@Juz Call Me Sharz : Tu la pasal..sedih tengok yang kurus kering tu...ape la nasib kucing² tu kan..huhuh..=(

grOundnUt said...

@meetpumpkin : betul tu..harap² dorang di beri tindakan sewajarnye atas kesalahan dorang..>,<"