Maka hari ini Allah telah menghantar kisah arwah Ammar untuk
menempelak dan menyepak aku agar bangkit dari tidur. Sapa Ammar ni? Aku sendiri tak mengenalinya...bah kan aku rasa kisahnya mulai tersebar setelah beliau meninggal dunia di Turki...apa yang istimewanya beliau sampai di semadikan di tanah perkuburan para sahabat Nabi?
Umur dia muda dari aku. Pencapaiannya jauh tinggi dan hebat dari aku
bahkan dari sesiapa sahaja yang aku kenal yang sebaya dengan aku dan
dia. Dari Malaysia bersemadi di Istanbul berjirankan Abu Ayub Al-Ansari
sahabat Nabi yang dari madinah juga bersemadi di istanbul.
Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.
Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.
Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.
Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.
Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah

"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal
Apabila sesuatu kematian mampu menyentuh jiwa-jiwa dan menyedarkan kita yang alpa, itulah kematian yang menghidupkan...Tenyata anak muda pertama Malaysia yakni orang melayu kita yang di semadikan di sana dan di sana jugak lah terletaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia.
~Al-Fatihah~
No comments:
Post a Comment