Tak penah² aku nak gi tengok cat show..maklumlah, busy je memanjang..sib bek la semalam aku tak di suruh untuk bekerja di waktu cuti..haa..dapat la aku membuang masa aku dekat South City Plaza, Seri Kembangan..sebab kat sana aku dengar ada cat show!^^'
Seawal 9 pagi aku dah bangun, memang excited sangat nak pegi sebab dengar ada banyak acara dan banyak peserta yang bakal masuk dalam cat show tu. Mungkin dapat jugak aku cuci mata untuk tengok ramai gelagat kucing serta cuci mata tengok kucing yang aku jarang jumpa..^^
Makan breakfast terus bergegas ke sana..dah lama plak aku tak jejalan kat sana..maklumlah, dulu aku duduk Seri Kembangan, South City Plaza bukan macam dulu lagi...dah makin maju..kawasan kat sana pon cepat je membangun..^^
Sesampai je kat sana aku dah terbeliak mata tengok banyak kucing² comel yang bakal beraksi di ring² kat situ..ada yang dari baka domestic short hair hinggalah ke baka persian..majority aku tengok banyak kucing² pesian yang bertanding..Tak kurang juga kucing² kampung biasa..mereka juga mencuba nasib untuk bertanding pada hari tu..^^
Bila di ikutkan, program ni start dalam jam 9 pagi sehinggalah jam 6 petang..nak tak nak aku duduk kat mall tu sehingga jam 4 petang je..sebab ada urusan lain yang perlu aku selesaikan memandangkan ada banyak lagi peluang aku untuk menguruskan pelbagai hal sewaktu aku dapat cuti ni..^^'
Antara permakahan yang di beri ialah dari segi kebersihan kucing, kelembutan bulu kucing, pemotongan kuku, kebersihan telinga dan keaktifan kucing² tersebut..dari situ judges akan menilai untuk pemberian markah tertinggi..antara yang paling aku suka tengok is time final female kitten laa..tengok macam banyak saingan dari segi aktif dorang tu..^^
Tapi bila sampai masa jam 3-4 petang, kucing² mengalami stress dan agak letih akibat terlalu lama dengan aktiviti tersebut..maka ada jugak la yang bercakaran serta menjadi garang...pengadil menganggap disqualified dengan serta merta sebab kucing² kat situ menjadi garang..O.o
Apa pun, ada kucing² lain yang still aktif dan ceria sehinggalah aku melangkah keluar dari South City Plaza...Ni antara candid² yang sempat aku capture sepanjang aktiviti cat show tersebut..^^
Antara port peserta dan kucing² mereka..^^
Menuggu masa untuk bertanding
Yang ni buat aku teringatkan si Kitty/Sappy..jenis Tabby tak berapa banyak plak kali ni
Yang ni rasanya adik beradik la kot..duduk satu cage saling manja²
"Apa?! Number aku dah kene panggil?!Kene pegi ni.." Bersemangat betoi..hehehehe..
Antara permakahan yang perlu di beri dari segi keaktifan bermain
Seronok judges melayan semua anak² bulus kat sini
Si comel gorgeous ni apa kurangnya..sangat aktif!^^
Amboih...sempat main cak² tu..^^
Pemeriksaan dari segi pemotongan kuku
Pemeriksaan dari segi kebersihan telinga
Kemahiran bermain atau menangkap sesuatu objek bergerak
Ada jugak production TV yang datang untuk rakaman pertandingan ini
Antara pemenang yang bergambar dengan judges
Pemenang yang baru dapat medal...hehehehe
Baka Maine coon pon terselit kat pertandingan ini
Tak kurang juga dengan baka² pelik seperti Sphinx
Ada yang dah penat bertanding dan berehat sebentar
Yang sempat tido pon ada gak....ZzzzZzzzzZZzz
5 comments:
aku pun ngah nak adopt kucing :D
aaaaa.....i can see my shiro in one of this pic lah :) :)
bestnyaa....tak penah lg pegi cat show
saya minta izin amik gambar kucing saya ya
alahaiiii..semuanya comey2.. :)
Post a Comment