Nuff²

Tweet

Thursday, September 1, 2011

Ketupat dan Rendang

Bila cakap pasal raya mesti orang ingat Ketupat dan lemang serta kuih raya kan?Aku nak cite sikit pasal ketupat istimewa dari maktOk aku sejak dari turun temurun lagi..^^
Korang kalau biasa makan ketupat nasi, pasti korang takkan lupa dengan kuah kacang yang lazartt tu...Lain plak cara famili aku yang tak biasa makan ketupat nasi dengan kuah kacang...kecuali if kitorang tapau satay bawak balik rumah dah tentu la ada hidangan nasi impit dan kuah kacang kan?tapi tu cite makan satay dan nasik impit..^^
Aku tak sure kalau ada orang yang familiar ngan ketupat nasi di hidang bersama dengan rendang udang...kira kuah sambal cili udang la kot?aku pon tak sure nak cakap macam mana la..tapi yang nyata, if aku tanye orang² yang gilerrr makan nasi impit/ ketupat nasi, dorang mesti cakap dorang selalu makan dengan kuah kacang...berbeza plak ketupat nasi kuah udang hidangan tradisi keluarga aku...iaitu hasil air tangan maktok...^^
Tanye je la..sape pernah jumpe hidangan ketupat nasi dengan kuah udang ni di kedai²?aku sendiri pon tak pernah jumpe hidangan ni...yang aku tahu, sejak aku lahir sampai la sekarang..memang hidangan ini mesti dia buat pada perayaan Hari Raya...sampaikan ada orang bertanya resipi dari maktOk ni...aku pon tak tahu nak cakap macam mana laa..yang penting dalam kuah udang ni dorang letak :

-udang(di lenyek)
-Serai (di potong halus)

-Santan (kelapa bukan santan kotak tau!-nanti tak sedap!)^^

-asam keping -cili merah (potong)

Itu aje yang aku perasan bahan² yang di guna kan...sebab aku sendiri pon tak tahu cara pembuatannya.^^'

Haaa...ni la ketupat nasi with sambal udang resepi maktOk aku

Bukan ketupat nasi aje, ketupat daun Palas memang dah menjadi lumrah kehidupan keluarga aku ni beb...cakap aje ketupat daun palas, memang sedap tak terhingga!Tambahan plak dari air tangan orang tua kan...semuanya cukup rencahnye!dari la santan pulut hingga la ke rendang daging...semuanya cukup bahan perasa...^^
Berbeza dengan ketupat daun palas yang di jual di luar sana..aku rasa, memang berbaloi kalau dapat makan ketupat daun palas hasil dari air tangan keluarga...korang setuju ke ape yang aku cakap ni?Aku rasa, if korang ada parents or atuk nenek ....mesti dorang tak lekang dengan hidangan kuih raya serta Ketupat Rendang...^^

Rendang Daging di hidang bersama Ketupat Daun Palas

Ketupat daun palas!

Terliur gile!!!^^

Wow!Lagi best bila di hidang bersama nasi impit/ketupat nasi!

4 comments:

bard bahtiar said...

dh x larat nk mkn ketupat...

KiD said...

ketupat palas... nyum nyummmmm

grOundnUt said...

@bard bahtiar : hahahaha...sama lah kita..^^

grOundnUt said...

@KiD : balik sabak bernam kan?byk ketupat bro?^^'