Showing posts with label kucing diseksa. Show all posts
Showing posts with label kucing diseksa. Show all posts
Wednesday, September 7, 2011
Tuesday, September 6, 2011
Akta binatang dipinda untuk hukuman berat (Petknode)
at
2:28 AM
Penganiaya haiwan boleh dikenakan tindakan lebih berat apabila pindaan Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), yang kini di peringkat terakhir perbincangan oleh pihak berkenaan, dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen. Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata di bawah pindaan itu, penganiaya binatang boleh dikenakan penalti sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
"Ada beberapa klausa yang kita kena pinda, jadi kita kena bawa ke Parlimen... kita akan buat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek bangunan ibu pejabat baru Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Jalan Salahuddin di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau diminta mengulas insiden kira-kira 300 ekor kucing yang diselamatkan orang ramai selepas dianiaya pemilik sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai dan Sungai Buloh pada Ahad lepas. Akta Binatang 1953 antara lain bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk haiwan ke Semenanjung Malaysia, penyembelihan haiwan, kekejaman terhadap haiwan, pemuliharaan dan kebajikan haiwan dengan penganiaya haiwan dikenakan hukuman RM200 atau penjara enam bulan jika sabit kesalahan. Namun, banyak permintaan dikemukakan pelbagai pertubuhan dan pencinta haiwan supaya akta itu disemak dan dipinda sejak 2006

klik untuk terus membaca Akta binatang dipinda untuk hukuman berat
Rasanya semua dah tahu kisah PetKnode, neraka kucing ni .. semoga si pesalah yang kejam akan dijatuhi hukuman yang setimpal..Aku tak pernah nak usik sangat bab² sensitiviti sesetengah pihak terhadap kucing² di luar sana...sedangkan aku sendiri pechenta kucing..tapi tu la..bila tengok semua website duk gaduh sibuk tentang Petknode, iaitu salah satu premis pusat Haiwan yang beroperasi di sekitar Damansara yang telah menghancurkan hati semua pechenta kucing serta owner² amat berang dengan tindakan sambil lewa terhadap Petknode yang membuat boarding service di premis tersebut.
Hakikatnye, banyak kucing yang mati akibat kelaparan dan kehausan kerana pihak Petknode tidak memberi penjagaan yang baik terhadap kucing² tu..aku kesian gile bila tengok kebanyakkan kucing² yang di tinggalkan sepanjang 9 hari without kibbles dan air..sedih giler siut!
Hakikatnye, banyak kucing yang mati akibat kelaparan dan kehausan kerana pihak Petknode tidak memberi penjagaan yang baik terhadap kucing² tu..aku kesian gile bila tengok kebanyakkan kucing² yang di tinggalkan sepanjang 9 hari without kibbles dan air..sedih giler siut!

2 orang ni la owner Petknode tu...kita tunggu je la siasatan lanjut dari PDRM...ok~
Subscribe to:
Posts (Atom)