Nuff²

Tweet

Saturday, March 8, 2014

Kehilangan pesawat Boeing 777 milik MAS- MH370

Hari Sabtu ialah hari aku plan nak kuar jejalan sampai ke nilai...akan tetapi kakak aku dok sibuk la wassap aku cakap yang ada tragedi pesawat hilang pada hari tu...memula aku terasa macam tak masuk akal sebab tak di war² kan or tak banyak plak cite yang di hebah² kan tentang kejadian tu...
Selepas aku habis bershopping di Nilai, terdengar plak berita dari stesen radio BFM89.9...aku suka stesen ni sebab dorang banyak putarkan lagu² yang berunsurkan instrument macam genre rock&roll music, Grunge, akustik dan country song... Masa terdengar tu baru aku percaya kata² kakak aku sebab dia ni memang orang kuat duduk depan tV hadap berita 24jam...
And then baru la aku tahu kisah pesawat boeing777-200 milik MAS iaitu MH370 hilang dari radar menara kawalan trafik udara lapangan terbang Subang pada pukul 2.40 pagi pada hari ini. MH370 bertolak dari KLIA pukul 12.41 pagi hari Sabtu (means hari ni lah) dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini. Aku just listkan ape yang berlaku sebenarnya supaya korang paham dengan situasi kehilangan MH370 ni... O.o



Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:
  • Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
  • Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
  • Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
  • Pada jam 10.30 pagi, MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan
  • Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia. 
  • Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di Twitter.
  • Beberapa ahli politik negara menggunakan Twitter untuk menyeru orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370
  • Selain itu, warga Twitter juga bersedih sehingga hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 menjadi trending. 
  • Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dalam satu sidang media bahawa  kesahihan laporan media Vietnam yang mendakwa pesawat itu terhempas sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau turut menafikan bahawa terdapat cubaan merampas pesawat tersebut.
  • MAS telah menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang.
  • Jabatan Penerbangan Awam berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam masih sedang disahkan.

Semoga di permudahkan urusan untuk pencarian pesawat yang di katakan tiba² 'hilang' ini... O.o

No comments: