Nuff²

Tweet

Showing posts with label My Animation and Artwork. Show all posts
Showing posts with label My Animation and Artwork. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Politikus

Ahhh...sudah lah...
Malas aku nak blog walking bile timbul isu tentang politik yang makin menjadi² di kalangan fanatik politik... aku? fanatik? taksub? idok lah teman...banyak perkara yang aku perlu pikir kan selain dari politik yang membuang masa....diri sendiri tak terurus, sibok plak nak hadap perihal politik yang dah semakin merapu sebab banyak sangat makan ikan kerapu...baik yang memimpin dan juga si pembangkang...2-2 sama aja...err...salah ke ape aku cakap ni? errr... O.o
Berbalik pada yang tak balik² menghadap keje...aku rasa korang pon tahu nasib keje production/studio di mana setiap kali pasti terkejar-kejar dengan deadline, padahal keje tu tak pernah nak siap pon...asal siap, dapat retake...asal siap dapat amemend... so dari situ pon aku rasa dah agak buang masa akibat client yang banyak songeh, contohnye client yang bukan biasa dalam perihal design² ni...
Suruh tukar ikut sedap tekak dia macam dia tak pikir masa yang di buang adalah sia-sia....akibat terlalu banyak retake, sedangkan kerja kita buat sungguh-sungguh pon tak berguna juga...yang jadi mangsa, kita lah yang makan gaji sejak azali...
Ikut hati memey mau hentam balik pada client yang banyak cekadak, tapi apa kan daya...aku sekadar buruh yang masih makan gaji untuk fasa ini....


Monday, January 7, 2013

Animator Attitude Rule #1

Banyak kali aku perasan gelagat² animator setiap kompeni or setiap orang yang aku kenali berlainan semuanya...termasuklah aku sendiri yang ada masa boleh gelak..ada masa boleh bagi penyepak~ O.o
Isu berkaitan dengan freelancer dan juga freelance yang di bawa pulang ke rumah...banyak lah $$$$ jikalau scene siap cepat, kurang retake, boleh la ceduk lagi scene² orang lain...itu lah di namakan keje satu team...tapi kalau animation bagi ala² gapas je, alamatnye payment pon sangkut..semua pon kening berkerut! >,<"
Tambahan plak kalau ada jenis manusia yang tak paham bahasa, kat opis tak perlu nak berkokok² macam esok nak kiamat, banyak animator tengah struggle nak siapkan scene sebelum balik..tu pon terkial² sebab nak kejar deadline...tambahan yang tak paham bahasa mengajak orang isap rokok ala² groupies gitu~ >,<"
Bagi aku la...semua benda tu kene dititik beratkan umpama aku yang bekerja di rumah dan tak suka gangguan apa² dari segala macam hal tak kira la dari segi phone call, merokok, menyembang dan seisi luahan aduan rakyat~ O.o
Kerana kami animator ingin bekerja mengejar masa dan deadline yang terlampau tight sampai nak lepak ngan kawan² pon terpaksa di korbankan demi mengejar impian yang bakal tercapai...ape impian pon aku tatau la...yang aku tau, kita buat keje pasti di bayar...dan bukan buat keje charity or wellfare yer...
Ini sedikit sebanyak luahan or rule yang perlu di amik berat or di utarakan ke parlimen kelak...
Akan ada lagi Animator Attitude Rule #2...Stay tune! ^^

Tengok scene atas meja dan laci pon dah tau struggle kejar deadline~

Wednesday, November 28, 2012

Pertandingan mewarna Eori

Musim cuti sekolah bermula lagi! Bagi yang setiap kali musim cuti sekolah mesti Eori akan muncul untuk memeriahkan lagi event² di setiap kedai buku MPH & Popular sekitar lembah klang! ^^
 Bagi yang ingin mengikuti pertandingan mewarna, boleh la datang ke semua tempat yang tertera seperti dalam poster di bawah ini!


Banyak hadiah menarik menanti adik²..Ayuh datang lah beramai² ke pertandingan mewarna Eori! ^^

Thursday, September 20, 2012

2D Flash Animation Header

Barangkali, korang pasti ternampak perubahan pada blog kacang yang dah bersawang mengalahkan setebal 10 inci...terpaksa la aku perah otak untuk menyusun kembali atau merombak kembali blog aku yang agak kritikal sebenarnya...O,o
Memandangkan BE seringkali wujud dan banyak plak keyword search yang dorang hitted, jadi terpaksalah sekali lagi aku meluangkan masa untuk merenovate blog kAcAng yang jarang berpenghuni ni...O,o
Cadangan aku sebenarnya nak tutup sekejap..means nak hold kejap memandangkan banyak sangat aktiviti yang aku buat sepanjang aku tak meng-update N3 ni...busy dengan freelance dan office work lagi membuatkan aku tak berkesempatan nak mengisi masa lapang aku untuk meng-update entry seperti dulu²...^^
Perah otak kejap, pikir apa yang perlu ada bagi nampak menarik (bagi aku la)..idea pon datang dan aku terpikir nak wat header yang di animate oleh aku sendiri!^^
Dah berapa tahun wat animasi, baru sekarang nak berjinak² wat header sendiri dan animate sendiri? Cuma kali ni entah camne leh terpikir nak wat header yang bergerak² macam selalu aku tengok kat orang lain nyer page..tapi aku rasa mungkin dorang ada application yang boleh buat ia bergerak...atau dorang juga menggunakan 2D Flash software?O,o
Cakap pasal Flash ni, memang majoriti aku buat 2D animasi menggunakan software Flash...dari 1st dulu kuar Macromedia Flash sampai la ADOBE amik alih software Flash ni...sekarang pon kat opis dah pakai CS6...aku tak sure plak bile nak kuar CS7 atau ianya dah kuar kot?(tak update pasa software ni)O,o
Kerja kalut nyer pasal, aku pon buat ala² simple dimple aje...takut karang wat ada Background yang rambu ramba akan membuatkan animation tu berat dan lambat bergerak..jadi aku pon wat plain backgroun dengan sikit awan dania yang ada kat dalam header tu bersama dengan helang-helang yang beterbangan...^^
Kalau keje² fade in fade out untuk tulisan ni...aku just alpha-kan aje...dari 0% hinggalah ke 100% full animation tulisan yang kuar tu...alaa..kasi simple² macam ni pon aku rasa dah ok dah...tak payah nak rambu-ramba sangat...nanti orang lain yang pC tak power or conection lembab, agak azab gak la nak tunggu header ni bergerak²..O,o
Bila dah siap rough, aku wat pelan² burung helang tu frame by frame..kene rujuk kitab Timing Animation dari Harold Whitaker dan John Halas..(bukan alas tivi yer kengkawan!)O,o
Then aku setup kat publish setting tu jadikkan ia format swf. movie file dan juga gif. file..penting untuk aku publish gif. file sebab kat dalam blogger ni, dorang boleh read object bergerak² dengan hanya gif. format sahaja...yang lain aku rasa tak boleh kot..even lain² format seperti swf. mp4 or other else...tak tahu la kalau korang boleh upload pakai lain format selain gif. file tu kira ajaib la..kasi tunjuk ajar sikit la brader!^^


Ini time line untuk header sebesar 159KB



 Tadaaa!! Bila dah publishkan gif. file, ia akan bergerak macam ni lah! Simple and easy way to make some of DIY 2D animation Header~hehehehehe


Thursday, August 16, 2012

Kad Raya Eori

Haaa...macam² la gelagat orang sekarang ni...bukan nak cakap tentang Raya aje...tapi tentang kad raya! Apa yang menarik tentang kad raya ni? Mesti la seronok kan nak tunggu abg posmen hantar kad raya ke pos box umah kita kan? ^^'
Tapi itu cerita dulu...zaman sekarang ni semuanya main pakai e-kad raya sudahh...aku pon dengan rasminya nak memperkenalkan Eori Kad Raya yang dah ada dalam Facebook..Macam tak percaya plak Eori sekarang ni dah pandai beraya pakai songkok sampin bagaii...macam perayaan² lain jugak...hehehehe...^^'
Apa pon jom kita try application ini yang sesuai digunakan untuk mengepost Eori kad raya dalam Facebook korang...dalam apps ni ada macam² jenis funtion dan juga jenis hiasan yang kita boleh buat...click sana...click sini...tup² dah jadik! Senang kan?^^'
Sambil tu kita pon boleh upload pic orang yang kita sayang dalam apps ni...haaa...cer tengok hasilnya!^^

 Application yang ada di FB...^^
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Dan ini lah hasilnya!!^^

Selamat mencuba ya kengkawan...meriahkan lagi dengan kad raya Eori...Dapatkannya di link sini..^^
http://apps.facebook.com/kadrayaeori/ 

Tuesday, May 15, 2012

Zero Hero 3 Minute Animation Reel

Haaa...bebaru ni aku baru perasan yang Zero Hero dah di lekatkan kat dinding Youtube..jadi di kesempatan ini nak jugak la aku war² kan dalam blog ni...^^
Ini antara hasil keje aku dan kengkawan aku di mana telah mendapat tempat di mata orang² kuat Animasi. Aku pon tak tahu nak cakap pe kat sini, yang penting aku eksaited sebab kredit nama aku naik di akhir minit ke 3:10 tu..^^
Meh aku postkan sipnosis cite ni dari laman Youtube..(malas nak taip²)^^'

Zero Hero is about how an old man with his odd pair; a Tapir, and his granddaughter wanting to become a superhero. Tok is an ex-military scientist who lives with a witty tapir. But Tok and Tapir is indeed an odd pair. Tok is always confident, enthusiastic and excited about things. However, due to his age, Tok is limited physically. Tapir doesn't say a word, but he is uncertain most of the time and hilariously clumsy in his every action. Bored with routine life, Tok & Tapir plan of becoming superheroes. Realizing that they don't have any special abilities, Tok and Tapir decided to start small-time by solving problems and keeping peace in their city. But neither Tok nor Tapir has been a superhero before and in their effort as 'T-1' and 'T-2' to keep things in order, they create chaos instead! Only Nat, Tok's eight year old granddaughter knows of the duo's secret identity. Nat is technology-savvy, and her smart-thinking often saves the day from the mayhem that Tok and Tapir leave behind. At school, Nat and her best buddy Timmy are often bullied by bigger kids. So Tok builds her Haroone, a bodyguard robot which can be transformed into any desired item. The problem is, occasionally, the cables and wires in Haroone get short-circuited, causing the robot to act crazy and unpredictable. Tok and Tapir's attempt to keep their city peaceful is often marred by attention-seeking glamour boy Fabio, a modeling photographer who is determined to reveal the true identity of Tok & Tapir. Every time, his attempt is failed by Nat with Haroone's assistance. Other characters also add more colour to the story. There's Tok's neighbour sporty Nanny Sally, Nat's shy friend, Timmy and his single waitress mother, Mimie, whom both Tok and Fabio have the hearts for. Will Tok & Tapir be able to save the day, and can this old man win the heart of his dream woman while doing so?


 Haaa...panjang gile aku copy paste kan? Itu lah al-kisahnye..apa pun aku baru cilok keratan akhbar dalam FB Tapir Reka Studio, baru la jugak dorang keluarkan artikel ni dalam NST..jadi tak salah pon aku sharekan untuk tatapan blogger² kat sini..^^

Antara orang² kuat untuk project Zero Hero


Layan kejap klip animasi 3 minit ni..^^ 

Monday, May 14, 2012

Flickr latest preview

Alhamdulillah...masih ada lagi sisa² keje yang perlu di siapkan..tapi aku still lagi boleh curik² masa untuk meng-edit² apa yang patut..aku bukan lah hebat sangat part edit² ni..memandangkan setiap kali aku jenguk page FB KukuBesi Manupulasi ni, semakin bersemangat aku nak capture gambar then main edit sikit²..bukannya reti mana pon..bak kata org² tua..ilmu tu sikit² lelama jadik bukit..berkepul² ilmu di dada ni ape salahnya kita kongsi reramai..^^'
Rajin jugak aku dok jenguk page Kukubesi ni..gambar² dia dalam tu cukup buat aku meremang bulu roma la..rasa macam if la aku boleh buat macam dia tu alangkah bahagianya..Entry ni bukan nak bodek encek KukuBesi yer..cuma aku suka cara keje dia..agak detail dan puas hati la..^^

 Arang dan bara

 R.I.P Eori

Touched by Lightroom and Photoshop

Ini ada sedikit sebanyak picture aku yang baru aku update dalam akun Flickr aku...tak tahu la..proses agak lembab dan makan masa..maklumlah, aku bukannya pro macam korang di luar sana...aku still ada kengkawan yang suka edit meng edit ni..apa pon, pelan² kayuh lah..heheheh..^^
Yang terlepas pandang link untuk Flickr aku, leh la masuk link ni:

http://www.flickr.com/photos/maxracer9/

Ada pelbagai jenis gambo² dari 1st aku snap hingga la sekarang..^^

Thursday, March 22, 2012

Eori On Astro Ceria

Salam semua...wahhh..bersawang sudah blog aku yang agak lama jarang di jenguk...tengah under maintainence la katakan..tambahan lagi Kartun Eori terpaksa di tangguhkan akibat kesilapan teknikal dari pihak yang tertentu...aiizzz...O.o'
Oleh itu, di kesempatan ini...aku agak kecewa kerana pihak terbabit terpaksa menangguhkan kartun Eori sehingga musim cuti sekolah dalam bulan May tak silap aku...nak tak nak, penat gak la aku menunggu depan TV. Sib bek la pagi tu boss belanja sarapan di kedai mamak sementara nak tunggu siri Kartun Eori tu muncul. O.o
Hahaha..mungkin betoi jugak, Eori kartuh terpaksa Q'-up dengan kartun² yang tengah femes dalam saluran Astro Ceria...Nak tak nak, aku terpaksa la tunggu sehingga musim cuti sekolah yang akan datang...
Agak² sampai bulan 5 ni tertangguh lagi tak?>,<"

Psstt...agak² Eori dapat menambat hati penggemar Pokemon tak?^^'

Sunday, March 11, 2012

Eori di saluran Astro Ceria

Foohh!Fooh!!Foohh!!!
Bukan menyembur..bukan menghembuss...tapi tu la keletihan yang agak berbaloi..
Berita gembira untuk yang masih tertunggu² kat depan tibi..maklum la..kiter ni tak pakai Astro..kiter tolong pomotkan je la sebab hasil keje kita kan..^^'
Bebalik pada tajuk kat atas, Kartun Eori akan ke udara pada 12 March a.k.a esok lah!O.o
Sebenarnye aku dah lama nak post pasal berita ni..tapi tak berkesempatan la plak kan, maklum laa...aku really² busy..tengok page blog orang lain semuanya ter-update..bile aku tengok blog aku sendiri pon agak bersawang la jugak kan...apa pun, korang jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Kartun Eori episod 1 dalam saluran Astro Ceria pada pukul 9.50 pagi...^^
Ape lagi..esok stand by depan tivi..sebab, esok aku pon nak lepak mamak sebelum masuk opis..hehehhe...tu pon nak menular kejap duduk depan tivi mamak stall..mintak je dia tukokan channel..hehehee...^^

Salah satu opening untuk kartun Eori..^^

Wednesday, February 15, 2012

Audition for Voice Over talent

Letih tak habis² dengan segala jenis kerja aku buat untuk bulan ni..Peluang tak sia² kalau aku lepas kan macam tu je..jadi, ada pepatah melayu cakap..nak seribu daya,tak nak seribu dalih..jadi macam aku cakap la..rezeki tu ada di mana²..nak ngan tak nak usaha aje kan...^^'
So kali ni aku baru dapat invitation untuk audition VO kat studio member aku ni..peluang macam ni bukan senang² nak dapat..tambah² kalau kita ada link dari orang dalam..sebelum ni jugak, aku pernah buat untuk VO animasi untuk RTM kan..haa..nak di jadikan cite, aku cuba la nak try audition untuk member aku nyer product ni...bile tengok², ramai plak orang yang datang untuk mencuba nasib kat sini..paling ramai ialah kanak² laa..sebab watak² dalam animasi ni ada watak kanak²..lebih kurang cam upin ipin la..^^'
Dah la aku kene turn yang pertama..mana tak cuak kan..sib bek la sebelum ni pernah buat kan..aku pon main redah je laa..aku dah cuba yang terbaek kali ni..harap² ada la peluang la kan..Bile dah dapat result esok, dia akan call aku untuk datang buat VO seterusnya..^^
Boleh di katakan tak ramai yang tahu tentang audition VO ni..makin ramai makin pening lah kepala tuan director nak pilih kan..bagi aku la,kalau dah ade peluang tu, kita try je laa..tak rugi apa pun..seronok pon seronok gak..amik pengalaman lebey..tak gitu?^^'

Awal² lagi bebudak ni dah duduk dengan sopan santun, sebab sikh jaga tengah ushar dorang..^^'
Misi memilih skrip untuk di berikan kepada orang ramai

Mic di ekjas mengikut kesesuaian kita

Antara yang mencuba nasib..

Punya la kosentrate mereka² ini

Tekun mengedit audio

Munggu masa untuk mencuba nasib..

Antara yang hadir..^^
Aku?Lepas abis sepam dua rokok-minum air then blah laa..hahahaha..^^

Thursday, December 29, 2011

Eori di Karnival Buku MPH

Haaa....tak sempat nak update tentang Eori punya event sempena Karnival Buku MPH yang telah berlangsung di Mid Valley tempoh hari. Hari terakhir aku berada di Mid Valley untuk membeli Komik Eori yang di jual di dalam Gedung MPH...ramai juga orang yang berkumpul di tapak karnival. Maklum lah, cuti sekolah kan..bukan buku komik aje yang di jual, buku² sekolah pon dorang ada buat sales. Macam² ada...
Lagi satu, kemunculan maskot² menarik minat anak² untuk datang ke karnival buku di MPH ni...kalau aku pon rasa teruja..if la aku berumur dalam lingkungan 7-8 tahun..memang seronok nak bergambar dengan maskot² kat situ..^^'
Hari tu aku di suruh menjadi jurugambar untuk setiap moment yang ada pada karnival tu. Dalam masa yang sama juga, aku membeli komik Eori. Ye la, nak support gak kan. Tapi if korang beli ketiga² episod komik Eori, korang akan mendapat habuan iaitu tandatangan dari animator² yang power untuk siri kartun Eori ni.^^
Punya la ramai beratur panjang! Tambahan pula, ramai yang membeli komik Eori ni. Jadi, peluang aku untuk shoot semua moment tu agak cerah la..memang terbaekk lah!semua nya berjalan lancar..heheheh...^^

Eh², tinggalkan topeng je?mesti perut beliau memulas kan?^^'

Seawal yang mungkin..^^

Stage yang dah sedia ada..^^'

Tudiaa...boss² aku dah ada kat tempat VIP

Ramai yang datang untuk pelancarang Komik Eori

This is my Boss...

My boss with other bosses

Yeah! Mari menuju kejayaan!

Bosses bergambar bersama orang MDEC dan Maskot Eori

Pose terbaekk dari maskot Eori

Haa...ape lagi...sambar je la Komik² Eori ni

Seisi tandatangan sudah bermula

Haa...ni la Pelukis² kartun Eori☻

Pergghh!! Tandatangan mahal tu!^^'

Pose dari animator² Eori~^^


Thursday, November 17, 2011

Eori On KBS2 TV Broadcast!

Hah!Pakat ramai² la menonton Kartun animasi EORI yang pernah aku war² kan dulu di mana EOri ialah seorang budak kecil yang berkawan dengan si Inky yang tingal di dalam sebuah pokok di mana ada banyak buku² cerita!
Kartun berdurasi 10 minit untuk 78 episod yang sesuai di tonton untuk kanak² berusia dari 4 tahun sehingga 6 tahun..(ala..yang dah berumur nak tengok pon bleh jugak)^^'
Hahahaha... yang ada facebook tu jom la support animation Malaysia - Korea ni dengan mengklik link EORI ni...
Korang perasan tak watak² dalam kartun animasi ni di beri nama Eori dan Inky...Sama seperti nama si Almarhum Eori dan juga si Inky yang masih hidup bersama Kitty sekeluarga...Bersempena dengan 1st project yang aku buat since 2010...hehehe...
Insyaallah, Eori bakal keluar dalam edisi bahasa Melayu di saluran ASTRO Ceria pada tahun 2012...jangan lupa support ya!^^v



Wednesday, October 13, 2010

VO stage 1

Aku telah mendapat jemputan mengadakan seisi VO untuk rancangan kartun bersiri RTM...but..ingat senang ke nak menghadiri audition sebelum itu??
Ye lah..kadang² ada orang dok Sms aku tanye.."bro, ada job untuk VO tak??kalau ada pass² la kat kami yang tengah² free ni..."
BUkan tak mo kongsi rezeki...tapi mende ni terhad aje..kadang² dorang buat audition pon bukan secara rambang...sebab dorang nak yang berbakat dan mampu meluangkan masa walaupon selepas waktu bekerja...
Aku dapat audition bila onces one of my frenz iaitu brader Hamid ni ajak aku join venture untuk project animasi siri Tawon.Aku tak sure kalau ada perubahan dalam tajuk animasi ni..sebab bukan aku yang animate cite ni..
Lagi satu, siri kali ni VO by episod sebenarnye.Itu la setiap kali kalau di panggil macam ONCALL.korang kene la standby sebab nama pon freelance kan..
Ape pon....banyak juga orang yang datang audition itu hari..yang terpilih berdasarkan watak yang diberi dapat di bawa dengan berkesan sekali..penuh dengan expression..

Masing² posing

Macam tengah menyanyi je...ahhaha..

Penuh Inspirasi

Tengah meng-VOkan diri masing²

lalalalala...macam nak tergelak pon ada jugak

Bersama Kartunis Taugeh (berjaket kelabu)

Dan tak lupa pula kami di hidangkan dengan aneka makanan dan minuman...biasa laa...dah abis buat keje² VO tu sempat lagi nak pelahap apa yang ada...^^'
Well as long as I'm say...Keje lah lebih masa selagi umur masih muda...^^

Saturday, September 25, 2010

Animator Terlampau

Hahahahaha....macam² gelagat kawan² sekarang eh?kadang² perangai mengalahkan bebudak sekolah la plak....aku nak gelak bile officemate kita budak korea sorang ni...tangkap lentok akibat kebosanan dengan siri animation kami yang tak berapa prestij tu...
Dia plak baru masuk keje...so tak berapa nak berkomunikasi...biasa laa..bahasa English dia kitorang bukan nak berapa paham sangat...
Paling tak boleh lupa...satu hari ni dia tengah review animation...biasa laa...dia kene gak QC bebenda macam ni...so lama² tu tengok kepala dia makin lama makin tersengguk² macam kene sampar Ayam...ahahahah...
Nampak sangat la dia ni bosan dan tak paham dengan animation yang kitorang buat...aku pon tak paham ape yang dia paham sebenarnyer...hahahaha...
APa pun, LEE JUNG HEE...gOTCHA!!! =)

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya (Rangup MTV)

Tahniah kepada Team Mahar Puteh kerana berjaya menyiapkan short clip video MTV rangup...aku kagum tengok dorang punyer video ni once part of this project was done by one of my freNs...Congrat Sanji and Amat!!^^v
Align Center


Selamat Hari Raya (Rangup MTV)

Friday, August 20, 2010

CourseWare Animation

CourseWare Animation

Entah macam mana la aku terpikir nak citer tentang entry pasal Courseware animation...sebab mungkin sekarang aku tengah stress meng-settlekan lagi kerja² aku ngan orang² courseware...

Korang tahu ke ape mende courseware ni??

Courseware ni satu product animation yang tak la berapa animation...tp mostly untuk kegunaan bebudak nak belajar...contoh macam pembelajaran melalui CD or Multimedia...macam kat sekolah...beli buku rujukan ada la terselit sikit CD kat celah bedah tu...

Lagi pon aku bukanlah dari bidang courseware...berbeza dengan 2D animation...aku biasa dengan teknik² prinsipal Animation yang bisa aku belajar dari awal mulanye keluar Software Flash...cuma dalam Courseware ni, kita lebih banyak menggunakan kaedah Button or Action script yang jarang sekali di gunekan oleh para 2D animator diluar sana...kecuali kalau Animation korang memerlukan action skrip untuk kegunaan tertentu sahaja....

Ni contoh kerja yang baru aku siapkan...tapi hanya character design aje lah...tak banyak mana pon kerja² aku untuk courseware ni..yang remehnye ialah..action script yang perlu di settlekan...mana la aku hebat sangat buat programmer...biasa aku hanya suke melukis dan menggerakkan character tersebut....^^'

Character untuk Tamil Lesson for COurseware

P/s : mAsih berada di OfficE...=(

Wednesday, March 10, 2010

Proud to be me....

This is the one of my artwork while I'm working with Vision Animation Company based in Petaling Jaya...And actually this is the most hardly animation I ever done...but I'm so proud while the animation just broadcast on ABC channel Australia..way to go Mario!Hope that I can animate better than before...^^'