Nuff²

Tweet

Friday, September 2, 2011

Tetamu Raya

Hari raya mesti tak lekang dengan tetamu² yang bertandang ke rumah...bak kata orang² tua kan, 1 Syawal pasti ada budak² kecil datang bertandang nak collect duit raya...hahahaha...^^'
Aku pon macam tu jugak masa kecik² dulu...pergi la beraya dari rumah A hingga la ke rumah F...dah macam rumah AF la plak!;p
Tapi sekarang tidak lagi...aku jarang betul berjumpe dengan bebudak yang jalan berkumpul dari rumah ke rumah untuk beraya style macam zaman aku kecik² dulu...mungkin kat area kampung aku ni kureng kot bebudak..ramai orang² tua kot?I guess so...@_@'
Jadi, tak heran la sangat if tak de bebudak..mak ayah budak yang datang pon kira best gak la..sebab ada bebudak yang datang (anak² dorang)..contohnye jiran² terdekat yang masih belum pulang ke kampung halaman masing². Kalau nak ikutkan, area umah aku ni ramai la plak jiran² yang balik ke kampung halaman masing²...Itu la orang cakap, tak sah kalau raya aidilfitri tak balik kampung kan?so terpaksa la aku terima hakikat yang aku beraya di kampung halaman sendiri tanpa jiran² di sisi...^^
Tapi sib baik la ada sedara mara yang rajin datang berkunjung ke rumah aku...paling tidak pon sedara jauh...aku memang sonok melayan anak² dorang tambahan lagi bila ada yang baru kahwin dan ada juga yang baru mempunyai anak kecil (baby)^^
Memang seronok bila time ni la dapat berjumpa sanak saudara yang dah lama lost contact...paling tidak pun ada la dalam 4-5 tahun tak jumpe dorang...biasa la..masing² pon dah ada kehidupan masing²...tak kira la dari segi keluarga dan juga faktor pekerjaan yang asyik sibuk memanjang...(macam aku jer...)^^'
Raya setahun sekali, jadi marilah kita meraikan dengan penuh kesyukuran...^^

Hah! Sepupu aku yang dah lama tak jumpa!^^

Tetamu² yang hadir kat ruang tamu rumah ku..^^

Gelagat si kecil ape bile nak dapat dOet raya ^^

Selamat Hari Raya!^^v

6 comments:

meowwmania said...

meriahnya raya..slmt hari raya! :D

gedek! said...

besarnya akuarium...!

(apasal takde selit gitar dalam gambar...?)

jom jamming

KiD said...

hua hua hua.. kat apartment umah aku ader je budak ketuk pintu walaupun dan time nak tido.. huhuhu

grOundnUt said...

@meowwmania : Selamat!Selamat hari raya too..^^

grOundnUt said...

@gedek! : mekasih..akuariuam ayahanda...gitar terselit kat celah pintu bilik..^^'

grOundnUt said...

@KiD : dorang beraya ke atau dorang pakai kostume holloween?;p