Nuff²

Tweet

Friday, February 10, 2012

Program rawatan kucing secara percuma

Pada pecinta haiwan or sesiapa sahaja yang membela kucing boleh la datang beramai² ke tapak kawasan lapang, jalan Kinrara 5A untuk pelbagai aktiviti menarik seperti rawatan haiwan percuma, Vaksin percuma..pemandulan kucing betina dan jantan ada di beri rate seperti poster di atas..^^
Aktiviti ini bersempena dengan majlis MOA Bersama Rakyat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Paling tidak pon untuk pemandulan kucing boleh di dapati dengan harga yang agak murah berbanding harga² yang kita buat dekat klinik veterinar lain. Oleh itu, aku cadangkan sedara dan sedari sekalian harap dapat la memeriahkan lagi aktiviti bersama haiwan peliharaan ni.
Masih ada lagi yang musykil dengan hukum kembiri kucing/anjing ni. Tapi sebelum ni, aku pernah dah wat entry tentang kembiri si Marble dan Almarhum Sappy. Dalam tu aku ada selitkan sikit tentang hukum hakam kembiri ni...sekali lagi ya aku petik dari sini..Base on Jakim,

Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

Oleh itu, pakat ramai la datang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai tuan empunya haiwan. Maksud aku, ada banyak lagi aktiviti menarik pengunjung..contoh macam ada pertandingan mewarna untuk kanak²..pembuatan pasport kucing...pameran kucing..dan macam² lagi..tarikh start pada 10-12 Febuari ni...^^
Jadi tunggu apa lagi? jOm lah menghadirkan diri ke tapak kawasan lapang jalan Kinrara 5A, Bandar Kinrara, Puchong..antara jadual yang korang perlu tahu ialah :

1. Klinik Veterinar = 9 pagi dah start
2. Pemandulan kucing = 9 pagi - 5 petang
3. Pet Passport = 9 pagi - 8 malam
4. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak = 10 pagi

Bagi yang nak wat pet passport, jangan lupa bawak kucing dan gambar berwarna serta untuk pertandingan mewarna boleh la bawak kaler sendiri yer..^^

Klik gambar untuk jelas lagi..^^

3 comments:

Cik SHiNJU said...

Kalau free mmg ramai la yg dtg nt..

grOundnUt said...

@Cik SHiNJU : Alhamdulillah...memang ramai yang datang..^^

Anonymous said...

Salam.

Nak tanya bila event macam ni akan diadakan lagi?
Sebabnya saya nak mandulkan kucing saya.

Sekian, terima kasih :)