Nuff²

Tweet

Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Kedai Pau Yik Mun, Tanjung Malim

Musim cuti sem kat UPM dah mula start...jadi kali ni nak kene angkut segala mak nenek yang ada kat kolej adik aku la kan...nak di jadikan cite, terpaksa la kami plan siap² nak bawak sederap barang² adik aku yang berlambak² tu...lagipun, ayah aku plak sibuk nak suruh hantar pokok anak buluh yang datang jauh dari negeri pantai timur...nak tak nak, plan pon terpaksa la di teruskan juga..^^
Pada ahad lepas, aku plan ngan famili aku suruh check point kat Tanjung Malim aje...memandangkan ada anak buah aku yang kecik comel tu...kitorang plan nak balik hari lah yer..lagipon esoknye dah Isnin, dah tentu² semua sibuk nak start keje kan...Dorang tak kisah pon, so senang cite..jumpe je kat Pekan Tanjung Malim...Aku yang drebar ni pon tak de mase la nak godek² google map untuk area Tanjung Malim ni...apa yang aku dengar, ada satu kedai Pau yang femes kat situ...nama tempat tu Kedai Pau Yik Mun tak salah aku...Adik aku senang citer suruh jumpe kat UPSI aje, senang untuk amik berkilo² barang adik aku...tak pe lah, Pau punyer pasal...kami pon check in kat Kedai Pau Yik Mun tu...^^
Kedai Pau ni berkonsepkan Kopitiam...ala² kedai kopi kat pekan kecil la kan..tak de la macam sesetengah kedai kopitiam kat kL ni..macam² jenis makanan pon dorang tibai dalam menu...dari roti bakar hinggalah ke mee kari..tapi di Kedai Yik Mun ni, hanya femes pau je aku dengar terbaeeekk~^^'
Tengah hari tu tak tau nak makan ape, oder je la pau kat situ..Pelbagai jenis pau ada kat kedai tu...dari pau manis² sehinggalah ke Pau yang berintikan daging dan ayam...pekena teh tarik segelas dua pon hokay per..aku try white coffee dari kedai ni...apa pun we all agak gumbira sekali bile dapat berjumpe kat kedai Pau tu...makan sambil sembang² sampai petang...^^
 Haa...ini lah kedainye..^^

 Mom and Sissy~

 The bross~

 Teh tarik kurang maniss~

 4 biji pau lembut yang berintikan Ayam

 My brother in law with my niece..^^

 Lembut aje pau ayam ni...sekali rasa nak lagi..^^

 Memeyyy aaaarrrr~

 Nisa with her bite of 'Kaya' Pau

Petang sudah...jOm kita balik~^^

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012

Haa..Pejam celik-pejam celik kita dah sampai di ambang 2012!Banyak memori yang kita tinggalkan di kala 2011...ape la gamaknye azam korang di tahun baru ni? ^^'
Aku pon punyai cita² yang setiap tahun mesti sama je wishing nya..tapi tak pe la, akan ku slow² dan cuba untuk merangkak² supaya dapat mengecapi cita² aku..
Laa..dah jam 4 pagi! Ape aku merepek ni??Patut la cite aku out of topic actually..^^'
Malam tahun baru kali ni aku bersama keluarga aku nun jauh di sana...cuba nak celeb bersama famili serta adik beradik aku ni...last² year, banyak tempat aku wat port sambut tahun baru seperti di Bukit Bintang, KLCC dan The Curve..Rasa agak berbeza juga la enviroment kat sini...aku rasa kalau aku sambut bersama famili, banyak di lebihkan dengan makan dan minum sedangkan aku menyambut bersama kengkawan, aku lebih banyak luangkan masa dengan bermain spray tin dan juga 'party'..^^'
That's y ada gak memori aku menyambut bersama keluarga aku walaupun tak de la wild macam mana kan..cuma kat sini, jarang sangat nak dengar dentuman bunga api, mungkin pada tahun ini agak kureng sikit...aku cuba bertanya pada adik aku, maybe dia pon cakap tak de sapa nak sponsor bunga api la kot..hahahaha...^^'
Paling tidak pon , banyak club² dan pub² kat sini yang meraikan sambutan tahun baru...ade gak terdengar dentuman mercun dan bunga api di sekitar premis tersebut...ape yang aku boleh cakap kat sini, agak berbeza dari tahun² yang lalu...
Any way, wishing all blogger Selamat Tahun Baru 2012...semoga tahun ini lebih suksess dari tahun² sebelumnya..^^

Kedatangan aku meramaikan lagi umat manusia di sini..^^

Dataran yang sepatutnya penuh...@_@'

Ruang yang sepatutnya berkumpul untuk melihat bunga api..

Jauh dari sudut kete aku, dalam 12.30 baru la ada bunga api..tu pon cipOt je, tak macam tahun lepas!

Hah, ape lagi...Nescafe time!~With my siSta & HuBby~^^'

Ape beza sambutan korang pada tahun ni dan tahun lepas?
Anyway, Happy New Year everybody ! Think this pretty much sums up 2011. Have a great night tonight, can't wait to see you guys in 2012!\^0^/

Monday, October 17, 2011

Kellies Castle, Perak

Berjalan² di sekitar kota..lama² mata kita jadik kuyu dan otak jadik tepu sebab hari² kita nak mengadap segala jenis manusia tak kira la dari segi bangsa dan perangai setiap manusia di sekitar kita.
Maksud aku paling simple is, dah lali sangat dengan life style kat town...sekali-sekala hirup angin ujung dunia contoh macam balik kampung ke?atau pergi bercuti ke mana² pulau ke?
Bagi aku, sekadar hanya ingin bercerita di mana aku menyinggah di tempat bangunan yang bersejarah dekat sekitar Batu Gajah Perak ape lagi kalau bukan Kellies Castle.
Korang pernah tahu ke tentang sejarah Kellies Castle ni? Haa..kalau aku bukan citer jadi panjang plak entry aku...tapi tak pe la..aku sekadar nak berkongsi gambar yang sempat aku snap sepanjang berada di dalam Istana tersebut.
Secara kesimpulannya, Kellies Castle is one of most tourist place in Perak (tak silap aku la). Ramai sangat pengujung² yang datang mengunjung di Istana takeshi ni..eh saloh, Kellies Castle maksud aku.^^'
Info menarik dari aku korang leh la rujuk pada Wikipedia yer...^^

Yang aku leh bagi tau kat sini ialah Kellies Castle memang awesome!!^^


Perkarangan masuk Kellies Castle

Kaunter tiket seingat aku sekali masuk RM4 kot..lupa dah..^^'

Ramai orang datang terpesona dengan bangunan bersejarah ni
Oh!It's my Mom!Hi MOM!!^^

Ini lah binaan dari geng² Madras
Ini la sungai Kinta yang dorang cakap kan tu

Laluan ke tempat simpanan Arak Kellies Smith

Perghh...memang gelap gelita

Shot from us

Laluan menyorok ke tingkat bawah tanah

Empty Chamber...suke tengok cahaya² yang masuk melalui tingkap

Pintu untuk ke pondok pengawal

Senibina tampak kukuh...ye la, batuan import dari luar kan

Susur menuju ke pondok pengawal

Tempat pondok pengawal dan kuda² mereka

Laluan pintu kecemasan...Pintu yang di perbuat dari Kayu cengal

Aras 2, keadaan yang belum sempurna

Bilik² yang berkonsepkan budaya hindu dan budaya india

Antara bangunan yang tak sempat dorang siapkan

Siling yang di ukir mengikut jenis reka bentuk moghul

Err...yang ni aku nak percaya ke idok?Dongeng rakyat ke??

Laluan Rahsia/kecemasan yang mungkin di gunakan oleh anak² William Kellies Smith ni

Smart plak aku tengok bangunan yang tak siap ni

Jom kita menuju ke puncak bumbung Istana!

Akhirnya Kami sampai gak la...berangin sangat kat atas ni...^^

Sepatutnya dorang nak wat lif...tapi tu la..dapat nama je la..Antara lif pertama di Malaya

Tangga yang kecil muat² untuk keluarga William Kellies Smith

Tangga Kayu cengal

Dari sudut sisi reka bentuk Istana Kellies Smith

Ape yang korang nampak kat batang pokok ni?Musykil kan??^^

Friday, September 2, 2011

Tetamu Raya

Hari raya mesti tak lekang dengan tetamu² yang bertandang ke rumah...bak kata orang² tua kan, 1 Syawal pasti ada budak² kecil datang bertandang nak collect duit raya...hahahaha...^^'
Aku pon macam tu jugak masa kecik² dulu...pergi la beraya dari rumah A hingga la ke rumah F...dah macam rumah AF la plak!;p
Tapi sekarang tidak lagi...aku jarang betul berjumpe dengan bebudak yang jalan berkumpul dari rumah ke rumah untuk beraya style macam zaman aku kecik² dulu...mungkin kat area kampung aku ni kureng kot bebudak..ramai orang² tua kot?I guess so...@_@'
Jadi, tak heran la sangat if tak de bebudak..mak ayah budak yang datang pon kira best gak la..sebab ada bebudak yang datang (anak² dorang)..contohnye jiran² terdekat yang masih belum pulang ke kampung halaman masing². Kalau nak ikutkan, area umah aku ni ramai la plak jiran² yang balik ke kampung halaman masing²...Itu la orang cakap, tak sah kalau raya aidilfitri tak balik kampung kan?so terpaksa la aku terima hakikat yang aku beraya di kampung halaman sendiri tanpa jiran² di sisi...^^
Tapi sib baik la ada sedara mara yang rajin datang berkunjung ke rumah aku...paling tidak pon sedara jauh...aku memang sonok melayan anak² dorang tambahan lagi bila ada yang baru kahwin dan ada juga yang baru mempunyai anak kecil (baby)^^
Memang seronok bila time ni la dapat berjumpa sanak saudara yang dah lama lost contact...paling tidak pun ada la dalam 4-5 tahun tak jumpe dorang...biasa la..masing² pon dah ada kehidupan masing²...tak kira la dari segi keluarga dan juga faktor pekerjaan yang asyik sibuk memanjang...(macam aku jer...)^^'
Raya setahun sekali, jadi marilah kita meraikan dengan penuh kesyukuran...^^

Hah! Sepupu aku yang dah lama tak jumpa!^^

Tetamu² yang hadir kat ruang tamu rumah ku..^^

Gelagat si kecil ape bile nak dapat dOet raya ^^

Selamat Hari Raya!^^v

Tuesday, August 9, 2011

Perjalanan Terakhir

Hari ni mood aku tak de la nak tulis panjang²....sebab sebenarnya aku terpaksa melalui perjalanan yang agak panjang sepanjang hari ni...atas sebabnye, Opah yang paling terdekat ngan aku (walau bukan ikatan kekeluargaan) telah kembali ke Rahmatullah awal subuh tadi...Innalillah wa'innalillah hiroji'un...(╥_╥)
Nyata sekali arwah Opah meninggal pada bulan mulia ini...sebak gak la sebab aku pon agak rapat tak rapat gak ngan arwah ni...tapi tu la, walaupun kesihatan dia kurang elok, dia tetap ingatkan nama aku walaupun umur mencecah 90 tahun!
Tapi tu la, Allah lebih sayangkan dia...perjalanan hidup dia berakhir ketika orang lain sibuk bersahur dan sibuk menunaikan solat Subuh....Moga Arwah opah di tempatkan di kalangan orang² beriman...
Al-Fatihah~

Gambar kenangan bersama Arwah Opah