Sudah tiba masa nak serahkan anak² Kitty an Marble pada parents baru dorang...Tapi kalau tengok balik gelagat Kitty dan Marble buat aku rasa serba salah...tapi nak wat macam mana...aku cuba buat yang terbaek untuk dorang juga... tambah² ini adalah anak pertama dari hasil Kitty dan Marble...(tak tahu la sebelum ni Marle ada anak ke idak) dan aku juga berharap parents baru dorang dapat menjaga kebajikan anak² Kitty dan Marble ini dengan sebaik mungkin...sebab aku dulu pon membela Kitty (since 2007) hanyalah seekor anak kucing dekat kedai makan aje... So ni ada sedikit sebanyak gelagat² Kitty dan Marble semasa aku nak hantar anak² mereka ke 'Mummy dan Daddy' baru dorang...^^'
Operasi memandikan anak² sebelum berlepas ke parents 'baru'
Next...
Dengan penuh kasih sayang, Marble mamandikan 2 ekor anaknya buat kali terakhir...Aku pon sempat capture detik² si ibu dan anak bermesra...^^'
Marble Dan Kitty menatap 2 ekor anak mereka yang bakal berlepas...
"jom lah bang...dorang dah nak pergi tu..." kata si Marble kepada Kitty
Sempat lagi Kitty mengusik² anak² dia
Jenguk seorang ayah kepada anak² buat kali terakhir...
Aku rasa pada blogger² di luar sana tu...kalau rasa tak safe dari malware...boleh lah korang try scan korang nyer blog as long as korang trust on this site laa... Aku pon baru jer scan aku nyer page...alhamdulillah..tak de treat² yang tersangkut dalam aku nye blog...so hopefully this tips can be sharing for those other Blogger yang lain....^^
Kalau korang nak cuba scan...boleh terus click sini Scan sini
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria disekolah kat BSB......Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar² di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.
Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" "Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?!!"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."
Aduhai... jangan marah aku kerana membuang masa membaca entry bodoh ni...kekekeekeeee...^^'
Makan tengah hari dekat mana yang korang rasa ok kalau kat tengah² bandar segitiga emas itu?? Kami 'sekapal' berhempas pulas memikirkannya...tapi ape kan daya...masing² pon tak de Idea...nak ikutkan..berlambak je kedai makan..tapi nak yang sedap tu jarang sekali la jumpa...^^ So, masing² buntu...sorang ni plan ajak pekena chicken chop dekat Pavillion... Ok laa..kami pon menuju ke pavillion...pepaham je laa..lunch hour..mesti la jalan dipenuhi dengan lautan kereta...makin lama...makin membiak² plak kete ni.... So sampai nyer kami pada waktu tu lebih kurang 12.30 tgh hari....suasana yang sangat busy di penuhi oleh ramai manusia yang sedang kelaparan...kalau nak ikutkan, nak amik tempat duduk pon nak kene 'chop' dulu...biasa laa...makan pon kat Food Court... Sebab kat restoran dalam tu semuanya dah Fully booked...susah betoi kalau datang dekat tempat yang ramai sangat orang....
Mushroom Chicken chop
Nasi Kari ayam dari Curry House...Satu set without drinks RM6.00
Once dah dapat tempat duduk..aku dan teman sekapal pon masing² mencari rezeki kat sana...ada la yang mengidam nak makan Yong Tau Foo laa...chicken chop la...aku pon tak rasa nak mengidam makan bebenda macam tu... Nak kata taste of food around here tak de la sedap mana pon..kalau datang setakat nak mencoba² ok la..macam aku sekali dah rasa tak datang lagi if makanan tersebut kurang memuaskan...
Antara yang hadir teman satu kapal
Suasana penuh dengan ramai manusia
So far...makanan kat sini harga nya berpatutan...tak de la semahal yang korang sangkakan...bagi aku...kalau coke Rm2.50 tu ok lah untuk di minum di sini...sebab kalau nak ikutkan Hi-standard yang korang nampak, memang berpuas hati lah menikmati juadah di sini....
Rupa-rupanya kad Touch n Go (TnG) pun tak boleh diharap.Kaki tipu jugak.Oleh itu,hangpa dinasihatkan supaya berhati-hati dengan baki kad TnG hangpa.
Ada sorang ni dah terkena beb! Masa keluar dari tol Jalan Duta baki kad TnG dia citer dia ada RM92.90,tapi bila melalui sebuah lagi tol terbuka di Lebuhraya Duke yang berharga RM2.00, baki kad telah menjadi RM74.30.
Ini bermakna kad itu telah dicaj RM18.60 untuk tol yang berharga RM2.00. Rugi RM16.60.Itu baru dia sorang yang perasan terkena.Macamana pula bagi orang lain yang tak ambik pot dengan baki kad masing-masing? Kalau sorang dia tipu seringgit, cuba hangpa congak kalau 5 juta pengguna dia tipu sorang seringgit.Buta- buta saja...
Mungkin selama ni tak ambik pot dengan baki kad,hari tu boleh perasan sebab baru top up sebelum masuk tol Juru,sebab tu la senang detect pasai ada resit top up tu lagi kat dalam poket.
Kes ni,aku dah pi buat report kat kaunter TnG,dia kata dalam masa sebulan dia akan bayar balik duit yang terlebih potong tu.Sempat la depa rolling duit tu dulu...dia kasi can la kali ni.Lain kali kalau kena tipu lagi,dia nekad bawak pi mahkamah beb.
Moralnyer,berhati-hatilah kerana penyangak ada di mana-mana saja sekarang ni.Jangan terlalu mempercayai sistem buatan manusia.