Nuff²

Tweet

Showing posts with label Manusia dan Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Manusia dan Peristiwa. Show all posts

Friday, June 13, 2014

World Cup 2014

Seperti biasa...
Citer isu semasa...
Balik² pasal bola... memang feveret aku tgk game bola...World Cup since 1998, lepas aku abis sekolah memang free time untuk berjaga malam layan game...tak pernah miss game bukan sebab aku berjudi ketagih, tapi sebab semangat kebolaan zaman tu... ^^'
Time tu macam² contest kuar kat tV, aku join...korang jangan gelak sebab aku kumpul penutup coke sebab semata² nak menang hadiah... last² dapat saguhati pon jadi lah....pelbagai hadiah aku dapat dari jam tangan sehinggalah ke jersi coca cola... zaman tu just kumpul dan hantar peraduan semuanya pakai pos aje... paling tidak modal kuar untuk setem ngan envelope jer... perah otak satu untuk buat cogankata...ahahhaha...lama aku tak dengar perkataan 'cogankata'...ni citer zaman ujung 90-an punyer world cup lah yaa... ^^'
Menjelang worldcup 2014, aku tak prepare ape² pon...hanya sekadang mengikuti di laman FB or Astro Arena dalam internet je... nak berjaga tengah malam ni rasa boleh jer nak buat, sambil² buat freelance...sambil tu streaming game... tapi aku takut keje aku tak siap kang dok tengok bola...hahahahaa...
Yang best partnye bile da PM masuk...ni aku share² sebab kelakar dowhhh....
Ade lak iklan ni dorang PM sorang mamat ni kat inbox FB dia...
"MC (medical Certificate) utk di jual sempena World Cup... beli 3 hari percuma 1 hari (MC dari klinik yg diiktiraf) Sehari RM20 sempena world cup sahaja. Agent di perlukan dpt komisen tinggi"
Aduii...kelakar plak aku tengok iklan macam gini pon ada jugak ke? lagi² musim world cup ni... nak tak nak mesti ramai yang tercari-cari MC yang senang di beli... mudah plak untuk kita menipu boss kita... senang² terus boleh kene buang keje!


Apa pun kali ni pasukan mana yang hebat beraksi? Yang nampak malam tadi Brazil main 3-1... Ianya satu perlawanan untuk pembukaan...mungkin pembakar semangat untuk negara lain juga...ayuh berjuang menyokong pasukan pilihan kita!! ^^

Monday, June 2, 2014

Politikus

Ahhh...sudah lah...
Malas aku nak blog walking bile timbul isu tentang politik yang makin menjadi² di kalangan fanatik politik... aku? fanatik? taksub? idok lah teman...banyak perkara yang aku perlu pikir kan selain dari politik yang membuang masa....diri sendiri tak terurus, sibok plak nak hadap perihal politik yang dah semakin merapu sebab banyak sangat makan ikan kerapu...baik yang memimpin dan juga si pembangkang...2-2 sama aja...err...salah ke ape aku cakap ni? errr... O.o
Berbalik pada yang tak balik² menghadap keje...aku rasa korang pon tahu nasib keje production/studio di mana setiap kali pasti terkejar-kejar dengan deadline, padahal keje tu tak pernah nak siap pon...asal siap, dapat retake...asal siap dapat amemend... so dari situ pon aku rasa dah agak buang masa akibat client yang banyak songeh, contohnye client yang bukan biasa dalam perihal design² ni...
Suruh tukar ikut sedap tekak dia macam dia tak pikir masa yang di buang adalah sia-sia....akibat terlalu banyak retake, sedangkan kerja kita buat sungguh-sungguh pon tak berguna juga...yang jadi mangsa, kita lah yang makan gaji sejak azali...
Ikut hati memey mau hentam balik pada client yang banyak cekadak, tapi apa kan daya...aku sekadar buruh yang masih makan gaji untuk fasa ini....


Tuesday, May 13, 2014

Wayang & Sawang

Aduii haaaaii...
Dah berapa kurun aku tak hapdet blog ni...banyak benda yang berlaku tapi tak berkesempatan menulis blog atas sebab² tertentu kerana bebaru ni aku jadik baby sitter anak worang yang di tinggalkan atas sebab² tertentu...tapi lantak situ sebab semuanya sudah selesai...
Berbalik pada cite MH370 yang kononnye gi Beijing tapi tak sampai²...aku rasa semua tu Wayang sahaja...tak kisah la aku nak cakap apa pon...bile jadi wayang, esok lak jadik sawang... betoi dop?
Macam blog aku ni...dahulunya wayang top-10... tapi sekarang dah jadik sawang...nuffnang iklan semua naik top² je iklannye...tapi sekarang semua jadik sawang...
ada korang kisah ke bile blog korang dulu wayang sekarang sawang??
sebab

AKU MEMANG KESAH LAAAHH!

Bukan marah derr...tegas jer...hehehe...jangan ler  takut...  O.o
Berbalik agenda aku sebenarnye akan hapdet ler sikit²...sekarang ni da beberapa bulan aku skip entry... agak kurang enak di situ...jadi masanya untuk aku lakukan perubahan..maybe layout yang ntah sama sejak beberapa tahun lepas je... -_-

Thursday, November 21, 2013

Let's Follow Ammar

Maka hari ini Allah telah menghantar kisah arwah Ammar untuk menempelak dan menyepak aku agar bangkit dari tidur. Sapa Ammar ni? Aku sendiri tak mengenalinya...bah kan aku rasa kisahnya mulai tersebar setelah beliau meninggal dunia di Turki...apa yang istimewanya beliau sampai di semadikan di tanah perkuburan para sahabat Nabi?
Umur dia muda dari aku. Pencapaiannya jauh tinggi dan hebat dari aku bahkan dari sesiapa sahaja yang aku kenal yang sebaya dengan aku dan dia. Dari Malaysia bersemadi di Istanbul berjirankan Abu Ayub Al-Ansari sahabat Nabi yang dari madinah juga bersemadi di istanbul.
Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.
Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.
Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.
Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.
Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah



Ahmad Ammar dalam kenangan 
  
"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal

Apabila sesuatu kematian mampu menyentuh jiwa-jiwa dan menyedarkan kita yang alpa, itulah kematian yang menghidupkan...Tenyata anak muda pertama Malaysia yakni orang melayu kita yang di semadikan di sana dan di sana jugak lah terletaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia.

~Al-Fatihah~