Hmm...sampai la hari ni tak jumpe lagi MH370...ini antara kisah yang boleh kita lihat...aku sendiri pon dapat sumber dari sini...
Selepas lebih 48 jam, pesawat
Malaysia Airlines Boeing 777-200 masih tidak dapat dikesan. Usaha
mencari dan menyelamat terus ditingkatkan yang dilaporkan terputus
hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang Jaya, pada awal Sabtu
pagi. Kerjasama dengan beberapa negara jiran dan juga Australia dan
Amerika Syarikat untuk mencari pesawat tersebut diteruskan.
Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 masih tertanya-tanya apa yang berlaku dan inginkan maklumat yang kukuh.
Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku pada hari kedua:
- Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat.
- Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.
- Susulan itu, pihak berkuasa terus menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370.
- Pada 2.43 pm, Malaysia Airlines
keluarkan kenyataan untuk minta orang ramai bersabar dan memaklumkan
bahawa mereka kini fokus menjaga ahli keluarga kepada penumpang pesawat
Boeign 777-200.
- Pada sidang media yang diadakan pada jam 8 malam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat MAS MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
- Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)
akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan
dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.
- Kawasan Anjung Tinjau di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang di hadkan hanya kepada
keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 semalam kini dibuka kepada
orang awam.
- Sementara itu, sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370.
- Panglima Tentera Udara DiRaja
Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata terdapat
kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu.
- Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang melaporkan beberapa serpihan pesawat ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia.
- Perdana Menteri Australia Tony Abott berkata Australia akan menghantar dua pesawat
mencari dan menyelamat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft
untuk membantu operasi mencara pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat MH370.
- Pasukan penyelamat Amerika Syarikat berkata objek mencurigakan yang dikenalpasti terapung di pulau Tho Chu tidak ada kena mengena dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.