Nuff²

Tweet

Showing posts with label Photoshoot. Show all posts
Showing posts with label Photoshoot. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

LAOS Journey Chapter 2

Last entry aku bercerita pasal aku sampai di bumi Laos...
Sekarang aku nak cite plak apo yang ado kat town Laos ni...walaupun aku pergi hanya sekejap, iaitu 3 hari 2 malam, bukan bermakna aku tak dapat menikmati pengalaman aku sepanjang aku berjalan di bumi Laos ni... Kerana aku di sini semata untuk sesuatu pekerjaan dan bukannya bercuti sakan macam sesetengah orang....
Hari yang sampai kat Sengtawan Riverside hotel ni, kami pon masing² amik port nak merokok la...nak berak mandi lah...nak kemas barang la..nak rest la...semua ada aktiviti memasing... kendian big bOss (client) ajak menepek kat restaurant dalam hotel tu... sana femes tomyam jugak...pure tomyam macam thailand jugak... kitorang tak makan ler daging or ayam, cuma oder tomyam seafood tak silap aku itu hari... ada la sayur sedikit sotong, udang dan jugak lala...
After makan tu, aku pon mula la amik pemerhatian di sekeliling kawasan yang kami duduk ni... sebab hotel yang kami duduk ni, betul² berdepanan dengan sungai Mekong... means depan seberang sungai tu ialah border Thailand sudeyyy!Tapi sayang sekali, sungai tu surut plak...kata deme, kalau nak sungai tu naik tunggu lah sehingga bulan October sebab ada festivel berakit di sungai Mekong...idok le teman nak duduk Laos lama²... hehehehe... Insyaallah, kalau ada rezeki aku pegi la melancong lagi di Laos ni...
Tapi nak di jadikan cite...tempat sini memang banyak temple dan juga bangunan bersejarah...aku tak sure sangat apa yang menarik di Laos ni, mungkin tempat ni currency pon murah...sebab duit Malaysia tinggi kat sini... lagi satu, orang² dorang pon ada yang tak pandai berbahasa english...jadi susah nak komunikasi...kedai² halal kat sini yang ada pun mamak jer... I mean, indian food and some of arabic cuisine...
Antara pic² dan tempat aku pergi ni tak de la jauh mana dari tempat penginapan kami.... cuma nak kene berjalan-jalan lah sikit...nasib baik la geografi dorang ni tak berbukit-bukau... then suhu kat sana tak sepanas negara kita... kira boleh lagi jejalan waktu panas terik sebab angin dia sepoi² bahasa...hehehehe...



 Ni lah hotel kitorang duduk kat Sengtawan Riverside


Ada plak mural gajah dan seangkatan dengannya

 Ini lokasi kami pada hari tu

 Berjalan sampai lah ke sini


 Antara moment² yang kitorang capture


 Teruskan berjalan hingga ke hujung untuk menaiki Tuk-tuk

Kami kerap berjalan ke sana kemari sampai lah penat dan berpeluh la jugak kalau ikutkan sometimes ada angin yang bertiup, sometimes tak de angin plak...haa..walaupun suhu Laos ni rendah sikit berbanding kita, aku rasa kita punye boleh basah kuyup baju yang di pakai...

Then kitorang naik tuk-tuk menuju ke tempat² yang boleh di klasifikasikan tempat perlancongan... bila bekerja, aku ikut client je yang bawakkan...jadi aku sendiri tak pasti tempat² yang dia bawak tu...al-maklum lah, kite ni ikOt org aje...

Di kaki lima Vientiane

Antara permandangan tokong mereka di sana

Kat sini pon cantik juga tempatnya

Sempat amik moment mereka di sini

Sepanjang perjalanan aku petang tu client request nak pergi jauh sikit...jadi terpaksalah tahan tuk-tuk untuk pergi sana...tawar punya tawar, kitorang gerak ke sana...kefahaman bahasa susah sikit sebab ape yang kita nak, tak mungkin benar² kita dapat... sebab ikutkan dia nak bawak satu tempat cantik mungkin kira² 1km dari situ... rupanya perjalanan tu bukan 1km, ianya 1jam... kira misscommunication kat situ lah jugak...so terpaksa lah patah balik, sebab jauh sangat worr...penat jugak lah naik tuk² jalan jauh² ni... O.o


 Sepanjang perjalanan kami


Kami terpaksa patah balik

Antara anak² lao yang mungkin baru balik berniaga bersama keluarga

 Baru ternampak rumah orang² berada di sana...selalu nampak rumah kampung aje



 Sunset di sungai Mekong... masa ni air surut sebab dorang cakap kalau nak tengok pesta air kene datang bulan Oktober

Kami sampai lebey kurang waktu² matahari dah turun, kami masuk hotel dan rehat² kan diri manakala client kami keletihan dan melepak di SPA bawah hotel... Dan malam tu, kitorang bersama² buat shooting malam punya scene... ada gak tempat² yang menarik...tapi keadaan tak mengizinkan sebab suasana lampu pada bangunan agak malap dan tak semengah KLCC punya lampu...jadi kami singgah pasar malam kat sepanjang sungai mekong...
 Di bazzar ala pasar malam kat sepanjang sungai mekong ni, ada pelbagai barang dorang jual...termasuklah baju, makanan, minuman, alkohol, ubat² herba, barang² antik dan lebih kurang macam kita punya downtown lah...cuma kat sini barang²nya more to barang² hasil keluaran dari negara dorang sendiri... Matawang yang boleh di pakai kat sini ialah Bath, USD, dan LaoKip... tapi dorang lagi suka terima USD...duit mesia tak dapat lah jack! ;)

Barang² original hand made yang di jual di sekitar bazar

 Yang ni dalam macam ada ular tedung la plak... deme kata untuk urut tenaga batin... O.o

 Kalau dah datang sini, memang kene shopping lah

 Abis photoshoot, my client terserempak ngan kawan dia kat sini...maybe datang vacation jugak kot...heheheh

Then after that, kitorang pon gerak...kebetulan masa tu client kitorang gi  mengopi... so kami pon start la beli sikit barang² souvenir untuk di bawak balik ke Malaysia... sebab esok pon dah nak balik kan...Harga pon tak de mahal mana sebab matawang dorang rendah...so kalau rege baju pon boleh la dapat beberapa jenis dengan harga yang murah...hahahahahaha....
So next vacation, kitorang plan nak ke negara 4 musim... akan di upload nanti... stay tune!







Sunday, September 28, 2014

LAOS Journey Chapter 1

Ehem²...
Kali ni aku nak cerita balik pengalaman pergi jelajah negara orang...tambahan negara yang di bawah pemerintahan tentera... negara mana lah gamaknye tu... haa...mana lagi, kalau bukan vietnam Laos...
Nama Laos ni jarang kuar kat TV or Internet...kalau ada pon ibarat seperti artis suam² kuku lah jugak...bermaksud negara yang suam² kuku gak la...mungkin tak ramai yang amik peduli pasal Laos ni, ramai pon seronok nak melawat Korea ataupun Thailand...
Bagi aku, perjalanan aku ke Laos bukan atas dasar seronok nak berjalan macam orang muda-mudi sekarang ni, pantang ada promotion dari MAS or Air Asia, paling lekeh pon FireFly... mesti pakat melangut depat komputer nak book ticket...as usual, aku ke sana atas urusan kerja... kerja apa yang boleh di kaitkan...haa...kerja² photostat photoshoot lah... :D
Laos kalau dalam peta merangkumi sebuah negara yang tanpa Pantai di Asia Tenggara! Laos bersempadan dengan Myanmar dan China dari barat laut kendian Vietnam plak kat belah timur Kemboja lak di selatan dan Thailand plak di barat... Rupanya negara Laos ni ialah negara Komunis (betulkan kalau aku salah)...no wonder lah banyak askar merayap di town² besar seperti Vientiane dan juga area Sungai Mekong...
Sapa yang tak familiar area Laos? Memang aku akui, tempat orang lain lah ragam dan adat serta budaya mereka di sana...Sesampai airport je, aku turun lepak airport,angin dia agak dingin dan matahari tegak di atas kepala, suhu di sana tetap sekitar 23-24 celcius...means sejuk² tak de sampai ke tulang lagi la... actually, berjalan 1 km pon tak de berpeluh mana...kendian carik money changer untuk tukar matawang dari Ringgit Malaysia ke Lao Kip... Seingat aku masa aku tukar wanga sekitar RM400 duit kita boleh la dapat dalam 1,000,477.66 lao kip...bile tengok duit juta ni rasa macam if Malaysia punya ringgit dapat berjuta² ni aku rasa dah boleh beli range rover, banglow...kan...ehehehhe... mata duitan betul aku...
Lepas tukar duit, benda penting aku nak carik ialah internet wifi...sekitar
Wattay International Airport ni, tak nampak plak yang free wifi... semua nak kene berbayau...jadi aku amik keputusan hembus asap sebatang dua untuk menikmati suasana nyaman di perkarangan Airport...
Selepas menghabiskan masa aku dalam setengah jam, baru la datang teksi limo amik aku dan lagi 3 orang yang sekali satu flight ngan aku...iaitu 2 orang client dan sorang lagi camera man macam aku la...dah nama pon keje kan... :P
Jam menunjukkan pukul 10, baru la teksi limo datang angkut kami ke satu daerah yang dekat dengan Sungai Mekong... hotel yang kami duduk tu di hadapan Sungai Mekong... nama otel tu ialah Sengtawan Riverside hotel... memang hotel ni agak convenience gak sebab di tengah² bandar Vientien...dekat dengan bazaar malam yang hari² bukak dan tutup awal..sekitar 10 malam...
Terdapat pelbagai kemudahan asas kat sini, bukan hanya teksi...transport utama kami ialah Tuk-tuk... kenderaan yang familiar di Thailand, India dan juga Philipines... Bagi aku, 1st time gak la merasa naik tuk-tuk ni...sebab negara sendiri mana ada kenderaan ringan...lagipun harga boleh di tawar² bukan macam teksi kita yang ada meter sentiasa... Makin pandai tawar-menawar...makin mudah lah urusan kita ke sana ke mari... :)


Sementara menunggu ketibaan geng² yang lain...

 Buku merah jangan lupa bawa!

 Suasana sekitar 7.30 am waktu Malaysia

 Fly high! 

 Dapat seat tepi tingkap ada untung juga...

 Sarapan pagi di atas udara...ape lagi kalau bukan nasik lemak Pak nasir!

Muke ngantok... tapi malas nak tidur...

Sampai sudah kita di Vientiane International Airport... Suhu pon suam² sejuk aje...


Ini lah batu bersurat yang berada disekitar aiport Vientiane...


 Aku akan update lagi citer tentang perjalanan ke Laos untuk chapter kedua pula...stay tune! ^^

Sunday, June 15, 2014

Wedding Photoshoot #Sijangkang


Biasa kalau buat photoshoot wedding paling tidak area ke arah Banting, Selangor...sebab kat sana kawasan pon tak de la jauh tak de la dekat sangat ke KL... Aku macam biasa siap pagi² dah hala ke arah Maju Mex ngan sorang partner aku yang buat photography jugak...
Biasa kitorang kalau dapat job photoshoot, dalam jam 10 akan berada di sana mengikut waktu dorang bersanding la jugok...sebab mekap artis start mekap pon sekitar 10.30am... dorang amik masa jugak la untuk mekap...dalam 1-2 jam gak la...heheheh...
Hari tu macam biasa, keadaan cuaca agak berlecak sikit sebab semalam tu hujan... aku yang kurang familiar kawasan² kebun orang ni, main jalan je mengikut sedap pedal minyak aku...tayar golek sekitar 9.30am... amik masa jugak nak sampai sana...tanpa berlengah² aku terus ke tempat yang bernama Sijangkang... kawasan ni memang ada pokok² kelapa sawit...kira kebun sendiri lah kan... macam biasa sesampai di sana, aku parking area kawasan lapang...maybe situ lah tempat tetamu nak parking² bile datang kenduri kan...
Hari Sabtu, cuti sekolah...memang meriah lah kenduri kendara macam ni...paling tidak pun bukan jiran atau sedara mara yang datang...retis pon ada datang jugak sapa lagi kalau bukan Pokcik TailOng iaitu Rosyam Nor...
Biasa la biler retis masuk kampung kan, macam² la kejadian² nak berselfie bersama retis...tenggelam la plak pengantin di majlis kawin dia, aku rasa dah jadi majlis suai kenal bersama fan club Rosyam Nor...hahahaha... Nak tak nak aku pon amik la gelagat tetamu yang datang bile bersama retis kann... rupanya Rosyam Nor tu ada kaitan persaudaraan ngan pengantin pompuan...so tak heran bukan Rosyam Nor aje yang datang...sorang lagi sape ntah nama dari band Def Gab C pon ada datang...aku lupe la plak sapa nama dia... tu plak sedara belah lelaki...
Tak hairanlah kalau yang datang retis ni mesti dapat jemputan sedara terdekat...apa pun nasib baik la cuaca baik sehingga petang kitorang buat outdoor pon tak ada masalah...cuma gerimis sikit time² nak Maghrib...tu tanda nak mintak kita balik awal... apapun memang seronok dapat jumpe retis² yang tak kurang sombongnye... :)

 Di perkarangan Surau... Cuaca menarik sekali

Kerja² mengeluarkan barangan kamera...

Memberi sedikit pose² yang boleh di guna pakai dari gambar² dalam internet...

Kitorang buat photoshoot until the sun goes down...

Kasut abis kene lecak akibat ujan lebat semalam...

Apapun memang amat berpuas hati sebab dapat buat photoshoot sehingga matahari terbenam...
Aku akan ceritakan lagi next chapter of wedding photoshoot...stay tune! :D

Wednesday, June 4, 2014

Photoshoot

Musim cuti sekolah macam biasa kalau yang syok pon kala cuti sekolah ni, boleh jejalan ngan famili pegi ceruk dunia... tapi itu dalam minda kanak² lah kan... macam kita ni tak de la nak rasa sangat...paling tidak pon jalan kurang la kesesakan... (eh ye ke?)... peh tuh kenduri plak melambak² hantar kad jemputan... maklumlah, cuti sekolah orang cakap musim kawin pon menjadi²...well, bukan haiwan je yang ada mating season tau...manusia pon hado... ko hado? haaaa...
Bila kaitkan kisah cuti sekolah, ofcoz la ada kisah di mana setiap kali cuti sekolah mesti ada jemputan kenduri kawin...bukan kenduri sesaja yer... kira macam aku buat part time job gak lah...bukan jadi mak andam ye anak²... aku buat photoshoot untuk majlis perkahwinan...tak kira lah apa majlis pon..even berkhatan or aqeqah or hari jadi sokmo... cuma kat sini aku boleh terangkan di mana musim cuti sekolah ialah musim kamera aku plak nak capture di saat² orang bina masjid...hehehehe..

Antara moment yang menarik

Antara pic outdoor dari client

Aku tak leh nak letak banyak pic kat sini...sebab memang ada page untuk semua pic² dari majlis² kawin since aku dan partner aku buat... korang boleh masuk dalam laman FB Freeze da' Moment...
Dalam ni ada pelbagai pakej yang boleh di katakan menjadi pilihan since last year beroperasi... moh la pakat like page aku tu... :)

Wednesday, December 12, 2012

Shooting for Astro Tutor TV Chapter 2

Ok, kali ni kisah journey aku dan crew ke arah utara...nampak gaya cuaca pon menarik sepanjang perjalanan...aku berharap dapat jugak lah sampai ke tempat yang sepatutnya kami tuju...selepas berhenti seketika di sebalik lebuh raya PLUS untuk shoot sikit video tentang topik Hasil Bumi untuk Astro Tutor TV subjek Geografi, kitorang menuju terus ke arah utara semenanjung...iaitu Taiping! ^^
Kenapa kitorang pilih lokasi Taiping? Kerana lokasi itu adalah lokasi taburan hujan yang paling banyak dalam subjek kita...aku sendiri pon tak amik paper Geog SPM al-maklumlah, aku sekolah Teknik...elektif subjek yang wajib kitorang amik untuk course kitorang...^^'
After jelajah Ipoh, kitorang amik masa selama 1 jam je nak jejak tanah Taiping ni...very the old school la town kat sini...aku pon pernah jejak sekali sekitar tahun 1991 dengan family aku...time tu pon kitorang dari perjalanan arah utara...tapi dah lama sangat la beb...aku pon start la bukak lensa kamera aku dan snap setiap detik² perjalanan aku kat sana...^^
Taiping tak de la besar mana pon...cuma yang paling besar kat situ aku boleh nampak dari jauh ialah Bukit Larut...aku juga pernah sampai ke atas puncak Bukit Larut sekitar tahun 1997...masa tu pon ada school camping kan...aku ni kira minat mendaki gunung time zaman sekolah je la...time sekarang tak dapat la...perot pon dah macam pouch bag! woha! ahahhaha..^^'
Tup² sampai kat town, agak ujan gerimis lah...sesuai ngan subjek kitorang ni...shoot jugak la walau hujan...tapi sampai je kat Taiping lake garden, ujan pon dah berhenti...lagi mudah nak amik video dan jugak gambar kesan hujan dan juga kabus² dari puncak Bukit Larut! ^^

Taiping town....time ni hujan gerimis..^^

Mungkin clock tower ni antara menara jam yang tertua kat pekan ni kot..^^'

Sampai sudah kami di sini..

Focus on tasik yang masih belum di cemari..

Ada jugak kelibat menatang ni kat sini

Teringat aku kat Taman Tasik Titiwangsa sekitar tahun 90-an ade la gak mende alah ni

Kabus dari puncak Bukit Larut

Playground pon ada kat sini...sesuai untuk kanak² seisi keluarga


Ada gak mak bapak yang kaki mancing kat sini

Port pokok besar² di jadikan pilihan untuk shooting

Shooting sepanjang jalan~


Alhamdulillah, selepas selesai semua tu...kitorang di bawa ke satu tempat baekkk punye...kalau korang dapat agak la, aku belanja korang cendol satu mangkOk...hahahaha...^^
So, stay tune for next chapter of travel and journey for Astro Tutor TV..^^




Wednesday, September 19, 2012

Qaseh Ramadhani 1st Birthday

Haiizz...rata² ceruk dunia mesti ada jamuan makan hari raya...tak kurang juga jamuan hari jadi buat anak² kengkawan...kadang² aku (yang tak de anak ni & mempunyai anak bulus je kat rOmah) di jemput untuk menghadiri jamuan hari jadi anak dorang...termasuklah member lama aku sorang ni...bile aku dapat jemputan, takkan la aku tak pergi kan...lagi pun dah lama sgt tak jumpe dia...bila tengok tarikh tu, aku tak busy dan sempat la aku pergi ke majlis besar-besaran tu!^^
Dorang buat birthday party tu dekat dalam JKids Tropicana City Mall...dalam tu ada pelbagai jenis mainan kanak² termasuklah aku yang jakun nak main sama dengan dorang nyer toys...^^
Bile tengok susuk tubuh badan aku yang 'sasa' ni, agak tak sesuai la aku nak sebaris ngan dorang main buai laju² kan...jadik aku lah tukang amik gambar sementara member aku dah ada tempah orang amik gambar bersempena dengan hari jadi anaknya yang ke 1 tahun...pheewwiiitt! Qaseh baru setahun jagung ya! HAPPY 1st BIRTHDAY & Welcome to the world!!\^0^/
Majlis di raikan dengan keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai...walaupun aku ni tergolong dalam kumpulan 'kawan' yang tak de anak...maka adillah aku untuk menerima goodies bag dari penganjur majlis kan?(muke tak malu)^^'
Once bila dah belasah kek, satay, spagetti dan finger food...perot terpaksa la aku sidai kat playground dalam Jkids tu...wow..memang menarik suasana kat dalam ni..orang cakap kalau bawak anak² or 'fruit children' pon pasti dorang suka! ^^
Dalam pukul 6 lebey, aku pon menghabiskan sisa² asap rokok dah terus balik keromah dalam keadaan kekenyangan...tak gitu?^^'

 Preparation

 Majlis lebih meriah jika ramai anak² kecil
 Makcik² Qaseh

Antara juadah yang membuatkan kanak² terliuq~  

 Birthday girl yang agak kurang sihat

 Haaappy birthday Qaseh!

Juadah aku pada petang tu...^^

Seisi photoshoot untuk si cilik ni

Wahh...pandai pandang lensa aku yang murah ni...^^

 Muke letih...maklumlah, lepas seisi bergambar dengan semua orang..

 Jkid Tropicana City Mall ada kemudahan playground

Semuanya empuk dan lembut...boleh la baling² budak kat sini...^^

Antara goodies bag yang aku dapat hari tu