Nuff²

Tweet

Sunday, November 17, 2013

Misteri kehilangan Remaja di Villa Nabila

Dah penuh wall FB aku rasa...pepagi lagi dah kecoh pasal kehilangan 30 orang remaja yang galak mencari hantu...itu aku tak pasti la ape dorang nak buat kan...jika nak di hebahkan mende yang belum tentu sahih, macam biasa la..FB lah tempat orang share sana dan share sini tentang benda yang belum tentu sahih... O.o
Aku macam biasa... tak mudah melatah...cuma berpikiran agak 'luar kawasan' dari pemikiran orang² yang tahu share dan copy paste je...
Apa yang aku tahu dari berita facebookers...dorang cakap ada 30 orang remaja (mana dapat sumber aku pon tatau) di laporkan berkumpul untuk xpdc mencari hantu...dari 30 yang hilang tu...7 or 3 orang di dapati di jumpai...yang belen tu hilang ntah ke mana...hanya dengar suara memanggil² untuk meminta tolong kate miker laaa...
Aku bukan tak percaya entiti or mistik ni...aku dulu seorang yang pernah suka masuk kuar hutan...atas urusan...ikut cikgu silat...dari sudut penilaian kisah entiti ni, memang benar makhluk ciptaan Allah selain manusia tinggal dalam bumi Allah ni...cuma dari mata kasar, kita takkan nampak mereka...kalau yang nampak tu memang ajaib la kan...tak pernah di nafikan, aku jugak salah seorang yang pernah nampak penampakan lembaga hitam wujud dalam ladang kelapa sawit...lembaga setinggi pokok kelapa sawit di waktu senja suatu masa dulu yang banyak mengajar aku di mana bukan manusia aje yang layak ada kat muka bumi ini... dari situ aku akui...syereeeemmm sangat waktu ternampak lembaga hitam tu! O.o
Lagi-lagi berita yang menjadi rumors dalam FB ni...banyak sangat mende yang di tokok tambah asal sedap jalan cite untuk menarik perhatian umum...macam makan kenduri la..takkan makan satu lauk je...mesti nak tambah beraneka lauk kan! -_-
Sumber dari akhbar berita Harian online hari ni menegaskan hanya 1 orang sahaja yang membuat laporan polis atas kehilangan anaknya yang berusia 16 tahun...eh, mana satu betoi ni? haaa...kita dah nampak dah kan kat situ.... O.o

Hanya seorang, bukan 23 hilang di banglo tinggal di Johor Bahru - Polis

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang kononnya hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya. Sementara itu, sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial. Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Sumber : Berita Harian

 LOKASI di mana seorang remaja hilang selepas memasuki banglo tinggal, Villa Nabila sejak 16 November lalu di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini.

AHLI keluarga mangsa menabur garam di sekitar lokasi di mana ahli keluarganya hilang selepas dikatakan memasuki banglo tinggal di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

No comments: