Nuff²

Tweet

Wednesday, September 19, 2012

Qaseh Ramadhani 1st Birthday

Haiizz...rata² ceruk dunia mesti ada jamuan makan hari raya...tak kurang juga jamuan hari jadi buat anak² kengkawan...kadang² aku (yang tak de anak ni & mempunyai anak bulus je kat rOmah) di jemput untuk menghadiri jamuan hari jadi anak dorang...termasuklah member lama aku sorang ni...bile aku dapat jemputan, takkan la aku tak pergi kan...lagi pun dah lama sgt tak jumpe dia...bila tengok tarikh tu, aku tak busy dan sempat la aku pergi ke majlis besar-besaran tu!^^
Dorang buat birthday party tu dekat dalam JKids Tropicana City Mall...dalam tu ada pelbagai jenis mainan kanak² termasuklah aku yang jakun nak main sama dengan dorang nyer toys...^^
Bile tengok susuk tubuh badan aku yang 'sasa' ni, agak tak sesuai la aku nak sebaris ngan dorang main buai laju² kan...jadik aku lah tukang amik gambar sementara member aku dah ada tempah orang amik gambar bersempena dengan hari jadi anaknya yang ke 1 tahun...pheewwiiitt! Qaseh baru setahun jagung ya! HAPPY 1st BIRTHDAY & Welcome to the world!!\^0^/
Majlis di raikan dengan keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai...walaupun aku ni tergolong dalam kumpulan 'kawan' yang tak de anak...maka adillah aku untuk menerima goodies bag dari penganjur majlis kan?(muke tak malu)^^'
Once bila dah belasah kek, satay, spagetti dan finger food...perot terpaksa la aku sidai kat playground dalam Jkids tu...wow..memang menarik suasana kat dalam ni..orang cakap kalau bawak anak² or 'fruit children' pon pasti dorang suka! ^^
Dalam pukul 6 lebey, aku pon menghabiskan sisa² asap rokok dah terus balik keromah dalam keadaan kekenyangan...tak gitu?^^'

 Preparation

 Majlis lebih meriah jika ramai anak² kecil
 Makcik² Qaseh

Antara juadah yang membuatkan kanak² terliuq~  

 Birthday girl yang agak kurang sihat

 Haaappy birthday Qaseh!

Juadah aku pada petang tu...^^

Seisi photoshoot untuk si cilik ni

Wahh...pandai pandang lensa aku yang murah ni...^^

 Muke letih...maklumlah, lepas seisi bergambar dengan semua orang..

 Jkid Tropicana City Mall ada kemudahan playground

Semuanya empuk dan lembut...boleh la baling² budak kat sini...^^

Antara goodies bag yang aku dapat hari tu

Annur & Meow blogspot

Pernah beberapa kali aku promote komik jawi dalam blog kacang ni...dan tak lupa plak dalam facebook SCL...kalau korang perasan la, Komik Jawi dah jadik femes sebab rata² orang sekarang semangat nak mengeja jawi!^^
Kadang² terpikir jugak, masih ingatkah lagi tulisan² jawi yang hampir pupus di telan zaman...kalau di tanya balik pada generasi baru ni, korang rasa mahir tak mereka membaca jawi lagi?^^'
Tepuk dada tanye la minda...kalau masih ada lagi yang tergagap², cepat² la mengasah balik lidah tu untuk memartabatkan bacaan jawi...Macam aku dulu tak pernah masuk sekolah ugama...banyak belajar dari org² tua generasi lama seperti maktok aku yang masih fasih membaca tulisan jawi...^^
Lagi pun pelukis komik jawi pun ialah sahabat aku sendiri iaitu Amid...itu nama gelaran aku panggil semenjak aku bekerja dengannya since 2007...dari situ banyak benda aku belajar dari dia..dia tu kira sifu aku gak la..nak ikutkan part drawing komik dan animation banyak aku belajar dari dia...tak kira la dari aku junior hinggalah ke senior...dan dia juga menyandang jawatan dalam admin Stray Cat Lover untuk memeriahkan lagi kisah Annur dan Meow tu...^^
Bila kami tengok rating Annur dan Meow naik, aku pernah menyuarakan untuk brader ni wat sat FB fan page dan juga blog Annur dan Meow untuk fan² mereka hit 'like' dekat fan page tu..Jadi, aku nak promote plak Annur dan Meow punya blog...kali ni dah lengkap dengan tutorial bagaii untuk tatapan para peminat komik jawi ni...
Apapu pun terimasss pada yang sudi membaca komik Jawi Annur dan Meow walaupun merangkak² membaca nya..^^
 

Wordless Wednesday #1

Wordless!^^

Tuesday, September 18, 2012

ACAB Street of Uptown guitar cover

Phewww~ Kembali dengan update cover video ntah ape² ntah dari aku ni haaa... Sebenarnya, cover lagu ni dah lama aku upload...setakat ni baru je beberapa kerat je mata yang mengjenguk...akibatnya, terpaksa la aku war²kan kat blog kAcAng ni untuk mendapatkan rate yang agak boleh tahan laa...^^'
Apapun, aku memang seronok nak buat guitar cover lagi, cuma masa tu tak mengizinkan aku untuk berbuat demikian..demikianlah entry aku pada hari ini...^^
Selamat menonton!

Thursday, September 13, 2012

Inky di jumpai!

Al-Kisahnya, pada bulan puasa hari tu...banyak perkara berlaku sebenarnya.
Orang cakap, rezeki tu ada di mana²...^^
Tapi kan, suatu petang tu..tanpa di duga, kelibat Inky berada di persekitaran tempat letak kete bawah umah aku...entah macam mana time tu...mata tertumpu kat satu sudut gelap di celah² tayar kete...rupanya si Inky!O,o
Bila ingatkan balik...dia telah hilang aku rasa dalam bulan hujung bulan March hari tu...tapi dia dijumpai pada bulan July...bayangkanlah berapa bulan tu dia hidup dalam keadaan daif penuh dengan ketakutan?O,o
Alhamdulillah, semuanya ok...Inky di jumpai dalam keadaan kurus kering dan rasanya dia dihidrate yang terlampau...O,o
Masa memula aku nak peluk dia, dia takut sangat...sebab dia rasa mungkin tiada harapan nak berjumpa dengan tuannya semula..tapi aku cuba panggil nama dia..nasib baik dia nak datang ...mungkin orang cakap, semua ni kuasa Tuhan...O,o
Bila aku ingat kan balik, mungkin dia agak menderita dengan life kat luar dengan penuh ketakutan...nampakgayanya, jodoh aku dan Inky masih ada lagi...terpaksa la aku kuarantinkan dia sampai dia betul² rasi dengan anak² bulus yang lain...bila aku bawak dia naik atas, semua anak² bulus huru hara termasuk la si Cindy, Marble dan Pak Kitty yang kerap meradang...mungkin bau Inky ada sebahagian besar dengan bau² yang luar biasa?maklum lah...Inky dah berjalan ke merata tempat...O,o
Apa pun terpaksa lah aku kuarantinkan atas keselamatan kucing² lain kat umah tu...lagi pun..aku terpaksa asingkan dia bagi mengelakkan jangkitan penyakit yang mungkin di bawa balik oleh nya...serta boleh berjangkit pada anak² bulus yang lain dalam rumah ni...O,o
Nanti aku akan updatekan kesihatan si Inky ni...walaupun kisah ni dah lama..baru sekarang lah aku nak update tentang dia dalam blog bersawang ni...stay tune!^^
 Keadaan Inky yang kurus kering serta kelaparan
 
 
Marble amik ruang untuk menghidu bau pelik dari Inky

 
Marble dah mula rasa tak selesa....O,o