Nuff²

Tweet

Showing posts with label Dog story. Show all posts
Showing posts with label Dog story. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Kisah Sahabat sehidup & semati

Jika korang pergi ke Washington D.C dan melawat Smithsonian Museum of Natural History, korang pasti akan melihat sepasang rangka manusia dan anjing yang dipamerkan di dalam sebuah balang kaca. Pameran kaca ini diberi nama Written in Bone dan cerita disebalik rangka manusia dan anjing ini sangat menyentuh perasaan. Jangan terkejut kalau korang nampak rangka yang dipamerkan ialah milik Professor Gordon S Krantz dan anjing beliau Clyde. Sape prof tu eh? Aku sendiri pon tak kenal...tapi takpe..jom aku kenalkan...^_^ 
 Professor Krantz ialah seorang professor osteologi (kajian tulang)yang terkenal dari Washington State University. Nama beliau menjadi ternama kerana beliau antara ahli akademik yang percaya akan kewujudan Sasquatch. Time dia muda dulu, Prof Krantz terkenal dengan cara hidup beliau yang liar. Beliau mempunyai masalah ketagihan alkohol sehinggalah pada suatu hari beliau membeli seekor anak anjing dari baka Irish Wolfhound. Menurut Prof Krantz, Clyde membantu beliau untuk pulih dari masalah ketagihan alokohol. Yang ni aku percaya..anjing kan dapat membantu kita mengurangkan stress dan juga apa jua masalah diri...lepas tu plak, si Clyde ni meninggal dunia sekitar tahun 1973 dan Prof Krantz menanam anjing kesayangan beliau di belakang rumah. Selepas beberapa tahun kendian, Prof Krantz menggali semula rangka Clyde untuk disimpan. Bertuah betoi...sayang sungguh dia dengan anjing dia kan... ;)
Pada tahun 2002 Prof Krantz didapati mengidap kenser pankreas. Beberapa bulan sebelum meninggal dunia beliau menalefon teman beliau David Hunt yang bekerja di Smithsonian dengan tawaran yang sangat pelik. Prof Krantz berkata beliau mahu menyedekahkan tubuh beliau kepada Smithsonian untuk tujuan sains dengan syarat beliau akan dipamerkan bersama dengan Clyde. Prof Krantz mahu terus mengajar generasi akan datang walaupun selepas beliau meninggal dunia. Tawaran yang sangat pelik beliau ini mengejutkan Hunt dan juga isteri Prof Krantz tetapi mereka berdua bersetuju untuk melunaskan pesanan terakhir Prof Krantz apabila beliau meninggal dunia. Pada tanggal 14 Februari 2002 Prof Krantz akhirnya meninggal dunia pada usia 70 tahun. Tubuh beliau dihantar ke "Body Farm" milik University of Tennessee yang terkenal sebagai tempat lahirnya sains forensik pereputan mayat manusia moden. Selepas setahun dibiarkan mereput di Body Farm untuk tujuan sains, rangka Prof Krantz dihantar ke Smithsonian untuk disimpan. Pada tahun 2009 akhirnya rangka beliau dan Clyde dipamerkan sekali. Sebuah gambar yang diambil semasa mereka masih hidup dijadikan asas penggayaan mereka di dalam balang pameran. Written in Bone kini menjadi antara tarikan di Smithsonian Museum of Natural History. Ianya sebuah monumen persahabatan antara manusia dan anjing kesayangannya. ^_^




Friday, March 18, 2011

Gambar-gambar Haiwan yang terselamat dari Bencana Tsunami

Kali ni aku nak post plak tentang haiwan² yang terselamat akibat bencana gempa bumi dan Tsunami dia Timur Jepun..sebab sebelum ni aku ada post entry tentang orang² yang terselamat akibat bencana buruk itu...Kira Fair and Square kalau aku postkan N3 tentang haiwan² yang terselamat di sana...
Cuma kasihan bila ada segelintir haiwan yang masih terselamat akibat Tsunami, tetibe tak de sapa nak claim dorang as a Pet...contoh macam anjing² dan kucing² terselamat...then tak de sapa yang sudi yang datang pickup mereka sebab mungkin owner dorang dah terkorban akibat bencana tersebut...
Ni ada la sedikit shot² yang di kaut dari laci encik google...aku harap animal rescuer juga wujud di negara kita untuk bencana seperti banjir, tanah runtuh...etc...


2 Ekor anjing yang survive setia menunggu bantuan sampai...

Antara detik² yang tak dapat di lupakan bila kucing nya terselamat dari di bawa arus Tsunami

Burung² yang hanyut sempat di selamatkan oleh pasukan penyelamat haiwan

Burung ini tekena tempias Tsunami

Anjing yang sempat mereka selamatkan ketika detik² cemas

Antara kucing yang terselamat dari timbunan kayu dan batu

The dog and the owner save

Anjing yang terselamat dari timbunan kayu²

Terharu bila anjing ini di jumpai

LOST and FOUND



Aku sertakan sekali video ni...korang tengok je lah yer...^^

Voiceover: After the earthquake, the citizens return to their changed town.

Woman: I had a cat, and when the tsunami came, I looked for it. But I couldn't find it, so I had to escape.

VO: When they go into the house...

Man: So what was this room?

W: This was the dining room.

M: That's a tree from outside?

W: Yeah, that's amazing...

W: Ah! The cat's alive! I can hear it!

M: That's great! It looks like it escaped to the second floor when the tsunami came.


Wednesday, March 16, 2011

Kesan Tsunami terhadap Anjing dan Haiwan lain

Semalam aku masih lagi bercerita tentang kisah kesan Tsunami terhadap haiwan selain manusia...kali ni aku baru je dapat satu video dari link ini menunjukkan kesetiaan seekor anjing terhadap seekor anjing lain yang cedera parah akibat Tsunami tempoh hari...
Bila kita tengok balik entry² sebelum ni, aku pernah ketengahkan kisah anjing² yang setia dalam kehidupan seharian kita...tak kira la yang suka anjing dan yang tidak menyukai anjing...tapi hakikatnya, Anjing ialah seekor binatang yang setia.No wonder lah Arwah tok wan aku pernah membela binatang cerdik dan setia ini untuk jaga tanah kebun nya.
Bukan aku nak bangga sangat tentang Anjing ini..cuma sebelum ini aku pernah postkan entry tentang kesetiaan anjing kepada tuannya yang dah mati, and it's true!^^

Berbalik pada topic kita hari ni ialah tentang 2 ekor anjing yang terselamat dari di bawa arus Tsunami...2 orang wartawan ini sedang berada di kawasan Arahama iaitu kawasan yang terjejas teruk akibat Tsunami.
Tak sangka plak dalam rakaman dorang terdapat seekor anjing yang agak kotor dan mungkin juga di miliki seseorang atas nama pada collar di lehernya itu.Tapi, di sebalik anjing ini, ada pula seekor lagi anjing yang terlentang cedera akibat Tsunami. Punya la ia setia menjaga seekor lagi anjing yang cedera parah itu, nasib baik la ada 2 orang wartawan merakamkan segala²-nya.


Ni ada translation dari bahasa jepun ke bahasa english di antara 2 orang wartawan yang bertugas ke kawasan Arahama.(translation courtesy of Toshiyuki Kitamura):

We are in Arahama area. Looks like there is a dog. There is a dog. He looks tired and dirty. He must have been caught in the tsunami. He looks very dirty.

He has a collar. He must be someone's pet. He has a silver collar. He is shaking. He seems very afraid.

Oh, there is another dog. I wonder if he is dead.

Where?

Right there. There is another dog right next to the one sitting down. He is not moving. I wonder. I wonder if he is alright.

The dog is protecting him.

Yes. He is protecting the dog. That is why he did not want us to approach them. He was trying to keep us at bay.

I can't watch this. This is a very difficult to watch.

Oh. Look. He is moving. He is alive. I am so happy to see that he is alive.

Yes! Yes! He is alive.

He looks to be weakened. We need to them to be rescued soon. We really want them rescued soon.

Oh good. He's getting up.

It is amazing how they survived the tremendous earthquake and tsunami. It's just amazing that they survived through this all.

So, aku harap ada la orang yang sempat datang menyelamatkan 2 ekor anjing yang kesejukan, kelaparan serta ketakutan tu..Insyaallah...dorang pasti selamat..cuma curious entah siapa la tuan punya anjing ni..adakah dia juga terkorban dalam kejadian Tsunami di Jepun?Pikir² kan lah yer....=(

Thursday, February 10, 2011

Loyal After Death

Pernah sekali aku dengar citer yang seorang driver teksi bersembang dengan sorang passenger dia tak silap aku dimana pakcik teksi cakap lebih kurang berbunyi begini...
"Kalau anjing kita bagi makan sekali dia akan setia sampai bila²...usahkan kawan kita sendiri...bile senang sikit lupa diri"
So, petikan ayat di atas seolah² manusia tak pernah nak peduli pada sesiapa yang pernah berjasa dan berbuat baik sesama manusia...Itu pasal la dunia pon jadik huru-hara...
Aku ni bukan cakap tentang sesapa..malah aku juga pernah mengalami situasi kawan-makan-kawan serta kawan- lupa -diri...^^'
Abaikan tentang kisah manusia...di sini aku ada sedikit citer tentang Anjing yang setia...
Bayangkanlah...Tuan dia adalah diantara 630 orang yang terkorban akibat banjir lumpur di Brazil...Masa pengkebumian macam biasa laa..dorang ada buat upacara seperti biasa..tapi selang beberapa hari lepas tu...ada plak seekor anjing yang duduk di tepi kubur mangsa iaitu Cristina Maria Cesario....

Dalam hati, "mana la tuan aku ni, siapa la nak bagi aku makan lagi lepas ni..."

Macam citer Hachiko la plak...

Senario sebegini seolah² menunjukkan bertapa setianya seekor anjing terhadap tuannya walaupun ianya sudah tiada di alam maya...aku agak tergamam seketika bile baca artikel tentang beliau dan anjingnya...
Punya la aku gatai jari jemari nak carik info hukum feqah tentang Anjing dan bangsa melayu yang beragama Islam seperti aku ni...Kebanyakkan nyer orang melayu kita ni sangat hina tentang anjing dan aku juga salah satu di antaranya suatu ketika dahulu...
Tapi mungkin ada jawapan dan penyelesaian untuk kita membela anjing without ragu² terhadap makhluk Allah tu...
Ape salahnya korang lapangkan minda dan dengan tenang Ustad Rasul Dahri membaca hadith² yang di riwayatkan suatu tika dahulu....
Moga² berubahlah fikiran kita terhadap makhluk Allah yang bergelar Anjing...Wallahu'alam..




Ini di antara part yang ke-2 dari 7 video Ustad Rasul Dahri yang membuka topic Hukum Anjing Mengikut Syarak...

Ni antara text yang terkandung dalam Video part 2

TIADA KALIMAH NAJISNYA ANJING DALAM HADITH SAHIH Tidak terdapat walaupun sebuah hadith sahih yang menyebut, menerangkan atau menetapkan bahawa anjing itu najis. Sama ada air liurnya, bulunya, sesuatu dari tubuhnya atau keseluruhan tubuh anjing tersebut. Malah anjing telah digunakan oleh beberapa orang sahabat untuk menjaga kambing, ladang, harta benda atau digunakan untuk memburu binatang yang halal dimakan. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah melarang para sahabat yang memelihara atau menggunakan anjing untuk sesuatu tujuan. Keterangan ini dapat difahami melalui hadith-hadith baginda di bawah ini: "Telah berkata Ibnul Mughaffal : Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memerintahkan agar dibunuh anjing-anjing, kemudian beliau bersabda: Apa sebab mereka itu suka kepada anjing! Kemudian Rasulullah membolehkan memelihara anjing untuk memburu dan untuk menjaga kambing". (H/R Muslim, at Turmizi, an Nasai, Ibn Majah dan Ahmad.) Anjing selain digunakan untuk memburu dan menjaga keselamatan harta benda sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith sahih di atas, haiwan ini juga banyak kegunaanya kerana terbukti dapat digunakan untuk menyelamat, mengesan mangsa yang hilang di hutan dan dapat mengesan serta mengenal sesuatu benda dengan kekuatan hiduannya. Agama Islam tidak akan menajiskan sesuatu binatang jika ia tidak pemah dinajiskan oleh Allah dan RasulNya termasuklah anjing yang mana dewasa ini banyak membantu manusia malah di saat-saat tertentu anjing sangat diperlukan oleh manusia. ahli sunnah wal jamaah aswj bermanhaj salaf

Thursday, January 6, 2011

The true story of Hachiko the faithful dog

Entry kali ni aku nak bercerita sikit tentang Hachiko antara anjing yang sangat setia dengan tuan nyer...
Tak kisah la apa jenis anjing pon...tapi ni kisah benar tentang seekor anjing dari Japan yang telah di adopt oleh Hidesaburo Ueno seorang profesor dari Universiti Tokyo masa tu era 20-an...
Si Hachiko ni kerap kali berulang alik menghantar Mr.Ueno ni ke stesen ketapi Shibuya...malang sekali one day, Mr. Ueno ni di serang angin akmar dan mati serta merta dekat Universiti nya...Sedangkan Hachiko tak pernah tahu bahawa tuan dia sudah meninggal dunia...
Lepas tragedi tu, Hachiko telah di jaga oleh saudara rapat Mr.Ueno...
Tapi biasa laa...dia tetap ingin menjemput tuan dia dari stesen ketapi Shibuya tersebut...aiizz...sampai begitu sekali kesetiaanya pada tuan nya...
Hingga bertahun² sudah dia setia menunggu, dan ada la juga orang yang memberi dia makan sebab dia dah jadi seperti stray dog kat situ...
Lepas 10 tahun menunggu, dia pon agak kurang larat la untuk menunggu tuan dia...dan Hachiko mati kat stesen ketapi Shibuya tu...tenyata kesetiaan dia hingga akhir hayat dia kan...satu tugu anjing jenis Akita (bahasa Jepun) telah terbina atas kisah Hachiko si anjing setia menunggu kat situ...
Ni ada sikit Clip trailer kisah Hachiko version jepun...kalau yang English punya version lakonan Richard Gere...apa-pun laaaayyyaaaann....^^