Nuff²

Tweet

Thursday, May 17, 2012

Proses edit-meng-edit

Perkataan edit memang sesuai dengan erti kata lain ianya bermaksud suntingan..Pasti ramai yang biasa dengan ayat 'edit' bagi para² designer mahupun yang sangat² suka mengkreatif kan diri ke kancah conteng-menconteng neh..bagi aku la..kalau dah typo, tetap jadik typo..kadang² aku sendiri pon ngaku selalu typo dan tersasul salah cakap~^^'
Lumrah alam lah..dari kecik tak di bedung mOlotnya..jadi kebiasaan bila dah dewasa selalu tersasul dan typo error...malang sungguh nasib orang yang macam aku ni..cuma satu aje, alasan paling tidak pon aku bagi sesuatu yang kreatif..contohnya kreativiti seseorang tu terletak pada hasil seni mereka..kalau dari kecik suke conteng² buku teks sekolah, bagi aku memang selekeh tengok balik contengan budak² umo 10 tahun..tapi dari sudut kreativiti..budak ni dah tentu akan menjadi orang seni suatu hari nanti!^^
Kalau time mengaji, jangan bagi pen atau pensel..abis semua di contengnye! Even rehal dan Al-Quran pon jadik mangsa...O,o
Bila dah dewasa, sonok plak nak wat keje² edit gambo kan..sekarang trend orang mengedit macam²..atas tujuan nak jatuhkan sesuatu pihak dan juga sekadar sonok nak mengejek...tak kira la dari segi edit gambar, edit tulisan tak pon edit video..^^
Korang tak percaya? bAnyak je benda² ni kat dalam google..kadang² aku tengok pon sekadar hiburan..
Paling best link yang aku suka ialah dari 9gag..awal pagi mesti suka tengok 9gag sebab ianya satu²nya website yang membuatkan aku tak kering gusi..maklum lah, awal pagi je datang keje muke sembab baru bangun tido, jadi nak hilang kan mood mengantuk lebih rela aku layan 9gag!
Contoh gambo yang di edit..(Reuse huruf 'A' tak silap aku)^^'

Contoh video yang di edit

Bagi aku, banyak lagi contoh² yang di edit berunsurkan negatif dan positif..terpulang pada orang yang menerimanya..kalau dah rasa tak leh blah, abai kan aje video or gambar yang di edit ni..hehehehe..^^

Tuesday, May 15, 2012

Wordless Wednesday #1

Jasa mu di kenang~

Zero Hero 3 Minute Animation Reel

Haaa...bebaru ni aku baru perasan yang Zero Hero dah di lekatkan kat dinding Youtube..jadi di kesempatan ini nak jugak la aku war² kan dalam blog ni...^^
Ini antara hasil keje aku dan kengkawan aku di mana telah mendapat tempat di mata orang² kuat Animasi. Aku pon tak tahu nak cakap pe kat sini, yang penting aku eksaited sebab kredit nama aku naik di akhir minit ke 3:10 tu..^^
Meh aku postkan sipnosis cite ni dari laman Youtube..(malas nak taip²)^^'

Zero Hero is about how an old man with his odd pair; a Tapir, and his granddaughter wanting to become a superhero. Tok is an ex-military scientist who lives with a witty tapir. But Tok and Tapir is indeed an odd pair. Tok is always confident, enthusiastic and excited about things. However, due to his age, Tok is limited physically. Tapir doesn't say a word, but he is uncertain most of the time and hilariously clumsy in his every action. Bored with routine life, Tok & Tapir plan of becoming superheroes. Realizing that they don't have any special abilities, Tok and Tapir decided to start small-time by solving problems and keeping peace in their city. But neither Tok nor Tapir has been a superhero before and in their effort as 'T-1' and 'T-2' to keep things in order, they create chaos instead! Only Nat, Tok's eight year old granddaughter knows of the duo's secret identity. Nat is technology-savvy, and her smart-thinking often saves the day from the mayhem that Tok and Tapir leave behind. At school, Nat and her best buddy Timmy are often bullied by bigger kids. So Tok builds her Haroone, a bodyguard robot which can be transformed into any desired item. The problem is, occasionally, the cables and wires in Haroone get short-circuited, causing the robot to act crazy and unpredictable. Tok and Tapir's attempt to keep their city peaceful is often marred by attention-seeking glamour boy Fabio, a modeling photographer who is determined to reveal the true identity of Tok & Tapir. Every time, his attempt is failed by Nat with Haroone's assistance. Other characters also add more colour to the story. There's Tok's neighbour sporty Nanny Sally, Nat's shy friend, Timmy and his single waitress mother, Mimie, whom both Tok and Fabio have the hearts for. Will Tok & Tapir be able to save the day, and can this old man win the heart of his dream woman while doing so?


 Haaa...panjang gile aku copy paste kan? Itu lah al-kisahnye..apa pun aku baru cilok keratan akhbar dalam FB Tapir Reka Studio, baru la jugak dorang keluarkan artikel ni dalam NST..jadi tak salah pon aku sharekan untuk tatapan blogger² kat sini..^^

Antara orang² kuat untuk project Zero Hero


Layan kejap klip animasi 3 minit ni..^^ 

Monday, May 14, 2012

Flickr latest preview

Alhamdulillah...masih ada lagi sisa² keje yang perlu di siapkan..tapi aku still lagi boleh curik² masa untuk meng-edit² apa yang patut..aku bukan lah hebat sangat part edit² ni..memandangkan setiap kali aku jenguk page FB KukuBesi Manupulasi ni, semakin bersemangat aku nak capture gambar then main edit sikit²..bukannya reti mana pon..bak kata org² tua..ilmu tu sikit² lelama jadik bukit..berkepul² ilmu di dada ni ape salahnya kita kongsi reramai..^^'
Rajin jugak aku dok jenguk page Kukubesi ni..gambar² dia dalam tu cukup buat aku meremang bulu roma la..rasa macam if la aku boleh buat macam dia tu alangkah bahagianya..Entry ni bukan nak bodek encek KukuBesi yer..cuma aku suka cara keje dia..agak detail dan puas hati la..^^

 Arang dan bara

 R.I.P Eori

Touched by Lightroom and Photoshop

Ini ada sedikit sebanyak picture aku yang baru aku update dalam akun Flickr aku...tak tahu la..proses agak lembab dan makan masa..maklumlah, aku bukannya pro macam korang di luar sana...aku still ada kengkawan yang suka edit meng edit ni..apa pon, pelan² kayuh lah..heheheh..^^
Yang terlepas pandang link untuk Flickr aku, leh la masuk link ni:

http://www.flickr.com/photos/maxracer9/

Ada pelbagai jenis gambo² dari 1st aku snap hingga la sekarang..^^

Sunday, May 13, 2012

Noodle Station

Kebetulan hari cuti, rugi la kalau nak menepek aje kat umah..sekali-sekala aku pon  teringin jugak nak memanaskan tapak kaki berjalan sana sini..Tambah² cuci mata sikit maklumlah, tengah bulan ni biasa wat kerja amal dengan berjalan kaki sambil window shopping..^^'
Hujan lebat jugak, akibatnya aku plak tersangkut di tengah² lautan kereta...terpaksalah merempat kat mana² tempat yang boleh kurangkan lagi kesesakan lalu lintas di tengah² hutan batu ni..Aha! Terdetik sekejap nak singgah minum²..tekak plak dahaga dan teringin nak pekena Ice blended selain caffein yang menjadi pOjaan ku setiap hari..kuantiti manusia terlampau lah ramai di arena food court, jadi aku pon amik peluang lajakkan diri ke tingkat atas..O,o
Terserempak plak dengan satu cafe ni nama nya noodle station..Tak pernah plak aku tahu menahu cafe ni..tapi takpe lah..tengok pon ada je orang tengah santai balun ice blended dekat meja dorang..Menu pon sampai, aku pon paksa waiter kat situ perah otak nak pilih mana satu pilihan yang patut aku pilih(maklumlah, 1st time datang kan)^^'
Dia pomot air Ice Age..iaitu air ice blended yang di mixkan dengan vanilla, blue curacao dan blackcurrent jus tambahan dengan yogurt blended.. Ahahaha..belasah je lah..bukan selalu nak merasa menatang ni..aku pon oder, and taste's so good!^^

 Logo Noodle Station kat buku menu nya..^^'

 Yang ni tak silap aku Mango blended..^^

Haa..yang ni la Ice Age blended yang aku rasa tu..sOdAp!^^

Santai lepak minum sambil baca Komik Eori..^^

Korang boleh lah singgah kat sini iaitu Noodle Station..aku cuma minum ice blended dorang je, tak de la nak makan mee kat sini..Inysallah, ada masa aku akan datang singgah sini makan noodles dia dan update ..^^

Wednesday, May 9, 2012

Tuesday, May 8, 2012

Corak Design Advertising Weekly Contest

Peluang untuk memenangi RM50 setiap minggu dengan hanya like page Corak Design Advertising dan ikut syarat² peraduan ini!Aku dah pernah menang sekali...ape kata korang lak try? Bukannya susah sangat pun, hanya klik, like, share and ikuti soalan dari CDA itu..^^


Moh la kengkawan...Like ini page! Good luck guys!!^^v

Sunday, May 6, 2012

BBQ River Side, Janda Baik

Amik langkah tarik nafas..@oo@'
Pergghh! Dah lama gile aku tak update blog..ada dah macam bersawang sudah aku tengok entry² yang tak pernah hidup dan juga agak 'basi'.
Agak² ape la pendapat blogger lain kan..entah aku ni masih hidup atau dah mati? Entah² dorang pon tak amik pedulik kan..heheheh..Kerja kat production terlampau banyak hingga kan deadline tu kekadang melampaui batas. Sampai kan aku sendiri tak de masa untuk diri sendiri apatah lagi dengan meng-update blog ni..O.o'
Alhamdulillah, semuanya selesai sudah..Project Animasi 2D Eori pon dah selamat habis, tunggu masa untuk keluar dalam ASTRO aje lepas ni.^^
Berbalik kepada tajuk entri kali ni nak kongsi sikit aktiviti² yang dah jarang aku buat, tambah² lepas ni agak kurang la busynya kan..memandangkan hari ni hari Minggu, maka sempat jugak lah aku nak create satu entry tentang BBQ party dekat River Side, Janda Baik Pahang.^^
Cuaca hari ni sangat baik untuk aku berjimba sambil menikmati udara hutan rimba. Cadangnya memanglah nak pacak khemah, tapi atas alasan teknikal yang tak dapat di elakkan, maka tak jadiklah kami nak memacak khemah pada pagi itu. Laluan jalan yang agak liku-liku membuatkan aku tak gentar nak driving pada hari itu. Lagipun, aku dah biasa ngan jalan² yang agak extreme dari segi curam. Tak heranlah kami selamat sampai dekat kawasan hutan lipur tu.^^
Agak dah sampai, kami pon kuarkan lah barang² yang nak di bakar seperti ayam, sotong, udang, ikan...yang kaum pompuan plak dah siap sedia dengan menu² dorang seperti mihun goreng, sandwich, air blackcurrant serta pelbagai finger food yang boleh di makan!^^
Memang agak seronok dapat berjimba bersama kawan², tambahan aku plak bukan selalu nak santai ngan dorang kan. Tapi tak pe la, lepas ni kalau dah settle abis³ job yang ada ni, aku ada banyak plan nak santai ngan  member² aku.

Cuaca pagi ni agak menarik sekali walaupun dah lewat..

Air Sungai yang agak cetek..

 Set the fire for BBQ!

 Pergghh!! Ikan yang bakal di bakar!!^^

Sungai yang penuh dengan batu²

 Haa..kat sini memang best! Spot yang menarik walaupun senget~

Ayam pon layak di bakar...lazart!^^

Ade yang sibuk mengipas!

Yeah! BBQ ready!!

Kemas² nak balik sudah~

Petang tu, dapatlah kami mandi sungai, makan BBQ, sidai perut lepas tu pulang ke pangkal jalan rumah..^^