Nuff²

Tweet

Wednesday, June 4, 2014

Photoshoot

Musim cuti sekolah macam biasa kalau yang syok pon kala cuti sekolah ni, boleh jejalan ngan famili pegi ceruk dunia... tapi itu dalam minda kanak² lah kan... macam kita ni tak de la nak rasa sangat...paling tidak pon jalan kurang la kesesakan... (eh ye ke?)... peh tuh kenduri plak melambak² hantar kad jemputan... maklumlah, cuti sekolah orang cakap musim kawin pon menjadi²...well, bukan haiwan je yang ada mating season tau...manusia pon hado... ko hado? haaaa...
Bila kaitkan kisah cuti sekolah, ofcoz la ada kisah di mana setiap kali cuti sekolah mesti ada jemputan kenduri kawin...bukan kenduri sesaja yer... kira macam aku buat part time job gak lah...bukan jadi mak andam ye anak²... aku buat photoshoot untuk majlis perkahwinan...tak kira lah apa majlis pon..even berkhatan or aqeqah or hari jadi sokmo... cuma kat sini aku boleh terangkan di mana musim cuti sekolah ialah musim kamera aku plak nak capture di saat² orang bina masjid...hehehehe..

Antara moment yang menarik

Antara pic outdoor dari client

Aku tak leh nak letak banyak pic kat sini...sebab memang ada page untuk semua pic² dari majlis² kawin since aku dan partner aku buat... korang boleh masuk dalam laman FB Freeze da' Moment...
Dalam ni ada pelbagai pakej yang boleh di katakan menjadi pilihan since last year beroperasi... moh la pakat like page aku tu... :)

Monday, June 2, 2014

Politikus

Ahhh...sudah lah...
Malas aku nak blog walking bile timbul isu tentang politik yang makin menjadi² di kalangan fanatik politik... aku? fanatik? taksub? idok lah teman...banyak perkara yang aku perlu pikir kan selain dari politik yang membuang masa....diri sendiri tak terurus, sibok plak nak hadap perihal politik yang dah semakin merapu sebab banyak sangat makan ikan kerapu...baik yang memimpin dan juga si pembangkang...2-2 sama aja...err...salah ke ape aku cakap ni? errr... O.o
Berbalik pada yang tak balik² menghadap keje...aku rasa korang pon tahu nasib keje production/studio di mana setiap kali pasti terkejar-kejar dengan deadline, padahal keje tu tak pernah nak siap pon...asal siap, dapat retake...asal siap dapat amemend... so dari situ pon aku rasa dah agak buang masa akibat client yang banyak songeh, contohnye client yang bukan biasa dalam perihal design² ni...
Suruh tukar ikut sedap tekak dia macam dia tak pikir masa yang di buang adalah sia-sia....akibat terlalu banyak retake, sedangkan kerja kita buat sungguh-sungguh pon tak berguna juga...yang jadi mangsa, kita lah yang makan gaji sejak azali...
Ikut hati memey mau hentam balik pada client yang banyak cekadak, tapi apa kan daya...aku sekadar buruh yang masih makan gaji untuk fasa ini....


Wednesday, May 14, 2014

Akuarium a.k.a Akuaria

Memang ramai yang seronok nak biasakan diri dengan hobby yang aku rasa hobby 'kekal'...bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya... Boleh gune pakai ke?? O.o
That's mean...ko dah minat dari hobby ko tu since ko kecik la...kalau hobby suke menjahit...mana la tahu dari kecik suka menjahit, sampai la ke besar keje kamdar jahit kain langsir... Tak gitu? Jadi mengkome paham lah maksudnye kan?? Hahahaha...
Berbalik terbalik pada cerita asal... Aku ni bukan lah minat sangat nak membela menatang yg tak boleh di belai... Contohnya ikan... Mungkin sifat tu dah ada dalam diri aku since ayah aku peminat tegar ikan arwana... Perrgh! Kalau hengat balik, ayah aku bela sampai 5-6 akuarium hanya untuk ikan arwana dia berumah tangga je...tapi, last2 jual... -_-
Jual sebab dah tak larat nak menjaga...dari segi ongkosnye hingga la penjagaannya.... Org tua tu dah umur berapa...kalau umur lewat 60-an nak cuci angkot air bagai...memang sakit la pinggang kan... Jadi, ini lah pewarisnya yang mungkin memule bele ikan kecik2 jer... Then bile dah best sikit, bela plak ikan yg boleh di buat lauk utk sebulan... Eh, bley plak cenggitu?? :P



Aku sepanjang beli ikan ni, terpikir gak...kalau la anak2 bulus kat umah ni boleh komen dalam blog aku...aku rasa dorang la kot yg pertama akan tanye...'eh, semua ni habuan kami ke?' O.o

Ye la tu... -_-

Tuesday, May 13, 2014

Wayang & Sawang

Aduii haaaaii...
Dah berapa kurun aku tak hapdet blog ni...banyak benda yang berlaku tapi tak berkesempatan menulis blog atas sebab² tertentu kerana bebaru ni aku jadik baby sitter anak worang yang di tinggalkan atas sebab² tertentu...tapi lantak situ sebab semuanya sudah selesai...
Berbalik pada cite MH370 yang kononnye gi Beijing tapi tak sampai²...aku rasa semua tu Wayang sahaja...tak kisah la aku nak cakap apa pon...bile jadi wayang, esok lak jadik sawang... betoi dop?
Macam blog aku ni...dahulunya wayang top-10... tapi sekarang dah jadik sawang...nuffnang iklan semua naik top² je iklannye...tapi sekarang semua jadik sawang...
ada korang kisah ke bile blog korang dulu wayang sekarang sawang??
sebab

AKU MEMANG KESAH LAAAHH!

Bukan marah derr...tegas jer...hehehe...jangan ler  takut...  O.o
Berbalik agenda aku sebenarnye akan hapdet ler sikit²...sekarang ni da beberapa bulan aku skip entry... agak kurang enak di situ...jadi masanya untuk aku lakukan perubahan..maybe layout yang ntah sama sejak beberapa tahun lepas je... -_-

Sunday, March 9, 2014

Kehilangan MH370: Perkembangan hari kedua


 Hmm...sampai la hari ni tak jumpe lagi MH370...ini antara kisah yang boleh kita lihat...aku sendiri pon dapat sumber dari sini...


Selepas lebih 48 jam, pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 masih tidak dapat dikesan. Usaha mencari dan menyelamat terus ditingkatkan yang dilaporkan terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang Jaya, pada awal Sabtu pagi. Kerjasama dengan beberapa negara jiran dan juga Australia dan Amerika Syarikat untuk mencari pesawat tersebut diteruskan.
Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 masih tertanya-tanya apa yang berlaku dan inginkan maklumat yang kukuh.

Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku pada hari kedua:

- Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat. 

- Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.

- Susulan itu, pihak berkuasa terus menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370.

- Pada 2.43 pm, Malaysia Airlines keluarkan kenyataan untuk minta orang ramai bersabar dan memaklumkan bahawa mereka kini fokus menjaga ahli keluarga kepada penumpang pesawat Boeign 777-200.

- Pada sidang media yang diadakan pada jam 8 malam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat MAS MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti.

- Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.

- Kawasan Anjung Tinjau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang di hadkan hanya kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 semalam kini dibuka kepada orang awam.

- Sementara itu, sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370.

- Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu.

- Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang melaporkan beberapa serpihan pesawat ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia.

- Perdana Menteri Australia Tony Abott berkata Australia akan menghantar dua pesawat mencari dan menyelamat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft untuk membantu operasi mencara pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.

- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat MH370.

- Pasukan penyelamat Amerika Syarikat berkata objek mencurigakan yang dikenalpasti terapung di pulau Tho Chu tidak ada kena mengena dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.