Nuff²

Tweet

Showing posts with label Jalan² cari Makan². Show all posts
Showing posts with label Jalan² cari Makan². Show all posts

Sunday, September 28, 2014

LAOS Journey Chapter 1

Ehem²...
Kali ni aku nak cerita balik pengalaman pergi jelajah negara orang...tambahan negara yang di bawah pemerintahan tentera... negara mana lah gamaknye tu... haa...mana lagi, kalau bukan vietnam Laos...
Nama Laos ni jarang kuar kat TV or Internet...kalau ada pon ibarat seperti artis suam² kuku lah jugak...bermaksud negara yang suam² kuku gak la...mungkin tak ramai yang amik peduli pasal Laos ni, ramai pon seronok nak melawat Korea ataupun Thailand...
Bagi aku, perjalanan aku ke Laos bukan atas dasar seronok nak berjalan macam orang muda-mudi sekarang ni, pantang ada promotion dari MAS or Air Asia, paling lekeh pon FireFly... mesti pakat melangut depat komputer nak book ticket...as usual, aku ke sana atas urusan kerja... kerja apa yang boleh di kaitkan...haa...kerja² photostat photoshoot lah... :D
Laos kalau dalam peta merangkumi sebuah negara yang tanpa Pantai di Asia Tenggara! Laos bersempadan dengan Myanmar dan China dari barat laut kendian Vietnam plak kat belah timur Kemboja lak di selatan dan Thailand plak di barat... Rupanya negara Laos ni ialah negara Komunis (betulkan kalau aku salah)...no wonder lah banyak askar merayap di town² besar seperti Vientiane dan juga area Sungai Mekong...
Sapa yang tak familiar area Laos? Memang aku akui, tempat orang lain lah ragam dan adat serta budaya mereka di sana...Sesampai airport je, aku turun lepak airport,angin dia agak dingin dan matahari tegak di atas kepala, suhu di sana tetap sekitar 23-24 celcius...means sejuk² tak de sampai ke tulang lagi la... actually, berjalan 1 km pon tak de berpeluh mana...kendian carik money changer untuk tukar matawang dari Ringgit Malaysia ke Lao Kip... Seingat aku masa aku tukar wanga sekitar RM400 duit kita boleh la dapat dalam 1,000,477.66 lao kip...bile tengok duit juta ni rasa macam if Malaysia punya ringgit dapat berjuta² ni aku rasa dah boleh beli range rover, banglow...kan...ehehehhe... mata duitan betul aku...
Lepas tukar duit, benda penting aku nak carik ialah internet wifi...sekitar
Wattay International Airport ni, tak nampak plak yang free wifi... semua nak kene berbayau...jadi aku amik keputusan hembus asap sebatang dua untuk menikmati suasana nyaman di perkarangan Airport...
Selepas menghabiskan masa aku dalam setengah jam, baru la datang teksi limo amik aku dan lagi 3 orang yang sekali satu flight ngan aku...iaitu 2 orang client dan sorang lagi camera man macam aku la...dah nama pon keje kan... :P
Jam menunjukkan pukul 10, baru la teksi limo datang angkut kami ke satu daerah yang dekat dengan Sungai Mekong... hotel yang kami duduk tu di hadapan Sungai Mekong... nama otel tu ialah Sengtawan Riverside hotel... memang hotel ni agak convenience gak sebab di tengah² bandar Vientien...dekat dengan bazaar malam yang hari² bukak dan tutup awal..sekitar 10 malam...
Terdapat pelbagai kemudahan asas kat sini, bukan hanya teksi...transport utama kami ialah Tuk-tuk... kenderaan yang familiar di Thailand, India dan juga Philipines... Bagi aku, 1st time gak la merasa naik tuk-tuk ni...sebab negara sendiri mana ada kenderaan ringan...lagipun harga boleh di tawar² bukan macam teksi kita yang ada meter sentiasa... Makin pandai tawar-menawar...makin mudah lah urusan kita ke sana ke mari... :)


Sementara menunggu ketibaan geng² yang lain...

 Buku merah jangan lupa bawa!

 Suasana sekitar 7.30 am waktu Malaysia

 Fly high! 

 Dapat seat tepi tingkap ada untung juga...

 Sarapan pagi di atas udara...ape lagi kalau bukan nasik lemak Pak nasir!

Muke ngantok... tapi malas nak tidur...

Sampai sudah kita di Vientiane International Airport... Suhu pon suam² sejuk aje...


Ini lah batu bersurat yang berada disekitar aiport Vientiane...


 Aku akan update lagi citer tentang perjalanan ke Laos untuk chapter kedua pula...stay tune! ^^

Sunday, October 21, 2012

Pantai Bagan Lalang

Wow! Hampir 3 minggu aku tak hapdet pasal cite² best dalam blog ni al-maklum lah...keje mencemburui aku...lagi pon, UPSR dah abis..PMR pon dah abis kan...^^'
Musim² cuti macam ni la aku terpikir nak santai²...tapi ini pon aku pikir unexpected journey aje..sebab cadangnya nak pergi kenduri bersunat adik member aku...tapi terlajak ke tepian pantai la plak...^^'
Kitorang dapat jemputan kenduri kat area Banting...aku pon tak pernah la pergi Banting..ni kira 1st time la...sambil² tu aku bawak gak tuan director aku dari Korea tu iaitu mr.Yu...dia pon lagi aaa seronok nak jejalan ni...orang luar kalau di ajak berlajan, cepat² bungkus kain baju packing siap² nak ikut sertai sama...aku tarak hal je..janji cukupkan kuata dalam kete aku, aku jalankan aje...hehehehe...^^
Sesampai di Banting, kami sesat...kami datang dengan 2 buah kete...carik punya carik..pekan Banting bukan la besar sangat nak di bandingkan dengan Pekan Teluk Intan...itu pada pandangan aku la..sebab aku pon fail jejalan nak ke arah selatan Selangor ni...tambahan pula tak de sesapa pon offer GPS untuk kegunaan di saat kecemasan...bile pikirkan balik, aku tak perlukan semua tu sebab aku hanya berlandaskan papan signboard yang sentiasa terpacak kat laluan² situ...^^
Alhamdulillah, akhirnya kami 2 buah kereta sampai walaupun di situ cuaca amat panas...matahari terpacak terik sampai boleh membakar kulit...tak sangka plak sok-sek-sok-sek ngan member aku dia cakap rumah dia dekat dengan pantai Morib...^^
Punya la terkinja² kitaorang nak berendam dalam air masin..Mr.Yu pon apa lagi...dia cakap dia tak kisah janji sampai kat sana je...lepas je kitorang bedal nasik kenduri, kitorang pon bergegas ke arah pantai Morib yang rasanya kurang beberapa kilometer dari rumah member aku ni.^^
Dalam jam 4 petang macam tu, kami pon sampai di pantai Morib...punya la ramai umat dok tengah mandi walaupun jam menunjukkan pukul 4 petang! Punya la nak berendam kan...aku pon carik la parking, tengok² macam tak de je petak paking yang kosong...jadi kitorang pon keluar la dari kawasan pantai Morib tu dan menuju ke pantai seterusnya iaitu pantai Bagan Lalang!^^
Aku pernah dengar, ada ikan bakar sedap dekat Bagan Lalang tu...betoi ka? Nak tak nak kita redah je la tengok keadaan kat sana berbanding pantai Morib yang aku tengok sesak gile dengan manusia²...^^

Kat kenduri kitorang bedal semua lauk sampai kenyang

Ni lauk yang aku rembat sampai 2 pinggan!^^

Sesampai di pantai Bagan lalang, cuaca agak terik petang tu

Ada jugak kelibat² dugong berpeleseran...hehehehe..

Bile dah petang sikit, makin membiak² manusia kat pantai

Dah penat mandi...hahahahaha~

Antara shot yang sempat di amik

Berjalan mencari satu spot untuk tengon sunset

Mr.Yu dan Khairul

Ini shot yang dapat aku amik...tapi gelap sikit la..:(

Mr.Yu memang suke nak amit shot² sunset ni

Tudia...tetibe datang plak mini scrambler masuk persisiran pantai...aku ingat ATV tadi

Antara shot² yang boleh di jadikan kenangan


Ikan bakar Bagan Lalang? Memang malam tu kitorang pekena Ketam sambal dengan pari bakar...perghhh..nikmat rasanya...makan punya pasal sampai gambar makanan yang kitorang makan pon tak di snap...heheheh..next time aku wat entri makan² Ikan bakar lagi...wokeh! ^^

Wednesday, September 19, 2012

Qaseh Ramadhani 1st Birthday

Haiizz...rata² ceruk dunia mesti ada jamuan makan hari raya...tak kurang juga jamuan hari jadi buat anak² kengkawan...kadang² aku (yang tak de anak ni & mempunyai anak bulus je kat rOmah) di jemput untuk menghadiri jamuan hari jadi anak dorang...termasuklah member lama aku sorang ni...bile aku dapat jemputan, takkan la aku tak pergi kan...lagi pun dah lama sgt tak jumpe dia...bila tengok tarikh tu, aku tak busy dan sempat la aku pergi ke majlis besar-besaran tu!^^
Dorang buat birthday party tu dekat dalam JKids Tropicana City Mall...dalam tu ada pelbagai jenis mainan kanak² termasuklah aku yang jakun nak main sama dengan dorang nyer toys...^^
Bile tengok susuk tubuh badan aku yang 'sasa' ni, agak tak sesuai la aku nak sebaris ngan dorang main buai laju² kan...jadik aku lah tukang amik gambar sementara member aku dah ada tempah orang amik gambar bersempena dengan hari jadi anaknya yang ke 1 tahun...pheewwiiitt! Qaseh baru setahun jagung ya! HAPPY 1st BIRTHDAY & Welcome to the world!!\^0^/
Majlis di raikan dengan keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai...walaupun aku ni tergolong dalam kumpulan 'kawan' yang tak de anak...maka adillah aku untuk menerima goodies bag dari penganjur majlis kan?(muke tak malu)^^'
Once bila dah belasah kek, satay, spagetti dan finger food...perot terpaksa la aku sidai kat playground dalam Jkids tu...wow..memang menarik suasana kat dalam ni..orang cakap kalau bawak anak² or 'fruit children' pon pasti dorang suka! ^^
Dalam pukul 6 lebey, aku pon menghabiskan sisa² asap rokok dah terus balik keromah dalam keadaan kekenyangan...tak gitu?^^'

 Preparation

 Majlis lebih meriah jika ramai anak² kecil
 Makcik² Qaseh

Antara juadah yang membuatkan kanak² terliuq~  

 Birthday girl yang agak kurang sihat

 Haaappy birthday Qaseh!

Juadah aku pada petang tu...^^

Seisi photoshoot untuk si cilik ni

Wahh...pandai pandang lensa aku yang murah ni...^^

 Muke letih...maklumlah, lepas seisi bergambar dengan semua orang..

 Jkid Tropicana City Mall ada kemudahan playground

Semuanya empuk dan lembut...boleh la baling² budak kat sini...^^

Antara goodies bag yang aku dapat hari tu

Tuesday, July 10, 2012

Kedai Pau Yik Mun, Tanjung Malim

Musim cuti sem kat UPM dah mula start...jadi kali ni nak kene angkut segala mak nenek yang ada kat kolej adik aku la kan...nak di jadikan cite, terpaksa la kami plan siap² nak bawak sederap barang² adik aku yang berlambak² tu...lagipun, ayah aku plak sibuk nak suruh hantar pokok anak buluh yang datang jauh dari negeri pantai timur...nak tak nak, plan pon terpaksa la di teruskan juga..^^
Pada ahad lepas, aku plan ngan famili aku suruh check point kat Tanjung Malim aje...memandangkan ada anak buah aku yang kecik comel tu...kitorang plan nak balik hari lah yer..lagipon esoknye dah Isnin, dah tentu² semua sibuk nak start keje kan...Dorang tak kisah pon, so senang cite..jumpe je kat Pekan Tanjung Malim...Aku yang drebar ni pon tak de mase la nak godek² google map untuk area Tanjung Malim ni...apa yang aku dengar, ada satu kedai Pau yang femes kat situ...nama tempat tu Kedai Pau Yik Mun tak salah aku...Adik aku senang citer suruh jumpe kat UPSI aje, senang untuk amik berkilo² barang adik aku...tak pe lah, Pau punyer pasal...kami pon check in kat Kedai Pau Yik Mun tu...^^
Kedai Pau ni berkonsepkan Kopitiam...ala² kedai kopi kat pekan kecil la kan..tak de la macam sesetengah kedai kopitiam kat kL ni..macam² jenis makanan pon dorang tibai dalam menu...dari roti bakar hinggalah ke mee kari..tapi di Kedai Yik Mun ni, hanya femes pau je aku dengar terbaeeekk~^^'
Tengah hari tu tak tau nak makan ape, oder je la pau kat situ..Pelbagai jenis pau ada kat kedai tu...dari pau manis² sehinggalah ke Pau yang berintikan daging dan ayam...pekena teh tarik segelas dua pon hokay per..aku try white coffee dari kedai ni...apa pun we all agak gumbira sekali bile dapat berjumpe kat kedai Pau tu...makan sambil sembang² sampai petang...^^
 Haa...ini lah kedainye..^^

 Mom and Sissy~

 The bross~

 Teh tarik kurang maniss~

 4 biji pau lembut yang berintikan Ayam

 My brother in law with my niece..^^

 Lembut aje pau ayam ni...sekali rasa nak lagi..^^

 Memeyyy aaaarrrr~

 Nisa with her bite of 'Kaya' Pau

Petang sudah...jOm kita balik~^^

Sunday, May 13, 2012

Noodle Station

Kebetulan hari cuti, rugi la kalau nak menepek aje kat umah..sekali-sekala aku pon  teringin jugak nak memanaskan tapak kaki berjalan sana sini..Tambah² cuci mata sikit maklumlah, tengah bulan ni biasa wat kerja amal dengan berjalan kaki sambil window shopping..^^'
Hujan lebat jugak, akibatnya aku plak tersangkut di tengah² lautan kereta...terpaksalah merempat kat mana² tempat yang boleh kurangkan lagi kesesakan lalu lintas di tengah² hutan batu ni..Aha! Terdetik sekejap nak singgah minum²..tekak plak dahaga dan teringin nak pekena Ice blended selain caffein yang menjadi pOjaan ku setiap hari..kuantiti manusia terlampau lah ramai di arena food court, jadi aku pon amik peluang lajakkan diri ke tingkat atas..O,o
Terserempak plak dengan satu cafe ni nama nya noodle station..Tak pernah plak aku tahu menahu cafe ni..tapi takpe lah..tengok pon ada je orang tengah santai balun ice blended dekat meja dorang..Menu pon sampai, aku pon paksa waiter kat situ perah otak nak pilih mana satu pilihan yang patut aku pilih(maklumlah, 1st time datang kan)^^'
Dia pomot air Ice Age..iaitu air ice blended yang di mixkan dengan vanilla, blue curacao dan blackcurrent jus tambahan dengan yogurt blended.. Ahahaha..belasah je lah..bukan selalu nak merasa menatang ni..aku pon oder, and taste's so good!^^

 Logo Noodle Station kat buku menu nya..^^'

 Yang ni tak silap aku Mango blended..^^

Haa..yang ni la Ice Age blended yang aku rasa tu..sOdAp!^^

Santai lepak minum sambil baca Komik Eori..^^

Korang boleh lah singgah kat sini iaitu Noodle Station..aku cuma minum ice blended dorang je, tak de la nak makan mee kat sini..Inysallah, ada masa aku akan datang singgah sini makan noodles dia dan update ..^^

Monday, March 26, 2012

Touch & Go for Starbucks Privileges Card

Dulu pernah sekali aku citerkan pasal perihal kad Touch & Go ni dalam entry aku sebelum ni..Nak ikutkan konsep dia sama gak la macam aku cite dalam entry lama tu..Tapi yang peliknya, sekarang aku dengar Starbucks nak wat gaya macam touch & go nyer style tapi ia di kira sebagai debit kad la..^^
Konsep tu sama gak la..tapi ianya boleh di topupkan melalui Touch & Go kad yang kita pakai. Yang penting balance dalam T&G korang tu melebihi dari RM20 ke atas la kan...Aku di perkenalkan satu privillage kad dari Starbuck..hanya tambah nilai dalam kad Starbucks ni kita dapat swipe macam style Touch n Go...nanti nilai dalam akan berkurangan bila kita kerap menggunakan kad starbucks ni...macam topup henpon gak la..kalau dah nak abis kredit dalam phone, korang kene tambah nilai la..O.o
Yang bestnya kad Starbucks ni tak de expired date! So korang leh kerap topup, kerap gune dan kerap simpan...Aku rasa yang terbaiknya, korang try la pergi dekat mana² outlet Starbucks, dan dorang akan terangkan terperinci tentang kegunaan kad Starbucks Privillage card ni...^^
Zaman sekarang ramai sudah nak kurangkan penggunaan cash money sebagai rutin harian untuk membeli belah...even credit card pon dah ramai tak mahu pakai lagi, sebab ujung bulan je bil sampai kat umah, korang terbeliak bijik mata peh tu muntah darah...O_O'
Bagi aku, info yang macam ni patut di kongsi bersama untuk mengalakkan lagi ramai orang mengurangkan keguaan kredit kad dorang dan mulai minat menggunakan debit kad seperti Touch n Go or ATM kad...^^
Kalau ikutkan pengalaman aku bekerja dengan orang Korea, negara dorang sendiri pon dah tak banyak menggunakan cash money dan dorang lebih banyak menggunakan Handphone untuk ke mana² saja...contoh macam nak naik bas atau LRT, kat sana dorang ada sensor untuk orang tap/sentuh dari handphone dorang...Itu lebih bagus sebab serba serbi kita boleh topup dari kegunaan untuk membuat panggilan hinggalah untuk kegunaan sentuh² pada sensor berkenaan...Tapi kalau ilang handphone, paham² je lah...^^'
Konsep sama, tapi ada baik buruknya juga...macam aku cakapkan tadi lah kan...apa yang aku cuba sampaikan ialah lebih baik kita kurangkan kegunaan cash money supaya tak de la masalah wang tercicir/di samun perompak atau sebagainya..@_@

Nak swipe pakai Touch and gO pon leh gak..^^

Aku dah topup RM50 dalam Starbucks card for next time if aku nak minum situ lagi..=9

Haa...dah dapat pon...so dalam ni ada tambah nilai RM50!^^

Kad ni transparent actually...minimum korang kene isi RM20..^^

After dah buat, kene la register butiran korang dekat www.starbucks.com.my untuk protect korang nye balance dalam kad tu..oK!Selamat mencuba~^^