Nuff²

Tweet

Showing posts with label Animal. Show all posts
Showing posts with label Animal. Show all posts

Saturday, November 21, 2015

RIP Pak Kitty 2007-2015

Lama sudah Kacang tak menulis dalam laman sesawang ni...bersawang jugak lah blog Kacang ni...nama pun lama sesawang, for sure penuh sawang...hehehehe
Kacang memang dah lama nak umumkan tentang pemergian Pak Kitty yang dah pergi meninggalkan kita semua pada 18-November-2015... tapi tak berkesempatan nak menulis dengan lebih panjang lebar...
Nak di jadikan cerita, sebelum raya haji lagi Pak Kitty dah sakit... penyakit buah pinggang dia datang lagi since tahun 2010 pernah terjadi, tapi kali ni agak serius...begitu juga dengan faktor umur dia yang dah hampir 9 tahun, agaknya imune dia tak kuat macam masa dia sakit tahun 2010... boleh di katakan dia gemok dari 6kilo boleh jatuh 4 kilo sepanjang dalam rawatan sehinggakan di saat² akhir nafas dia pun, berat badan makin susut...rasanya mungkin sekilo lah kot masa Kacang tanam dia...
Bila dapat tahu Pak Kitty sering sakit, pelbagai kaedah dan rawatan Kacang usahakan dari perubatan moden ke perubatan tradisional...biasa lah, kita kalau dah sayang kan anak bulus ni, sure nak cuba sedaya upaya...cuma mungkin kita hanya merancang, Tuhan yang maha menentukan....
Dalam pada masa tu juga lah, Marble, Cindy dan Inky banyak menjauhkan diri dari Pak Kitty...kucing kalau dah tahu yang kucing lain sakit...dorang cuba jauhkan diri...maybe dah tau masa tu dah nak sampai kot? Sehinggalah raya haji... dugaan demi dugaan kerana MaktOk di kampung pun uzur...jadi tak de pilihan...terpaksa lah plan nak bawak balik Pak Kitty ke kampung halaman.... Risau jugak on da way balik ke kampung halaman, takut ada efection apa² terjadi pada Pak Kitty kan...jadi Kacang jadi down sekejap... :(
Nasib baik ada insan mulia yang sudi jagakan Pak Kitty sementara Kacang balik ke kampung halaman selama beberapa hari... Jadi, Pak Kitty ni duduk lah dengan kawan Kacang...alhamdulillah, Pak Kitty semakin sihat...walau dia kurang nak jamah makanan, maybe dia tak familiar ngan tempat baru kan...after settle hal family di kampung halaman, Kacang pon balik ke kotaraya semula... Kacang pun mengambil Pak Kitty dari jagaan mereka...punya lah rindu tak terkira Pak Kitty ketika itu, walau badan dia susut, tapi beliau masih gagah lagi berdiri dan berjalan ke pangkuan Kacang...
Nak di jadikan cerita, selepas tu beliau aktif seperti biasa... makan dan minum ikut time, dan satu kali tu Pak Kitty macam tak berapa nak jamah sangat makanan...lagi² dia ada muntah cairan putih...
Masa ni Kacang carikkan dia ubat² untuk bagi dia ok balik...sebab ubat² doc memang ada spare di rumah... apapun semua ubat² yang Kacang berikan dia akan luak balik...maybe perot dah tak boleh terima bahan chemical masuk dalam perut dia kan...
Nak di jadikan cite,  Pak Kitty kian lemah...ibarat kucing yang dah lumpuh sebab terbaring je... Kacang tak tergamak nak lihat lagi keadaan dia yang semakin lama, semakin teruk...Kacang banyakkan berdoa pada Allah SWT supaya Pak Kitty kembali sihat seperti sediakala, almaklumlah...umur dia pun dah hampir 9 tahun... :(
Hari demi hari...suatu hari tu Kacang tengok pagi tu sebelum pergi kerja dia diam je... dan Kacang stop bagi ubat sebab dia selalu melawan dan luak balik...jadi Kacang hanya bagi air kosong, malah di luaknya jugak... :'(
After work hour, Kacang Dinner di sekitar kawasan rumah...ada lah satu pakcik tu...dia niaga air kelapa muda...teringat kat Pak Kitty di rumah...maybe bagi air kelapa, sakit dapatlah di kurangkan...itu pesan mama Kacang...biasa kalau anak bulus tak sihat, rawat lah dengan air kelapa muda... memang tanpa buang masa Kacang pun lepas dinner singgah gerai pakcik tu...
Sampaikan pakcik tu tanye, beli untuk minum seisi keluarga ke? Kacang cakap ni untuk kucing yang sakit di rumah... Pak cik tu cakap memang elok air kelapa muda bagi pada kucing yang sedang sakit...
Balik rumah Kacang pun prepare lah air kelapa muda tu... memang Pak Kitty masa tu terlentang lagi sambil menunduk macam dah letih sangat....Kacang pun shringe kan sikit demi sikit kat mulut dia...ternyata dia amat lemah sekali...Kacang dah start berkaca mata dah...Kacang cuba keluarkan dia dari sangkar dan lepas kan dia di luar balkoni supaya lagi mudah Kacang nak titiskan air kelapa di mulutnya... tetibe Pak Kitty macam kejanggg.... :'(
Dalam keadaan panik Kacang pun tenangkan dia...usapkan dia..tapi tengok telinga makin kuning, anak mata pun besar...ternyata maybe ini malam terakhir Kacang bersama Pak Kitty selama hampir 9 tahun bersama...takkan Kacang lupakan saat² manis bersama sepanjang 9 tahun mengenali Pak Kitty. Masa ni Pak Kitty dah nazak...nampak nafas dia tercungap² ibarat malaikat maut datang memanggil beliau...sedih sangat moment tu kalau di ingat kan balik...Kacang hanya berserah pada Allah supaya boleh terima seadanya dalam keadaan yang macam ni...hanya Allah aje yang tahu betapa sebaknya tengok pak Kitty kejang... :'(
Selepas tu Pak Kitty pon sayu² keluarkan suara dia yang dah lama dia simpan, maybe terasa sakit di saat malaikat maut mencabut nyawa beliau...Kacang hanya mampu tenangkan Pak Kitty saje...lama kelamaan anak mata membesar dan telinga semakin sejuk...
Akhirnya Pak Kitty pergi meninggalkan Kacang sekitar jam 10 malam pada 18/11/2015...
Dalam keadaan sedih, Kacang letakkan Pak Kitty di dalam cage sementara nak tunggu esok baru boleh kebumi kan kerana pada malam tu ada sedikit gerimis turun di waktu malam...Kacang pun terpaksa minta bantuan adik Kacang untuk menyediakan tempat Pak Kitty bakal di semadikan...
Pada keesokan hari nya, selepas pulang dari kerja...Kacang bawa Pak Kitty terus ke lokasi rumah adik Kacang... sebabkan faktor rumah adik Kacang ada tanah halaman yang luas...jadi Kacang amik keputusan untuk kembumikan Pak Kitty di hadapan rumah adik Kacang...akhirnya Pak Kitty di semadikan di situ...
Sedih, pilu, hiba, sebak semua ada dalam dada Kacang...tapi apa kan daya, Allah lebih sayangkan makhluknya...Kacang redha dengan pemergian Pak Kitty walau perit nak lepaskan Pak kitty...Allah bagi dugaan pada Kacang dan Dia hanya beri pinjam Pak Kitty pada Kacang selama hampir 9 tahun... Keluarga Kacang semua tahu kisah Pak Kitty pergi sampai ayah kacang tanyakan khabar Pak Kitty...sekarang semuanya tinggal kenangan... Walaupun ianya seekor kucing jalanan, ia memberi impak yang besar pada Kacang kerana Kacang menjaga penuh kasih sayang dan mungkin ini lah kucing yang paling lama Kacang pernah jaga... :'(
Moga Pak Kitty tenang di sana bersama Sappy dan Eori... RIP Pak Kitty 2007-2015... :'(

Ni masa dia umur sekitar beberapa bulan selepas di jumpai lewat 2007~


Kitty masa berumur 4 bulan...


Kitty 1st time dipertemukan dengan Marble... masa ni Marble di ambil dari sebuah kedai runcit sekitar Kotaraya metropolitan...


Pak Kitty bila dah berumur ni mudah bermesra dengan semua kucing² yang Kacang adopt... ^_^


Mudah mesra dengan keluarga bulus yang lain...padahal semuanya di adopt oleh Kacang suatu masa dahulu... 



Pandai amik hati semua yang berada di sekelilinnya...masa ni Pak Kitty di bawa dari KL ke Ipoh sempena open house hari raya tahun 2010 rasanya... :)



Mudah mesra ngan anak bulus yang kacang bawak balik...


Pernah beberapa kali kantOi sakit dalam hospital vet...tapi alhamdulillah, Pak Kitty kuat... ^_^

Suatu hari, Pak Kitty tak larat lagi untuk menahan keasakitan yang melanda dalam diri Pak Kitty, mungkin faktor usia beliau menjangkau 9 tahun

Waktu ni Kacang dah nampak sesuatu perubahan pada dirinya apabila Pak Kitty nampak kurus dan kurang selera makan... :'(

Pak Kitty di sahkan sakit buah pinggang... :'(

Pak Kitty hanya minum dan makan ubat untuk meneruskan sisa² hidupnya yang semakin hari semakin lemah...

Akhirnya, Pak Kitty tewas dengan penyakit yang di hadapinya...Kacang redha dengan pemergian dia walaupun terasa kesedihan yang amat sangat... :'(

Waktu urusan pengkebumian Pak Kitty, kacang tak mampu nak kata apa²...cuma boleh cakap dalam hati, berehatlah Pak Kitty di sisi yang maha Esa...Insyaallah kita jumpa di sana... :'(

Pak Kitty 2007-2015

Sepanjang Kacang bersama Pak Kitty, pelbagai suka duka yang kami harungi bersama walaupun Pak Kitty hanyalah seekor kucing... kami berpindah randah, susah sama susah...Kacang tak makan pun takpe janji perut Pak Kitty di beri makan... Apapun, Kacang redha dengan kehilangan ini...moga Pak Kitty tenang di sisi Allah SWT...  Good bye my son...:'(

Sunday, April 1, 2012

Malaysian Domestic Pets & Feline Fun Show

Tak penah² aku nak gi tengok cat show..maklumlah, busy je memanjang..sib bek la semalam aku tak di suruh untuk bekerja di waktu cuti..haa..dapat la aku membuang masa aku dekat South City Plaza, Seri Kembangan..sebab kat sana aku dengar ada cat show!^^'
Seawal 9 pagi aku dah bangun, memang excited sangat nak pegi sebab dengar ada banyak acara dan banyak peserta yang bakal masuk dalam cat show tu. Mungkin dapat jugak aku cuci mata untuk tengok ramai gelagat kucing serta cuci mata tengok kucing yang aku jarang jumpa..^^
Makan breakfast terus bergegas ke sana..dah lama plak aku tak jejalan kat sana..maklumlah, dulu aku duduk Seri Kembangan, South City Plaza bukan macam dulu lagi...dah makin maju..kawasan kat sana pon cepat je membangun..^^
Sesampai je kat sana aku dah terbeliak mata tengok banyak kucing² comel yang bakal beraksi di ring² kat situ..ada yang dari baka domestic short hair hinggalah ke baka persian..majority aku tengok banyak kucing² pesian yang bertanding..Tak kurang juga kucing² kampung biasa..mereka juga mencuba nasib untuk bertanding pada hari tu..^^
Bila di ikutkan, program ni start dalam jam 9 pagi sehinggalah jam 6 petang..nak tak nak aku duduk kat mall tu sehingga jam 4 petang je..sebab ada urusan lain yang perlu aku selesaikan memandangkan ada banyak lagi peluang aku untuk menguruskan pelbagai hal sewaktu aku dapat cuti ni..^^'
Antara permakahan yang di beri ialah dari segi kebersihan kucing, kelembutan bulu kucing, pemotongan kuku, kebersihan telinga dan keaktifan kucing² tersebut..dari situ judges akan menilai untuk pemberian markah tertinggi..antara yang paling aku suka tengok is time final female kitten laa..tengok macam banyak saingan dari segi aktif dorang tu..^^
Tapi bila sampai masa jam 3-4 petang, kucing² mengalami stress dan agak letih akibat terlalu lama dengan aktiviti tersebut..maka ada jugak la yang bercakaran serta menjadi garang...pengadil menganggap disqualified dengan serta merta sebab kucing² kat situ menjadi garang..O.o
Apa pun, ada kucing² lain yang still aktif dan ceria sehinggalah aku melangkah keluar dari South City Plaza...Ni antara candid² yang sempat aku capture sepanjang aktiviti cat show tersebut..^^

Antara port peserta dan kucing² mereka..^^

Menuggu masa untuk bertanding

Yang ni buat aku teringatkan si Kitty/Sappy..jenis Tabby tak berapa banyak plak kali ni

Yang ni rasanya adik beradik la kot..duduk satu cage saling manja²

"Apa?! Number aku dah kene panggil?!Kene pegi ni.." Bersemangat betoi..hehehehe..

Antara permakahan yang perlu di beri dari segi keaktifan bermain

Seronok judges melayan semua anak² bulus kat sini

Si comel gorgeous ni apa kurangnya..sangat aktif!^^

Amboih...sempat main cak² tu..^^

Pemeriksaan dari segi pemotongan kuku

Pemeriksaan dari segi kebersihan telinga

Kemahiran bermain atau menangkap sesuatu objek bergerak

Ada jugak production TV yang datang untuk rakaman pertandingan ini

Antara pemenang yang bergambar dengan judges

Pemenang yang baru dapat medal...hehehehe

Baka Maine coon pon terselit kat pertandingan ini

Tak kurang juga dengan baka² pelik seperti Sphinx

Ada yang dah penat bertanding dan berehat sebentar

Yang sempat tido pon ada gak....ZzzzZzzzzZZzz

Monday, April 4, 2011

Lompat si Katak lompat

Katak...
Satu perkataan yang jarang di gunakan oleh golongan² professional zaman kini. Sebab pe?Sebab katak tu satu haiwan kecil yang di anggap geli, yucks, dan busuk ke??@_@'
Hmm...bagi aku laa...dulu masa kecik² memang aku pernah terpijak katak/kodok without pakai slipar...adess...terasa bertapa gelinya jari jemari kaki aku menyentuh kulit si katak/kodok yang berdarah sejuk tu...ngeeeee...
Tapi one day, aku terpandang makhluk kecil lembik² sejuk tu kat sliding door umah family aku..aikk??macam mana dia boleh panjat setinggi yang mungkin?maybe nak makan serangga seperti labah², kupu² or any else je?sampai leh melompat dengan ketinggian sebegitu??wahh...hebat betul daya lompatan ia, sampai ke puncak atas dia capai...musykil betul...@_@
Mungkin ni 1st time aku tengok katak yang melompat setinggi itu...tak kisah la cara dia melompat macam mana..tapi yang nyatanye...dia berada lebih tinggi dari ukuran ketinggian aku...eheheheh..(sebab aku ni pendek) ^^'
Kalau di amati balik gambar² ni memang aku pon rasa nak tak nak je tengok..tapi tak pe la, aku sekadar nak berkongsi ngan korang yang betul² sukakan katak...errkk....ada ke di kalangan blogger dalam list aku ni suka kan katak??@_@'

Ni kira dia nak show off dia nyer skill la tu...^^

Katak ni Cute ke?

Gambar tak berapa clear..sbb aku geli nak pegi dekat²

Machos la tu...

Lelama dia panjat plak ke atas...aku tak tahu dia nak kemana...

Kalau jatuh atas kepala ni alamatnye...aiizz..tak terdaya nak bercerita kat sini..sebab aku geli dowhh ngan katak....waargggghh!!

Friday, March 18, 2011

Gambar-gambar Haiwan yang terselamat dari Bencana Tsunami

Kali ni aku nak post plak tentang haiwan² yang terselamat akibat bencana gempa bumi dan Tsunami dia Timur Jepun..sebab sebelum ni aku ada post entry tentang orang² yang terselamat akibat bencana buruk itu...Kira Fair and Square kalau aku postkan N3 tentang haiwan² yang terselamat di sana...
Cuma kasihan bila ada segelintir haiwan yang masih terselamat akibat Tsunami, tetibe tak de sapa nak claim dorang as a Pet...contoh macam anjing² dan kucing² terselamat...then tak de sapa yang sudi yang datang pickup mereka sebab mungkin owner dorang dah terkorban akibat bencana tersebut...
Ni ada la sedikit shot² yang di kaut dari laci encik google...aku harap animal rescuer juga wujud di negara kita untuk bencana seperti banjir, tanah runtuh...etc...


2 Ekor anjing yang survive setia menunggu bantuan sampai...

Antara detik² yang tak dapat di lupakan bila kucing nya terselamat dari di bawa arus Tsunami

Burung² yang hanyut sempat di selamatkan oleh pasukan penyelamat haiwan

Burung ini tekena tempias Tsunami

Anjing yang sempat mereka selamatkan ketika detik² cemas

Antara kucing yang terselamat dari timbunan kayu dan batu

The dog and the owner save

Anjing yang terselamat dari timbunan kayu²

Terharu bila anjing ini di jumpai

LOST and FOUND



Aku sertakan sekali video ni...korang tengok je lah yer...^^

Voiceover: After the earthquake, the citizens return to their changed town.

Woman: I had a cat, and when the tsunami came, I looked for it. But I couldn't find it, so I had to escape.

VO: When they go into the house...

Man: So what was this room?

W: This was the dining room.

M: That's a tree from outside?

W: Yeah, that's amazing...

W: Ah! The cat's alive! I can hear it!

M: That's great! It looks like it escaped to the second floor when the tsunami came.