Nuff²

Tweet

Showing posts with label Anor dan Meow. Show all posts
Showing posts with label Anor dan Meow. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Annur & Meow dalam KOSMO

Wahhh!!
Pejam-celik, pejam celik Annur dan Meow dah mendapat sambutan hangat di pesada seni tanah air! Tak sangka dari satu kisah gadis bersama kucingnya yang comel tu menjadi perhatian dan telah pun mempunyai ramai peminat terutama di kalangan muda-mudi di Facebook...^^
Sapa sangka rezeki 'Emit' or Ahmad Nazri Mahmood mencurah² ketika mengkaryakan komik jawi yang tengah femes sekarang ni?^^'
Well, as u know...memang aku salute gile dengan hasil kejenya yang simple dan banyak memberi impak yang agak baik berbanding komik² yang lain...^^
Ini ada satu keratan dari KOSMO pada hari ini...kira femes sudah member aku sorang ni...apa pun tahniah mid!^^

Lebih 4,500 ikuti kisah Annur dan Meow


PROSES lakaran komik Annur dan Meow dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.
BERPENGALAMAN luas sebagai animator termasuk terlibat di dalam pembikinan siri animasi popular seperti Usop Sontorian, Yokies, Alif dan Fruities, Ahmad Nazri Mahmood berusaha keras merealisasikan impiannya itu. Menggunakan media baharu seperti Facebook untuk mengetengahkan karyanya itu, pada peringkat awal Ahmad Nazri mengakui menghadapi masalah untuk mencari watak dan jalan cerita yang sesuai dengan komiknya itu. “Saya mencipta lebih 10 watak komik sebelum ini sebelum ia dimuat naik di dalam akaun Facebook milik saya. Ada kisah wanita muslimah, ada kisah pekerja di pejabat, pelajar universiti dan sebagainya. “Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan tidak banyak komen diterima,” katanya. Biarpun begitu, dia tidak mengalah. Akhirnya, selepas beberapa kali mencuba dia tampil dengan komik Annur dan Meow yang disiarkan sejak Jun lalu.



PENGALAMAN luas dalam bidang animasi mendorong Ahmad Nazri membuka produksi animasi sendiri di Subang Jaya.

Komen positif
Kekuatan komik itu, katanya terletak kepada tiga teraju utamanya iaitu Annur, Meow dan Afi.
“Konsep komik yang santai dan menekankan elemen Islamik, kekeluargaan dan humor itu juga menyebabkan ia pantas menarik perhatian bukan sahaja si kecil malah peminat-peminat kucing di negara ini.
“Apa yang membanggakan saya, komik ini juga turut dijadikan bahan dalam kalangan guru-guru agama yang mengajar subjek Jawi di sekolah.
“Saya turut difahamkan, ia bukan sekadar diminati kaum Melayu sahaja, tetapi juga kaum-kaum lain seperti Cina dan India,” jelasnya yang memberitahu
Senarai peminat komik itu di akaun Facebook miliknya kini mencecah lebih 4,500 orang.
AHMAD Nazri mahu menggunakan bakatnya untuk memartabatkan tulisan jawi di negara ini.


Katanya, berikutan sambutan yang memberangsangkan itu, dia bercadang untuk menerbitkan komik Annur dan Meow pada masa hadapan.
“Setakat ini, sebanyak 70 muka surat komik telah dimuat naik di laman itu sementara sebanyak 50 muka surat lagi telah pun siap untuk dimuatkan di dalam komik itu nanti.
“Kini saya sedang giat menghasilkan siri kedua komik tersebut, di mana ia masih mengekalkan watak dan jalan cerita yang sama seperti sebelum ini,” katanya yang turut mencipta Fan Page Annur dan Meow di Facebook, khusus untuk peminat-peminat komik itu.
Katanya, dia berharap lebih ramai pelukis dan animator lain yang bakal mengikut jejak langkahnya bagi memastikan tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman.
“Sebelum ini pun saya jarang menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan harian. Melalui komik ini, secara tidak langsung ia berjaya mengasah semula kemahiran saya selepas sekian lama meninggalkannya sejak zaman sekolah lagi,” jelasnya. Kepada mereka yang ingin mengikuti kisah Annur dan Meow boleh melayari annurmeow.blogspot.com atau www.facebook.com/AnNurMeow.


Wednesday, September 19, 2012

Annur & Meow blogspot

Pernah beberapa kali aku promote komik jawi dalam blog kacang ni...dan tak lupa plak dalam facebook SCL...kalau korang perasan la, Komik Jawi dah jadik femes sebab rata² orang sekarang semangat nak mengeja jawi!^^
Kadang² terpikir jugak, masih ingatkah lagi tulisan² jawi yang hampir pupus di telan zaman...kalau di tanya balik pada generasi baru ni, korang rasa mahir tak mereka membaca jawi lagi?^^'
Tepuk dada tanye la minda...kalau masih ada lagi yang tergagap², cepat² la mengasah balik lidah tu untuk memartabatkan bacaan jawi...Macam aku dulu tak pernah masuk sekolah ugama...banyak belajar dari org² tua generasi lama seperti maktok aku yang masih fasih membaca tulisan jawi...^^
Lagi pun pelukis komik jawi pun ialah sahabat aku sendiri iaitu Amid...itu nama gelaran aku panggil semenjak aku bekerja dengannya since 2007...dari situ banyak benda aku belajar dari dia..dia tu kira sifu aku gak la..nak ikutkan part drawing komik dan animation banyak aku belajar dari dia...tak kira la dari aku junior hinggalah ke senior...dan dia juga menyandang jawatan dalam admin Stray Cat Lover untuk memeriahkan lagi kisah Annur dan Meow tu...^^
Bila kami tengok rating Annur dan Meow naik, aku pernah menyuarakan untuk brader ni wat sat FB fan page dan juga blog Annur dan Meow untuk fan² mereka hit 'like' dekat fan page tu..Jadi, aku nak promote plak Annur dan Meow punya blog...kali ni dah lengkap dengan tutorial bagaii untuk tatapan para peminat komik jawi ni...
Apapu pun terimasss pada yang sudi membaca komik Jawi Annur dan Meow walaupun merangkak² membaca nya..^^
 

Thursday, August 2, 2012

Annur & Meow in Animation Test

Salam Ramadan ke 14...^^
Kali ni nak kongsi sikit keje² yang melibatkan animation...Oh ya, lupe la plak..bila start post komik dari admin SCL, dorang ada plan nak wat animation untuk Annur dan Meow plak...wahh! Sungguh jauh pemikiran mereka eh...aku pon setuju kalau ada yang bagi positif feedback, boleh lah start untuk pre- productionya...^^
Apa pun kita layankan aje Annur & Meow-First look animation test...^^



Monday, July 9, 2012

Komik Jawi

Assalamualaikum dan selamat malam...
Fooh...dah bersawang blog aku ni...O,o
Rasanya semua dah tahu sekarang tengah femes komik jawi kat dalam fan page SCL...sampai ada yang share dalam blog sendiri..ada juga yang tercari² siapakah empunya karya tu..ada juga yang terselit dalam Oh!Media...O,o
Jadi di kesempatan ini, aku nak gak sharekan sikit-sebanyak komik jawi iaitu Anor dan Meow ni..sebab komik ini pon di lukis oleh salah seorang admin dari fan page Stray Cat Lover...Insyaallah, aku akan maintainkan balik blog aku yang dah bersawang ni..jOm kita santai sambil layan komik jawi ni..^^

Anor dan Meow