Nuff²

Tweet

Showing posts with label Keajaiban Dunia. Show all posts
Showing posts with label Keajaiban Dunia. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Gambar Planet Pluto

Salam Ramadhan yang penuh barakah... Lama sungguh aku tak berblogging ni..kadang tengok blogger² lain sibuk hapdet entry, yang aku ni masih lagi tenggelam bagai roti yang kene rendam...
Lagi² bulan puasa ni... sebenarnya entry yang aku tulis ni dah nak dekat raya actually...lusa je dah raya, guane tu...Dalam pada masa yang sama jugak, kita yang beragama Islam dapat merasa nikmat puasa dan juga keindahan alam angkasa ciptaan Allah yang Esa...
Rata² dalam media sosial kita penuh dengan newsfeed gambar Planet Pluto! Bayang kan lah, masa aku sekolah dulu...aku sendiri memikirkan jauh mana planet pluto dengan bumi Allah ni...dan aku terbayangkan, planet pluto ni kaler biru sebab di selaputi ais... almaklumlah, suhu kat sana sekitar -233 celcius... Gile ke hape...aku tak sure makhluk Allah mana yang hidup dalam suhu sebegitu, wallahu'alam...
Actually, pada jam 7.49pm waktu Malaysia tadi pada tanggal 14 julai 2015, Kapal Angkasa New Horizons telah melintasi Pluto pada kelajua 13.7km sesaat....kira sejauh 12,512km dari permukaannya yang mengambil masa selama 9.5 tahun untuk sampai ke Pluto....Bayangkan! Masa tu la kita kat Malaysia ni semuanya sibuk berbuka puasa dan juga ada yang stuck kat traffic serta ramai yang dah start solat maghrib kat Masjid... cerita kat luar 'sana' plak, iaitu di pusat kawalan New Horizons, dorang as jurutera² dan juga petugas² telah  menyambut dengan happy sekali di atas kejayaan yang paling penting dalam misi angkasa ini. Dalam kekalutan cuba memahami apa yang sedang berlaku di pusat kawalan sana, tiba-tiba dunia dikejutkan dengan foto ‘terbaru’ Pluto, yang sungguh-sungguh mengkagumkan!
Imej yang sangat menakjubkan! Planet yang di anggap paling kerdil ditangkap dari New Horizons pada kira-kira pada 13 Julai, kira-kira 16 jam sebelum masa capture yang paling terdekat. Masa ni, Kapal angkasa tu adalah 766,000 kilometer dari permukaan! 

Aku rasa gambar macam ni penuh cantik pakai kumera atau lensa power jugak lah...mana tak nya...bila dia capture je gambar planet Pluto ni, loading dan sending amik masa selama 4.5jam untuk sampai ke Bumi....itu prosesnya...ko bayangkan macam mana ciptaan genius makhluk Allah kan...
Baru ku tauhu tahu, rupanya gambar yang aku letak ni di rakam 16 jam sebelum lintasan yang paling hampir sekali kat permukaan planet... MasyaAllah!
Mungkin aku bukan lah ahli falak yang pandai serba serbi tapi itu saje lah yang aku boleh ucapkan...cer bayangkan, sejak penemuan Pluto masa zaman era maktOk aku umur 5 tahun iaitu 1930, pehtuh sekarang dah tahun 2015 plak kan...baru ler kita dapat lihat detail kat permukaan Pluto tu...gile laaa...teknology ni... 
 Apa yang kita boleh jangkakan di sini ialah, gambar pertama ketika saat New Horizons melintasi Pluto petang tadi, bakal menunjukkan suasana jauh lebih jelas permukaan Pluto dan dapat memberi penjelasan mengenai rupabentuk buminya yang unik ini kan...
Seperkara lagi ialah, disebabkan peninjau ini amat jauh, ia terpaksa mengambil masa yang agak lama (16 bulan) untuk memancarkan kembali KESEMUA data yang diperolehi tadi. Maknanya, bermula esok hinggalah hujung tahun 2016 nanti, bersedialah untuk melihat berkepuk-kepuk gambar terbaru sebuah dunia kecil yang terletak 4.7 BILION KM daripada bumi ini! Gile lah! hahahaha...

Tu lah sedikit sebanyak yang aku boleh ceritakan...nak taip lebih² takut salah info plak kan...banyak lagi info yang ada kat luar sana... rajin² lah blog walking yerr...hehehe


Friday, November 7, 2014

Zahariz Khuzaimah: Merentas Dunia Artik (Crossing Into The Arctic)

Salam Jumaat...
Memang seronok kalau diri ni sekuat dan teguh macam diri mamat dalam video ni... siapa lagi kalau bukan brader Zahariz Khuzaimah... aku punyer sumber inspirasi actually... kalau tengok cara dia backpack pusing mErata tempat...hanya dengan berbasikal...korang bayangkan lah kalau kita mampu untuk meneruskan perjalanan pusing seluruh tempat yang kita nak.. kalau aku, kene pikir dua tiga kali...macam² ada dalam pemikiran... ada yang terpikir...selamatkah perjalanan aku sebagai orang nomad ni? Kuat kah hati aku untuk berjalan di tengah gurun... Teguh kah iman aku bila aku berdiri di bumi Allah ni...

Jom saksikan saudara Zahariz Khuzaimah dalam pengembaraan beliau merentasi benua-benua yang terkemuka di Dunia...



Subahanallah...

Sunday, November 17, 2013

Misteri kehilangan Remaja di Villa Nabila

Dah penuh wall FB aku rasa...pepagi lagi dah kecoh pasal kehilangan 30 orang remaja yang galak mencari hantu...itu aku tak pasti la ape dorang nak buat kan...jika nak di hebahkan mende yang belum tentu sahih, macam biasa la..FB lah tempat orang share sana dan share sini tentang benda yang belum tentu sahih... O.o
Aku macam biasa... tak mudah melatah...cuma berpikiran agak 'luar kawasan' dari pemikiran orang² yang tahu share dan copy paste je...
Apa yang aku tahu dari berita facebookers...dorang cakap ada 30 orang remaja (mana dapat sumber aku pon tatau) di laporkan berkumpul untuk xpdc mencari hantu...dari 30 yang hilang tu...7 or 3 orang di dapati di jumpai...yang belen tu hilang ntah ke mana...hanya dengar suara memanggil² untuk meminta tolong kate miker laaa...
Aku bukan tak percaya entiti or mistik ni...aku dulu seorang yang pernah suka masuk kuar hutan...atas urusan...ikut cikgu silat...dari sudut penilaian kisah entiti ni, memang benar makhluk ciptaan Allah selain manusia tinggal dalam bumi Allah ni...cuma dari mata kasar, kita takkan nampak mereka...kalau yang nampak tu memang ajaib la kan...tak pernah di nafikan, aku jugak salah seorang yang pernah nampak penampakan lembaga hitam wujud dalam ladang kelapa sawit...lembaga setinggi pokok kelapa sawit di waktu senja suatu masa dulu yang banyak mengajar aku di mana bukan manusia aje yang layak ada kat muka bumi ini... dari situ aku akui...syereeeemmm sangat waktu ternampak lembaga hitam tu! O.o
Lagi-lagi berita yang menjadi rumors dalam FB ni...banyak sangat mende yang di tokok tambah asal sedap jalan cite untuk menarik perhatian umum...macam makan kenduri la..takkan makan satu lauk je...mesti nak tambah beraneka lauk kan! -_-
Sumber dari akhbar berita Harian online hari ni menegaskan hanya 1 orang sahaja yang membuat laporan polis atas kehilangan anaknya yang berusia 16 tahun...eh, mana satu betoi ni? haaa...kita dah nampak dah kan kat situ.... O.o

Hanya seorang, bukan 23 hilang di banglo tinggal di Johor Bahru - Polis

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang kononnya hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya. Sementara itu, sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial. Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Sumber : Berita Harian

 LOKASI di mana seorang remaja hilang selepas memasuki banglo tinggal, Villa Nabila sejak 16 November lalu di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini.

AHLI keluarga mangsa menabur garam di sekitar lokasi di mana ahli keluarganya hilang selepas dikatakan memasuki banglo tinggal di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Monday, November 14, 2011

Antara Keajaiban Dunia

Antara 7 Keajaiban dunia yang aku tahu salah satunya ialah Piramid Agung Giza, Taman tergantung babylon, Kuil Artemis di Ephesus, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos di Halicarnassus, Patung Raksasa Rhodes, dan Rumah Api Iskandariah..
Semua sumber yang aku baca pon ada dekat Wikipidea...^^'
Tetapi ada satu kali ni aku terima email dari sorang member aku yang mengatakan ada satu lagi yang mungkin belum di iftiraf sebagai keajaiban dunia...Aku plak bukan nye rajin sangat nak godek² tentang sejarah² yang belum pasti sahih atau tak. Cuma aku dapat share kat sini je lah tentang satu gelombang ombak yang mengeras dekat Antartika...bayangkan lah..bertapa agungnya ciptaan yang Esa..aku terkesima!^^

Salah satu info, gunung² ais di Antartika kadang-kadang memiliki garis, yg dibentuk oleh lapisan salju yg bereaksi terhadap kondisi yg berbeza²..Warna biru pada garis terjadi sebabnye air laut yg masuk ke celah gunung ais tersebut banyak mengandung alga, sehingga garis tersebut berwarna biru...
Itulah angungnya ciptaan Allah SWT..bagi aku la..ia juga salah satu keajaiban dunia..^^

Subhanallah...

Antara yang ada di lautan antartika

Cantik nyaa..

Kalau la dapat buat photoshoot kat sini..pergghh..heaven!^^

Sebahagian ketulan ais

Nice ice wave

Antara yang datang menyaksikan keajaiban ni

Sempat la mat salleh ni candid..^^

Kalau aku jadik dia pon bangga nak snap pic berbelakangkan ice wave ni..^^

Nice to see, Nice to hold..Once broken..consider_________(sila isi tempat kosong)^^'