Nuff²

Tweet

Showing posts with label Joke and Fun. Show all posts
Showing posts with label Joke and Fun. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Kertas soalan UPSR bocor 2014

Kecoh sekarang pasal kertas UPSR bocor seolah-olah sudah jatuh di timpa tangga...kesian adik² yang telah menduduki kertas peperiksaan tersebut...Bukan setakat 1 paper ajer...2 paper kot...satu paper Bahasa Inggeris dan satu lagi paper Sains.
KOrang bayangkan, dari zaman dulu lagi kertas soalan UPSR ni banyak kali bocor...aku tatau sebab pe bocor, maybe ada yang mengambil kesempatan atas tujuan kepentingan diri sendiri...maksud aku maybe ada orang yang dah jual kertas soalan ni untuk murid² sendiri...
Sejak zaman aku sekolah rendah lagi dah ada kecoh tentang soalan bocor...tapi tindakan seperti ini tak de la menjadi viral dalam media semasa sehinggakan ada yang start maki hamun sesama sendiri...nampak tak kat situ kuasa veto media massa...
Bagi aku la... kadang² bila tengok zaman dulu ngan zaman sekarang  banyak betul perbezaan dari segi peel masyarakat yang  makin lama makin out of range... Tak kira la dari bapak budak hingga ke anak² kecil yang masih mentah dalam sesuatu perkara.
Malang sekali kalau orang yang macam kita percaya bulat² dengan berita yang orang siarkan itu tidak betul, jawab balik la berita2 yang kita fitnah.
Bocor atau tak bocor, itu terpulang pada pihak yang berkenaan sama ada nak bayar gantirugi masa dan tenaga anak2 kecil yang menduduki peperiksaan tersebut... Bagi aku la, kalau la nombor 4D tu bocor, aku rasa ada tak terjadinya viral² seperti dalam FB sekarang yang berkaitan dengan paper UPSR?
What you say?


Friday, June 13, 2014

World Cup 2014

Seperti biasa...
Citer isu semasa...
Balik² pasal bola... memang feveret aku tgk game bola...World Cup since 1998, lepas aku abis sekolah memang free time untuk berjaga malam layan game...tak pernah miss game bukan sebab aku berjudi ketagih, tapi sebab semangat kebolaan zaman tu... ^^'
Time tu macam² contest kuar kat tV, aku join...korang jangan gelak sebab aku kumpul penutup coke sebab semata² nak menang hadiah... last² dapat saguhati pon jadi lah....pelbagai hadiah aku dapat dari jam tangan sehinggalah ke jersi coca cola... zaman tu just kumpul dan hantar peraduan semuanya pakai pos aje... paling tidak modal kuar untuk setem ngan envelope jer... perah otak satu untuk buat cogankata...ahahhaha...lama aku tak dengar perkataan 'cogankata'...ni citer zaman ujung 90-an punyer world cup lah yaa... ^^'
Menjelang worldcup 2014, aku tak prepare ape² pon...hanya sekadang mengikuti di laman FB or Astro Arena dalam internet je... nak berjaga tengah malam ni rasa boleh jer nak buat, sambil² buat freelance...sambil tu streaming game... tapi aku takut keje aku tak siap kang dok tengok bola...hahahahaa...
Yang best partnye bile da PM masuk...ni aku share² sebab kelakar dowhhh....
Ade lak iklan ni dorang PM sorang mamat ni kat inbox FB dia...
"MC (medical Certificate) utk di jual sempena World Cup... beli 3 hari percuma 1 hari (MC dari klinik yg diiktiraf) Sehari RM20 sempena world cup sahaja. Agent di perlukan dpt komisen tinggi"
Aduii...kelakar plak aku tengok iklan macam gini pon ada jugak ke? lagi² musim world cup ni... nak tak nak mesti ramai yang tercari-cari MC yang senang di beli... mudah plak untuk kita menipu boss kita... senang² terus boleh kene buang keje!


Apa pun kali ni pasukan mana yang hebat beraksi? Yang nampak malam tadi Brazil main 3-1... Ianya satu perlawanan untuk pembukaan...mungkin pembakar semangat untuk negara lain juga...ayuh berjuang menyokong pasukan pilihan kita!! ^^

Wednesday, June 11, 2014

The Haters

Citer pasal artis...banyak je la yang merapu...kadang tergelak baca sebab ada yang keluarkan berita yang tak masuk akal... macam Che Ta panas berapi dengan mem-block 1000++ follower dalam instagram beliau...wow! Agak banyak plak kan.... sape kah yang terlanjur dalam berkata-kata? adakah perumpamaan ini sama seperti berlaku dalam media sosial seperti FB??
Itu la yang nak di cerita kan... banyak sangat orang menyampah kat kita...ramai sangat tak boleh tengok kita happy, kita bahagia...kita kaya dan kita sempurna...sedangkan diri sendiri pon masih belum sempurna, sibuk nak carik kesalahan diri orang lain... Dan aku bukan lah peminat setia Che Ta yang dah tua tu... pointnye ialah bile kita berkata-kata tu kene la beringat sebab lidah la juga mampu menunjukkan sikap kita yang rasa diri tu sempurna...hek elleh...kalau aku burok, ko pon burok la... kalau aku burok, nak plak org puji ko chantekk kann? kuaaaseeerrr nokkksss!
Bile berkata-kata sesuatu tu, otak letak kat kepala lutut ke? opppss! Lutut mu bukan sakit ke? no wonder la otak bercantum dengan kepala lutut, dapat lah habuan...kene la block esok, mulalah lidah tajam menikam bercerita sana sini perihal orang...wow! kelasss kauu...  ;)
Umpama keyboard warrior... masuk rumah tak reti bagi salam ke? haaa...macam tu la privacy yang retis nama di atas tu cuba nak bagi tau... kadang ada yang keterlaluan, mungkin nada nak bergurau... tapi tak manis lah bang... even mak aku pon tak ajar bergurau² cara begitu...tak elok...bile selalu sangat bergurau, lama² akan terjadinya biadap... bila cakap biadap, tahu plak marah... dah banyak sangat aku tengok majoriti dari kalangan orang² kita juga.... bercakap samberono macam tak pernah belajar adab dalam percakapan....bergurau ada tempatnye bro...tapi kalau tegur direct sentap plak eh?
Haa...itu lah susah, kang cakap tak leh gurau gi surau laa... hek elleh... zaman bile punye perumpamaan tu? cer cite sikit...??
Bak kata ayah aku laa...from habit become attitude... dah selalu habit bergurau dah jadi satu attitude pada diri tu... kalau umur makin muda tak pe...ini dah tua then beruban plak... anak² esok ikut sebab diri sendiri tak betul kan... tidak akan ada rasa hormat lagi tak kira la makcik or pakcik or nenek or mak or ayah or sister or brother.... (berapa banyak or laaaa...)
Jadi, kalau rasa tak boleh blah ngan sesetengah orang tu, tak payah nak sibuk like or komen mende merapu²... kalau aku jadi cenggitu pon aku rasa annoy gile.... damn worst thing for this generation...serius aku cakap dah tak tahu nak cakap macam mana dah! O.o


Monday, April 22, 2013

Gwiyomi versi Nora Danish

Salammm semua...
Sekarang banyak sangat musim² yang selalu aku perasan..contoh macam musim Gannam..Musim Harlem Shake..paling tidak sekarang ni dah gile dengan Gwiyomi...O.o
Sapa tak tau Gwiyomi tu? Aku sendiri pon tak tahu ape maksud Gwiyomi...kalau nak ikutkan dari segi video asli or video² yang di parodikan oleh semua orang dalam arena youtube, aku rasa version Nora Danish lagi osem la!
Jom kita layankan gwiyomi version Nora Danish? ;)

https://www.youtube.com/watch?v=PtYTXSAFRkA

Tuesday, October 23, 2012

TERKINI : 2 peragut di sembelih


Salam semua
2 Peragut Mati Disembelih Oleh Penduduk Kampung Yang Diarahkan Oleh Ketua Kampung Yang Berang - 
Pontian : begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu…tapi sempat dihalang oleh jirannya…
namun ketika peragut itu ditangkap,pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu,Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat
…dengar takbir yang bergema…dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan…darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban…
jangan marah yerr...hanyer nak melawak² di kala raya Qurban ni...^^
~~SALAM AIDIL ADHA~~

Thursday, May 17, 2012

Proses edit-meng-edit

Perkataan edit memang sesuai dengan erti kata lain ianya bermaksud suntingan..Pasti ramai yang biasa dengan ayat 'edit' bagi para² designer mahupun yang sangat² suka mengkreatif kan diri ke kancah conteng-menconteng neh..bagi aku la..kalau dah typo, tetap jadik typo..kadang² aku sendiri pon ngaku selalu typo dan tersasul salah cakap~^^'
Lumrah alam lah..dari kecik tak di bedung mOlotnya..jadi kebiasaan bila dah dewasa selalu tersasul dan typo error...malang sungguh nasib orang yang macam aku ni..cuma satu aje, alasan paling tidak pon aku bagi sesuatu yang kreatif..contohnya kreativiti seseorang tu terletak pada hasil seni mereka..kalau dari kecik suke conteng² buku teks sekolah, bagi aku memang selekeh tengok balik contengan budak² umo 10 tahun..tapi dari sudut kreativiti..budak ni dah tentu akan menjadi orang seni suatu hari nanti!^^
Kalau time mengaji, jangan bagi pen atau pensel..abis semua di contengnye! Even rehal dan Al-Quran pon jadik mangsa...O,o
Bila dah dewasa, sonok plak nak wat keje² edit gambo kan..sekarang trend orang mengedit macam²..atas tujuan nak jatuhkan sesuatu pihak dan juga sekadar sonok nak mengejek...tak kira la dari segi edit gambar, edit tulisan tak pon edit video..^^
Korang tak percaya? bAnyak je benda² ni kat dalam google..kadang² aku tengok pon sekadar hiburan..
Paling best link yang aku suka ialah dari 9gag..awal pagi mesti suka tengok 9gag sebab ianya satu²nya website yang membuatkan aku tak kering gusi..maklum lah, awal pagi je datang keje muke sembab baru bangun tido, jadi nak hilang kan mood mengantuk lebih rela aku layan 9gag!
Contoh gambo yang di edit..(Reuse huruf 'A' tak silap aku)^^'

Contoh video yang di edit

Bagi aku, banyak lagi contoh² yang di edit berunsurkan negatif dan positif..terpulang pada orang yang menerimanya..kalau dah rasa tak leh blah, abai kan aje video or gambar yang di edit ni..hehehehe..^^

Friday, August 19, 2011

Kisah Bulan Puasa

Kalau aku ingatkan balik macam kelakar pon ada dan macam bodo pon ada gak...^^'
Ada one day tu, masa zaman aku tak de kete..tak de moto..jadi zaman tu aku hanya menggunakan pengangkutan awam je la..contoh macam Bas atau LRT..(Zaman tu tak de lagi Monorail)..^^'
Bile diingatkan balik, Mak ngah aku ada le invite aku berbuka puasa kat rumah dia area TTDI kat ngan One Utama tu ler, aku plak nek bus tak tentu hala..dari arah Ampang aku dah amik satu bass nak ke Jalan Silang, sesampai kat area KL, pehtuh kene plak amik bas ke arah Taman Tun kan...
Pada masa tu aku tak de la terpikir nak sampai lewat kan..di sebabkan kesesakan lalu lintas, maka aku pon kelam-kelibut la...dah la tak bawak ape² bekalan untuk berbuka puasa kan...contoh macam air ke..gula² ke..
Nak tak nak azan dah berkumandang kat dalam bas..masa tu, bas Intrakota seingat aku..brader driver tu plak dok sibuk² ushar aku and tanye² samaada berbuka kat mana?kelakar gila la kot...aku jawab je laa..tu la..ingat nak singgah umah makcik kat TTDI, tapi jem la plak..tetibe azan berkumandang, brader tu pon bukak la air coke tin kat genggaman dia sambil dia minum kat dalam bas tu...
Dan aku plak??Apa pon tarakk...nak tak nak tiket bas yang ada kat genggaman aku ni buat pembatal puasa la apabila aku mengunyah tiket bas tu!
Gile horor siut!puas hati drebar bas tu bile tanye aku dah berbuka ke?kalau dah Alhamdulillah...
Hampeh betoi situasi aku time tu..nak tanya, segan la plak..last² batal juga posa aku dengan mengunyah tiket bas...Demm~

The Situation~Sila click untuk jelas lagi...^^

Saturday, July 16, 2011

Wrong words

Bila matahari terpacak atas kepala, memang tekak terasa nak pelahap air sejuk yang agak dapat la menghilangkan dahaga wat seketika. Aku macam ni la, pergi keje-balik keje...makan-mandi-tido...kecuali ada hari² tertentu yang dapat aku bersantai bersama Kitty sekeluarga.
Kalu tentang blog walking, jangan tak buat...kene buat!Orang dah datang santai kat blog kita, apatah lagi yang follow..Insyaallah, aku akan singgah kembali ke laman sesawang korang yer..buat masa ni aku agak kesibukan..maklum lah, sebelum puasa...aku nak settle kan semua keje sebelum melalui nikmat bulan Ramadhan...
Hah!Sedar tak sedar, sekarang dah masuk pertengahan bulan July..pejam celik pejam celik, Ramadhan pon muncul..tu pun kalau umur kita panjang kan...
Duduk di meja kedai mamak buat aku tergelak seketika...panas dan dahaga aku terus lupa bila aku terbaca salah satu menu kat kedai mamak area umah aku...wah la wei...kasi carik itu tukang buat menu yang fasih berbahasa kebangsaan laa..jangan plak main tibai letak itu terasa macam aku bukan di negara aku derr.....hahahahaha...^^'

Sirup or Hirup??^^

Terasa 'mendatar' la plak menu ni...^^

Wednesday, July 13, 2011

Thursday, July 7, 2011

Cool KeywOrds!

Tak terkata bila once dalam blog kita ada plak orang menggooglekan diri dengan meletakkan keyword dengan panjang sekali...nak tak nak, terkeluar la plak link blog kita...maka di tekannya link kita tu membuatkan terpahat la apa yang di googlenya itu dalam Nuffnang kita...
Errkk!Apakah itu tanda² di mana blog aku ini tangkap muat aje?wahahahah...
Anyway, bukan nak bercakap tentang isu² keyword yang merapu..tapi memang dah banyak kali terjadik..mungkin dorang nak google sesuatu sampai dapat and then dorang taip la sebanyak mana yang mampu dorang taip...tak pon Copy paste dari suratkabar je...tak gitu eh?^^'


tak pe laa..asalkan dia dapat masuk dalam bLog kAcAng kann..ekekekekeke....apa cara sekali pun, keyword memang penting untuk menaikkan rating kita...tengok aje la...aku nyer bLog tak la sehebat blOgger² lain...sikit je pon kan...
Apap pun, thanks for u guys for blogging in my page..^^'

Friday, June 10, 2011

Make a Shit

Ape perasaan anda apabila orang suka buat taik kat kita?bukan maksud aku berak merata...tapi tu lah lumrah hidup..^^
Ada yang lebih dan ada yang kurang..tapi kelebihan yang kita kecapi, tidak seindah yang mereka nikmati..so dari situ la, 'taik' mula tercipta...pada masa yang tu jugaklah perasaan iri hati dan hasad dengki mula wujud..entah dari dulu tak amik peduli, sehingga sekarang sibuk orang nak tahu pasal itu atau ini....
Tapi tu la manusia...tak pernah abis dengan kebaikan dan keburukan...mane² mesti ada yang buat taik...tak pon terkena ngan taik..@_@'

Apa perasaan korang kalau balik rOmah ada taik sebesar ni depan pintU rOmah...waaahh...ahahaha...^^'

Tuesday, June 7, 2011

The Banner

Hampir beberapa hari ni aku tak plak update entry² yang selalu aku update..tapi tu laa..nak di jadikkan citer...Window kat umah aku tu kurap la plak..eh..silap...windows corrupt...^^
Jadi, memang tak berkesempatan la aku nak update entry kat rumah kan..tambah kalau update kat opis memang makin tak sempat laa..aku pon makin lama makin busy..ni pon curik² update time orang semua sibOk nak lunch...^^'
Onces aku berjalan² keluar daerah..macam² perihal manusia aku tengok..tapi bukan la aku ni kaki skodeng orang...tak pon bukan la seekor pevert yang asyik nak ushar je awek² pakai skirt...itu bukan lah topik kita pada hari ni...@_@'
Berbalik² pada tajuk entry, aku rasa macam pelik bila ada orang wat keje tak pernah nak double check dengan keje² yang di beri..mintak duit cepat je..tapi wat keje..cincai macam kat bawah ni...

Cuba perhatikan banner yang di pasang kat tiang letrik tu...

Gile laa...pasang signboard terbalik tu perkara biasa ke?waallllaaawehh...benda dah design baik² tetibe lak pasang kasi terbalik plak..ni mesti kes nak cepat siap ni...sian designer yang design banner ni...hampeh je rasa..Kalau aku laa jadik designer banner ni, memang aku cabut je banner tu...harammm tak leh pakaii...@_@'

Korang ingat lagi tak link bodoh ni?Lebih kurang sama je topic dalam entry ni...@_@'

Friday, May 27, 2011

Senyum Pagi Sabtu

Hari² asyik kuar iklan senyum...senyum..senyum...macam mana kalau ada hati kering yang susah sangat nak senyum² ni??@_@
Itu lah yang terjadi pada setiap orang yang kadang² tak terpikir adakah baik nya senyum itu satu sedekah...aku pon jarang senyum (terus buat muke senyum)...tapi tu laa..macam ada simpan emas dalam mulut...orang cakap kalau kita ni berat sangat nak senyum, muke plak cepat berkedut...alahaii..kalau nak tua tu tua jugak kan...ekekeke...^^'
Tapi tu la pasal..aku rasa senyum itu umpama sedekah kalau korang perasan la...satu permulaan untuk berbual ialah dari segi memek muka kita...kalau korang beratur panjang² nak beli tiket wayang, tanpa senyum...orang pon tak amik pedulik nye kat ko...tapi if kau senyum pon...ada orang kisah ke??jadi...depends in situation...
Macam aku plak..if ada orang senyum kat aku..tanda yang terbaik adalah balasanye aku akan senyum balik...tapi tu la yang terjadi ngan sorang member aku...@_@'
Dia balik ke kampung halaman dia..ada la satu kisah di mana dia terserempak ngan sorang artis ni...(malas nak sebut nama) kat pasar pagi area kampung dia...punya la dia terkejut sebab dia terjumpa dengan artis berkenaan...tanpa sempadan, dia pon senyum macam kerang busuk laa...
Korang percaya tak ape artis tu balas...buat bodoh sudahh...
HUIIYOOO!punye ler lagak sampai tak nak pandang si member aku ni...sian kawan aku ni..dia punye minat ngan budak ni sejak berlakon dalam filem KAMI ni...entah laa..aku cakap je la...kalau taste ko nak senyum kat artis² ni..korang kene set mind...dia bukan lah artis yang korang sanjung² sangat...dah bukan artis dah tu...artis-fak la plak wehh...@_@'
Tak semua artis berperangai begitu...aku pon pernah gak jumpe En.Faizal Hussein masa mule dia kawin dulu..dalam tahun 2004...punya la ramah mesra kat area LRT KLCC...macam tu aku salute la kat bro Faizal ni...agak nye berapa ramai la artis yang berperangai artis seperti Faizal Hussein ni?
Susah aku nak jawab...sebab sekarang ni...ramai yang jadi artis sebab undian dari penonton je...tak macam artis dulu²..dorang mule dari bawah...sampai la ke atas...that's y dorang hargai peminat...tapi bukan lah hargai dari undian SMS tu yer...^^'

Senyum itu satu sedekah...tak gitu En.Google?^^'

Tuesday, April 26, 2011

Panggilan Hangit


Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon).
Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer!

.........................................................................................................................................................................

Wakakakaka..Pe kes laaa nak layan orang macam tu...SHAKIDDO, pernah tak kene panggilan hangit macam ni??^^'

Wednesday, April 6, 2011

Restoran pelik di dunia

Aizzzz...
Cakap pasal restoran...pasti ada yang nak tahu ape entry tentang restoran yang paling pelik dalam sejarah aku la..tapi tu bukan aku yang pergi. Sebab restoran macam ni, tak pernah nak ada pon kat Malaysia ni..
Tapi bile aku cek balik pasal restoran ni, rupanya² memang wujud dekat dunia. Takkan nak wujud kat planet nameck lak kan?hehehe..^^'
Mungkin pelik kalau korang pasan laa...Modern Toilet restoran di Taipei, Taiwan dengan dekorasi yang moden dan penuh tema toilet, di mana para pelanggan yang lapar akan duduk di atas kerusi di atas jamban ala Barat...Gaya dan aiskrim coklat berbentuk najis lembut menjadi perhatian dalam restoran tu. Toilet roll digantung di atas meja untuk digunakan sebagai pengelap mOLot..errrk!aku dah rasa macam nak munnntaaahh plak dahh ni.. dan minuman datang dalam bentuk jamban urine...@_@'
Tema toilet terus di seluruh Restoran, dengan tanda-tanda 'WC' menggantung sebagai dekorasi.

Semua 100 kerusi di Restoran ramai terbuat dari toilet mangkuk, bukan kerusi. . paip Sink dan-gender kod "WC". Salah satu daripada 12 dalam rantai pulau-macam Restoran. Adakah korang terasa nak makan ais krim berbentuk seperti najis?@_@
Mungkin bukan tempat terbaik untuk membawa anak korang bejalar membuang air kecil dan air besar...@_@'



Pelik betul laaa....aiyooo...

Decoration yang ada kat dalam restoran ni

bOleh bawak sekeluarga datang bertandang kat sini...(vomit)

Adakah iyanya satu seni??

Tengah kusyuk menikmati hidangan dengan mangkuk berbetuk sebegitu

Amoi ni aku rasa dia suka la kot makan kat sini...makan dalam bath tub plak tu...LOL

@_@'

Dekorasi yang menarik membuatkan para pelanggan nak mencuba makanan di sini

Set hidangan yang ada di sini

Ini lah restoran tu!(walaupun aku tak pernah pergi)

Ada rasa terliur tak??

Coklat aiskrim dalam mangkuk tandas!What the...

Tengok mOkcik makan macam berselera jer...@_@'

Kalau korang laa...ada berannn ke nak pekena makanan berkonsepkan ala² tandas ni?Tepuk perut tanye usus...@_@'

Thursday, March 24, 2011

Notis: Haramkan Pemakaian Tudung???

BERITA GEMPAR,

Baca sampai habis, sedih rasanya. Apa nak jadikkkk dengan Malaysia hari ini


Monday,March 25, 2011 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pem
akaian Tudung

Haramkan tudung?? Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan
universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib
memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan
menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.^^'


>kui kui!! kena kena!!

Ape lagi...jangan la marah aku sebab notis sengal ni!sebab aku dah kena dulu dari korang!wakakakak...

Takkan nak kena sorang² je kot, ape lagi...re post la kat blog korang...keh keh keh!!^^'

Wednesday, March 23, 2011

Pelik tapi Benar

Last time...aku berjalan sakan masuk satu tempat yang boleh di kategori-kan tempat membeli belah la...tapi aku sekadar berjalan hirup air-cond yang lazat tu tambahan aku jalan melalui laluan food court...pepaham je la kan...macam² bau makanan ada...ehehehe..^^'
Entah macam mana la aku boleh tersinggah plak kat kedai yang boleh di kategorikan kedai barang² logam atau lebih di kenali sebagai kedai serbaneka. Macam² ada , termasuklah paip, tombol pintu, kunci, mangga pintu (bukan majalah mangga tau)..then banyak jugak la barang² d.i.y ni...
Nak di jadikan cite, aku terpesona plak dengan satu penyangkut barang jenis gam lekat kat dinding..sebab aku tengok kiut plak gambar beruang ni...korang tahu aje la kan, aku ni bukan sukakan kucing aje..malah segala jenis haiwan termasuklah ular...(tapi aku tak bela laaa...)
Entah bila sekali imbas aku rasa macam tak de apa², tapi di belek² banyak kali..aku rasa dah tak sesuai untuk di beli...korang agak ape la yang pelik kat dalam gambar beruang terkangkang ni?ke otak aku dah masuk air??aiizz..kompius betoi....

Iskk...mushkil plak aku ngan penyangkut barang ni...

Ada banyak plak tu...tak luak sebab tak de sapa nak beli...

OOoOo...Patut la barang dari China, Taiwan dan Jepaanngg ni...aku bukan nak cakap aku ni bagus sangat...tapi macam kelakar la jugak kan...ahh..persetankan lah gambaran dalam pale otak ni...makin kusut plak aku tengok design ni...>,<"

Saturday, February 26, 2011

Instant Entry for Weekend

jOm santai gelak ketawa menonton clip video kelakar ni....memandangkan aku terlalu busy dengan kerja² di opis-rumah-Kitty sekeluarga, so aku tak sempat nak update entry lagi...
Lagipun CPU kat umah aku tengah dalam progress pembaikian...nanti siap CPU aku tu maka boleh la aku ber-blog walking singgah kat page korang lak...so sorry sangat...buat masa ni, terpaksa la aku post entry yang macam ni...Instant Entry...
Layannzzz...^^'