Nuff²

Tweet

Wednesday, November 13, 2013

Bitstrips rules...

Salam...
Sekarang dah jadi trend masa kini apabila setiap FB mesti ada muat turun Bitstrips... :D
Apa yang korang tahu tentang Bitstrip ni?
Setahu aku la..Bitstrips ni lebih kepada lukisan kartun/komik yang boleh di pilih oleh pengguna yang rata²nya seluruh dunia...dengan mempunyai akaun FB sendiri, Bitstrips menyediakan segala jenis watak yang boleh di pilih mengikut kesesuaian kita...Seperti YM, kita boleh memilih avatar kita sendiri untuk akaun kita...sama la konsep dengan Bitsrips ni...apa pon semuanya bergantung pada pilihan kita nak menyesuaikan watak avatar yang di pilih oleh kita sendiri... Aku sendiri pon dah mulai terjebak dengan dunia Bitstrip ni...bukan aku sorang je, kawan² aku semua dah leka dengan Bitstrips ni... O.o Apa pun, ini lah n3 yang mungkin dapat menghidupkan kembali page blog aku ni... ^_^ Antara Bitstrip yang memula aku letak dalam FB aku...pasal pe'el si Kitty la ni... Masih ingat lagi Pak Kitty?


Pak Kitty Once upon a time...

My Bitstrips~

Friday, September 27, 2013

Kiasan si Kacang

Salam~
Dah lama tak update blog yang udah bersawang dari sebelum berpuasa sehinggalah Aidilfitri...ni pon dah nak masuk raya haji dah ni! O.o
Berbalik kepada situasi dan keadaan yang sebenar, pemilik blog ni belum meninggal dunia lagi...tatkala masih ada banyak lagi entry² yang perlu di pertengahkan...termasuk lah tentang anak² bulus, tentang animation dan juga apa² entry yang boleh di jadikan info...
Sepanjang tak hapdet blog ni, aku dapat rasakan yang follower aku dah semakin menghilang, dan aku juga jarang nak blog walking sekarang ni...kesuntukan masa membuatkan aku tak berkesempatan nak update n3 dalam blog ni. Memang ada banyak cerita yang nak di ceritakan di sini, tapi apa kan daya...aku di beri pilihan untuk menulis untuk kali ke sejuta pon belum tentu dapat membuat entry yang sebenarnya...
Apa pun, ada banyak benda yang terupdate termasuklah dalam page Stray Cats Lover dan jugak page flickr~
Nampak gaya harus aku kiaskan di sini bahawa, akan ku update entry dari masa ke semasa...dan akan ku blogwalking ke tempat² korang...stay tune!

Aku yang tunggang-langgang

Tuesday, July 2, 2013

Kisah Sahabat sehidup & semati

Jika korang pergi ke Washington D.C dan melawat Smithsonian Museum of Natural History, korang pasti akan melihat sepasang rangka manusia dan anjing yang dipamerkan di dalam sebuah balang kaca. Pameran kaca ini diberi nama Written in Bone dan cerita disebalik rangka manusia dan anjing ini sangat menyentuh perasaan. Jangan terkejut kalau korang nampak rangka yang dipamerkan ialah milik Professor Gordon S Krantz dan anjing beliau Clyde. Sape prof tu eh? Aku sendiri pon tak kenal...tapi takpe..jom aku kenalkan...^_^ 
 Professor Krantz ialah seorang professor osteologi (kajian tulang)yang terkenal dari Washington State University. Nama beliau menjadi ternama kerana beliau antara ahli akademik yang percaya akan kewujudan Sasquatch. Time dia muda dulu, Prof Krantz terkenal dengan cara hidup beliau yang liar. Beliau mempunyai masalah ketagihan alkohol sehinggalah pada suatu hari beliau membeli seekor anak anjing dari baka Irish Wolfhound. Menurut Prof Krantz, Clyde membantu beliau untuk pulih dari masalah ketagihan alokohol. Yang ni aku percaya..anjing kan dapat membantu kita mengurangkan stress dan juga apa jua masalah diri...lepas tu plak, si Clyde ni meninggal dunia sekitar tahun 1973 dan Prof Krantz menanam anjing kesayangan beliau di belakang rumah. Selepas beberapa tahun kendian, Prof Krantz menggali semula rangka Clyde untuk disimpan. Bertuah betoi...sayang sungguh dia dengan anjing dia kan... ;)
Pada tahun 2002 Prof Krantz didapati mengidap kenser pankreas. Beberapa bulan sebelum meninggal dunia beliau menalefon teman beliau David Hunt yang bekerja di Smithsonian dengan tawaran yang sangat pelik. Prof Krantz berkata beliau mahu menyedekahkan tubuh beliau kepada Smithsonian untuk tujuan sains dengan syarat beliau akan dipamerkan bersama dengan Clyde. Prof Krantz mahu terus mengajar generasi akan datang walaupun selepas beliau meninggal dunia. Tawaran yang sangat pelik beliau ini mengejutkan Hunt dan juga isteri Prof Krantz tetapi mereka berdua bersetuju untuk melunaskan pesanan terakhir Prof Krantz apabila beliau meninggal dunia. Pada tanggal 14 Februari 2002 Prof Krantz akhirnya meninggal dunia pada usia 70 tahun. Tubuh beliau dihantar ke "Body Farm" milik University of Tennessee yang terkenal sebagai tempat lahirnya sains forensik pereputan mayat manusia moden. Selepas setahun dibiarkan mereput di Body Farm untuk tujuan sains, rangka Prof Krantz dihantar ke Smithsonian untuk disimpan. Pada tahun 2009 akhirnya rangka beliau dan Clyde dipamerkan sekali. Sebuah gambar yang diambil semasa mereka masih hidup dijadikan asas penggayaan mereka di dalam balang pameran. Written in Bone kini menjadi antara tarikan di Smithsonian Museum of Natural History. Ianya sebuah monumen persahabatan antara manusia dan anjing kesayangannya. ^_^




Wednesday, June 19, 2013

Hazy Haze


KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Singapura mencatatkan indeks pencemaran mencecah 290 malam tadi, iaitu 'udara sangat tidak sihat'.

Ini merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan di negara itu dan hampir kepada tahap bahaya iaitu Indeks Pencemaran Udara(IPU) 300.

IPU paling tinggi pernah dicatatkan di singapura ialah 226 pada tahun 1997.

NOTA KACANG:
Bagi aku laa...Index² ni tak payah la nak amik tahu sangat sebab dunia sekarang pon dah makin tercemar dengan pelbagai masalah pencemaran...selagi kita mampu bernafas, syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi..tapi kalau yang rasa tak mampu nak bernafas macam orang² di luar sana..aku harap korang duduk diam² la kat dalam rumah...tak perlu lah nak kuar menjalankan aktiviti yg kononnya sihat di luar sana seperti berjogging...bersenam aerobik...semua tu tak payah la...buang karan je...

Ape kata kita berlari setempat di dalam rumah? Kira berpeluh la jugak kan? ^^'


Tuesday, June 4, 2013

Kesan Buruk Korek Telinga


Dari kita kecik, aktiviti korek telinga dah jadi kebiasaan sebab memang diajar berbuat sedemikian. Baik dengan menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam(secara spesifiknya pin rambut), KOREK TELINGA dah jadi satu rutin mingguan ataupun bulanan kita semua. Ada setengah tu, bila telinga rasa gatal je terus korek nak hilangkan gatal. Kita korek telinga dengan tujuan nak cuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. 
Tapi kita tak tahu, korek telinga sama ada guna putik kapas @ pin rambut sebenarnya bahaya walaupun kita rasa selamat sebab putik kapas tu lembut. Memang susah kita nak percaya, sebab tak jadi apa apa pun kan selama kita menggorek telinga. 
Gambar kat atas ni menunjukkan apa yang berlaku kalau kita korek telinga kita terlalu dalam sampai masuk ke kawasan telinga tengah dan menyebabkan pendarahan. Ok jom kita tengok struktur telinga kita dengan lebih detail. Tempat yang tertembus tadi tu, sebenarnya adalah gegendang telinga. Kalau ini terjadi masa kita korek telinga, besar kemungkinan kita boleh pekak mesti lah sangat ngeri kan. Tapi itu lah yang kita jadikan rutin, sebab kita rasa ada benda dalam telinga kita yang kita panggil tahi telinga dan kita selalu cakap, ‘Dah nama pun taik mesti lah kena buang!’. 
Telinga kita ni dicipta dengan mekanisme membuang kotoran yang ada pada telinga. Sama juga macam bulu mata yang melindungi mata serta bulu hidung yang melindungi hidung daripada habuk. Telinga pun ada mekanismenya sendiri. Benda yang kita panggil tahi telinga itulah yang sebenarnya menjadi agen pembersih telinga daripada kotoran. Dan kita sebenarnya tak perlu susah-susah nak bersihkan, kotoran itu akan keluar sendiri. Taik telinga ni cair dan sentiasa reproduce. Jadi kalau nak bersihkan, bersihkan bahagian luar telinga je. 
Tak perlu korek dalam-dalam. Selagi taik telinga tak tergumpal sampai tersumbat & menghalang bunyi masuk ke telinga dalam, kita tak payah nak korek buang tahi tu. Kesan Mengorek Telinga Tahi telinga@ear wax terhasil daripada proses fisiologi dalam diri kita dan dihasilkan dalam jumlah yang amat sikit. Yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses mencuci tahi telinga yang sepatutnya berlaku tanpa gangguan. 
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah di programkan untuk ‘menyapu keluar‘ tahi telinga. Sebabkan tu lah siapa yang tak gunakan putik kapas, akan terasa macam ada debu kat kawasan cuping telinga. Debu tu sebenarnya, tahi telinga yang disapu keluar dari telinga kita. Bila mekanisma ini diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah tahi telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih dalam. 
Sampai ke suatu tahap, bila telinga dah tersumbat kita mungkin mengalami kurang dengar konduktif (conductive hearing loss). Telinga kita bentuknya bersudut. Kalau kita suka korek dalam-dalam, boleh sebabkan telinga melecet dan akan jadi bengkak-bengkak, berdarah dan bernanah. 

-Sumber BH-