Nuff²

Tweet

Showing posts with label Car and Skuter. Show all posts
Showing posts with label Car and Skuter. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Menukar Skru Chamber

Phew!
Dah bersawang rasanya blog aku ni setelah last entry yang agak susah aku nak lupakan iaitu berkaitan dengan kematian si comel Sappy ni..Takpe lah..dah ajal dia kan..semoga dia aman di sana...^^
So N3 kali ni plak nak cite sikit pasal alignment tayar kete setelah berjalan jauh, dah tentu² la alignment lari kan...kalau korang tak langgar lubang tu kira tipu sunat la kan..sebab pe, tayar kita ni plak bukan la tahan mana kalu nak di bandingkan dengan tayar² 4WD kan..kita ni cuma pakai kete sedan je..mane la mampu nak jaga bebaik perihal tayar ni..^^'
Bile tuko Sport Rim 17" itu hari, time ni la aku nak test ngan tayar sport rim baru kan..haaa...bile dah tuko semua, dah tentu² la nak wat alignment dan balancing...memang terasa luar biasa gak bile pegang stereng dengan rim besar ni..maklum la..original rim is 15" kan..bile tuko ke 17", terasa macam tinggi sikit..lagipun, aku still pakai spring standard..tengok la, ade rezeki aku nak gak tuko sport spring..kasi tuko semua la!^^'
Bile dia cek aligment aku, ada gak masalah pada skru chamber ni..ape itu skru chamber?
Haa...setahu aku, skru chamber ni ialah skru yang boleh di adjust untuk offset sebijik tayar..skrew chamber ni lain la sikit berbanding skru asal. Skru asal batang dia straight je..memang tak leh nak ekjas.. tapi skru chamber batang dia shape mcm crank dan ada flexible plate bentuk half moon. Yang aku perasan la..skru chamber hanya sebelah atas je tau. manakala skru bawah guna skru asal. bile kita pulas skru chamber, chamber akan kuar masuk . so makanik akan adjust supaya ikut angle chamber yang sesuai...Ini yang dorang explain la..tapi tak pe la, apa pon aku dah siap teliti cara kerja dorang buat...
Kadang² kita perlu amik tahu gak perihal kereta...tambah orang² macam kita ni yang kureng tahu tentang isi dalam kereta..jadi, time ni la nak kene tahu serba-serbi...
Check it out!^^

Bile dah lompong macam ni nampak hOdoh plak..;p

Ini lah rOper skru chamber tu...boleh di adjust²..^^

Sementara menunggu pomen datang..

Haa..nak amik gambo dekat cam ganggu la plak kan..so dari jauh je lah..^^

Ini lah kedudukan skru chamber mengikut gambarajah ini..^^

Kalau korang rasa musykil dengan panduan or info yang aku berikan..korang leh la rujuk pada mekanik² yang familiar dengan tayar dan rim ni..bila korang dah siap tuko sport rim, time tu la korang kene banyak bertanya dengan mekanik² ni..sebab dari situ la kita dapat banyak info dari otai² yang giler rajin godek² bahagian dalaman kete ni...^^

Tuesday, January 10, 2012

Sport Rim"17 for Proton Persona

Termengah² aku mendaki tangga yang sebelum ni parah dengan citer orang jatuh tangga..aisehh...tu kisah kawasan kejiranan aku yang pernah tergOlek-terkangkang jatuh tangga akibat berlari² ketika memanjat tangga...@_@
Tapi bukan itu la topik yang nak di ceritakan...^^'
Berbalik pada tajuk N3, kali ni aku nak bentangkan citer tentang sport rim yang amat di gilakan oleh golongan orang muda..(tak macam aku yang dah tua bangka)..@_@'
Aku dah lama survey tentang sport rim ni...bila belek² dalam forum, ada banyak tips dan info tentang penjagaan tayar dan juga rim. Bile cite pasal spOrt rim, aku memang dah lama berkenan pada rim bersaiz 17 inci bak kata bebudak kete memang 17" sport rim agak sesuai untuk kereta Proton Persona..sebab reka bentuknya juga seperti kereta² sedan yang lain..^^'
Aku ada terpikir gak nak amik Sport Rim 15" plus kalau ada duit lebey sikit aku nak angkat sport spring + sport absober.. baru la nampak lowed sikit kan..lagi satu kalau pakai spring standard memang tak berapa menarik la dari segi performence...better tukar semuanya jadik sporty...that's y, aku ada terpikir benda² tu...^^
Lagi satu, tak di galakkan jugak kalau kita potong spring standard yang sedia ada tu sebab pe, nanti lambat laun tayar kita akan bergesel dengan mudguard bila bilangan penumpang makin bertambah. Sebab asalnya is spring standard, jadi kualiti tak berapa bagus la untuk Sport Rim..kalau Rim biasa tu, wallahualam la boleh tahan sampai bila kan..^^'
Jadi aku pon sepakat la nak ushar sport rim kat satu kedai ni agak ujung dunia la jugak kan...
Belek punya belek..memang banyak gila design² Sport Rim yang menjadi kegilaan orang ramai...semuanya Sport Rim baru..dia tak jual second hand, sebab dia tak berani nak tanggung apa² yang bakal berlaku...^^'
jOm kita santai sekejap kat kedai ni sambil cuci mata ushar pelbagai sport rim..^^

Ni la kedai amOi tu..^^'

Tu diaaa!!Banyak pilihan sport rim kat sini..semuanya segar²..^^

Mungkin black type with blue line menjadi pilihan aku..^^

So long and good bye..^^

Lompong rasanya bila rim lama di cabut...^^

Semua pon bakal di togelkan...Selamat tinggal Rim lama..^^

Upacara memasukkan angin ke dalam tiub tayar..^^

Haa..sebelum nak pasang kene la wat balancing dulu..^^'

Boleh memilih pelbagai jenis nat lock depends on color..^^

Tadaaa!!Nat lock pon dah pasang...aku pilih nat biru sebab line rim aku kaler biru..^^'

Semuanya cantik di pasang rapi ^^

Ni kalau tuko spring kasi lowerd pon ok gak kan...^^'

Dah²..jOm berambus!^^'

Masa untuk cuci kete..^^'

Sunday, May 8, 2011

LED Transformer

Berjinak² nak pasang LED kat kete korang?Haaa...aku pon berminat gak..tapi tu la pasal..ongkos nye nak kene amik tahu gak...^^'
Berbalik pada entry kali ni, aku just nak share pasal lampu LED yang berbentuk Transformer Opitimus Prime...entah kenapa aku leh berkenan..maybe sebab warna dia..tak tahu la korang..tapi pada korang² yang gemarkan lampu LED, tak kira la apa jenis pon...maka ongkos nye tak de la mahal mana pon...korang bajet dalam bawah RM100 pon dah ok...macam yang aku buat ni pon tak sampai RM100...
Kalau korang pandai, di setiap kedai assesories kete memang harga berbeza²...jadi kena pandai la survey...aku pon tak kurang nye survey beberapa bijik kedai..dari Puchong hinggalah ke Setapak...akhirnya Ampang jugak menjadi pilihan..^^'

Opitimus Prime Transformer LED

Lap² sikit...^^

Tak sure situ position elok ke tak..sebab ni pon suggestion dari pomen situ...

Di cakap ok sebab tengah²...lagi pun permukaan tak melengkung..

Wire kene pasang ikut kedudukan yang betul..supaya tak short..macam kene air..etc....

Bukak lampu brake belakang..sebab nak sambung wayar dari LED...

Rabak la plak aku tengok pungkOq Persona ni..

Haaa...akhirnya!!

Amacam??kalau night mode memang bercahaya la if aku pijak pedal break...

Tapi tu laa, ada gak 2 cara...sama ada ko nak buatkan time tengah brake baru menyala or ko nak pasang suis boleh on off lampu LED tu...bagi aku, cara macam ni pon dah ok..depends dekat korang lah jugok ehh...^^'

Tuesday, March 8, 2011

Spoiler Kancil 660

So kali ni aku nak buka balik kisah pasal pemasangan Spoiler untuk Kancil 660...kalau nak ikutkan, last entry aku ada bincang kan pasal pemasangan spoiler TRD sport untuk kereta Persona...kalau rasa ada yang tertinggal boleh la klik LINK ini...
Biasa la..kalau dah pakai Kancil, costing nya agak rendah berbanding kereta² yang lebih besar darinya.Lagipun , Kancil sesuai di pakai dan mampu milik untuk setiap orang..^^'
Tapi, kali ni bukan aku nak cite pasal info harga Kereta Kancil di pasaran, malah paling best sekali bila korang semua dah abis bayar kereta...Yang hutangnye 5 tahun?7 tahun??9 tahun??dan ada juga yang 10 tahun (untuk sektor kerajaan)...tak pon beli cash kereta Kancil entah tahun berapa..so, boleh jimat dari segi pembayaran bulanan..apa kata kalau kita make-up sikit kereta Kancil kesayangan kita...^^'
Berbalik pada topik di atas, Spoiler yang di beli ni agaknya lebih kurang TRD sport..tapi ia lebih kecil dari Persona TRD sport tempoh hari.Jadi, spoiler ni bukan lah di kalangan TRD sport.Hanya Spoiler yang menarik minat untuk di pasang, sedap mata memandang...bak kata entry aku yang lalu, pasang spoiler tarakk hal lah..sekadar fesyen dan sedap mata memandang...Harganya tak ada la mahal mana berbanding design TRD sport tempoh hari. Lagi pun, yang beli untuk Kancil 660 ni tak de spray paint..lalu di pasang begitu sahaja buat sementara ni. Sebab lepas ni nak cat seluruh kereta..(ehem²) mentang² lah dah abis bayau kete kan...So, spoiler yang di ambil ni dari jenis fiber...agak murah sikit dan perlu ke aku nak sebut harga di sini?takut nanti korang carik harga tak sama kan..so aku match kan harga depends on kedai la..just spend below RM150 untuk spoiler jenis ni..

Memula Ukur dulu bahagian atas

Checking if boleh adjust kedudukan spoiler bila buka bonet

Bila dah selesai, boleh buat tanda untuk penebukan lubang

Tebuk...jangan tak tebukk..^^'

Adjust sedikit skru² serta semua skRu telah di ketatkan...

Akhirnya dah siap pon..tapi spoiler ni tak sembur cat lagi...At least dah pasang siap sebelum sembur cat the whole body of kereta...^^'

Tapi kalau sekali ngan cat, aku rasa lebih kurang RM200 ke bawah...sebab dorang tengok jugak color of kereta...jenis metalic or solid..kalau solid aku rasa maybe costing untuk sembur cat tak de la mahal mana kan...So, apa tunggu lagi..yang dah abis bayau kete tu rerajin la mekap² body dan kemaskini enjin kete...VrOoOommm!!VrOoOoOmmm!!!^^

Wednesday, January 5, 2011

Proton Service

Cakap pasal service kete ni...aku bukan nyer familiar sangat tentang selok-belok tentang penjagaan kete...tapi, apa yang aku pasti...kete tetap kene service mengikut jadual yang telah di tetapkan...
Memandangkan aku baru je service kete aku, aku nak kongsi sikit asas² service yang aku pernah hadapi dekat proton itu hari...masuk service kali ni dah 4 kali beb...tapi biasa laa..dulu dorang tak de plak nak charge labour cost...now on, sendiri mau pikir lah yer...huhuhuh...
Banyak gak benda yang perlu di tukar ketika kita berada di stage 4 ni...antaranya ialah :
- Air Filter
- Oil Filter
- Spark Plug (satu set)
- standar minyak itam lah yer...

Keempat² yang tersenarai kat atas tu wajib gak di tukar..boleh je nak postpone till next service...tapi takut nnt lain plak jadi nya...lagipun, takut enjin kete tak stabil dan bising...before this ada masalah kat Rim aku...itu kisah Service ke -3 di mana alignment kete nak kene check...tak sangka plak Tayar depan belah kiri aku tu rim nyer bengkok sikit...akibatnye, brake pad terpaksa di tukar untuk mengelakkan brake disk aku rosak...

Bagi aku laa...kalau dah pakai kenderaan 4 roda ni, agak kene jaga juga la...before this aku pakai skuter, so agak macam rasa berbeza sikit la dari segi service...skuter pon tak kurang hebatnye...pengjagaan kene rapi...that's y ada tips² yang boleh di guna pakai....contoh macam dalam internet...dalam blog² penjagaan kereta..penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM)...
Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.

Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.

Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.

Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km.
Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.

Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 5,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.

Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.

Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalannan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.

Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.

Enjin:– Enjin 'tune up' bagi setiap 10,000 km
– Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
– Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
– Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
– Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
– Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
– Tukar `contact point' setiap 10,000 km

Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.

Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.


So moral of the story, jangan lah kita abaikan penjagaan harta benda kesayangan kita...sebab pagi tadi member aku dah kantOi kete tepi jalan sebab Bateri Kong...macam mana tak leh detect?tu lah penting nya service keta...orait geng!Adios!!Amigos....^^v

Bila jenazah ini di angkat....

Maka ada lah yang cuba menggodek² nya..terutama penukaran minyak enjin...

KantOi tayar kene paku...adesss...

Ketika menukar Spark Plug

Thursday, December 23, 2010

Vespa & Skuter (Chapter 2)

Di Malaysia, Vespa memang sangat popular pada tahun² 60-an...lepas agak reda selama lebih sedekad, orang masih lagi gile terhadap kenderaan dengan 2 roda kecil ini tercetus semula pada penghujung 90-an. Time tu tengah femes ber-skuter...dan masa tu gak la Japan sibuk memperkenalkan skuter automatik ke pasaran Malaysia.Dalam masa bopa tahun je lepas di perkenalkan, skuter dapat menarik perhatian ramai orang terutamanya remaja yang secara totalnye melihat ianya sebagai cara paling praktikal dan agak bergaya la jugak untuk bergerak ke sana ke sini dengan harga yang agak murah...murah ke beb??ye laa..kalau nak compare ngan sebuah kereta kann...dan² tu gak la banyak grup² yang melibatkan aktiviti skuter dan penunggangnya di serata Malaysia....
Orang ramai tanye...syiok ke nek skuter ni?Laju ke??boleh pancung motor kapchai lain ke???
Baiklah...
Memang di akui, kebanyakan skuter di Malaysia ni, tidak lah selaju yang korang nakkan...Seorang nenek yang terlewat untuk menjemput cucu sulungnya pada hari pertama di tadika dengan memandu kereta, dengan mudah je nenek tu memotong sebiji skuter di lebuh raya. Namun begitu, bagi yang rasa² kelajuan dan kepantasan ialah faktor penting, jangan terkOjut plak dak de skuter yang haibaatt dan berupaya melepasi tahap kelajuan maksimum di lebuh raya Malaysia..bahkan ade gak yang boleh mengacah² spesis kancil² Turbo @Wira² lowered yang banyak terdapat kat Malaysia ni...Kelajuan Biasa yang dapat di capai oleh sesebuah skuter cuma lebih sedikit sahaja dari angka 100km/j (kedekut giler). Bagaimanepun, biasanye kita kat Malaysia ni, pemilik²nya yang kurang bersetuju dengan angka² tersebut..So dorang pon telah berjaya membuktikan kepada jurutera² daripada syarikat pengeluar bahawa skuter dorang leh berlari lebih jauh dari angka² tersebut. Terdapat juga beberapa jenis skuter yang memang dibuat supaya dapat berlari dengan sangat laju, sebaik je kuar dari kilang.

Suzuki VS 125

Hollaaaa....camne skuter aku adO sini..ekekekek...^^
Modenas Ceria 100

Gilera 200
Masa zaman aku muda-mudi, time² remaja baru nak naik...aku suke skuter Gilera 200 dan Suzuki Vs 125...tapi masa tu aku pon mane aaa mampu nak beli sebijik..takat pinjam kengkawang bleh laa..cuma, seronok kalau ingatkan balik zaman² Vespa dan Skuter...sampai sekarang masih lagi jadi Trend² muda mudi zaman sekarang...^^'

Sunday, December 12, 2010

Vespa & Skuter (Chapter 1)

Topic pada kali ni ialah berkaitan dengan pacuan 2 roda...maksud aku kenderaan bermotor 2 roda...ekekeke
Kenderaan ni sesuai untuk semua Usia..tak kisah la dari generasi dulu, hinggalah ke genarasi sekarang...^^
Nama Vespa dipilih kerana bentuk rekaan MP6 itu kelihatan seperti seekor tebuan (jika korang lihat dari atas laa..) yang dalam bahasa Italynya disebut Vespa. Vespa pertama mula keluar dari Kilang Piaggio di Pontedera, Itali pada bulan April 1946.Seiring dengan peredaran zaman..ye la kan...barang ni bukan nyer leh taruk muzium pon...masih menjadi idaman muda mudi sekarang...reka bentuk luaran dan enjin turut berubah bilamana pengeluar² dari Jepun mula mengeluarkan Skuter automatik yang mudah untuk di tunggang. Hingga Kini, Selepas Skuter berevolusi dengan pelbagai bentuk dan dikeluarkan dari pengeluar yang berlainan baik dari Itali@Japaann mahupon Taiwan, Skuter masih sangat popular di serata dunia.
Masih digunakan dari pelbagai golongan, dari guru disiplin, pelajar tidak berdisiplin..(eheheh),akak kerani, abang mekanik, dan pelbagai lagi...Skuter bukan hanya setakat sejenis alat pengangkutan..lebih dari itu, skuter adalah luahan gaya serta citarasa...^^'

Ini yang dorang cuba katakan bahawa sama seperi seekor tebuan (jika di lihat dari atas)

Vespa PX125...CC moto aku pon tak sampai 125..ekekeke..(gambar ihsan Google)

Pelbagai jenis dan design Vespa (gambar ihsan Google)

So, lepas ni aku akan cuba rungkaikan sedikit ape aktiviti skuter, Pengubahsuaian Skuter dan pelbagai lagi...untuk Chapter² yang akan datang..stay Tune kepada peminat Vespa dan Skuter! ^^

Wednesday, October 6, 2010

Vespa KantOi Tepi Hi-way

Video ni mengisah masa aku dan member aku semua dalam rombongan nak pergi Urban Night kat Putrajaya Lake Club...biasa laa..Office dinner...
Ntah macam mana nak dijadikan citer, sepanjang perjalanan konvoi kami yang 'berkuda' ini....si azmi papa skin nyer vespa leh kantoi plak...sbb ekzos dia patah dan terbarai bergesel ngan tayar belakang sampai cair plak getah tayar tu... @_@'
Time ni plak spark plug dah rosak...ahahah...terpaksa la menendang bagai nak Rak...tapi ni kisah lama...kisah dalam 2 tahun yang lalu...

Akhirnya, vespa dia terpaksa di tunda ke Cyberjaya...seingat aku dekat stesen Minyak Petronas Cyberjaya kot...luper weh...and dapat gak kitorang hadiri Malam Urban Night Dinner dekat Putra Jaya Lake Club...

Wednesday, September 22, 2010

Done by Dr.Cermin

Aisehhh...cakap pasal cermin kereta....bila ada spot crack entah datang dari mana ntah...maybe batu kecil semasa kita memandu dari belakang Lori or sewaktu kita melalui orang² yang tengah mesin rumput...kadang² kita tak sure bile batu tu datang...sama ada tgh pecut dekat highway..then ada serpihan batu datang dari arah hadapan...atau orang nak sabotaj kete...GULP!!telan air liur dulu...mesti ada nyer laa korang pengalaman cermin retak neh...>,<"

Tengah Rehat dan Rawat

Bukan pada orang yang memandu kete aje..tambah orang macam aku yang bawak skuter pon pernah terkene batu akibat bawak skuter terkedek² tepi orang tengah mesin rumput...padan la muke aku! Sakit jangan tanye la...

Tengah memasukkan sejenis Liquid yang mengcoverkan balik 'crack' tu...

Sakit lagi hati kalau nampak spot crack kat cermin kete kita kan... ni pon aku perasan masa aku cuci kete...once aku lap cermin kete tengok apesal la ada spot kecik yang degil nak tanggal ni...bile perhati betoi² baru la aku pasan...tu bukan kotoran or dust...paham² je la..kecewa gile...@_@' So, amik masa beberapa hari gak la nak carik tukang cermin ni...ada kengkawan rekemen kat daerah itu laa..daerah ini la..sana murah la...sini murah la...bile aku survey sendiri..harga sama aje ler pon...sbb tu memang standard price..nasib baik spot kecik je..aku kene pon RM88 tau dekat Dr. Cermin kat area Pandan Perdana...kalau kat tempat lain..ada aku survey...dorang cekik darah sikit la dari harga yang aku dapat tu...tp lebih kurang sama je la..cuma dekat ngan jauh je lokasi kedai tu...

Ambil masa juga...dalam 45 minit..

Sian dia...dahi dia luka...huhuhu...

Jenuh nak tunggu...tak pe laa..asalkan semuanya oK...