Nuff²

Tweet

Showing posts with label Animation Event. Show all posts
Showing posts with label Animation Event. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Pertandingan mewarna Eori

Musim cuti sekolah bermula lagi! Bagi yang setiap kali musim cuti sekolah mesti Eori akan muncul untuk memeriahkan lagi event² di setiap kedai buku MPH & Popular sekitar lembah klang! ^^
 Bagi yang ingin mengikuti pertandingan mewarna, boleh la datang ke semua tempat yang tertera seperti dalam poster di bawah ini!


Banyak hadiah menarik menanti adik²..Ayuh datang lah beramai² ke pertandingan mewarna Eori! ^^

Monday, November 26, 2012

Shooting for Astro Tutor TV Chapter 1

Well...bile aku tengokkan balik banyak plak sawang dalam blog aku yang berkubur lama sampaikan last entry pon aku tengok sekitar raya aji...Nak update memang ada byk cerita yang aku boleh kongsikan...cuma timing tak kena...kerana aku gagal manage masa aku dengan blog aku..huhuhuh...=(
Bercakap tentang entry kali ni, aku di beri peluang untuk meng-update entry terkini tentang perjalanan aku selama sehari dari kL ke utara semenanjung...kali ni aku ke Taiping, Ipoh, Cameron Highland dan Lojing di Gua Musang untuk pengambaran Tutor TV Astro...Aku pon tak pernah tengok tutor tV...tapi di sebabkan ini satu tugasan yang perlu aku pikul, jadi aku pon di beri peluang untuk mengikuti pengembaraan ini...^^
Seawal jam 6.30pagi aku dah kene turun ke studio kat Taman Supreme, Cheras ni untuk berkumpul...tak ramai mana pon...kami 4 orang je..nek satu kete..cut cost lah katakan..Tapi di sebabkan kesesakan lalu lintas yang terlampau, aku jejak sana dalam 7pagi...nasib baik boss aku kensel cakap terus jumpa kat opis aku di Jalan Peel ni...so senang sikit aku parking kete kat tempat yang ada petak parking..tak de la terkejar² ngan DBKL kan...(walaupun pejabat DBKL area sini) ^^'
Kami bertolak sekitar 7 lebih keluar ke tol duta...punya la azab nak sampai tol sana...kesesakan melampau melanda sekitar jalan Loke Yew ke Hang Tuah...walaupun di pasang tidal flow..nampak gaya makin sesak lagi aku rasa...alhamdulillah, at least kitorang sempat breakfast dekat R&R Rawang sekitar jam 8 pagi...:)
Lauk pauk kat R&R ni aku berani jamin lah semuanya di panas kan lauk semalam..aku hanya makan nasik goreng sotong kunyit dan sambal serta nescafe o' ais...sotong je dah rasa macam getah sekerap dan bau pon dah busuk macam dah basi...semua tu costing RM12...Rabak poket aku pagi tu..tapi tak pe...claim je kat boss nanti..hehehehe..^_^
Kami teruskan perjalanan kami menuju ke iPoh...cadangnye nak pergi kilang memproses Marble...tapi bukan melawat dalam kilang..cuma shoot dari luar aje...asalkan info yang di beri tu betul untuk program Astro Tutor TV ni...^^

 
On the way selepas sarapan di R&R Rawang

Cuaca mendung di sekitar Tapah..Cameron Highland masih berkabus~

Tuan Director dengan crew²nya...^^


Bukit Marble dari Ipoh (Bukan Mak Marble yer)

Kilang Marble dari seberang hi-way

 Menuju ke Utara

Cameraman shoot dari dalam kete sepanjang perjalanan

Dari sudut tepi Hiway PLUS Utara-Selatan

Selepas shoot di sekitar tepi highway, kami semua meneruskan perjalanan ke Taiping untuk satu tempat cendul yang sedap untuk di jamah...stay tune for the next chapter! ^^

Thursday, August 16, 2012

Kad Raya Eori

Haaa...macam² la gelagat orang sekarang ni...bukan nak cakap tentang Raya aje...tapi tentang kad raya! Apa yang menarik tentang kad raya ni? Mesti la seronok kan nak tunggu abg posmen hantar kad raya ke pos box umah kita kan? ^^'
Tapi itu cerita dulu...zaman sekarang ni semuanya main pakai e-kad raya sudahh...aku pon dengan rasminya nak memperkenalkan Eori Kad Raya yang dah ada dalam Facebook..Macam tak percaya plak Eori sekarang ni dah pandai beraya pakai songkok sampin bagaii...macam perayaan² lain jugak...hehehehe...^^'
Apa pon jom kita try application ini yang sesuai digunakan untuk mengepost Eori kad raya dalam Facebook korang...dalam apps ni ada macam² jenis funtion dan juga jenis hiasan yang kita boleh buat...click sana...click sini...tup² dah jadik! Senang kan?^^'
Sambil tu kita pon boleh upload pic orang yang kita sayang dalam apps ni...haaa...cer tengok hasilnya!^^

 Application yang ada di FB...^^
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Dan ini lah hasilnya!!^^

Selamat mencuba ya kengkawan...meriahkan lagi dengan kad raya Eori...Dapatkannya di link sini..^^
http://apps.facebook.com/kadrayaeori/ 

Tuesday, May 15, 2012

Zero Hero 3 Minute Animation Reel

Haaa...bebaru ni aku baru perasan yang Zero Hero dah di lekatkan kat dinding Youtube..jadi di kesempatan ini nak jugak la aku war² kan dalam blog ni...^^
Ini antara hasil keje aku dan kengkawan aku di mana telah mendapat tempat di mata orang² kuat Animasi. Aku pon tak tahu nak cakap pe kat sini, yang penting aku eksaited sebab kredit nama aku naik di akhir minit ke 3:10 tu..^^
Meh aku postkan sipnosis cite ni dari laman Youtube..(malas nak taip²)^^'

Zero Hero is about how an old man with his odd pair; a Tapir, and his granddaughter wanting to become a superhero. Tok is an ex-military scientist who lives with a witty tapir. But Tok and Tapir is indeed an odd pair. Tok is always confident, enthusiastic and excited about things. However, due to his age, Tok is limited physically. Tapir doesn't say a word, but he is uncertain most of the time and hilariously clumsy in his every action. Bored with routine life, Tok & Tapir plan of becoming superheroes. Realizing that they don't have any special abilities, Tok and Tapir decided to start small-time by solving problems and keeping peace in their city. But neither Tok nor Tapir has been a superhero before and in their effort as 'T-1' and 'T-2' to keep things in order, they create chaos instead! Only Nat, Tok's eight year old granddaughter knows of the duo's secret identity. Nat is technology-savvy, and her smart-thinking often saves the day from the mayhem that Tok and Tapir leave behind. At school, Nat and her best buddy Timmy are often bullied by bigger kids. So Tok builds her Haroone, a bodyguard robot which can be transformed into any desired item. The problem is, occasionally, the cables and wires in Haroone get short-circuited, causing the robot to act crazy and unpredictable. Tok and Tapir's attempt to keep their city peaceful is often marred by attention-seeking glamour boy Fabio, a modeling photographer who is determined to reveal the true identity of Tok & Tapir. Every time, his attempt is failed by Nat with Haroone's assistance. Other characters also add more colour to the story. There's Tok's neighbour sporty Nanny Sally, Nat's shy friend, Timmy and his single waitress mother, Mimie, whom both Tok and Fabio have the hearts for. Will Tok & Tapir be able to save the day, and can this old man win the heart of his dream woman while doing so?


 Haaa...panjang gile aku copy paste kan? Itu lah al-kisahnye..apa pun aku baru cilok keratan akhbar dalam FB Tapir Reka Studio, baru la jugak dorang keluarkan artikel ni dalam NST..jadi tak salah pon aku sharekan untuk tatapan blogger² kat sini..^^

Antara orang² kuat untuk project Zero Hero


Layan kejap klip animasi 3 minit ni..^^ 

Monday, May 14, 2012

Flickr latest preview

Alhamdulillah...masih ada lagi sisa² keje yang perlu di siapkan..tapi aku still lagi boleh curik² masa untuk meng-edit² apa yang patut..aku bukan lah hebat sangat part edit² ni..memandangkan setiap kali aku jenguk page FB KukuBesi Manupulasi ni, semakin bersemangat aku nak capture gambar then main edit sikit²..bukannya reti mana pon..bak kata org² tua..ilmu tu sikit² lelama jadik bukit..berkepul² ilmu di dada ni ape salahnya kita kongsi reramai..^^'
Rajin jugak aku dok jenguk page Kukubesi ni..gambar² dia dalam tu cukup buat aku meremang bulu roma la..rasa macam if la aku boleh buat macam dia tu alangkah bahagianya..Entry ni bukan nak bodek encek KukuBesi yer..cuma aku suka cara keje dia..agak detail dan puas hati la..^^

 Arang dan bara

 R.I.P Eori

Touched by Lightroom and Photoshop

Ini ada sedikit sebanyak picture aku yang baru aku update dalam akun Flickr aku...tak tahu la..proses agak lembab dan makan masa..maklumlah, aku bukannya pro macam korang di luar sana...aku still ada kengkawan yang suka edit meng edit ni..apa pon, pelan² kayuh lah..heheheh..^^
Yang terlepas pandang link untuk Flickr aku, leh la masuk link ni:

http://www.flickr.com/photos/maxracer9/

Ada pelbagai jenis gambo² dari 1st aku snap hingga la sekarang..^^

Thursday, March 22, 2012

Eori On Astro Ceria

Salam semua...wahhh..bersawang sudah blog aku yang agak lama jarang di jenguk...tengah under maintainence la katakan..tambahan lagi Kartun Eori terpaksa di tangguhkan akibat kesilapan teknikal dari pihak yang tertentu...aiizzz...O.o'
Oleh itu, di kesempatan ini...aku agak kecewa kerana pihak terbabit terpaksa menangguhkan kartun Eori sehingga musim cuti sekolah dalam bulan May tak silap aku...nak tak nak, penat gak la aku menunggu depan TV. Sib bek la pagi tu boss belanja sarapan di kedai mamak sementara nak tunggu siri Kartun Eori tu muncul. O.o
Hahaha..mungkin betoi jugak, Eori kartuh terpaksa Q'-up dengan kartun² yang tengah femes dalam saluran Astro Ceria...Nak tak nak, aku terpaksa la tunggu sehingga musim cuti sekolah yang akan datang...
Agak² sampai bulan 5 ni tertangguh lagi tak?>,<"

Psstt...agak² Eori dapat menambat hati penggemar Pokemon tak?^^'

Sunday, March 11, 2012

Eori di saluran Astro Ceria

Foohh!Fooh!!Foohh!!!
Bukan menyembur..bukan menghembuss...tapi tu la keletihan yang agak berbaloi..
Berita gembira untuk yang masih tertunggu² kat depan tibi..maklum la..kiter ni tak pakai Astro..kiter tolong pomotkan je la sebab hasil keje kita kan..^^'
Bebalik pada tajuk kat atas, Kartun Eori akan ke udara pada 12 March a.k.a esok lah!O.o
Sebenarnye aku dah lama nak post pasal berita ni..tapi tak berkesempatan la plak kan, maklum laa...aku really² busy..tengok page blog orang lain semuanya ter-update..bile aku tengok blog aku sendiri pon agak bersawang la jugak kan...apa pun, korang jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Kartun Eori episod 1 dalam saluran Astro Ceria pada pukul 9.50 pagi...^^
Ape lagi..esok stand by depan tivi..sebab, esok aku pon nak lepak mamak sebelum masuk opis..hehehhe...tu pon nak menular kejap duduk depan tivi mamak stall..mintak je dia tukokan channel..hehehee...^^

Salah satu opening untuk kartun Eori..^^

Thursday, December 29, 2011

Eori di Karnival Buku MPH

Haaa....tak sempat nak update tentang Eori punya event sempena Karnival Buku MPH yang telah berlangsung di Mid Valley tempoh hari. Hari terakhir aku berada di Mid Valley untuk membeli Komik Eori yang di jual di dalam Gedung MPH...ramai juga orang yang berkumpul di tapak karnival. Maklum lah, cuti sekolah kan..bukan buku komik aje yang di jual, buku² sekolah pon dorang ada buat sales. Macam² ada...
Lagi satu, kemunculan maskot² menarik minat anak² untuk datang ke karnival buku di MPH ni...kalau aku pon rasa teruja..if la aku berumur dalam lingkungan 7-8 tahun..memang seronok nak bergambar dengan maskot² kat situ..^^'
Hari tu aku di suruh menjadi jurugambar untuk setiap moment yang ada pada karnival tu. Dalam masa yang sama juga, aku membeli komik Eori. Ye la, nak support gak kan. Tapi if korang beli ketiga² episod komik Eori, korang akan mendapat habuan iaitu tandatangan dari animator² yang power untuk siri kartun Eori ni.^^
Punya la ramai beratur panjang! Tambahan pula, ramai yang membeli komik Eori ni. Jadi, peluang aku untuk shoot semua moment tu agak cerah la..memang terbaekk lah!semua nya berjalan lancar..heheheh...^^

Eh², tinggalkan topeng je?mesti perut beliau memulas kan?^^'

Seawal yang mungkin..^^

Stage yang dah sedia ada..^^'

Tudiaa...boss² aku dah ada kat tempat VIP

Ramai yang datang untuk pelancarang Komik Eori

This is my Boss...

My boss with other bosses

Yeah! Mari menuju kejayaan!

Bosses bergambar bersama orang MDEC dan Maskot Eori

Pose terbaekk dari maskot Eori

Haa...ape lagi...sambar je la Komik² Eori ni

Seisi tandatangan sudah bermula

Haa...ni la Pelukis² kartun Eori☻

Pergghh!! Tandatangan mahal tu!^^'

Pose dari animator² Eori~^^


Sunday, December 25, 2011

Eori Launching

Ternyata sambutan Karnival Buku di MPH memberansangkan...Ramai juga para hadirin termasuklah warga² VIP datang untuk menjayakan pelancaran Karnival MPH di Mid Valley tempoh hari...Ramai yang datang adalah di kalangan keluarga, kanak² dan juga para² remaja.
Bermula jam 2 petang, ramai dah berkumpul di tapak Karnival di tingkat 3 di Mid Valley Megamall.
Biasa la, time macam ni memang kitorang prepare abis²-an sebab musim cuti sekolah kan..sure ramai orang² termasuk bebudak sekolah yang turun ke karnival ni. Tak lupa juga, komik Eori bakal di lancarkan di karnival ini.^^
Nak di jadikan cite, sibuk lah kami untuk menyediakan maskot utama kami iaitu Eori. Bukan maskot kami aje yang ada kat situ, pelbagai jenis maskot ada di sana termasuklah Happy Feet!So cute actually, paling tidak pon dapat bergambar dengan Happy Feet yang kiut tu pon kira berbaloi lah yer...hehehehe..^^
Time dorang nak launching, sebelum VIP datang...kitorang pon bersiap sedialah maskot Eori tu untuk di bawa ke sekitar booth² yang ada di dalam tapak karnival. Ternyata banyak juga kanak² yang datang membeli buku² di karnival ini. Biasa la..time² cuti sekolah kan..banyak gak la sales yang ada kat Karnival ni...hehehehe..^^

Eori sudah tersedia di back stage

Make Up kasi cun sikit..heheheh...^^'

Ni lah di antara maskot² yang sedang siap sedia..(tak termasuk orang² di situ) ^^

Tu diaaa...pakat ramai keluaq noo...^^'

Hello!!Kami lah maskot untuk Karnival MPH pada hari ini!!^^v

Booth² yang ada dalam Mid Valley convention centre

Ini lah tempat pelancarannya...ramai camera man duk terpacak sekian lama...^^

Dah sampai dah tetamu² yang terhormat...termasuklah CEO MPH sendiri..

Ucapan demi ucapan...^^

Posing untuk pelancarang Karnival buku MPH

Semua maskot pon seronok berpesta bersama VIP² di atas stage

Masing² di eskot untuk di bawa ke seluruh tapak Karnival

Maskot Eori berjalan dengan riang-ria!Yeah!^^

Pose bersama budak² di sekitar tapak Karnival



Thursday, December 8, 2011

Preparation of EORI event

Aduihh..riuh rendah kat opis ni..memang la..1st event yang berkaitan dengan project kami kan..nak cakap kalau tak hebahkan karang, tak tahu plak ape asal usulnya kan..^^
Yeah...kelam kelibut sikit aku nak menaip ni..bukan ape..terlalu sibuk dengan urusan pejabat sampai tak sempat nak kejar semua benda...termasukla berbloging..Antara aktiviti menarik yang kitorang nak buat sepanjang minggu ni is Komik Eori bakal di lancarkan di Karnival MPH Mid Valley megamall...jadi, bayangkanlah..banyak agenda nak kene buat..dengan bermacam² bahan bacaan yang akan di pamerkan dekat ruang MPH Mid Valley tu...^^'
Terpaksa la mengangkut² barang² yang perlu di bawa..sebab kitorang akan adakan maskot untuk EORI!!Haaaa!!jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama maskot EORI pada hari Ahad ni di MPH book store Mid Valley Megamall...Datang la beramai² support our local and Korean Animation event!^^

Mengemas barang² yang nak di bawa pergi

2 bijik kete cukup la kot

Costume Eori

Barang penting ni!hahaha..^^

Hallamak..tak balance ke bang?hahahaha...^^'