Nuff²

Tweet

Showing posts with label Korean Product. Show all posts
Showing posts with label Korean Product. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Pertandingan mewarna Eori

Musim cuti sekolah bermula lagi! Bagi yang setiap kali musim cuti sekolah mesti Eori akan muncul untuk memeriahkan lagi event² di setiap kedai buku MPH & Popular sekitar lembah klang! ^^
 Bagi yang ingin mengikuti pertandingan mewarna, boleh la datang ke semua tempat yang tertera seperti dalam poster di bawah ini!


Banyak hadiah menarik menanti adik²..Ayuh datang lah beramai² ke pertandingan mewarna Eori! ^^

Sunday, March 11, 2012

Eori di saluran Astro Ceria

Foohh!Fooh!!Foohh!!!
Bukan menyembur..bukan menghembuss...tapi tu la keletihan yang agak berbaloi..
Berita gembira untuk yang masih tertunggu² kat depan tibi..maklum la..kiter ni tak pakai Astro..kiter tolong pomotkan je la sebab hasil keje kita kan..^^'
Bebalik pada tajuk kat atas, Kartun Eori akan ke udara pada 12 March a.k.a esok lah!O.o
Sebenarnye aku dah lama nak post pasal berita ni..tapi tak berkesempatan la plak kan, maklum laa...aku really² busy..tengok page blog orang lain semuanya ter-update..bile aku tengok blog aku sendiri pon agak bersawang la jugak kan...apa pun, korang jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Kartun Eori episod 1 dalam saluran Astro Ceria pada pukul 9.50 pagi...^^
Ape lagi..esok stand by depan tivi..sebab, esok aku pon nak lepak mamak sebelum masuk opis..hehehhe...tu pon nak menular kejap duduk depan tivi mamak stall..mintak je dia tukokan channel..hehehee...^^

Salah satu opening untuk kartun Eori..^^

Thursday, November 17, 2011

Eori On KBS2 TV Broadcast!

Hah!Pakat ramai² la menonton Kartun animasi EORI yang pernah aku war² kan dulu di mana EOri ialah seorang budak kecil yang berkawan dengan si Inky yang tingal di dalam sebuah pokok di mana ada banyak buku² cerita!
Kartun berdurasi 10 minit untuk 78 episod yang sesuai di tonton untuk kanak² berusia dari 4 tahun sehingga 6 tahun..(ala..yang dah berumur nak tengok pon bleh jugak)^^'
Hahahaha... yang ada facebook tu jom la support animation Malaysia - Korea ni dengan mengklik link EORI ni...
Korang perasan tak watak² dalam kartun animasi ni di beri nama Eori dan Inky...Sama seperti nama si Almarhum Eori dan juga si Inky yang masih hidup bersama Kitty sekeluarga...Bersempena dengan 1st project yang aku buat since 2010...hehehe...
Insyaallah, Eori bakal keluar dalam edisi bahasa Melayu di saluran ASTRO Ceria pada tahun 2012...jangan lupa support ya!^^v



Monday, October 10, 2011

Product of Korea

Bila bekerja dalam Animation field ni, memang tak terdaya la aku nak mengupdate blog hari² termasuklah hari cuti kerana hari cuti tak bermakna cuti lagi dalam diri aku sebagai seorang Animator ni...^^'
Dapat plak project luar...perggghh!memang donea aku dengan kartun² ni je lah ye..ikutkan pon bersyukurlah kerana aku masih lagi berada dalam bidang ni kerana minat aku terhadap bidang animasi ni makin menjadi² semenjak aku sekolah lah. Bila bercakap pasal projek luar, dan tentu² la projek yang sedang kitorang jalan kan apa lagi kalau bukan projek animasi dari Korea kan...^^
So bila bekerja dengan orang² Korea ni, banyak la bahasa yang aku pelajari..sedikit demi sedikit ada jugak perkataan² yang aku tahu kalau aku ter-tengok drama Korea kat dalam tV..(Padahal aku ni bukannye minat K-PoP pon!)^^'
Nak di jadikan cerita, orang² Korea yang satu opis ngan aku ni rajin gak la balik Korea sebab dorang pon still ada kampung halaman yang patut dorang pulang...tapi if dorang balik Malaysia, mesti dorang bawak balik ole² dari sana seperti alat tulis, baju, cendera mata, rokok dan macam² lagi..^^'
Dircetor aku pun sama. (Setiap departmen mesti ada cenderamata)Mr.Yu ni pon selalu juga bawak barang² yang di bawa balik dari Korea. Dia akan bawak balik stuff² yang berkaitan dengan produk kesihatan termasukkan gula² ginseng...Vitamin C..sound funny kan?^^'
Tapi tu la..apa yang aku dapat ni aku terima seadanya...tapi, rasa gula² Ginseng memang tak leh blah...aku rasa macam makan kayu kayan dalam hutan..tak percaya?jOm ushar barang² ni..^^'

Satu brand coklat dari Korea

Simple aje design pembalut coklat ni

Haa..ni la Vitamin C dalam bentuk sachet untuk naikkan tenaga Animator kat sini ^^

Bekas Gula² Ginseng

Ginseng yang berjenama jugak kat sana

Ada dalam 20-30 bijik gula² Ginseng...Layannzzz~