Happy New year 2013!
Tuesday, January 1, 2013
Wednesday, December 12, 2012
Shooting for Astro Tutor TV Chapter 2
at
10:17 AM
Ok, kali ni kisah journey aku dan crew ke arah utara...nampak gaya cuaca
pon menarik sepanjang perjalanan...aku berharap dapat jugak lah sampai
ke tempat yang sepatutnya kami tuju...selepas berhenti seketika di
sebalik lebuh raya PLUS untuk shoot sikit video tentang topik Hasil Bumi
untuk Astro Tutor TV subjek Geografi, kitorang menuju terus ke arah utara semenanjung...iaitu Taiping! ^^
Kenapa kitorang pilih lokasi Taiping? Kerana lokasi itu adalah lokasi taburan hujan yang paling banyak dalam subjek kita...aku sendiri pon tak amik paper Geog SPM al-maklumlah, aku sekolah Teknik...elektif subjek yang wajib kitorang amik untuk course kitorang...^^'After jelajah Ipoh, kitorang amik masa selama 1 jam je nak jejak tanah Taiping ni...very the old school la town kat sini...aku pon pernah jejak sekali sekitar tahun 1991 dengan family aku...time tu pon kitorang dari perjalanan arah utara...tapi dah lama sangat la beb...aku pon start la bukak lensa kamera aku dan snap setiap detik² perjalanan aku kat sana...^^
Taiping tak de la besar mana pon...cuma yang paling besar kat situ aku boleh nampak dari jauh ialah Bukit Larut...aku juga pernah sampai ke atas puncak Bukit Larut sekitar tahun 1997...masa tu pon ada school camping kan...aku ni kira minat mendaki gunung time zaman sekolah je la...time sekarang tak dapat la...perot pon dah macam pouch bag! woha! ahahhaha..^^'
Tup² sampai kat town, agak ujan gerimis lah...sesuai ngan subjek kitorang ni...shoot jugak la walau hujan...tapi sampai je kat Taiping lake garden, ujan pon dah berhenti...lagi mudah nak amik video dan jugak gambar kesan hujan dan juga kabus² dari puncak Bukit Larut! ^^
Mungkin clock tower ni antara menara jam yang tertua kat pekan ni kot..^^'
Sampai sudah kami di sini..
Focus on tasik yang masih belum di cemari..
Ada jugak kelibat menatang ni kat sini
Teringat aku kat Taman Tasik Titiwangsa sekitar tahun 90-an ade la gak mende alah ni
Kabus dari puncak Bukit Larut
Playground pon ada kat sini...sesuai untuk kanak² seisi keluarga
Ada gak mak bapak yang kaki mancing kat sini
Port pokok besar² di jadikan pilihan untuk shooting
Tuesday, December 4, 2012
Wednesday, November 28, 2012
Pertandingan mewarna Eori
at
1:58 AM
Musim cuti sekolah bermula lagi! Bagi yang setiap kali musim cuti sekolah mesti Eori akan muncul untuk memeriahkan lagi event² di setiap kedai buku MPH & Popular sekitar lembah klang! ^^
Bagi yang ingin mengikuti pertandingan mewarna, boleh la datang ke semua tempat yang tertera seperti dalam poster di bawah ini!
Banyak hadiah menarik menanti adik²..Ayuh datang lah beramai² ke pertandingan mewarna Eori! ^^
Monday, November 26, 2012
Shooting for Astro Tutor TV Chapter 1
at
2:10 AM
Well...bile aku tengokkan balik banyak plak sawang dalam blog aku yang berkubur lama sampaikan last entry pon aku tengok sekitar raya aji...Nak update memang ada byk cerita yang aku boleh kongsikan...cuma timing tak kena...kerana aku gagal manage masa aku dengan blog aku..huhuhuh...=(
Bercakap tentang entry kali ni, aku di beri peluang untuk meng-update entry terkini tentang perjalanan aku selama sehari dari kL ke utara semenanjung...kali ni aku ke Taiping, Ipoh, Cameron Highland dan Lojing di Gua Musang untuk pengambaran Tutor TV Astro...Aku pon tak pernah tengok tutor tV...tapi di sebabkan ini satu tugasan yang perlu aku pikul, jadi aku pon di beri peluang untuk mengikuti pengembaraan ini...^^
Seawal jam 6.30pagi aku dah kene turun ke studio kat Taman Supreme, Cheras ni untuk berkumpul...tak ramai mana pon...kami 4 orang je..nek satu kete..cut cost lah katakan..Tapi di sebabkan kesesakan lalu lintas yang terlampau, aku jejak sana dalam 7pagi...nasib baik boss aku kensel cakap terus jumpa kat opis aku di Jalan Peel ni...so senang sikit aku parking kete kat tempat yang ada petak parking..tak de la terkejar² ngan DBKL kan...(walaupun pejabat DBKL area sini) ^^'
Kami bertolak sekitar 7 lebih keluar ke tol duta...punya la azab nak sampai tol sana...kesesakan melampau melanda sekitar jalan Loke Yew ke Hang Tuah...walaupun di pasang tidal flow..nampak gaya makin sesak lagi aku rasa...alhamdulillah, at least kitorang sempat breakfast dekat R&R Rawang sekitar jam 8 pagi...:)
Kami bertolak sekitar 7 lebih keluar ke tol duta...punya la azab nak sampai tol sana...kesesakan melampau melanda sekitar jalan Loke Yew ke Hang Tuah...walaupun di pasang tidal flow..nampak gaya makin sesak lagi aku rasa...alhamdulillah, at least kitorang sempat breakfast dekat R&R Rawang sekitar jam 8 pagi...:)
Lauk pauk kat R&R ni aku berani jamin lah semuanya di panas kan lauk semalam..aku hanya makan nasik goreng sotong kunyit dan sambal serta nescafe o' ais...sotong je dah rasa macam getah sekerap dan bau pon dah busuk macam dah basi...semua tu costing RM12...Rabak poket aku pagi tu..tapi tak pe...claim je kat boss nanti..hehehehe..^_^
Kami teruskan perjalanan kami menuju ke iPoh...cadangnye nak pergi kilang memproses Marble...tapi bukan melawat dalam kilang..cuma shoot dari luar aje...asalkan info yang di beri tu betul untuk program Astro Tutor TV ni...^^
On the way selepas sarapan di R&R Rawang
Tuan Director dengan crew²nya...^^
Kilang Marble dari seberang hi-way
Menuju ke Utara
Cameraman shoot dari dalam kete sepanjang perjalanan
Dari sudut tepi Hiway PLUS Utara-Selatan
Selepas shoot di sekitar tepi highway, kami semua meneruskan perjalanan ke Taiping untuk satu tempat cendul yang sedap untuk di jamah...stay tune for the next chapter! ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)


