Dah lama kacang tak masuk blog ni..dah rasa macam bersawang la plak..tapi bila tengok balik, rasanya nak plak tuko layout...aiizz..dari dulu lagi nak tuko layout, tapi tak tuko² lagi...memang nampak sangat kacang busy dan penat dengan kerja² kat studio..semua benda nak kene siapkan dengan secepat yang mungkin. Tapi tu la...Kacang tak pernah lupa dengan blogger² yang datang melawat serta silent reader yang mengunjungi sini...dengar byk plak silent reader dalam blog kacang ni..ahaa...Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat blog yang usang ni...^^
Satu lagi, sekarang kacang tengah sebOk dengan usaha untuk mendapatkan project dari syarikat animasi luar yang biasa keluar kartun Dennis & Gnasher...memang kartun ni femes di mata dunia, tapi tu la dia..nak dapatkan job untuk projek ni agak payah...@_@'
Mana tak nye..kami di beri 2 pilihan untuk membuat pilot dalam bentuk Manual dan satu lagi berbentuk Flash file. Kacang plak tergolong dalam bidang manual memandangkan Kacang memang ada dalam digital department sejak dulu lagi...terpaksa la sibuk menghasilkan pilot episod untuk this project...tu pasal la kacang tak sempat nak update blog...rasanye dah seminggu lebih gak laa..kalau bela nyamuk pon dah membiak banyak dah...hahahha...^^
Ni la contoh pilot episod untuk projek animasi Dennis & Gnasher...tapi ingat..Ini BUKAN pilot episod yang Kacang and team buat tau...ni hanyalah satu contoh aje...tapi character dan layout memang lebih kurang macam ni...
Tapi Kacang memang nak puji la, dalam contoh pilot ni...Kacang nampak banyak cush dan stresh serta secondary animation yang dorang cuba tonjolkan...memang ada antic yang berkesan...^^v
Doakan la semoga Kacang mendapat project ni...Amin..^^
Ni contoh pilot episod dari company luar...Nice eh?^^'






"Ada beberapa klausa yang kita kena pinda, jadi kita kena bawa ke Parlimen... kita akan buat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek bangunan ibu pejabat baru Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Jalan Salahuddin di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau diminta mengulas insiden kira-kira 300 ekor kucing yang diselamatkan orang ramai selepas dianiaya pemilik sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai dan Sungai Buloh pada Ahad lepas. Akta Binatang 1953 antara lain bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk haiwan ke Semenanjung Malaysia, penyembelihan haiwan, kekejaman terhadap haiwan, pemuliharaan dan kebajikan haiwan dengan penganiaya haiwan dikenakan hukuman RM200 atau penjara enam bulan jika sabit kesalahan. Namun, banyak permintaan dikemukakan pelbagai pertubuhan dan pencinta haiwan supaya akta itu disemak dan dipinda sejak 2006 






