Nuff²

Tweet

Showing posts with label Kemalangan dan Kecelakaan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan dan Kecelakaan. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

Misteri kehilangan Remaja di Villa Nabila

Dah penuh wall FB aku rasa...pepagi lagi dah kecoh pasal kehilangan 30 orang remaja yang galak mencari hantu...itu aku tak pasti la ape dorang nak buat kan...jika nak di hebahkan mende yang belum tentu sahih, macam biasa la..FB lah tempat orang share sana dan share sini tentang benda yang belum tentu sahih... O.o
Aku macam biasa... tak mudah melatah...cuma berpikiran agak 'luar kawasan' dari pemikiran orang² yang tahu share dan copy paste je...
Apa yang aku tahu dari berita facebookers...dorang cakap ada 30 orang remaja (mana dapat sumber aku pon tatau) di laporkan berkumpul untuk xpdc mencari hantu...dari 30 yang hilang tu...7 or 3 orang di dapati di jumpai...yang belen tu hilang ntah ke mana...hanya dengar suara memanggil² untuk meminta tolong kate miker laaa...
Aku bukan tak percaya entiti or mistik ni...aku dulu seorang yang pernah suka masuk kuar hutan...atas urusan...ikut cikgu silat...dari sudut penilaian kisah entiti ni, memang benar makhluk ciptaan Allah selain manusia tinggal dalam bumi Allah ni...cuma dari mata kasar, kita takkan nampak mereka...kalau yang nampak tu memang ajaib la kan...tak pernah di nafikan, aku jugak salah seorang yang pernah nampak penampakan lembaga hitam wujud dalam ladang kelapa sawit...lembaga setinggi pokok kelapa sawit di waktu senja suatu masa dulu yang banyak mengajar aku di mana bukan manusia aje yang layak ada kat muka bumi ini... dari situ aku akui...syereeeemmm sangat waktu ternampak lembaga hitam tu! O.o
Lagi-lagi berita yang menjadi rumors dalam FB ni...banyak sangat mende yang di tokok tambah asal sedap jalan cite untuk menarik perhatian umum...macam makan kenduri la..takkan makan satu lauk je...mesti nak tambah beraneka lauk kan! -_-
Sumber dari akhbar berita Harian online hari ni menegaskan hanya 1 orang sahaja yang membuat laporan polis atas kehilangan anaknya yang berusia 16 tahun...eh, mana satu betoi ni? haaa...kita dah nampak dah kan kat situ.... O.o

Hanya seorang, bukan 23 hilang di banglo tinggal di Johor Bahru - Polis

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang kononnya hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya. Sementara itu, sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial. Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Sumber : Berita Harian

 LOKASI di mana seorang remaja hilang selepas memasuki banglo tinggal, Villa Nabila sejak 16 November lalu di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini.

AHLI keluarga mangsa menabur garam di sekitar lokasi di mana ahli keluarganya hilang selepas dikatakan memasuki banglo tinggal di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Tuesday, October 23, 2012

TERKINI : 2 peragut di sembelih


Salam semua
2 Peragut Mati Disembelih Oleh Penduduk Kampung Yang Diarahkan Oleh Ketua Kampung Yang Berang - 
Pontian : begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu…tapi sempat dihalang oleh jirannya…
namun ketika peragut itu ditangkap,pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu,Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat
…dengar takbir yang bergema…dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan…darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban…
jangan marah yerr...hanyer nak melawak² di kala raya Qurban ni...^^
~~SALAM AIDIL ADHA~~

Thursday, August 16, 2012

kemalangan jalan RAYA

Pejam celik dah di ambang raya plak...aku je yang lama tak update blog ni...kesibukan melanda setiap hari...bukan tak boleh nak jenguk kejap blog orang lain, blog sendiri pon tak sempat nak kemas-kinikan...O,o
Mesti semua orang dah bersedia dengan persiapan hari raya tahun ni kan? Aku? Hmmm...tak de apa yang menarik pon...baju kain seluar kasut semua belum lengkap lagi...padahal dah nak dekat raya dah ni..soalnye sekarang ni aku sibuk sampai tak sempat nak beli itu dan ini...kuih pon sib bek la sempat tempah...kalau tak memang tak sempat la...O,o
Tahun ni aku beraya seperti tahun-tahun yang lalu juga...bonus? Huh...aku bukan kakitangan kerajaan, aku hanyalah kuli untuk boss² besar yang kaya raya...depa je kaya...aku ni dah penuh dengan kayapp~^^'
Berbalik citer tentang nak raya ni, korang dah service ke kete? Haaa...jangan sampai malam raya tu kita balik naik ambulan plak..tak pon naik kete mayat...O,o
Itu yang aku takut nak dengar tu...kadang² bila kita sendiri yang berhati² sangat pon, orang lain pon tetap cuai...kalau kecuaian sendiri tak pe la, ini yang jenis melibatkan orang lain...naya ke tak? Mati katak la namanya...
Bile memandu kat tepi hi-way tu, ujan² macam ni elok la mandu secara bijak..bukan membuta tuli je...kadang² kita terlalu berhati-hati sangat pon susah jugak...So lepas ni, mungkin kita kene bijak dan lebih berhati²...tambah² di musim perayaan ni...hope semua orang dapat balik ke kampung halaman dengan selamatnya...jangan la jadik cam kes² kat bawah ni...O,o

Bila macam ni sempat nak nak candid tengok ape yang berlaku..

Nampak agak serius jugak ni...siap ada peronda PLUS lagi...O,o

Wahh...ada treler tergelincir lah!O,o

APe la nasib pemandu lori tu kan...O,o

Harap² semuanya selamat...

Eh...ni iklan ape lak neh?O,o

Oleh itu, berhati² lah di jalan raya...pulang dengan hati yang gembira...bukan hati yang cedera..^^

Sunday, July 3, 2011

Family disaster

Pada tepat jam 6 ptg, aku menerima MMS dari adik aku yang famili aku terlibat dengan kemalangan jalan raya di mana kereta produa myvi adik aku dirempuh oleh lori dari belakang. Tak dapat bayang kan macam mana keadaan mak aku kat belakang...dia duduk bersama adik bongsu aku yang kat belakang tu..ntah macam mana la...cuaca kat luar hujan...jadi nak cakap adik aku drive laju sangat, tak de la plak kan..sebab bukan kete dia yang hitted kete orang lain...dia sendiri kene hitted ngan sebijik lori kat belakang...akibatnye, semua yang ada dalam kete tu mengalami hentakkan kuat dari belakang....masing² ada lebam sana dan sini...impact kuat sangat sampai cermin mata ayah aku terpelanting ke depan...korang jangan gelak plak weh kalau aku cakap gigi palsu ayah aku pon terpelanting ke depan..punya la kuat impact dia...;(
Tak dapat bayangkan macam mana mak aku dan adik aku yang berada di tempat duduk belakang...macam mana impact lorry tu pada belakang kete adik aku..huii..macam² perasaan aku keluar..menitis air mata beb!terkejut jugak terima berita macam ni...tak sangka, dalam banyak² entry kemalangan dan kecelakaan, terpaksa la jugok aku update entry tentang kemalangan yang menimpa keluarga aku...

Ni la bahagian belakang yang di hentak oleh lori...tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan mak dan adik aku kat bahagian belakang....

Barai jugak la Myvi adik aku ni...claim!claim!^^

Ini la lorry yang melanggar bahagian belakang kete adik aku...@#!!!$$%$%@!!

Syukur alhamdulillah....semuanya selamat...cuma dorang ada mengalami trauma dan sengal² badan..serta lebam..sib baik la nenek aku tak ikut sekali..kalau tak, mesti dia terkejut...trauma seumur hidup...yang penting, semuanya selamat...risau jugak kalau effect dalam badan dorang kan...lagi pun, orang² tua ni takut tulang dorang tak berapa kuat...aizz..thanks for those yang concern dengan kemalangan yang menimpa keluarga aku...

Thursday, June 2, 2011

Suami isteri dibogel

Dengar tajuk hari ni nyer paper, memang mengaibkan...bagi aku la..kalau la terkena kat aku..tak pasal la kuar cite "Kene bogel dengan jiran sebab 5 ekor kucing buat bising kat rOmah"...naya ke idok tu?@_@'

Tapi tu la kaannn....

Kalau nak bogelkan pun, jangan la sampai nak bawak lari bini orang...tak pasal la orang tu meroyan sensorang kat umah tu...entah ape la yang 3 orang lelaki yang menculik bini dia tu buat kat bini dia kan..hmm...kata nya maybe kes jeles la kot?entah laa...kalau nak tau lebih lanjut macam pelita panjut, korang baca la detail kat bawah ni...@_@'


GURUN: Sepasang suami isteri mengalami detik cemas dan mengaibkan apabila dibogelkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang serta rotan yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Sungai Badak, di sini, sebelum si isteri dilarikan kumpulan penjenayah itu, kelmarin.

Mazri Sharif, 30, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, isterinya, Nornasuha Azmi, 21, dilarikan tiga lelaki terbabit dengan sebuah Toyota Estima yang menunggu di luar rumah.

Mazri yang juga peniaga kedai makanan berkata, dia cedera di tangan akibat ditetak dengan parang manakala bapanya yang berusia 71 tahun cedera akibat dicekik.

“Saya percaya kejadian ini ada kaitan dengan perkahwinan kami,” katanya yang berkahwin dengan Nornasuha, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di sini, di Selatan Thailand, pada 23 Julai tahun lalu.


Mazri berkata, dia amat geram dan sedih apabila tiga penjenayah itu memecah masuk bilik tidurnya lalu membogelkan dia dan isterinya.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

"Korang beli la Akhbar Harian Metro hari ni...leh aaa tengok pic aku yang encem ni..."(dialog rekaan semata²)

Friday, May 27, 2011

Bukan kena baham anjing

Propaganda manusiaa....
Tu lah dia kalau citer dalam media cetak di putar belit..lain kali, amik report secara detail baru publish itu akhbar...deyy...semua orang rasa tertipu dengan tajuk muke depan akhbar tentang budak berusia 3 tahun di baham anjing....
Aku pun rasa teraniaya...terpikir sejenak apa la dosa budak kecik yang berusia 3 tahun tu pada anjing tu..dan apa yang budak berusia 3 tahun tu buat pada anjing tu...haaa...nak tau, ni lah teori dan amali yang dorang dapat dari sumber berkenaan...

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.
Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.
Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.


Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.

Tu berita 26 May 2011...jOm plak kita tengok berita hari ni plak....
So, sape hero dalam 'drama' ni?Media cetak??Demmit...>,<"

PARAH...kesan gigitan anjing pada badan mangsa.

Tuesday, May 24, 2011

Balik usung jenazah anak

That's y once bila kita masuk carpark, mesti ada sign of check barang² yang berharga jangan di tinggalkan di dalam kereta...sebab pe, sebab takut sebarang kejadian tidak diingini berlaku...tapi entah macam mana kalau barang berharga di tukarkan kepada harta yang 'bernyawa'...itu tak patut berlaku...tapi setiap manusia tak mungkin lepas dari satu kesilapan...~_~'

Aku pernah ada sepupu yang baru beli hamster...entah macam mana la dia boleh plak tertinggal hamster dia kat dalam kete dia...sampai berjam² dia kuar tak balik²...sayu je hamster dia mati dalam keadaan lemas dan kepanasan dalam kete...nak tak nak...jadik bangkai la jawabnye...@_@'

Tu baru Hamster..tapi nyawa tetap nyawa kan..Macam mana plak ngan mangsa tu ialah anak kita sendiri?or adik kita??Itu yang korang kene amik risiko bila bawak jejalan anak² kita, sedar tak sedar..leh plak tertinggal dorang kat dalam kete setelah berjam² kita kuar tak balik² kan...atas alasan, nak kuar kejap je...nak beli tiket wayang...beratur punya la panjang, peh tuh plak terjumpe kengkawan...ajak lepak mcD...lupa la plak adik yang korang bawak tu tertinggal kat dalam kete!Pergghhh...demmit!itu la yang berlaku pada hari ini...@_@'


MACHANG: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.


Kalau rasa nak tahu lebih panjang lebOr, leh la carik kat sumber ni...^^


Gambar dari Harian Metro

Wednesday, May 11, 2011

Kemalangan Ngeri Nahas Treler

Ajal dan Maut di tangan tuhan...kita ni merancang..tuhan yang tentukan..ini lah tragedi yang ngeri mengakibatkan sebuah treler melanggar sembilan kenderaan lain iaitu dua lori, tiga kereta, tiga motosikal dan sebuah pacuan empat roda Perodua Kembara.
Gilo tak hebat trailer ni langgar macam bowling dah aku rasa...tu la dia..kadang², kita yang terlalu ikut peraturan pon kadang² jadik mangsa..tak kira la dari sudut mana..berhenti kat lampu merah pon, tetibe datang lori balak hinggap kat kete kita...so memang betul laa...Ajal dan Maut di tangan Tuhan...

JEMPOL: “Sempena Hari Ibu baru-baru ini, dia anak pertama memberi ucapan kepada saya dan itu juga kali terakhir saya bercakap dengannya,” kata Rosni Abdul Samad, 50, ibu Muhammad Izwan Noorazman, 20, seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di sini, semalam.

Kalau rasa nak tahu lebih lanjut..masuk la link Harian Metro hari ni....Ada sikit gambar² yang aku cedok dari sumber ni...siannn..=(

Seorang mangsa bawah treller

Remuk akibat perlanggaran

Mangsa yang di bantu orang ramai

Mangsa yang terkorban nahas Ngeri

So, sebelum memandu...banyak² kan lah berdoa agar di rahmati perjalanan kita..Insyaallah...aku pon selalu juga beringat ketika memandu...
Al-Fatihah kepada mangsa²...

Thursday, April 28, 2011

Kisah si 'Penchuri'

Rata² berita kat dalam media tentang si pencuri...tak pencuri, peragut..kalau kisah kambing meragut rumput kat padang ragut tak de sapa nak amik peduli pon...sebab nyatanya si kambing bukan lah si peragut yang suka meragut beg tangan orang...errk...ade ke Kambing meragut beg tangan ni??@_@'
So, berbalik pada topic asal entry ni, 'penchuri' ada di merata² tempat...tak kira la..kat sebelah korang ke, kat belakang umah ke...kat dalam umah ke..kat tempat keje ke..semua tu kene alert dan beware...trust no body while u guys not around...kadang² aku yang tak berupaya ada barang berharga pun, aku stil remind barang² yang tak berharga tu aku tak de la nak letak atas meja while aku ke tandas...(time keje la)...tak pasal ada yang merembat...hhehehe..contoh wallet, cell phone etc..^^'
Ni yang baru berlaku bile once pencuri kabel letrik..terkena padah ngan litar pintas saliran elektrik ke badan si pencuri kabel...haaaa..ni baru betul kene buku dengan ruas!
Kalau la pencuri² tu ada otak, tak de la jadik macam kisah budak curik kabel kene renjatan letrik...kalau mati tak pe lagi...tapi kalau yang umur panjang?tak ke suffer life dorang??Mane plak la nak letak muke yang separuh hangit ni??dah kene renjatan letrik..pehtuh kene masuk jail plak tu atas kesalahan begini...combo set la jawabnye!
Lain plak pencuri yang panjang tangan kat opis...time tu, hukuman dunia, dia terlepas...akhirat esok...sila la tanggung!^^

MARAN: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang sebuah tapak kilang lama, di sini, mengundang padah apabila dia nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Nak tahu lebih² pasal mamat ni..leh la click sini

Friday, April 22, 2011

Empat sekeluarga maut kemalangan

Hmmm...bila baca balik kisah tragedi 4 sekeluarga maut hari ni membuatkan aku terpikir sejenak ape la perasaan pada orang yang masih ada walaupun usianya menjangkau 100 tahun.@_@'
Orang cakap...biar la mati anak, jangan mati adat...tapi bagi aku, anak kalau dah mati...sape la nak sambung adat tu...begitu la nasib yang menimpa keluaga malang ni..apabila 4 sekeluarga maut dalam kemalangan jalan raya akibat berlanggar dengan trailer dari arah bertentangan....
Jadikan lah kisah mereka ini sebagai teladan...

PEKAN: Empat sekeluarga yang sedang dalam perjalanan untuk meraikan hari lahir datuk mereka yang ke-81 berakhir tragedi apabila kesemua mereka maut selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di KM63 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi.

Nak tahu perkara lanjut...meh la selak² harian metro hari ni pasal Empat sekeluarga maut kemalangan...@_@'

Contoh gambar kemalangan ngeri

Wednesday, April 20, 2011

Beware all Bloggers

Kali ni korang mesti lebih berjaga² terutama pompuan laa..yang kaki letak hand bag kat seat passenger tu kalau leh elak² kan lah letak bag kat situ yer...bukan ape, dah banyak kes dah pecah kete time tengah traffic jem...tak kira la apa jenis barang pon...macam laptop ke, barang² berharga ke...semua tu perampok² kat luar sana tu amat minat sekali...aku pon berjaga² juga dengan segala jenis barang² aku kat dalam kete...dalam skuter..semua laa..@_@
Sebab baru² ni kes rompakan dalam kete makin menjadi² dan akhirnya keluar gak kisah perampok yang suka menyamar konon eksiden la..kene hati² aaa...Aku pon baru tak baru gak la dapat berita dalam link ni..
Kalau nak ikutkan, apa aje cara sekali pon dorang mampu untuk mendapatkan apa yang dorang nak...tak kisah la korang kat rOmah ke..kat kedai mamak ke..kat pejabat ke..kat disco ke..semua tu terserah pada yang bernasib baik or nasib malang..
Berani mati jugak si peragut/perompak ni...siang² pon nak pedajal orang..tengah² jalan jem pon sanggup buat keje haram ni...sudah tak sudah, merana la orang yang dalam kereta tu...
Jom kita tengok aksi berani mati si peragut/perompak ala² separa ganaz ni...Sakit ati pon ada gak!



Demmit!>,<"

Sunday, March 27, 2011

Chernobyl Nuclear Power Plant

Pernah dengar tentang letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine?sape² yang familiar dengan kes ni??
Kejadian ni berlaku pada tahun 1986...semua facility kat negara tu agak modern juga la..tapi tak secanggih zaman sekarang...Kisah ni agak famous di kalangan negara² soviet..sebabnye pasal kelalaian sistem yang di cipta oleh manusia sendiri...
Nak ikut kan, kejadian ni berlaku masa tengah malam..antara jam 1 pagi waktu di sana..
Pada tarikh 26 April 1986, jam 01:23 reaktor (UTC +3) empat mengalami peningkatan daya bencana, menyebabkan letupan di dalamnya. Benda ni dah tersebar dalam jumlah besar bahan bakar dan bahan inti radioaktif ke atmosfera/ udara serta mencetuskan moderator grafit mudah terbakar. Grafit terbakar moderator meningkatkan pembebasan zarah radioaktif, yang dibawa oleh asap, sebagai reaktor tersebut belum terdapat oleh jenis kapal penahanan penapis. Kemalangan itu terjadi sepanjang percubaan yang dijadualkan untuk menguji teres kecemasan pendinginan ciri-ciri keselamatan yang berpotensi, yang terjadi selama prosedur shutdown secara normal. Tapi entah macam mana la boleh ada kesilapan teknikal menyebabkan salah satu loji nuklear tu meletup.
Yang bestnya, bila dah berlaku letupan...keadaan tak de plak kelam kabut seperti di Japan bebaru ni apabila salah satu loji nuklear di bandar Fukushima meletus...mungkin zaman tu agak kurang pendedahan terhadap radiasi nuklear, so langkah² keselamatan agak kurang la pada zaman tu. So akibatnya, ramai rakyat negara itu mengalami penyakit kanser dan kecacatan fizikal akibat kesan radiasi nuklear yang tersebar meluas negara tu...Tu pasal la kes letupan di loji Nuklear Fukushima di Japan bebaru ni, dorang cepat² bertindak meninggal kan bandar yang sudah tercemar dengan bahan radioaktif...macam² langkah berjaga² dan ada kali dorang kuarantin kan orang² yang dah terkena dengan bahan tercemar ni.
Kalau rasa nak tahu lebih lanjut pasal kejadian ni, leh masuk dalam link ni.
Lagi pun kalau aku terangkan agak banyak dan rasanya berjela² juga la..tak pun tengok dokumentary pasal Chernobyl ni dalam Youtube.

Reaktor nuklear selepas bencana. Reaktor 4 (tengah). Turbin bangunan (kiri bawah). Reaktor 3 (kanan tengah).

Lokasi Loji Kuasa Nuklear di Utara Ukraine

Permandangan dari sudut bangunan yang terbengkalai

Bangunan yang di tinggalkan di Pripyat

Contoh model Loji Nuklear

Akibat bencana di Chernobyl, kerosakan yang luas ke ruangan reaktor utama.

Salah satu video untuk tatapan umum setelah letupan meletus ke ruang udara, akibatnya..Bandar Chernobyl menjadi seperti bandar yang di tinggalkan akibat kesan radiasi nuklear pada tahun 1986.


So, satu dunia pun risau juga if situasi di negara Japan berlaku seperti kejadian di Chernobyl pada tahun 1986 ni...nasib baik la udara² yang tercemar dengan radioaktif tu tidak menuju ke arah negara kita...cuma langkah berjaga² perlu di ambil...aku pun turut simpati dengan kejadian sebegini...harap² tak de la awan or udara yang tercemar tu menuju ke sini kan...kesan dia agak mendalam..sampaikan sekarang bandar Chernobyl masih lagi di bawah kuarantin 'radioaktif'...huhuhuhuh...@_@'

Wednesday, March 16, 2011

Kesan Tsunami terhadap Anjing dan Haiwan lain

Semalam aku masih lagi bercerita tentang kisah kesan Tsunami terhadap haiwan selain manusia...kali ni aku baru je dapat satu video dari link ini menunjukkan kesetiaan seekor anjing terhadap seekor anjing lain yang cedera parah akibat Tsunami tempoh hari...
Bila kita tengok balik entry² sebelum ni, aku pernah ketengahkan kisah anjing² yang setia dalam kehidupan seharian kita...tak kira la yang suka anjing dan yang tidak menyukai anjing...tapi hakikatnya, Anjing ialah seekor binatang yang setia.No wonder lah Arwah tok wan aku pernah membela binatang cerdik dan setia ini untuk jaga tanah kebun nya.
Bukan aku nak bangga sangat tentang Anjing ini..cuma sebelum ini aku pernah postkan entry tentang kesetiaan anjing kepada tuannya yang dah mati, and it's true!^^

Berbalik pada topic kita hari ni ialah tentang 2 ekor anjing yang terselamat dari di bawa arus Tsunami...2 orang wartawan ini sedang berada di kawasan Arahama iaitu kawasan yang terjejas teruk akibat Tsunami.
Tak sangka plak dalam rakaman dorang terdapat seekor anjing yang agak kotor dan mungkin juga di miliki seseorang atas nama pada collar di lehernya itu.Tapi, di sebalik anjing ini, ada pula seekor lagi anjing yang terlentang cedera akibat Tsunami. Punya la ia setia menjaga seekor lagi anjing yang cedera parah itu, nasib baik la ada 2 orang wartawan merakamkan segala²-nya.


Ni ada translation dari bahasa jepun ke bahasa english di antara 2 orang wartawan yang bertugas ke kawasan Arahama.(translation courtesy of Toshiyuki Kitamura):

We are in Arahama area. Looks like there is a dog. There is a dog. He looks tired and dirty. He must have been caught in the tsunami. He looks very dirty.

He has a collar. He must be someone's pet. He has a silver collar. He is shaking. He seems very afraid.

Oh, there is another dog. I wonder if he is dead.

Where?

Right there. There is another dog right next to the one sitting down. He is not moving. I wonder. I wonder if he is alright.

The dog is protecting him.

Yes. He is protecting the dog. That is why he did not want us to approach them. He was trying to keep us at bay.

I can't watch this. This is a very difficult to watch.

Oh. Look. He is moving. He is alive. I am so happy to see that he is alive.

Yes! Yes! He is alive.

He looks to be weakened. We need to them to be rescued soon. We really want them rescued soon.

Oh good. He's getting up.

It is amazing how they survived the tremendous earthquake and tsunami. It's just amazing that they survived through this all.

So, aku harap ada la orang yang sempat datang menyelamatkan 2 ekor anjing yang kesejukan, kelaparan serta ketakutan tu..Insyaallah...dorang pasti selamat..cuma curious entah siapa la tuan punya anjing ni..adakah dia juga terkorban dalam kejadian Tsunami di Jepun?Pikir² kan lah yer....=(

Cat Survives Tsunami On A Wall

Kalau korang tengok tajuk entry ni, mesti korang terpikir sejenak berapa ramaikah mangsa Tsunami yang melanda negara matahari terbit iaitu Japan yang tak sempat mereka menyelamatkan diri akibat Gempa Bumi tempoh hari?
Kalau nak ikutkan, Allah maha mengetahui, bila kita pandang sudut mangsa² Tsunami yang berhempas pulas menyelamatkan diri masing², akhirnya tewas juga dengan kuasa Allah S.W.T..
Kat sini bukan la aku nak citer pasal mangsa Tsunami yang terdiri dari Manusia..Tapi masihkah korang terpikir tentang nyawa² makhluk lain seperi haiwan² ternakan dan haiwan² belaan dorang seperti anjing, kucing, arnab, hamster dan pelbagai...
Jadi, renung²kan lah....tengok bertapa siksanya kucing jalanan ini menempuh arus tsunami lalu berpaut pada rumput-rumput yanag ada di longkang untuk meneruskan kehidupan...
Aku dapat ni pon dari Google...tak tahu la sahih ke idok pic ni..tapi yang nyatanya, aku berdoa semoga kucing yang kesejukan dan kelaparan ni selamat lah yer...

Sian kucing ni kan...sib bek la nyawa dia panjang..sempat dia berpaut kat rumput² tu ketika di bawa arus deras...~_~'

Monday, March 14, 2011

Kemalangan Kereta langgar pokok

Malam minggu antara malam di mana aku plak malas nak keluar...bukan ape...semenjak kejadian Tsunami ni, aku kerap plak suke nak tahu news depan TV...bukan TV aje..CNN dalam tenet pon aku sempat ziarah lagi...bile malam minggu yang agak busy,tetibe lampu dapor aku plak kelip²..macam dah terbakar aje mentol kalimantang ni...tak pe laa..len kali ada masa aku tuko la...(Padahal dah ok lepas tu)@_@'
Tetibe aku terdengar ada bunyik orang jerit² macam ada sesuatu berlaku di luar sana...tambahan plak ada bunyik macam crash kat jalan raya...memang suspen la plak kan..aku ni bukan la nak sibuk pasal orang menjerit ke..tapi macam dah emergency la sangat...dalam pale otak aku terpikir ada orang bunuh diri ke? pecah kepala ke??woaaa...
Then....rupanya ada kemalangan jalan raya berhampiran dengan masjid area umah aku...yang hebatnye, kete kuning (aku rasa nissan or Honda lama) ni melintang ke pokok atas divider...Oh Memang Giler la kan!macam mana dia pandu sampai cuai sangat naik tengah² kaki lima siap berlaga dengan pokok lagi tu!
Haaaa...aku ada terdengar jugak masa dia pandu laju tu, dia sempat mengelak dengan orang berbasikal...lalu dia terbabas ke tengah jalan...sib bek la tak de kemalangan jiwa..cuma kereta yang arah bertentangan tu, penumpang dalam kete tu menjerit kuat² sebab ada bayi dalam kete tu MPV arah bertentangan...hummm...macam aksi drama la plak kan...layannzz je laahh...^^

Keadaan di mana Kereta Kuning terbabas hingga melanggar pokok...

Pokok yang belakang kete MPV tu melambung dari arah bertetangan...sib bek tak kene kete² lain..

Ramai plak kete² menyibuk..akibatnye berlaku la kesesakan lalu lintas dalam tempoh 45 minit

Selang beberapa minit lepas tu...Kereta pak Polis pon datang menyelamatkan keadaan

Kalau nak ikutkan, macam pelik plak kan...adakah punca dari nak mengelak dari basikal yang melintas??speechless...

Lepas satu jam datang plak Tow Truck a.k.a Longkai nak tarik ini kereta

Memang bermasalah sikit la bile nak tunda kete kuning tu...lagipun dia nyer bumper depan dah luruh...tambah plak melintang di kaki lima yang tinggi

Terpaksa la menolak sedikit demi sedikit...memang rosak abis skirting kiri kanan dia..

Tow truck nak amik position untuk menunda kereta kuning itu

Cermin depan abis pecah...akibat hentakan hebat pokok

Orang ramai mengalihkan pokok yang tercabut akibat kereta kuning tu langgar

Kerosakkan enjin mesti ada punye...

Agak remeh jugak keje orang tow truck ni eh?

Akhirnya...nampak jugak keremukan kereta ni akibat kecuaian dan kelalaian pemandu sendiri...jadi behati² di jalan raya ya!

Sunday, March 13, 2011

Gambar- gambar suasana Tsunami di Japan

Sekilas suasana Jepun Selepas Tsunami...apa yang pernah aku tengok sebelum ni ialah satu bencana dari Filem 2012...tapi ni semua takdir dari Allah S.W.T.
Yang baik di jadikan teladan dan yang buruk di jadikan sempadan..sama² lah kita berdoa untuk negara matahari terbit iaitu negara Jepun suatu negara yang agak maju dari segi pembangunan dan ekonomi...tapi akhirnya musnah akibat Tsunami yang melanda negara Asia itu.
Semua gambar² aku perolehi dari sumber google dan Facebook...God Bless Japan~

Anggota penyelamat mengusung warga emas...tapi aku paling suke moment gambar ni..shot yang baik!

Satelit menunjukkan wave of Tsunami...

Masing² sibuk menyelamatkan harta benda...

Sibuk telefon sanak saudara yang masih selamat

Antara mangsa yang masih selamat dalam runtuhan

Sukar untuk di percayai kerana ini adalah Gempa Bumi yang Ke-5 paling buruk dalam tempoh 100 tahun

Permandangan dari atas apabila susudah Tsunami

Kemusnahan yang agak teruk

Mangsa² yang di bawa ke Hospital

Speechless

Runtuhan tanah yang mengakibatkan kerosakkan teruk pada kereta² yang park kat sini

Impact daripada gegaran 8.9 skala Ritcher

Mangsa² sibuk menyelamatkan harta benda yang sempat di selamatkan

Kebakaran berlaku akibat Tsunami

Shot dari arah atas di mana Tsunami sedang melanda

Bomba sibuk memadamkan api dari atas bangunan akibat gempa bumi di Jepun

Mangsa yang menyelamatkan diri berada di tempat paling selamat selepas melihat Tsunami yang sedang berlaku di depan mata

Permandangan dari atas, bangunan² dan kereta² di bawa arus Tsunami setinggi 10 meter

Pray for Japan

Antara longgokan sampah sarap dan kereta² yang di bawa arus Tsunami

Suasana gegaran sempat di rakam di dalam sebuah bangunan..kelihatan 2 orang berpelukan sesama sendiri kerana ketakutan

Rumah dan Jalan raya rosak teruk akibat gegaran 8.9 Skala Ritcher

Suasana dari atas, kelihatan rumah² dan kayukayan dibawa arus Tsunami

Para pekerja di bangunan pejabat kelihatan panic melihat asap hitam muncul dari arah Timur Jepun

Anggota Tentera Jepun menyelamatkan mangsa Tsunami

Keadaan jalan raya agak rosak teruk akibat Gempa Bumi di Timur Fukushima, Jepun

Kelihatan tulisan S.O.S dari padang sekolah di daerah timur Jepun

Ombak Tsunami melanda Pantai di Timur Jepun

Kelihatan ramai mangsa² Tsunami beratur di padang sekolah untuk mendapatkan bantuan bekalan air bersih dari Kerajaan

Kalau korang tengok balik gambar² di atas seolah² Jepun tengah mengalami kesusahan yang agak teruk akibat Tsunami yang berlaku tempoh hari...Marilah kita sama² berdoa agar bantuan segera di hantar ke Jepun dengan secepat yang boleh.Semua gambar aku rembat dari Google dan sumber dalam Facebook.