Nuff²

Tweet

Showing posts with label Gempa Bumi di Jepun. Show all posts
Showing posts with label Gempa Bumi di Jepun. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Gambar-gambar Haiwan yang terselamat dari Bencana Tsunami

Kali ni aku nak post plak tentang haiwan² yang terselamat akibat bencana gempa bumi dan Tsunami dia Timur Jepun..sebab sebelum ni aku ada post entry tentang orang² yang terselamat akibat bencana buruk itu...Kira Fair and Square kalau aku postkan N3 tentang haiwan² yang terselamat di sana...
Cuma kasihan bila ada segelintir haiwan yang masih terselamat akibat Tsunami, tetibe tak de sapa nak claim dorang as a Pet...contoh macam anjing² dan kucing² terselamat...then tak de sapa yang sudi yang datang pickup mereka sebab mungkin owner dorang dah terkorban akibat bencana tersebut...
Ni ada la sedikit shot² yang di kaut dari laci encik google...aku harap animal rescuer juga wujud di negara kita untuk bencana seperti banjir, tanah runtuh...etc...


2 Ekor anjing yang survive setia menunggu bantuan sampai...

Antara detik² yang tak dapat di lupakan bila kucing nya terselamat dari di bawa arus Tsunami

Burung² yang hanyut sempat di selamatkan oleh pasukan penyelamat haiwan

Burung ini tekena tempias Tsunami

Anjing yang sempat mereka selamatkan ketika detik² cemas

Antara kucing yang terselamat dari timbunan kayu dan batu

The dog and the owner save

Anjing yang terselamat dari timbunan kayu²

Terharu bila anjing ini di jumpai

LOST and FOUND



Aku sertakan sekali video ni...korang tengok je lah yer...^^

Voiceover: After the earthquake, the citizens return to their changed town.

Woman: I had a cat, and when the tsunami came, I looked for it. But I couldn't find it, so I had to escape.

VO: When they go into the house...

Man: So what was this room?

W: This was the dining room.

M: That's a tree from outside?

W: Yeah, that's amazing...

W: Ah! The cat's alive! I can hear it!

M: That's great! It looks like it escaped to the second floor when the tsunami came.


Wednesday, March 16, 2011

Kesan Tsunami terhadap Anjing dan Haiwan lain

Semalam aku masih lagi bercerita tentang kisah kesan Tsunami terhadap haiwan selain manusia...kali ni aku baru je dapat satu video dari link ini menunjukkan kesetiaan seekor anjing terhadap seekor anjing lain yang cedera parah akibat Tsunami tempoh hari...
Bila kita tengok balik entry² sebelum ni, aku pernah ketengahkan kisah anjing² yang setia dalam kehidupan seharian kita...tak kira la yang suka anjing dan yang tidak menyukai anjing...tapi hakikatnya, Anjing ialah seekor binatang yang setia.No wonder lah Arwah tok wan aku pernah membela binatang cerdik dan setia ini untuk jaga tanah kebun nya.
Bukan aku nak bangga sangat tentang Anjing ini..cuma sebelum ini aku pernah postkan entry tentang kesetiaan anjing kepada tuannya yang dah mati, and it's true!^^

Berbalik pada topic kita hari ni ialah tentang 2 ekor anjing yang terselamat dari di bawa arus Tsunami...2 orang wartawan ini sedang berada di kawasan Arahama iaitu kawasan yang terjejas teruk akibat Tsunami.
Tak sangka plak dalam rakaman dorang terdapat seekor anjing yang agak kotor dan mungkin juga di miliki seseorang atas nama pada collar di lehernya itu.Tapi, di sebalik anjing ini, ada pula seekor lagi anjing yang terlentang cedera akibat Tsunami. Punya la ia setia menjaga seekor lagi anjing yang cedera parah itu, nasib baik la ada 2 orang wartawan merakamkan segala²-nya.


Ni ada translation dari bahasa jepun ke bahasa english di antara 2 orang wartawan yang bertugas ke kawasan Arahama.(translation courtesy of Toshiyuki Kitamura):

We are in Arahama area. Looks like there is a dog. There is a dog. He looks tired and dirty. He must have been caught in the tsunami. He looks very dirty.

He has a collar. He must be someone's pet. He has a silver collar. He is shaking. He seems very afraid.

Oh, there is another dog. I wonder if he is dead.

Where?

Right there. There is another dog right next to the one sitting down. He is not moving. I wonder. I wonder if he is alright.

The dog is protecting him.

Yes. He is protecting the dog. That is why he did not want us to approach them. He was trying to keep us at bay.

I can't watch this. This is a very difficult to watch.

Oh. Look. He is moving. He is alive. I am so happy to see that he is alive.

Yes! Yes! He is alive.

He looks to be weakened. We need to them to be rescued soon. We really want them rescued soon.

Oh good. He's getting up.

It is amazing how they survived the tremendous earthquake and tsunami. It's just amazing that they survived through this all.

So, aku harap ada la orang yang sempat datang menyelamatkan 2 ekor anjing yang kesejukan, kelaparan serta ketakutan tu..Insyaallah...dorang pasti selamat..cuma curious entah siapa la tuan punya anjing ni..adakah dia juga terkorban dalam kejadian Tsunami di Jepun?Pikir² kan lah yer....=(

Cat Survives Tsunami On A Wall

Kalau korang tengok tajuk entry ni, mesti korang terpikir sejenak berapa ramaikah mangsa Tsunami yang melanda negara matahari terbit iaitu Japan yang tak sempat mereka menyelamatkan diri akibat Gempa Bumi tempoh hari?
Kalau nak ikutkan, Allah maha mengetahui, bila kita pandang sudut mangsa² Tsunami yang berhempas pulas menyelamatkan diri masing², akhirnya tewas juga dengan kuasa Allah S.W.T..
Kat sini bukan la aku nak citer pasal mangsa Tsunami yang terdiri dari Manusia..Tapi masihkah korang terpikir tentang nyawa² makhluk lain seperi haiwan² ternakan dan haiwan² belaan dorang seperti anjing, kucing, arnab, hamster dan pelbagai...
Jadi, renung²kan lah....tengok bertapa siksanya kucing jalanan ini menempuh arus tsunami lalu berpaut pada rumput-rumput yanag ada di longkang untuk meneruskan kehidupan...
Aku dapat ni pon dari Google...tak tahu la sahih ke idok pic ni..tapi yang nyatanya, aku berdoa semoga kucing yang kesejukan dan kelaparan ni selamat lah yer...

Sian kucing ni kan...sib bek la nyawa dia panjang..sempat dia berpaut kat rumput² tu ketika di bawa arus deras...~_~'

Sunday, March 13, 2011

Gambar- gambar suasana Tsunami di Japan

Sekilas suasana Jepun Selepas Tsunami...apa yang pernah aku tengok sebelum ni ialah satu bencana dari Filem 2012...tapi ni semua takdir dari Allah S.W.T.
Yang baik di jadikan teladan dan yang buruk di jadikan sempadan..sama² lah kita berdoa untuk negara matahari terbit iaitu negara Jepun suatu negara yang agak maju dari segi pembangunan dan ekonomi...tapi akhirnya musnah akibat Tsunami yang melanda negara Asia itu.
Semua gambar² aku perolehi dari sumber google dan Facebook...God Bless Japan~

Anggota penyelamat mengusung warga emas...tapi aku paling suke moment gambar ni..shot yang baik!

Satelit menunjukkan wave of Tsunami...

Masing² sibuk menyelamatkan harta benda...

Sibuk telefon sanak saudara yang masih selamat

Antara mangsa yang masih selamat dalam runtuhan

Sukar untuk di percayai kerana ini adalah Gempa Bumi yang Ke-5 paling buruk dalam tempoh 100 tahun

Permandangan dari atas apabila susudah Tsunami

Kemusnahan yang agak teruk

Mangsa² yang di bawa ke Hospital

Speechless

Runtuhan tanah yang mengakibatkan kerosakkan teruk pada kereta² yang park kat sini

Impact daripada gegaran 8.9 skala Ritcher

Mangsa² sibuk menyelamatkan harta benda yang sempat di selamatkan

Kebakaran berlaku akibat Tsunami

Shot dari arah atas di mana Tsunami sedang melanda

Bomba sibuk memadamkan api dari atas bangunan akibat gempa bumi di Jepun

Mangsa yang menyelamatkan diri berada di tempat paling selamat selepas melihat Tsunami yang sedang berlaku di depan mata

Permandangan dari atas, bangunan² dan kereta² di bawa arus Tsunami setinggi 10 meter

Pray for Japan

Antara longgokan sampah sarap dan kereta² yang di bawa arus Tsunami

Suasana gegaran sempat di rakam di dalam sebuah bangunan..kelihatan 2 orang berpelukan sesama sendiri kerana ketakutan

Rumah dan Jalan raya rosak teruk akibat gegaran 8.9 Skala Ritcher

Suasana dari atas, kelihatan rumah² dan kayukayan dibawa arus Tsunami

Para pekerja di bangunan pejabat kelihatan panic melihat asap hitam muncul dari arah Timur Jepun

Anggota Tentera Jepun menyelamatkan mangsa Tsunami

Keadaan jalan raya agak rosak teruk akibat Gempa Bumi di Timur Fukushima, Jepun

Kelihatan tulisan S.O.S dari padang sekolah di daerah timur Jepun

Ombak Tsunami melanda Pantai di Timur Jepun

Kelihatan ramai mangsa² Tsunami beratur di padang sekolah untuk mendapatkan bantuan bekalan air bersih dari Kerajaan

Kalau korang tengok balik gambar² di atas seolah² Jepun tengah mengalami kesusahan yang agak teruk akibat Tsunami yang berlaku tempoh hari...Marilah kita sama² berdoa agar bantuan segera di hantar ke Jepun dengan secepat yang boleh.Semua gambar aku rembat dari Google dan sumber dalam Facebook.

Friday, March 11, 2011

Japanese Earthquake / Tsunami TV Coverage

Masyaallah!!Istifar banyak² bila tengok video ni..
Aku pon baru dapat link dari kawan² aku yang menyatakan gempa bumi besar telah berlaku dan menghentam Jepun timur mencetuskan tsunami yang telah menyebabkan kerosakan seluruh wilayah di daerah Fukushima.

TV Jepun menunjukkan kereta, kapal dan bahkan bangunan yang menyapu Wilayah Fukushima, setelah gempa berkekuatan 8:8.

Para pegawai mengatakan gelombang setinggi 6m (20ft) boleh menyerang pantai.

Gempa melanda sekitar 250 batu (400 km) dari Tokyo pada kedalaman 20 kilometer, menggoncang bangunan di ibu kota selama beberapa minit.

Mungkin akan berlaku Tsunami di sekitar Sabah dan Indonesia...Kenaikan aras laut dan ombak besar yg akan dijangka melanda pantai Sabah dan Labuan jam 6 petang &seterusnya. Kenaikan aras laut dan ombak besar yg akan dijangka melanda pantai Sabah dan Labuan jam 6 petang &seterusnya. Jgn berada di kawasan pantai.. >_<





Istifar banyak² bila tengok video ni..