Nuff²

Tweet

Saturday, November 21, 2015

RIP Pak Kitty 2007-2015

Lama sudah Kacang tak menulis dalam laman sesawang ni...bersawang jugak lah blog Kacang ni...nama pun lama sesawang, for sure penuh sawang...hehehehe
Kacang memang dah lama nak umumkan tentang pemergian Pak Kitty yang dah pergi meninggalkan kita semua pada 18-November-2015... tapi tak berkesempatan nak menulis dengan lebih panjang lebar...
Nak di jadikan cerita, sebelum raya haji lagi Pak Kitty dah sakit... penyakit buah pinggang dia datang lagi since tahun 2010 pernah terjadi, tapi kali ni agak serius...begitu juga dengan faktor umur dia yang dah hampir 9 tahun, agaknya imune dia tak kuat macam masa dia sakit tahun 2010... boleh di katakan dia gemok dari 6kilo boleh jatuh 4 kilo sepanjang dalam rawatan sehinggakan di saat² akhir nafas dia pun, berat badan makin susut...rasanya mungkin sekilo lah kot masa Kacang tanam dia...
Bila dapat tahu Pak Kitty sering sakit, pelbagai kaedah dan rawatan Kacang usahakan dari perubatan moden ke perubatan tradisional...biasa lah, kita kalau dah sayang kan anak bulus ni, sure nak cuba sedaya upaya...cuma mungkin kita hanya merancang, Tuhan yang maha menentukan....
Dalam pada masa tu juga lah, Marble, Cindy dan Inky banyak menjauhkan diri dari Pak Kitty...kucing kalau dah tahu yang kucing lain sakit...dorang cuba jauhkan diri...maybe dah tau masa tu dah nak sampai kot? Sehinggalah raya haji... dugaan demi dugaan kerana MaktOk di kampung pun uzur...jadi tak de pilihan...terpaksa lah plan nak bawak balik Pak Kitty ke kampung halaman.... Risau jugak on da way balik ke kampung halaman, takut ada efection apa² terjadi pada Pak Kitty kan...jadi Kacang jadi down sekejap... :(
Nasib baik ada insan mulia yang sudi jagakan Pak Kitty sementara Kacang balik ke kampung halaman selama beberapa hari... Jadi, Pak Kitty ni duduk lah dengan kawan Kacang...alhamdulillah, Pak Kitty semakin sihat...walau dia kurang nak jamah makanan, maybe dia tak familiar ngan tempat baru kan...after settle hal family di kampung halaman, Kacang pon balik ke kotaraya semula... Kacang pun mengambil Pak Kitty dari jagaan mereka...punya lah rindu tak terkira Pak Kitty ketika itu, walau badan dia susut, tapi beliau masih gagah lagi berdiri dan berjalan ke pangkuan Kacang...
Nak di jadikan cerita, selepas tu beliau aktif seperti biasa... makan dan minum ikut time, dan satu kali tu Pak Kitty macam tak berapa nak jamah sangat makanan...lagi² dia ada muntah cairan putih...
Masa ni Kacang carikkan dia ubat² untuk bagi dia ok balik...sebab ubat² doc memang ada spare di rumah... apapun semua ubat² yang Kacang berikan dia akan luak balik...maybe perot dah tak boleh terima bahan chemical masuk dalam perut dia kan...
Nak di jadikan cite,  Pak Kitty kian lemah...ibarat kucing yang dah lumpuh sebab terbaring je... Kacang tak tergamak nak lihat lagi keadaan dia yang semakin lama, semakin teruk...Kacang banyakkan berdoa pada Allah SWT supaya Pak Kitty kembali sihat seperti sediakala, almaklumlah...umur dia pun dah hampir 9 tahun... :(
Hari demi hari...suatu hari tu Kacang tengok pagi tu sebelum pergi kerja dia diam je... dan Kacang stop bagi ubat sebab dia selalu melawan dan luak balik...jadi Kacang hanya bagi air kosong, malah di luaknya jugak... :'(
After work hour, Kacang Dinner di sekitar kawasan rumah...ada lah satu pakcik tu...dia niaga air kelapa muda...teringat kat Pak Kitty di rumah...maybe bagi air kelapa, sakit dapatlah di kurangkan...itu pesan mama Kacang...biasa kalau anak bulus tak sihat, rawat lah dengan air kelapa muda... memang tanpa buang masa Kacang pun lepas dinner singgah gerai pakcik tu...
Sampaikan pakcik tu tanye, beli untuk minum seisi keluarga ke? Kacang cakap ni untuk kucing yang sakit di rumah... Pak cik tu cakap memang elok air kelapa muda bagi pada kucing yang sedang sakit...
Balik rumah Kacang pun prepare lah air kelapa muda tu... memang Pak Kitty masa tu terlentang lagi sambil menunduk macam dah letih sangat....Kacang pun shringe kan sikit demi sikit kat mulut dia...ternyata dia amat lemah sekali...Kacang dah start berkaca mata dah...Kacang cuba keluarkan dia dari sangkar dan lepas kan dia di luar balkoni supaya lagi mudah Kacang nak titiskan air kelapa di mulutnya... tetibe Pak Kitty macam kejanggg.... :'(
Dalam keadaan panik Kacang pun tenangkan dia...usapkan dia..tapi tengok telinga makin kuning, anak mata pun besar...ternyata maybe ini malam terakhir Kacang bersama Pak Kitty selama hampir 9 tahun bersama...takkan Kacang lupakan saat² manis bersama sepanjang 9 tahun mengenali Pak Kitty. Masa ni Pak Kitty dah nazak...nampak nafas dia tercungap² ibarat malaikat maut datang memanggil beliau...sedih sangat moment tu kalau di ingat kan balik...Kacang hanya berserah pada Allah supaya boleh terima seadanya dalam keadaan yang macam ni...hanya Allah aje yang tahu betapa sebaknya tengok pak Kitty kejang... :'(
Selepas tu Pak Kitty pon sayu² keluarkan suara dia yang dah lama dia simpan, maybe terasa sakit di saat malaikat maut mencabut nyawa beliau...Kacang hanya mampu tenangkan Pak Kitty saje...lama kelamaan anak mata membesar dan telinga semakin sejuk...
Akhirnya Pak Kitty pergi meninggalkan Kacang sekitar jam 10 malam pada 18/11/2015...
Dalam keadaan sedih, Kacang letakkan Pak Kitty di dalam cage sementara nak tunggu esok baru boleh kebumi kan kerana pada malam tu ada sedikit gerimis turun di waktu malam...Kacang pun terpaksa minta bantuan adik Kacang untuk menyediakan tempat Pak Kitty bakal di semadikan...
Pada keesokan hari nya, selepas pulang dari kerja...Kacang bawa Pak Kitty terus ke lokasi rumah adik Kacang... sebabkan faktor rumah adik Kacang ada tanah halaman yang luas...jadi Kacang amik keputusan untuk kembumikan Pak Kitty di hadapan rumah adik Kacang...akhirnya Pak Kitty di semadikan di situ...
Sedih, pilu, hiba, sebak semua ada dalam dada Kacang...tapi apa kan daya, Allah lebih sayangkan makhluknya...Kacang redha dengan pemergian Pak Kitty walau perit nak lepaskan Pak kitty...Allah bagi dugaan pada Kacang dan Dia hanya beri pinjam Pak Kitty pada Kacang selama hampir 9 tahun... Keluarga Kacang semua tahu kisah Pak Kitty pergi sampai ayah kacang tanyakan khabar Pak Kitty...sekarang semuanya tinggal kenangan... Walaupun ianya seekor kucing jalanan, ia memberi impak yang besar pada Kacang kerana Kacang menjaga penuh kasih sayang dan mungkin ini lah kucing yang paling lama Kacang pernah jaga... :'(
Moga Pak Kitty tenang di sana bersama Sappy dan Eori... RIP Pak Kitty 2007-2015... :'(

Ni masa dia umur sekitar beberapa bulan selepas di jumpai lewat 2007~


Kitty masa berumur 4 bulan...


Kitty 1st time dipertemukan dengan Marble... masa ni Marble di ambil dari sebuah kedai runcit sekitar Kotaraya metropolitan...


Pak Kitty bila dah berumur ni mudah bermesra dengan semua kucing² yang Kacang adopt... ^_^


Mudah mesra dengan keluarga bulus yang lain...padahal semuanya di adopt oleh Kacang suatu masa dahulu... 



Pandai amik hati semua yang berada di sekelilinnya...masa ni Pak Kitty di bawa dari KL ke Ipoh sempena open house hari raya tahun 2010 rasanya... :)



Mudah mesra ngan anak bulus yang kacang bawak balik...


Pernah beberapa kali kantOi sakit dalam hospital vet...tapi alhamdulillah, Pak Kitty kuat... ^_^

Suatu hari, Pak Kitty tak larat lagi untuk menahan keasakitan yang melanda dalam diri Pak Kitty, mungkin faktor usia beliau menjangkau 9 tahun

Waktu ni Kacang dah nampak sesuatu perubahan pada dirinya apabila Pak Kitty nampak kurus dan kurang selera makan... :'(

Pak Kitty di sahkan sakit buah pinggang... :'(

Pak Kitty hanya minum dan makan ubat untuk meneruskan sisa² hidupnya yang semakin hari semakin lemah...

Akhirnya, Pak Kitty tewas dengan penyakit yang di hadapinya...Kacang redha dengan pemergian dia walaupun terasa kesedihan yang amat sangat... :'(

Waktu urusan pengkebumian Pak Kitty, kacang tak mampu nak kata apa²...cuma boleh cakap dalam hati, berehatlah Pak Kitty di sisi yang maha Esa...Insyaallah kita jumpa di sana... :'(

Pak Kitty 2007-2015

Sepanjang Kacang bersama Pak Kitty, pelbagai suka duka yang kami harungi bersama walaupun Pak Kitty hanyalah seekor kucing... kami berpindah randah, susah sama susah...Kacang tak makan pun takpe janji perut Pak Kitty di beri makan... Apapun, Kacang redha dengan kehilangan ini...moga Pak Kitty tenang di sisi Allah SWT...  Good bye my son...:'(

Wednesday, July 15, 2015

Gambar Planet Pluto

Salam Ramadhan yang penuh barakah... Lama sungguh aku tak berblogging ni..kadang tengok blogger² lain sibuk hapdet entry, yang aku ni masih lagi tenggelam bagai roti yang kene rendam...
Lagi² bulan puasa ni... sebenarnya entry yang aku tulis ni dah nak dekat raya actually...lusa je dah raya, guane tu...Dalam pada masa yang sama jugak, kita yang beragama Islam dapat merasa nikmat puasa dan juga keindahan alam angkasa ciptaan Allah yang Esa...
Rata² dalam media sosial kita penuh dengan newsfeed gambar Planet Pluto! Bayang kan lah, masa aku sekolah dulu...aku sendiri memikirkan jauh mana planet pluto dengan bumi Allah ni...dan aku terbayangkan, planet pluto ni kaler biru sebab di selaputi ais... almaklumlah, suhu kat sana sekitar -233 celcius... Gile ke hape...aku tak sure makhluk Allah mana yang hidup dalam suhu sebegitu, wallahu'alam...
Actually, pada jam 7.49pm waktu Malaysia tadi pada tanggal 14 julai 2015, Kapal Angkasa New Horizons telah melintasi Pluto pada kelajua 13.7km sesaat....kira sejauh 12,512km dari permukaannya yang mengambil masa selama 9.5 tahun untuk sampai ke Pluto....Bayangkan! Masa tu la kita kat Malaysia ni semuanya sibuk berbuka puasa dan juga ada yang stuck kat traffic serta ramai yang dah start solat maghrib kat Masjid... cerita kat luar 'sana' plak, iaitu di pusat kawalan New Horizons, dorang as jurutera² dan juga petugas² telah  menyambut dengan happy sekali di atas kejayaan yang paling penting dalam misi angkasa ini. Dalam kekalutan cuba memahami apa yang sedang berlaku di pusat kawalan sana, tiba-tiba dunia dikejutkan dengan foto ‘terbaru’ Pluto, yang sungguh-sungguh mengkagumkan!
Imej yang sangat menakjubkan! Planet yang di anggap paling kerdil ditangkap dari New Horizons pada kira-kira pada 13 Julai, kira-kira 16 jam sebelum masa capture yang paling terdekat. Masa ni, Kapal angkasa tu adalah 766,000 kilometer dari permukaan! 

Aku rasa gambar macam ni penuh cantik pakai kumera atau lensa power jugak lah...mana tak nya...bila dia capture je gambar planet Pluto ni, loading dan sending amik masa selama 4.5jam untuk sampai ke Bumi....itu prosesnya...ko bayangkan macam mana ciptaan genius makhluk Allah kan...
Baru ku tauhu tahu, rupanya gambar yang aku letak ni di rakam 16 jam sebelum lintasan yang paling hampir sekali kat permukaan planet... MasyaAllah!
Mungkin aku bukan lah ahli falak yang pandai serba serbi tapi itu saje lah yang aku boleh ucapkan...cer bayangkan, sejak penemuan Pluto masa zaman era maktOk aku umur 5 tahun iaitu 1930, pehtuh sekarang dah tahun 2015 plak kan...baru ler kita dapat lihat detail kat permukaan Pluto tu...gile laaa...teknology ni... 
 Apa yang kita boleh jangkakan di sini ialah, gambar pertama ketika saat New Horizons melintasi Pluto petang tadi, bakal menunjukkan suasana jauh lebih jelas permukaan Pluto dan dapat memberi penjelasan mengenai rupabentuk buminya yang unik ini kan...
Seperkara lagi ialah, disebabkan peninjau ini amat jauh, ia terpaksa mengambil masa yang agak lama (16 bulan) untuk memancarkan kembali KESEMUA data yang diperolehi tadi. Maknanya, bermula esok hinggalah hujung tahun 2016 nanti, bersedialah untuk melihat berkepuk-kepuk gambar terbaru sebuah dunia kecil yang terletak 4.7 BILION KM daripada bumi ini! Gile lah! hahahaha...

Tu lah sedikit sebanyak yang aku boleh ceritakan...nak taip lebih² takut salah info plak kan...banyak lagi info yang ada kat luar sana... rajin² lah blog walking yerr...hehehe


Thursday, March 5, 2015

Nasihat Yang Berguna

Salam Jumaat yang Bharakah...
Setiap pagi selepas aku masuk opis, aku punch kad, aku bukak PC, simpan barang² keperluan aku dalam laci seperti HP, wallet, jam tangan dan access kad... Lagi² kalau ada kopi 3 in 1 se-paket... aku bancuh dan² tu sebabnya aku memerlukan kopi sekurang²-nya sehari sekali... Bile dah buat semuanya baru la aku selesa nak buat keje² aku yang kadang tak pernah sudah...
Bila dah start tengok PC, dari situ gatainya nak selak² FB, google, email, dan yang terakhir...Blogging... Kenapa yang selak blog antara yang tercorot kebelakang?
Haa...tu lah sebabnya...nak bukak satu page blog bukan nye sekejap macam bukak peti ais...satu² kita nak kene pilih mana yang best baru boleh layan... sebab penulisan dalam blog kebanyakkannya dorang copy paste dari link² ntah mana²... asal blogwalking jer, sama je cite nye...mungkin blogger dah tak de idea ape nak menulis lah kot...
 Kadang nak nasihat orang macam ni pon dah terlambat...asal ada chances nak nasihat...di katakan menyibuk plak...dengki la...ape laa...bile dah marah, mulalah nak viralkan dalam laman² sosial... manusia memang tak pernah puas... sebab aku sendiri bukan sempurna, jadi nak nasihat orang pon aku rasa, aku sendiri tak betul...jadi lebih baik kita nasihatkan sekadar apa yang ada dalam diri kita secara ikhlas lah kan...tak perlu lah nak tunjuk hebat...masing² pun bukan sempurna... lain lah kalau diri kita ini cukup sempurna dan dapat menasihati orang lain seperti alim ulamak...ustaz dan ustazah pun belum tentu sempurna...
Jadi, eloklah kita rendah²kan diri dalam apa jenis jua keadaan...tak kiralah di hadapan orang tua kita, adik beradik kita dan juga kawan² kita...
 

Tertarik nak letak gambar ni...

Clash of Clans COC

Aizzz....
Bukan takat blog bersawang jer...aku dah beberapa kali ketinggalan dalam bermain game yang dok tengah femes sekarang apa lagi kalau bukan Clash of Clans... Aku bukan lah hebat sangat dalam game command and conquer ni... tapi, sebab tangan tu gatal nak install dalam gadjet kan...terus jadi ketagihan...dari level satu sampai sekarang dah nak level 60... semua nya gara² lepas balik dari Korea tempoh hari...OOopps...Korea punya cite untuk trip hari kedua pon aku tak siap lagi entrynya....almaklumlah, mende dah ada bahan²nya...cuma tak sempat nak edit saje pic² sepanjang aku kat sana...btw, korang perasan tak... korang sendiri pon jarang dok post blog kan? aku baru jer cek entry² korang...semua nya sama macam aku..dah basi punya...hahahaah...
Mungkin semua orang dah bosan dengan penulisan dalam blog...paling tidak pon dorang nak rating dalam entry, copypaste blog orang lain punya...kendian tulis crdt dari Harian Metro, BHarian...semua tu aku ada perasan dah...tapi selama ni aku nak copY paste pon aku pikir dua tiga kali sebab kalau kita berani copy penulisan orang lain...kita akan leka dan copy lagi hasil penulisan orang...kira kalau attitude selalu meniru, lama² akan become habit...
So aku secara am nya rela menulis atau biarkan blog aku bersawang sama jugak macam COC aku ni... sekali main...asyik nak main jer lagi, sebab leka dengan permainan ala² command and conquer tu...
Anyway, aku tengah war ni...rasanya clan aku tak lah sehebat clan kamu semua...
^_^


Monday, March 2, 2015

greetings from Kacang

Salam geng² blogger ku...
Dah lama blow aku bersawang sampai tak ingat password nak bukan...nasib baik la memori aku ni kuat lagi menyatakan password ni ada penambahan dari segi angka dan huruf.... aku ni kadang tak cermat...last time boleh tak leh login sebab gara² google send email cakap email dan akaun google tak secure lagi dengan alasan surf internet di merata tempat...takut ada orang nak hack ler tu...huhuhuh
Berbalik pada kisah blog bersawang ni...macam ni je lah life...hidup kene teruskan walau apa pun jadi...macam tu ngan blog bersawang ni geng...ada kala rating kita tinggi sebab selalu blogwalking...ada kala rating kita terjunam jatuh ke bawah....
Tapi itu lah hakikatnya bila berblogging...ada masa kita cukup time nak menulis...ada masa tulisan kita masuk folder draft plak...so what you say?
Life must go on...hidup perlu di teruskan...teruskan memandang ke depan...jangan asyik pandang belakang yang menyebabkan diri kita sendiri mundur dan tak maju ke depan...
Dah itu lah yang tengah aku lakukan~~

Don't look back...Just move on~ Life is like this...